Wednesday, November 25, 2009

Ucapan khas buat semua...

Salam semua...
Aku akan pulang berhari raya di kampung suami di Kelantan hari ni...
Harap takde banjir dan sebagainya yang menghalang perjalanan kami ok.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA YE......

P/s~Pada yang balik kg macam aku ni, berhati-hatilah di jalan raya.

Saturday, November 21, 2009

Hari pertama belajar

Salam semua....
Udah macam budak tahun 1 nak mula sekolah jer.....
Berdebar2 nak pergi kelas esok, maklumlah aura belajar tu dah diganti dengan mengajar baru nih......so esok kena bangun pagi sebab nak gerak kul 6.00 pagi dari Bentong.

Cuti sekolah yang sibuk dengan kelas dan kerja kelas dan penyelaras yang masih belum settle ok.

P/S~Aku agak jarang dah update blog kan, bukan apa cuma aku takde cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama.Tapi blog korang tetap aku terjah walau tak sempat nak tinggal jejak.Padahal duk sibuk layan FB....hahahhaha

Saturday, November 14, 2009

Tarikh penting semasa cuti nanti.....

Tarikh Toturial Kohot 7

Tutorial 1
22 Nov 2009 ( ahad )

Tutorial 2
5 Dis 2009 ( sabtu )

Mid Term Exam
12 Dis 2009 ( sabtu )

Tutorial 3
13 Dis 2009 ( Ahad )

Tutorial 4
19 Dis 2009 ( sabtu )

Final Exam
2 & 3 Jan 2009 ( sabtu & ahad )

Buka Sekolah ( Mula kerja lor.....)
4 Jan 2009 ( Isnin )

Semua tarikh tu adalah kelas SMP yang telah pun bermula.... Aku rasa macam sibuk sikitlah maklumlah sem pendek, tak tahulah nanti.....hopefully aku boleh ikut semuanya dengan terancang dan berjadual. Risau juga nih.... Tak ada apa2lah kut.....kawan2 yang lain tu boleh. Kuatkan semangat ok.....

Yang pasti cuti adalah seperti tak cuti jek. Tulah tak ada sapa paksa belajar kan... Ini adalah keputusan aku so....sahutlah cabaran ini MEKTIE!!!!!!!!

Moga Allah permudahkan segalanya buat aku......Amin.

Saturday, November 7, 2009

KUANTAN.......Destinasi ku hari ini...

Salam semua....
Seawal pukul 4.30 pagi aku dah bangun tidur laaaaa.....Korang tidur lagi ekkk?????Takpelah aku punya misi dan visi yang harus dilaksanakan pagi nih.....

Alhamdulillah akhirnya impian dan cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tercapai jua walaupun pada usia 37 tahun..... Tak terlambat lagi kan. So, masa korang baca n3 nih aku mungkin dalam perjalanan ke Kuantan untuk mendaftarkan diri di OUM cawangan Pahang di Shahputra Kuantan.Doakan aku selamat sampai ke destinasinya ye.....

Aku gembira dan rasa berdebar2 jer nih. Harap2 aku yang bergelar isteri,ummi dan guru ini masih boleh lagi bergelar pelajar pada usia ini.

Moga Allah permudahkan segalanya.......Amin.

Thursday, November 5, 2009

FB menemukan kita kembali...I like!

Salam semua.....
Facebook lagi katanya.....hihi.Memang best tau bila dapat jumpa kawan lama kat FB kan.Inilah aku nak imbas kenangan semasa remaja....hihi.Remajakah???????

Nama kawan aku nih adalah Nor huda, Memang kawan baik dari aku tingkatan 1, masa tu sekelas lagi.Kami berdua nih memang serasi bersama, banyak kenangan yang manis, pahit pun kami kongsi bersama. Masa bercinta.....masa frust menonggeng pun bersama. Pendek kata masa tu rahsia mu rahsia ku jua.....muahahahaha....Serius!!!! Kami memang sangat rapat.....

Dalam gambar tu masa aku dan uda bersama melancong ke Johor Baru dengan menaiki Keretapi........Best amat!!!!!!!
Ini pulak gambar kami masa hari perkahwinan aku.....Eh, aku tak pernah letak lagi gambar kahwin kan, Itu jelah aku sangatlah tak glamour weh.......hahaha.Pink colour ok.....
Masa ni lak masa kami tunggu result exam rasanya.....kami pergi ke Genting Highland main macam2 benda termasuklah main keta yang langgar2 tu....amatlah kebudak-budakkan. Tapi itulah kami masa tu.......Amatlah poyo ok, kayuh atas air tu dengan berbaju kurung.....kihkihkih.
Justify FullKali ni aku dan uda di Pantai Teluk Cempedak, kuantan. Best tau...kami sempat mandi-manda lagi......hihi.Dulu2 aku memang takdenya dating dengan Pakwe2 nih....Sangatlah suci dalam debu.hihi.Kecualilah ketika aku bertemu dengan tuttttttttt....
Masih gambar kami dan seorang lagi rakan karib aku Norlie. Norlie nih pulak adalah classmate yang di sebelah aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Lama kan..... Norlie duk Perak sekarang nih. Dah lama jugak aku tak jumpa dia....Norlie Sign up lah Facebook. Boleh kita Chatting.....

Oklah. Itu jelah imbasan mengenai kisah aku dulu2......hihi.Yang pasti sekarang ni dah punya kehidupan masing-masing. Semoga kita boleh berjumpa lagi k......

Sunday, November 1, 2009

Mandi-manda dan pengantin baru

Salam semua......
Selamat berhujung minggu ye.....
Aktiviti di hari ahad ini adalah sessi mandi di kolam renang .Ini sudah semestinya aktiviti anak2 la kan.Aku pastilah bising mengarahkan hero 3 orang tu menjaga Ammar, maklumlah Ammar tu kan kecil lagi. Macam aksi....tengok sajalah Ammar tu.....Happy sungguh!!!

Seterusnya kami telah diundang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Teman yang mengajar satu sekolah aku iaitu Juliya dan suaminya.Ramai betul tetamu yang hadir jadi tak sempat sangat nak berlama-lamaan di situ.

Buat Juliya....
Selamat Pengantin Baru dari Kaktie Cikgu Wan dan keluarga ye...
Moga kekal bahagia selama-lamanya.....Amin.

YANG PASTI JU ADALAH SANGAT ANGGUN SERBA PURPLE......SWEET!!!!