Monday, January 31, 2011

Berkerjakah???????@ cutikah kah kah????

Assalamualaikum...
Hari ini warga kat sekolah aku adalah bekerja seperti biasa, takde cuti tersepit ke apa ok. Ye ke??????? Tak tahulah pulak kalau ada yang ambil cuti pulak kan. Maklumlah masing-masing ada sebab dan alasan tersendiri kan.

Manalah tahu tiba-tiba lak tak sihat, maklumlah musim hujan2 camnih kan. Janganlah pulak ko duk sangka bukan2 lak, contoh...... Sajelah tu nak cuti. atau.............alasan jer tuh. Mungkin juga.......... Haih baru2 nih sihat2 jer aku tengok!!!! Wah, macam ayat orang dengki jer.......kihkih.

Apapun kepada yang bercuti panjang sempena CNY nih, bercutilah dengan penuh bermakna ok.

*Gambar credit kepada Google.Educated cat ahah........CUUMEEEELL!!!

Sunday, January 30, 2011

Musim hujan masih berterusan dibumi Malaysia



Assalamualaikum.....
ALHAMDULILLAH....Hari ini dapat berehat la kan, rehat tak rehat pun sebenarnya banyak lagik tugasan rumah yang menanti.Takpe buat jer slow2 kan......hikhik.

Celik2 jer mata pagi tadi hujan, sampailah sekarang nih pun hujan masih berterusan. Umat kat rumah ni pun masih ada yang menyambung tido balik. Biasalah bila hujan2 nih rasa lemau jer.

Hajat hati nak masak nasi lemak tapi bila tengok nasi ada so aku masak nasi goreng jelah. Sayang pulak nasi tu kan. Bila anak2 bujang ni bangun sure tanya nak makan apa ummi????

Tambah2 hujan nih, perut sentiasa rasa LAPARRrrrrrrrrrrr.........huhuhu.
Gambar 1: Subur je pokok bunga kat depan rumah aku kan, sekarang nih dah jadi hidup segan mati tak mahu lor................

Gambar 2:Kenangan pokok mangga yang ditanam oleh suami di depan rumah, sekarang nih dah mampus sebab anai2 bersarang disitu huhuhu

Ganbar 3: Yang kat bawah nih, aku google jer, teringatlak masa kat kg dulu bila hujan jer tadah air hujan dalam besen dan buat kapal kertas letak kat air, suka jer bila tengok kapal tu bergerak ikut air hujan.Itu namanya NOSTALGIA ok...........


Saturday, January 29, 2011

Kereta Kabel @ Langkawi...

Assalamualaikum...........
Selamat bercutilah yer pada yang cuti lamaaaaaaaa...boleh bercuti-cuti Malaysia. Aku mula bercuti rabu depan jer......huhu. Walaupun anak bujang dah mula bercuti selama seminggu.

Saje nak berkongsi info yang aku dapat dari utusan online tentang kereta kabel kat langkawi akan dibuka hingga 10.00 malam bermula esok dan diteruskan di setiap hari jumaat, sabtu dan ahad,cuti umum dan cuti persekolahan. Wah!!!!!!!!!!!!Dapat menyaksikan kilauan lampu-lampu yang indah di seluruh pulau langkawi di waktu malam nih, mesti cantikkan.

So, sape2 yang bercuti2 ke Langkawi bolehlah berkunjung KE SANA k....

Friday, January 28, 2011

TUTORIAL pertama sem 5 2011

Assalamualaikum............
Esok bermulalah tutorial pertama bermakna masa untuk belajar dan berjumpa kawan-kawan. Belajar ni best sebab kita boleh dapat kawan baru yang sama-sama mengerti tentang betapa tegarnya seseorang yang sambung belajar setelah bergelar isteri, ibu yang BERKERJAYA.

Tapi sekali ko dah buat keputusan makanya ko kena teruskan jugak, walau sakit walau pedih kena jugak!!! jugak!!!! jugak!!!!! TERUSKAN hingga penamatnya. Ibarat macam orang merentas desa la kan, kena!!! kena!!!! kena!!!!! lari jugak, kalau pun tak boleh lari still kena jalan jugak hinggalah sampai penamatnya.Eh, tiba-tiba buat contoh merentas desa......hahaha.

Ramai jugak kawan2 yang dah habis belajar nih, disebabkan aku adalah kohot yang terakhir makanya bersabarlah hati menyaksikan mereka2 yang telah berjaya menamatkan pengajiannya dengan hati yang sangat PUAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!Diatas pengorbanan yang bukan sedikit selama ini.

So.......jadikanlah ianya sebagai semangat nak meneruskan kelas yer, jangan asyik nak membilang tahun jer....bila nak habis!!!habis!!!! dan habis!!!!! jer. huhuhu.

Sebenarnya tahun ni adalah sedikit lega sebab suami dah habis belajar, so masalah nak tinggal anak waktu belajar dah takde. Kalau tidak dalam kelas asyik talifon anak.... dah mandi ke belum, dah sembahyang ke, makanan ummi dah masak ambik bawah tudung saji, jangan keluar rumah and bla......bla..........bla.

Habis takkan ko nak hantar anak yang sekitar umur 10-12 tahun tu ke pengasuh kut.............So, tak dapat tidak kenalah anak-anak mandiri di rumah dengan pesanan penaja yang tak habis2.

Moga dapat pensyarah yang sangat baik dan memahami...........Alhamdulillah setakat ini pensyarah adalah sangat memahami kerana mereka juga seorang bapa yang berkerjaya.

Demikianlah diari seorang aku....................ekekek, tiba-tiba jer.........

Ammar nak kakak......

Assalamualaikum............
Bila Ammar nak kakak........... nak kakak sambil menangis kat pintu itulah dianya. Ramai kakak kan, semua geng kawan Ammar di waktu petang ialah kakak2 ok.......

So memang haruslah dia nak kakak kan. hehehe..... Memang takde geng yang sebaya dia lelaki kecuali masa hantar kat rumah pengasuh adalah boyfriend yang bernama haziq. Anak pengasuh Ammar yang bongsu dan mereka memang sebaya.
Tengoklah tuh, macam pandai jer nak berkawan padahal kakak tu semua dah sekolah dan ada yang sekolah tadika. Ammar tu tumpang sekaki mainlah, walaupun main ikut2 orang jer, kakak lari dia lari, kakak naik basikal dia pun kayuh basikal gak...... hikhik.

Dan kakak yang paling Ammar suka ialah kak mia.... sikit2 kak mia.... dan kakak mia sangat pandai menjaga Ammar walaupun masa tu ummi Ammar lepak kat rumah. Terima kasih kak miaaaaaaaaaaa........
Senang hatilah dapat main luar, kalau tidak ummi biarkan aje nanges kat pintu sebab ummi tak kuasa nak jaga kat luar tuh.......hehe.

Thursday, January 27, 2011

Calon-calonnya ialah............Menantukah????

Assalamualaikum..............
Suatu petang yang riuh-rendah dengan kanak-kanak riang. Dan aku pulak adalah seorang ummi yang sangat baik petang tu, petang tu aje sebab petang lain umminya lepak depan tv ajes. haha. Bila dah ummi join sekali haruslah ada n3 kan. Tambahan pulak sukalah sangat tengok Ammar dan deeba ni tau, bila usik dia kata deeba adik Ammar............. Aloloh.... nak adik la pulak. Hikhik.
Dan deeba ni pulak adalah tersangatlah comel. Geram jer........Tapi yang tak bestnya bila dia datang kejab rumah masa hari sabtu mesti nanges bila tengok ummi Ammar nih. Dengan babah Ammar takpe lak.....huhu. Apakah??Apakah???
Abang Ammar ni pulak bila ummi suruh senyum ada ke senyum macam tuh, over acting tau!!!!! Haih genetik sapolah nih...........

Wednesday, January 26, 2011

Download game car....

Assalamualaikum................
Suka lak bila tengok si Ammar dengan dunianya ini, aku pun tak sedar sebenarnya aktiviti dia nih, masa tuh ummi biasalah duk online hahahaha. Ammar duk panggil aku ummi....ummi. Ammar main game sambil mulutnya bunyi tet..........tet............tet.

Alamak ada hinguslah......Ammar diserang selsema sekarang nih.
Layankan ajer....................Minda Ammar yang sedang membina imaginasinya. Sweet laah Ammar nih. Siap letak car... konon2nya main game car.Alahai....

Dan Sabun yang disusun oleh ammar tuh adalah jiran yang bagi , sabun mandi juliet. Wangi juga bau dia.....Alhamdulillah la, jiran kat perumahan aku nih memanglah baik-baik belaka............SYUKUR sangat.

Tuesday, January 25, 2011

Hari ni gaji.............

Assalamualaikum...............
Hoyeh...................

hoyehhhhhhh..............

Hari ni GAJI sudahhhhhhh..............

Walaupun lebatnya hanya seketika.................

Sebelum di sub pada agen-agen tertentu katanya uhukhukhuk.................

Tiba-tiba terbayang sesuatu..............sesuatu...........dan sesuatu.Boleh gitu????

Ofcozzzzzzlaaaah not, sebab list menunggu sudah berderet-deret ok. Sendiri mau ingat ler beb....

Tapi tetaplah sukaaaaaaaaaaaaaaaa...........

Bila tiba hari gaji.................

Ceh ayat macam bila tiba hari raya jer....ahaksssssss

Monday, January 24, 2011

Side income @ heartbeat.my

Assalamualaikum...
Salam pagi isnin selamat bekerja dengan hati yang ceria. Pagi-pagi nih murah rezeki tau, tak caya klik pada banner heartbeat aku di atas atau di SINI.Aku terbaca tentang heartbeat nih kat blog kak yon dan nak kongsi kelebihannya dengan korang semua. Bila dah baca tu rasa cam menarik dan terjoinlah pulak.ahakssss..

Ok2,Apa yang aku faham Heartbeat ini adalah satu marketing program dan telah dilancarkan pada tahun 2008.Sebagai satu promo terhadap produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Sangat menariklah bagi aku sebab produknya berupa gift yang sangat sweet yang boleh print gambar yang kita mahu di atasnya serta berikan kepada orang yang tersayang, MENARIK kan.....

Kalau rasa nak surprisekan sesiapa ajes yang pasti istimewa di hati kalian just click and click aje.
Yang paling aku suka kusyen pink nih( macamlah ada orang nak bagi kakaka)Sweet jer bila ada orang bagi hadiah kusyen pink yang ada gambar kamu di situ. Tak gitu????Hiksssss....

Atau mungkin t-shirt begini...
Atau begini... terasa amatlah dihargai gitu...

Dan yang sangat....
sangat....SANGAT PENTING ialah disamping kita mempromo sesuatu kita boleh dapat side income for free ofcozzzz sambil berblog ajer.Boleh cashout bila earning melebihi RM50 ,macam nuffnang la lebih kurang tapi ada tempoh masa yang tertentu. 2 minggu kalau tak silap.Korang lebih pandai kan so klik pada banner DI ATAS yer....


Aku dah daftar, Korang jangan tunggu lagi tau. Kalau rajin buatlah promo n3 untuk heartbeat ni untuk naikkan trafik korang.Bila ada member yang klik pada banner dan daftar korang akan dapat RM2 tu.............Sapa nak bagi.hikhik. Try it now..... Good Luck.

Sunday, January 23, 2011

Header baru 2011..........

Assalamualaikum...
Header baru je aku tukar nak sesuaikan dengan background baru la kononnya.hikhik. Kalau rasa cam puas hati mungkin lama la duk bertapa kat atas nun.Background tu aku ambik kat blog "as if by magic" Di SINI. Memang cantik-cantik background kat situ. CUBALAH.....

Ok2, pe pendapat korang...................Cantik tak????Ececeh!!!!Sila ikut versi eric leong ok... haha.

Saturday, January 22, 2011

Dalam debaran Zaquan nikahi Ayu Raudhah...

ALOR SETAR: “Saya rasa debaran ini tak sehebat apabila menjaringkan gol kerana ia satu kepuasan, tetapi hari ini (pernikahan ini) membuatkan saya sungguh berdebar-debar.

“Hari ini (semalam) saya rasa sangat berdebar kerana hari yang saya tunggu-tunggu sudah tiba dan kini saya sah menjadi suami.


“Ia satu tanggungjawab yang berat terpaksa saya pikul. Insya-Allah saya akan menjalankan tanggungjawab ini dengan baik. Alhamdulillah semuanya sudah selamat,” kata pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 24, selepas sah menjadi suami kepada pelakon popular Raudhah Che Wan atau Ayu Raudhah, 27, dalam majlis pernikahan di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamil Abdul Jamil, dengan mas kahwin RM1,888 pada jam 3.45 petang. Kedua-dua pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna krim rekaan Man Kajang pada majlis akad nikah yang dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan.


Abang Ayu Raudhah, Roshidi Che Wan menjadi wali dengan mewakilkan imam masjid itu. Pasangan itu turut merahsiakan wang hantaran dengan alasan tidak mahu menunjuk-nunjuk.


Mohd Zaquan Adha yang dilihat menitiskan air mata selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahan bersama Ayu Raudhah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

SUMBER DIPETIK DARI MYMETRO

*Dah sahlah kan si Zaquan ni jadi suami ayu raudhah, Emmmmm.... ada yang frust dan sakit hati ker????????????Ekekek.....Moga perkahwinan ini kan kekal sepanjang hayat mereka, maklum ajelah sekarang ni macam-macam ada.....ahakssssss. Semoga mereka berjaya mengharungi hidup berumahtangga aman bahagia dan sentosa.

Thursday, January 20, 2011

Gaya Hiasan Inggeris idaman hati...

Assalamualaikum.....
Apa khabar semua???Sekadar nak berkongsi perihal wishlist aku bagi tahun 2011, Masih lagi pasal gaya hiasan yang sweet2 camni, nak menambah perabut tu adalah tidak ok, cuma aku teringin nak cat putih perabut rumah aku. Adalah beberapa list yang aku dah usulkan pada si tukang cat @ hubby , dia kata beli cat.....Wah!!!!Green light la....

Antara yang aku nak putihkan adalah meja konsul dan meja kopi di atas.
Menjadi putih begini.......
dan begini........
Serta dining set di atas kepada...................

Putih begini..... Cantiknyaaaaaaaaaaaa.......Lagi cantik sekiranya kerusi dan meja di alas dengan kain corak bunga @ kotak2 @ polka dot yang berwarna pink, Alangkah indahnya berangan. Sebab berangan itu adalah free jer......hahahaha.

Alhamdulillah kalau jadi kenyataan. Nantilah ada masa ada ketika sebagai perancangan tahun ini. Hajatnya nak buat sendiri jer yang pastilah kena babah yang kuat bekerja nih......KUHEH KUHEH.

*Gambar adalah ihsan daripada En Google....

Wednesday, January 19, 2011

Menghilangkan bintik hitam...


Assalamualaikum semua..........
Itulah masalah yang biasa dihadapi oleh wanita kan, muka aku ni pun apa kurangnya. Ingat nak cubalah petua nih, nampak cam senang jer..... Muka korang macamana yer.Kongsilah dengan aku produk kulit yang berkesan.

BAHAN-BAHAN:


1 biji telur (ambil putihnya)

1 sudu teh perahan limau nipis

Kapas muka


CARA-CARA:

1. Campurkan air perahan limau nipis ke dalam putih telur.

2. Kemudian, ambil beberapa helai kapas muka, dan rendamkan di dalam bancuhan tadi.

3. Setelah itu, lekatkan kapas tersebut pada dahi, hidung, pipi dan dagu.

4. Biarkan sehingga kapas kering.

5. Setelah kering, tarik kapas secara perlahan-lahan dan lihat hasilnya.

Tuesday, January 18, 2011

Gaji kakitangan awam 2011

Assalamualaikum...
Apa khabar teman-teman???Hari ni baru 18 hb rupanya, rasa cam lamanya nak gaji. Maklumlah awal2 bulan nih banyak melabur sana -sini. Pelaburan jangka panjang untuk hero yang 3 orang kat rumah nih..... hehe.

So, tangan gatal google manalah tahu gaji bulan ni awal kan..........hahahahahahha. Dan jawapannya adalah 25 hb ok. Terus down uhukhukhuuuuuuu...

Monday, January 17, 2011

Roti Avokado la pulak..........

Roti Avokado

Roti Avokado

Assalamualaikum semua..........

Roti ke kek pisang nih.....Nampak macam menarik jer, sapa yang berminat bolehlah mencuba yer...Lepas tuh ajaklah aku datang makan hikhik.

Resepi dicilok dari sajionline

BAHAN-BAHAN:

175 gm mentega

250 gm gula kastor

2 biji telur

2 biji pisang berangan

1 biji avokado

100 gm kacang pecan/walnut

300 gm tepung

2 sudu kecil serbuk penaik

CARA MENYEDIAKAN:

1. Mula-mula kita panaskan ketuhar pada suhu 190o Celsius dan griskan loyang roti de­ngan shortening (lemak sayuran) dan lapikkan kertas surih.

2. Cincang buah avokado dan pisang dilenyek.

3. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian pecahkan telur, pukul lagi.

4. Masukkan pisang dan avokado serta kacang pecan.

5. Tepung diayak dengan serbuk penaik dan masukkan dalam adunan sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam 15 minit.

Sunday, January 16, 2011

Petanda...........


Assalamualaikum semua...
Alangkah damainya tengok gambar tu................ Adakah kedamaian itu milik kita selamanya????!!!Yelah.........

Pejam ........... celik ............pejam .............celik dah pun hari sabtu, pastuh tiba-tiba jer hari isnin balik, cewah2 tiba-tiba katanya. Tapi memang betullah sekarang nih, rasa masa begitu cepat berlalu.Adakah itu petanda akhir zaman??????

Fikir-fikirkanlah.......

Gambar adalah digoogle oleh owner blog ajes.

Saturday, January 15, 2011

Qistina mangsa dera ibu tiri...........

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.

Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.

Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.

Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.

Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.

Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.

Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.

“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.

“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.

Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Berita dipetik dari UTUSAN

SEDIH!!!!!!!!!!!!!Bila anak kecil mati kerana didera oleh ibu tiri yang sah2lah waras dan berakal. Malang sekali bila akalnya itu tak berfungsi bila sanggup mendera dan menyiksa kanak-kanak yang tidak berdosa. Apalah dosa Qistina yang didera tanpa dapat perhatian daripada bapanya sendiri. HINGGA MATI!!!!!!!!!!!!!!! Masya Allah..... Moga bidadari Syurga ini aman bahagia di SANA.......Amin.

Friday, January 14, 2011

Sakti Delima dihentikan serta merta

Assalamualaikum semua...
Sakti Delima dihentikan siarannya di TV3 serta merta walaupun baru 4 kali disiarkan. Hurm..... Sebenarnya aku pun baru sekali jer tengok cerita tuh sebab rasa tak faham dengan jalan cerita nya tuh tak adalah aku duk ulang tengok lagi.

Last2 dapat tahu dah dihentikan oleh pihak penapisan la pulak. Dengan alasan mengandungi unsur syirik dan tahyul yang melampau. Sedar atau tidak ,WALAUPUN hanyalah C.E.R.I.T.A tapi memberi kesan yang sangat mendalam pada masyarakat.

Namun begitu sebagai penonton yang bijak kita kenalah tapis minda kita sendiri agar tidak terpengaruh kan. Apapun moga tindakan Lembaga Penapisan Filem ini adalah jalan yang terbaik untuk penggiat drama dan filem berkarya.

*Aku kalau cerita yang jenis macam ni memang jarang sangat ikuti sebab susah nak faham, maklumlah ala-ala tak terjangkau dek akal gitu............ Letih nak fikir kesudahannya dan sedikit tidak logik.Tapi kalau kelakar tuh aku layan gak..........hehe.

Thursday, January 13, 2011

Ketumbit...

Assalamualaikum semua....
Ketumbitkah????????!!!Takdelah wei, sebenarnya kakak aku duk talifon tanya aku tahu tak pokok ketumbit tu macamana. Aku ni sah2 la tak tahu, sayur2an pun tak berapa nak kenal inikan pulak pokok yang pelik camtu. Siapa yang tahu leh share dengan aku yer.............

Aku pun teruslah menggoogle gambar pokok ketumbit nih, Rasa macam pernah tengok jer.Kalau siapa2 yang seangkatan dengan aku tak tahu, itulah pokok ketumbit yer.... Cuma aku tak pastilah kan samada leh ubat penyakit ketumbit ke tidak.hikhik

Kakak aku kata dia nak buat ubat mak mertua dia sakit dalam perut gitulah. Kadang-kadang orang tua nih tak suka berubat dengan dr dan spital bagai, so berubat secara kampung gitu..... Tapi kan kadang-kadang petua dan khasiat semulajadi nih berkesan juga buat ubat kan..........

Wednesday, January 12, 2011

RMT dan e-kasih

Assalamualaikum semua..........
Kenapalah mood nak menulis takde, aku memang sibuk ditambah pulak dengan hati yang tak senang.Kerja sekolah yang tak habis-habis lagi nih, kalau nak ikut cara yang sah disisi undang-undang(Mandatori) tu, tak terlarat rasanya...........

Setakat kerja yang selalu duk buat tuh pun macam kura-kura membuatnya. uhukhuk. Mungkin sibuk tu ada sikit surut sebab Rmt hanya e-kasih yang layak.Korang tahu tak apa RMT tu yer, RMT adalah rancangan makanan tambahan yang diberikan kepada murid secara percuma dimana penjaganya berpendapatan kurang dari RM400.

Itu bererti permohonan RMT hanya akan dipohon oleh penjaga sendiri melalui online e-Kasih. Ada pegawai yang akan menilai kelayakan mereka untuk menerima bantuan tersebut dan hanya 2 orang yang layak di Sekolah aku nih. Daripada 69 orang yang dipilih oleh sekolah berdasarkan pendapatan keluarga telah tinggal 2 orang sahaja.

Tapi dari sudut hati nurani aku nih memang sedih sebab bantuan untuk murid telah dikurangkan. Itulah risikonya bila mahu menaik taraf negara maju. Apa namanya maju jika bilangan miskin tegarnya terlalu ramai. Tak gitu??????

No komen.....no komen. Yang pasti murid rmt aku tinggal 2 orang jer, KESIAN kan..........

Sunday, January 9, 2011

Shahrul Idlan dilamar kelab FC Indonesia.....

Assalamualaikum semua.....
Berita sukan la pulak........hikhik.Biasalah kan,aku pembaca akhbar online jer sekarang ni, jadi ada berita yang menarik tuh aku kongsilah kat blog mektie nih, maklumlah ala-ala tempias gitu MEKTIE dengan Kelantan football gitu hahahaha.Tumpang glamour sekaki.....
Berita di petik dari myMetro k.... Lagipun aku suka jer tengok game Shahrul Idlan nih, walaupun bukan dia yang sumbat gol tapi hantaran dia cantik wooooooo....Melepasi pertahanan lawan gitu...

PELUANG beraksi di liga luar negara mungkin hanya datang sekali apatah lagi ia hadir seperti ‘satu penghargaan’ selepas mempamerkan aksi terbaik dan mengerah keringat hampir sebulan di Piala Suzuki AFF pada Disember lalu.

Namun, penyerang lincah kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa menolaknya meskipun sudah mendapat tawaran daripada tiga kelab Indonesia termasuk kelab Liga Super Indonesia (ISL), Sriwijaya FC.

Menurut pemain berusia 24 tahun kelahiran Besut, Terengganu, tindakan itu diambil kerana sudah mengikat kontrak untuk kekal bersama juara Piala Malaysia 2010, Kelantan sebelum saingan Piala Suzuki AFF bermula lagi.

“Saya akui tawaran itu agak lumayan dan memberi peluang bermain di luar negara namun saya terpaksa menolaknya kerana sudah tersenarai bersama skuad Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (LM) 2011 yang bermula kira-kira tiga minggu lagi,” katanya yang dipilih Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun lalu.

Norshahrul kini menumpukan sepenuh perhatian untuk membantu Kelantan mencapai sasaran ditetapkan iaitu menjadi empat pasukan teratas Liga Super, separuh akhir Piala FA dan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia serta layak beraksi di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2012.

Pada saingan Piala Suzuki AFF itu, Norshahrul menggegar jaring lawan sebanyak dua kali namun dilihat sebagai penggerak utama jentera serangan terutama ketika membantu Malaysia membenam Indonesia 3-0 pada final pertama di Bukit Jalil.

Keberanian dan kemahirannya menggelecek pemain pertahanan Indonesia berjaya membuka ruang kepada dua jaringan Malaysia pada perlawanan itu dan seterusnya membantu Malaysia menjulang piala itu buat kali pertama sejak mula dipertandingkan 14 tahun lalu.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai bersama Kelantan dan skuad kebangsaan pada tahun lalu. Saya harap meneruskan aksi konsisten seperti itu pada saingan LM musim ini.

“Namun sebagai pemain muda, saya sedar masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi penyerang berkualiti dan benar-benar digeruni lawan,” jelasnya.

Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali yang juga penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol turut dilapor mendapat tawaran daripada beberapa kelab Indonesia dan Vietnam.

Saturday, January 8, 2011

Siti Nurhaliza @ OPRAH Malaysia????

Assalamualaikum semua..............

Bercerita tentang Datuk Siti Nurhaliza yang kini bergelar OPRAH malaysia tu..............Ini adalah program terbaru dalam Astro Ria mulai 12 Febuari ini jam 9.00 malam.Program selama sejam itu diterbitkan oleh Global Station SDN BHD. Wawancara pertama Siti adalah bersama idolanya Tun Dr Mahathir Muhammad.Untuk berita lebih lanjut KLIK SINI

PERCUBAAN sulung dan pengalaman pertama - itulah yang boleh dikatakan mengenai Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang kini menceburi bidang pengacaraan pula.

Menerusi program bual bicaranya Siti... Hiburan dan Inspirasi, penyanyi Cindai ini cuba mencabar diri sendiri.

Mengakui personaliti ternama Hollywood, Oprah Winfrey sebagai sumber inspirasi, Siti tetap merendah diri dan berasa tidak layak untuk dibandingkan dengan kehebatan idolanya itu. Beliau berkata siapalah dirinya untuk dikaitkan sebagai 'Oprah Malaysia'.

"Bidang pengacaraan adalah fasa baru dalam karier Siti. Justeru, banyak yang harus Siti perbaiki dan buat masa ini masih bertatih-tatih. "Malah, tak dinafikan Siti memang gementar setiap kali mewawancara namun kena cuba mengawalnya.

"Alhamdulillah, selepas episod pertama dan kedua dirakam, Siti sudah mula tahu mengawal perasaan gementar itu dengan sebaik mungkin. Bahkan, Siti juga menonton program dihoskan orang lain untuk melihat cara dan gaya mereka ketika menemubual tetamu. "Tidak terkecuali, imej juga harus diambil kira. Apapun, bagi Siti keselesaan bergantung kepada diri kita sendiri dan asalkan bersedia. "Namun, Siti bersyukur mendapat pasukan produksi yang banyak membantu menyediakan pelbagai maklumat," katanya.

Menurut beliau, secara tidak langsung ia memudahkan kerjasama dan proses rakaman pun berjalan lancar di Studio Filem Negara Malaysia (FNM) sejak lima hari lalu. Siti juga berkata dalam sehari, dia perlu membuat rakaman tiga episod, sekali gus dan ia sangat memenatkan.

"Bagaimanapun, inilah pengorbanan baru yang harus Siti lakukan. Malah, Siti sangat seronok sepanjang menjadi pengacara kerana minda kita lebih terbuka. "Banyak pengalaman berharga dan baru Siti rasai ketika bertanyakan soalan.

Friday, January 7, 2011

Hidragea lagik....FUH...........Cantiknya!!!!!!!!

Assalamualaikum semua......
Dah tengok gambar tu soheh lah korang tahu aku google kan ajer di SINI. Biasa aku tengok kecik jer pokok hidragea nih, rupanya boleh tinggi ko, tinggi pada orang putih tu kan. Cantik betullah!!! Gabungan warna dia sangatlah sweet..........pink , purple dan biru.

Tema tahun 2011...

Assalamualaikum semua........
Tema lah sangat kan, tema buku rekod mengajar dan jadual kedatangan kelas aku bagi tahun ini adalah petak-petak dan PINK ok. Cantik tak?????????!!!! Hehe.

Saje jer la, tiap-tiap tahun cam best kalau dapat balut cantik-cantik buku rekod nih tau.....hikhik. Ofcozzzzlah nak bagi up motivasi untuk diri sendiri, tak gitu kawan-kawan dan TQ juga kepada Mr Nazari yang sudi taipkan nama yang cantik dan pink itu. Ahakssssssss....

3 ringgit kah???????????Kwang.....kwang....

Thursday, January 6, 2011

Jangan lupa Punch card k.......

Assalamualaikum semua.........
Rasanya dah lama tul orang guna punch card ni kan, kat sekolah aku nih baru mula tahun nih jer, pengalaman pertama bagi semua cikgu-cikgi.....Ada gak ke yang tak tahu apa dia punch card nih, ala bila kita masuk kad dia pun bunyik kecek....kecek!!!!Hehe. Pastuh ada tanda hari dan masa kita pergi sekolah. Atau korang dah guna style camnih, guna cap jari ke kan, lagi la canggih dan up to date. Tak gitu???????

So kali nih masanya adalah tepat ok...... Jangan datang lambat. Disebabkan pengalaman pertama masa nak punch card tu ada yang tak pilih option out atau in kan, dah berlapis tandanya..... wakakakakaaaaaaa.

Hari ini adalah yang kena sound bagai dengan tuuuuuuuuuuuuuut ....hehe, dan kena jumpa GB minta sign la pulak.huhu. Walaupun dah kena sound , boleh pulak aku terlupa jugak, apalagi pergilah balik pulak kan.........hahahaha.

Paksa rela hubby pergi sekolah punch card balik punya pasal walaupun sebenarnya aku dah balik rumah pun.kihkih.Macam-macam hal di tahun baru nih.....

Kurangnya minyak.... sebagai satu realiti atau strategi

Kekurangan minyak masak menular ke Manjung dan Perak Tengah

05/01/2011 6:32pm

Kekurangan Minyak masak menular ke Manjung dan Perak tengah.

LUMUT 5 Jan. - Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang dilaporkan di beberapa negeri kini merebak ke daerah Manjung dan Perak Tengah menyebabkan ada peniaga makan terpaksa menutup kedai mereka.

Aminah Osman yang menutup kedainya di Seri Iskandar, Bota, dekat sini berkata, “Sebagai kedai menjual pelbagai makanan, saya memerlukan sekurang-kurangnya lima kilogram minyak masak setiap hari.

"Bagaimanapun semua kedai runcit di sekitar Seri Iskandar telah kehabisan bekalan sebelum saya terpaksa ke Sitiawan dan Seri Manjung untuk mencari bekalan tetapi turut hampa,” katanya.

Aminah berkata, usaha mendapat bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit juga gagal. - Bernama

*Kalau sebelum ini hebat diperkatakan di KUala Lumpur dan sekarang dah sampai ke Perak pulak dah.Bagi peniaga kedai makan kekurangan minyak ini adalah masalah yang besar kepada perniagaan mereka.Apa yang pasti kerjaan telah memberi jaminan bahawa minyak cukup di negara ini. BETULKAH??????

Berita dipetik dari Utusan Malaysia Online, untuk berita lebih lanjut klik SINI

Wednesday, January 5, 2011

Muhasabah diri...............

Aku fikir aku adalah insan yang tabah.......rupanya TIDAK!!!!!!!!

Tuesday, January 4, 2011

Air mata ummi....

Assalamualaikum semua...
Berbicara dengan hati tanpa suara tanpa bicara, air mata tumpah satu.....satu. Entah kenapa tanpa ribut tanpa angin berjiwanya aku semalam. Air mata mengalir pun tanpa dapat ditahan-tahan. Emosi yang tidak menentu beb.......Padahal bukan ada apa-apa pun, tapi rasa sedih sangat dan air mata mengalir tanpa sebab yang pasti..........

Hari ni ada sedikit ceria dan lega, belum pun anak masuk universiti umminya dah macam kucing hilang anak, tak sanggup nak lepaskan anak duk asrama akhirnya anak bujang dua orang tu berulang dari rumah dan bersekolah di Bentong ajes....

Moga ianya yang terbaik untuk kalian yer...

Khairul Fahmi dapat rumah....

Assalamualaikum semua.............
Wah!!!Wah!!!!!!!!!!Wah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Murah betul rezeki gol keeper pasukan Malaysia ni kan, Bermula dengan permainan nya sangat bagus tuh, terutama part yang menyelamatkan gol malaysia masa panelti dulu teruslah jadi HERO Malaya gitu.Glamour dan popular sekarang nih

Berita terbaru dapat rumah la pulak dari kerajaan Kelantan. Itulah namanya rezeki kan.Apapun Tahniah buatnya kan........ Moga Fahmi tak lupa diri,hahaha.Tetiba jer...

Monday, January 3, 2011

Rumah Teres gaya Inggeris...

Assalamualaikum semua.....
Sebenarnya gambar nih dah lama duk dalam folder, saje simpan sebab suka meng google hiasan rumah teres nih. Manalah tahu kalau ada rezeki beli rumah lagik, dapat teres dua tingkat pun dah ok kut. Kalau ikutkan hati aku dah bersyukur sangat dapat duk kat rumah sekarang, maklumlah rumah sendiri walaupun kecil.Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya inilah hasil usaha di atas titik peluh aku dan suami . Tapi disebabkan suami punya hasrat nak balik ke kampungnya pulak jadi terfikir-fikir la pulak nak beli rumah lain.

Berbalik pada hiasan rumah nih tak kiralah rumah ko tu besar ke ....kecik ke..... kalau dah pandai menghias tu tetaplah nampak cantik dan sweet sangat kan. Memang berkenan betul aku nih. Kreatif betul........Gabungan warna dan hiasan bunga-bungaan itu memang idaman hatiku...

Gambar ni pulak rumah orang putih kut, entahlah aku pun tak pasti.... Aku main google jer dan-dan tu rasa sungguh menawan kalbu.Tak semestinya perabut baru dan berharga mahal malah perabut lama kalau diberi nafas baru dengan sedikit kreatif pun memberi impak yang sangat besar dalam menghias rumah yang kita impikan.Agak2 rumah macam ni susah sikit nak maintain kut, kena ada semangat yang kental untuk melawan segala habuk2 kan. Anw... Memang sweet sangat-sangat........kan.Tak gitu?????????????

*Gambar aku petik dari Mr google.

Sunday, January 2, 2011

Ampuhnya hati......

*Gambar yang indah ini adalah dari Jiozhaigou di barat cina, antara tempat yang paling indah di dunia. Kalau nak tahu lebin lanjut klik di SINI

Entah kenapa...
Ampuhnya hati...
Aku ingin jadi seteguh gunung-ganang...
Aku ingin jadi secekal ombak menghempas pantai...

Ya Allah berilah aku kekuatan.Amin...

Bekas isteri ustaz Akhil Hayy Kemalangan...

Assalamualaikum semua.....

Berita dipetik dari myMetro

Maizawati patah tangan

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: “Sejurus kemalangan, Maizawati tidak sedarkan diri dan saya bimbangkan keselamatan kandungannya serta anak-anak tiri.

“Pada masa itu, saya berdoa semoga zuriat kami tidak mengalami masalah. Namun, sebaik doktor memaklumkan kandungan itu selamat, saya orang paling gembira,” kata Mohd Yassin Ben@Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35, selepas kereta yang dipandu isterinya itu bertembung sebuah kereta lain, Selasa lalu.


Menurutnya, ketiga-tiga anak tirinya ketika itu tidur di tempat duduk belakang dan dia sempat menahan mereka daripada terhentak pada kerusi depan sejurus rempuhan.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.


Berikutan itu, Maizawati patah tangan kiri dan cedera ringan kedua-dua kaki serta bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anak cedera ringan.


Ketika kejadian, Maizawati, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy memandu kereta yang dinaiki bersama Mohd Yassin serta tiga anak, Siti Nur Maisarah, 13, Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9 dan Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3.

Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: “Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. “Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan.


“Ketika itu, suami orang yang paling gelabah kerana kandungan ini zuriat pertama saya bersamanya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan kandungan tidak mengalami masalah dan doktor kini masih melakukan pemantauan,” katanya.

*Alhamdulillah semua ahli keluarganya selamat termasuk janin dalam kandungan Maizawati yang baru berusia 5 bulan.

Saturday, January 1, 2011

Pelakon Mohd faizal~bekas suami Siti Nurdiana meninggal dunia


Assalamualaikum semua....
Berkongsi rasa terkejut dengan kak Ina kl tentang berita kematian seorang pelakon Mohd Faizal iaitu bekas isteri kepada Siti Nurdiana. Beliau yang meninggalkan seorang anak lelaki yang bernama Rayyan pada usia yang masih muda iaitu 30 an.

Beliau dipercayai meninggal akibat penyakit jantung. Memanglah penyakit jantung ni adalah pembunuh no 1 di Malaysia kan. Kematian yang tiba-tiba......

Takziah buat keluarga Faizal dan AL-FATIHAH.........

*Gambar aku google kan aje.

LAZO DIAMOND idaman hati........


Assalamualaikum semua...
Letih pergi SHOPPING!!!!!Hehehe.Asal nampak perkataan SHOPPING jer Happy, asal happy jer Shopping.hua hua hua.

Tulah tadik g store nampak ada LAZO DIAMOND la,sekarang nih offer trade in emas kuning dia ambik 100% tau, lepas tu boleh pulak kata, abang tak nak bagi hadiah ke???? Nak kata harijadi dah lepas, anniversary pun dah lepas, hadiah nak mula sekolah ok kut. Tapi apa lak kaitan LAZO DIAMOND dengan buka sekolah nih??????!!!! Poning kepala laki den.

Udah-udah toksah nak berangan, nama pun buka sekolah.Belilah baju sekolah, alatan sekolah baru betul temanya kan. Beli apa yang patut, BEST WOoooooo...... Aku paling suka sampai kat tempat bekas pensel. Lama gak duk pilih kat situ, ko pegang ko lepas.............Pastuh ko lepas ko pegang balik, last2 ko lepas tak ambik2 dah sebab yang nak beli barang tuh sah2 anak ko mektie ooooiiii!!!!! Tapi aku pergi sekolah gak, tiba-tiba confius.Haih.

Tapi serius BEST terutama tengok bekas pensel yang warna pink yang chumel2 itu. Aku pun nak jugak!!!!!!!!!!!!!!JELESSSS weh, tengok anak2 beli bekas pensil, tapi bila fikir balik, biar dulu lah. Hehehe.Dengan anak pun nak jeles. Bayar sendiri, nak ambik jelah kan, tapi tulah dalam kepala otak nih masih banyak cabang la.......Sendiri mau Ingat maaaaaaaaaaaaa..

Anak-anak ni pun jangan ingat nak barang baru jer kan, semua tu tak penting, apa yang penting belajar dengan bersungguh-sungguh dan jadilah anak yang berjaya di dunia dan AKHIRAT. Ummi takde harta nak oooiiii cuma yang boleh ummi berikan peluang belajar k.... Belajarlah berdikari dan membuat keputusan bijak, buktikan pada ummi bahawa kalian boleh berjaya.Tiba-tiba rasa sedih......