Wednesday, September 30, 2009

Cukup sampai di sini...

Salam semua...
Apa khabar semua rakan blogger mektie nih?? Terima kasih buat teman2 yang sudi mendoakan aku yang duk peksa final year baru nih. Best jugak duk hostel...boleh aku focus study, lepas jer exam berkurung kat bilik, study giler... ada ke esok nak exam malam ni baca buku.... Baca buku, pastu borak, gelak2... tidur malam dalam 2,3 jam sajes.Tengok kak ita tu, tersangatlah rajin study. Adeehh...sampai pening kepala tak cukup tido.

Hari pertama peksa dah berasap kepala, susahnya soalan!!!!! Berpeluh2 aku jawab peksa. Study last minit sangat. Beraya katanya hiks!!!Hari nih dah merdeka lor....Alhamdulillah.

Best gek duk sebilik dengan kak ita, kak pah dan kak zieta nih. Gila2 dewasa la katakan.haha. Baca buku pun boleh bergelak sakan. Otak dah usang kelupaan amat aje... Susah lah peksa nih. Ada yang copy paste nya otak. Yang pasti aku.. adalah kategori copy delete nya otak huhu. Memanjang kelupaan... Asal lulus ajelah.Markah tinggi tu jangan harap lah kalau setakat jawab macam aku nih....

Habis je peksa, terus siap2 balik rumah, tak sabar rasanya nak jumpa anak2.Satu troli tu beg pakaian. Mengalahkan orang pergi oversea......kihkih.Itulah kak pah yang sedang menunjukkan kerajinannya mengangkat barang, Aku????? snap pic la....apalagi kerjanya. Nak buat n3 blog katanya. Hai kakpah mana janji mu upah ais krimnya plus upah cabut uban lagik dah kira lum. hheh heh... Nak release tensi,Aku dengan sukarela mengambil upah cabut uban lor, Sehelai seposen kak pah kan....kan. Jangan buat kelupaan k...



Sudah merdeka, balik tu singgah sate kajang samuri kat Taman Melati, sedap juga... Mulanya ada orang tu nak belanja la kan, pastu buat2 kelupaan lak yer kak....sapalah tuuuuu?????

Yang pasti hati senang sekarang nih...dan esok ada jamuan raya kat kelas. Sukaaaaaaa......

Sunday, September 27, 2009

Aku diuji lagi...

Salam semua...
Aku akan menghadapi final exam esok yer....diulangi ESOK!!!!!!
So, doakan aku ye agar berjaya menjawab semua kertas2 keramat tu...
Pukul 9.30 pagi Insya Allah aku bersama teman2 akan bergerak ke IPGM , duk asrama untuk 3 hari exam nih.Harap jalan tak jam dan semua berjalan dengan lancar. Amin.

Friday, September 25, 2009

Di suatu malam itu...


Salam semua....
Camtu lah suasana di bentong sejak 2,3 hari nih... banyak kereta lor sebab masing-masing sudah kembali ke tempat tinggal masing-masing kan. Almaklumlah cuti pun dah nak habis. Harap-harap moga perjalanan lancar dan selamat sampailah ke destinasi ye...


Sampai kat rumah aku tengok anak2 jiran sedang main masak2...hihi. Aku pun tumpang sibuk snap pic lah. Suka pulak tu....masak bunga wakakkaka!!! aku dulu pun macam tu jugak, bestkan zaman kanak2 dulu. Masa tu rajin benor masak2, sekarang nih dah jadi mak orang malas lak.kihkih.

Oklah sekian sahaja laporan trafik bentong dan kelas memasak ye kawan-kawan..... Jumpa lagi pada laporan akan datang k....amboih!!!! udah macam wartawan yang tak bertauliah jerk.....ahaks!!!

Wednesday, September 23, 2009

Raya edisi marathon katanya....hiks!


Salam semua...
Edisi marathon tu....hihi.Aku publish sekali semua yer. OPPPSSS... gambar handsome boy la pulak pembuka bicara. Puji anak sendiri....lalallala.Boleh gitu?????

28 Ramadhan ( 3.30 am )
Perjalanan balik kg ke kelantan baru nih... aku bertolak awal pagi siap bawak bekal untuk sahur, malas nak makan kat kedai, kena berebut dengan orang lain. Alhamdulillah tak jam tapi kereta memang banyak walaupun awal pagi camtu.... nak pergi tandas pun kena beratur panjang.

Pastu pulak....dah sampai simpang rumah tiba2 kereta tak mau jalan la. Adeeh... dan-dan tu nak rusak lagik. Adeeh!!!! mujur gak dah sampai kan....

Sambil tunggu kereta rosak tu aku ternampak lak pokok ceri dengan buahnya yang lebat. Kalau tak puasa ni aku rembat dah kat tepi jalan tuh.Teringat lak kecik2 dulu sambil panjat pokok makan buah ceri dengan kawan2. Best wooo...

Sempat gi snap pic bagai...padahal kereta duk rosak tuh. Rasa cam nak beli kereta baru je....heh heh.Baiki kereta habis 600 henggit. umaaighhhh.....mahalnya.

1 syawal
Suasana beraya di Kelantan, pagi-pagi raya aku dah menangis teringat kat keluarga sendiri terutama ingat kat arwah mak dan abah. Dah tentulah nangis sorang2, suami aku pun tak tahu...

Apa nak buat kan,Aku kan anak yatim piatu, takde ke nak bagi duit raya kat anak yatim piatu nih....hihi. sempat gek aku snap gambar mil dan fil dengan cucu2nya. Tak semua lagi tu.

Ammar biasalah raya2 pun pakai baju melayu tapi main tetap main... kat luar tak naik rumah pun, geram aku....
3 syawal
Sambut raya kat Temerloh.... Aku tak tahu rupanya ngah aku siap melemang rendang dan masak nasi beriani lagi. Sukaaaaaaa..... lagi suka rendang maman dan daging salai pun ada. Best3...semua pun best.Best la bila semua kakak dan abang ipar yang masak, hihi. Dasar anak bongsu yang malas. Kalau makan masakan orang memang sedap kan....kan.hiks.

Teringat raya kat rumah arwah mak dan abah, kami semua sibuk dari pagi sampailah waktu berbuka melemang dan ketupat rendang bagai.Sekarang ni dah takde macam tu lagi.Kecuali kalau aku beraya kat rumah kakak. Suasana tu masih ada. Ada 3 beradik jer yang lain beraya di kg mertua.

Emmm, aku dengan siapakah itu????? comelkan, itulah cucunda sedara aku.... memang suka dengan aku dan cik abang. Dengan kakak aku kurang lak, hihi. Apakah??????Kakak aku kata Ha!!! cepat sikit mengandung,dapat baby girl lak,Aminnnnnn...

Emm.... dah buhsan kah baca n3 marathon aku kali nih....ahaks!!!!Up date la pulak suasana beraya di tempat korang yer.......

Thursday, September 17, 2009

Gantung kad raya kawan2

Salam semua....
Masih lagi mood raya.... nak sambut raya katanya. Sedih pulak kan nak tinggalkan bulan ramadhan nih.

Aku rasa ramai kawan-kawan yang dah pun beransur pulang ke kampung masing-masing. Aku pun balik kampung jugak....mungkin malam ni kut... Pada yang balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya. Maklumlah musim raya ni jalan memang jam teruk.

Aku nak gantung kad raya yang aku dapat dan sempat aku ambil.Terima kasihlah ye... Pada yang aku tak ambil tu bukan sebab aku tak sudi tapi masa tak mengizinkan.

Akhirnya.... aku dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua teman rapat yang mengenali diri aku dan keluarga serta teman maya yang membaca blog ini.Harap kita dapat berjumpa lagi k.... Selamat hari raya semua.....





P/s..... Terima kasih buat rina kerana bagi kad raya untuk akak, emmm balas dengan e-kad aci tak???? ( sambil kenyit2 mata) bolehlah eeekkkk.... udah tak sempat katanya.

Wednesday, September 16, 2009

Lebaran yang bakal menjelma


Salam semua....
Ramadhan kian berakhir...
Aidilfitri bakal menjelma....
Salam lebaran buat semua teman2 terutamanya buat semua follower yang sudi.... silalah ambil kad aidilfitri ini sebagai tanda ingatan dari aku dan keluarga.... Aku juga nak mohon maaf sekiranya aku ada terkasar bahasa terhadap semua.

Moga hari raya disambut meriah bersama keluarga tercinta.Pesanan penaja....berhati-hatilah di jalan raya. Ingatilah mereka yang tersayang....

Ambil yer kawan2...silakan k.TQ.

Sunday, September 13, 2009

Sepertiga malam di bulan Ramadhan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Renungankanlah bersama ye...

Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun....

Jom kita sama rebut peluang ini...

P/s..... aku tengah sedih nih, hand phone pink kesayangan aku hilangggggggg!!!!!!! huhuhu...tulah asyik sangat shopping baju raya anak2.Call guna hp suami dah tak boleh dihubungi lak tuh. Sohehlah dah kena rembat.Takde rezeki aku ni.....Adeeehh, sedih sangat.

Saturday, September 5, 2009

Balik kampung

Salam semua....

Gigih siapkan kerja , binding semua.....OK, DONE!!!!!!
So, abang......jom kita balik kampung...yeyyyyyyyy....

Ore Kelate.....tunggu deh....ore demo nok kelik nih....hahaha.

Pada yang balik kampung juga.... selamat jalan yer. Yang duk rumah pun ok what, bersantai bersama keluarga kan.

P/s...... untuk meen, akak nak cari kuih jala mas dengan kuih tahi itik nih.... kihkih. Aku pun tak pernah makan, duk asyik baca kat blog adik meen ni aje... cam menarik tertarik je.... heh heh.