Wednesday, February 2, 2011

Petua sakit batu karang...

Petua Buang Penyakit Batu Karang

Kidney stone photographs Petua Buang Penyakit Batu Karang

Diberikan petua cara tradisional “Petua Buang Batu Karang” bagi sesiapa yang mengidap penyakit batu karang untuk diamalkan kalau di izinkan Allah ia boleh menghancurkan/membuang batu karang yang ada di dalam tubuh kita dan akan mengurangkan penderitaan penyakit tersebut.

Petua:
5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.

Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.

Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis…biasanya terapung!…dan boleh dikira icon smile Petua Buang Penyakit Batu Karang . Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.

*Sumber adalah dari PETUA MELAYU.COM. Untuk maklumat lebih lanjut klik SINI

Aku pun nak suruh suami cuba buat nih, maklumlah nampak macam senang dan sedap jer.....huhu.

No comments: