Saturday, April 30, 2011

Putera William dan Kate Middleton

Assalamualaikum...
Sekadar berkongsi cerita dan gambar perkahwinan diraja yang termahal dan gilang gemilang ini, seluruh dunia pun meraikannya.

Menurut sumber Berta Harian online.William menemui Kate lebih lapan tahun lalu ketika belajar di Universiti St Andrews di Scotland. Kate adalah anak perempuan seorang usahawan berjaya.

Selepas berkahwin, pasangan itu akan tinggal di utara Wales, di mana Putera William akan terus berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja.
William, pewaris takhta kedua, adalah juruterbang mencari dan menyelamat RAF

*Berita dipetik dari Berita Harian online.

Friday, April 29, 2011

Yahoo mail...

Assalamualaikum....
Pada yang guna FB, macamana dengan email korang. Mesti banyak kan. Email aku adalah berjumlah 14++ . Nama pun facebook mesti segala mak datuk nenek moyang masuk kat dalam tu, tension je tau!!!!!!!!! Ada hati nak padam satu-satu .Kalau aku lantak situlah. Sebab tuh email pun dah jadi beribu-ribu lemon lor.

Tanya suami dia kata boleh padam sepuluh.....sepuluh.Huh!!!!!!!Masih banyak kali kena klik, so aku godek2 aje kat folder yang ada tuh satu......satu. Terjumpalah yang bertulis action dan scroll ke bawah, ada laaaaaaaaaa....select all email. Cepat jer aku klik pastu delete jer semua email tuh dengan sekali klik aje. WAH!!!!!!!!!!Tiba-tiba rasa best.

Mungkin aku jer pun yang tak tahu nih, huhu. Pada yang tak tahu macam aku boleh ikut cara ni yer.............haha.Tetiba lak rasa bijak........bijak.HURM.

*Cuti sampai isnin ni korang balik kampung ke???Bercuti mungkin......Aku?????Exam last paper la pulak sabtu nih.huhuhuhuhhhhhhhhhhhuuuuu

Wednesday, April 27, 2011

Happy Birthday Ammar sayang...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah ....4 tahun sudaaaaaaa. Makin petah bercakap walaupun depan orang lain pemalu yang amat. Semoga Ammar membesar sihat selalu hendaknya.Kek hari jadi Ammar yang dah tersengit sebelum sempat dipotong.huhuhu...

Saje untuk kali nih ummi ajak kawan2 ammar kakak mia dan kakak sabrina potong kek, takdenye nak masak bagai cuma beli jajan jer. Oklah tuh Ammar ummi kesibukan kalau hari sekolah nih. N3 pun dipublish pada hari nih walaupun hari lahirnya pada 24.4.2011 yang lepas.
Semoga ammar jadi anak yang soleh yer sayang........

Sunday, April 24, 2011

Ahad laaaaaaaaaa...

Assalamualaikum....
Alangkah indahnya bersantai di hari ahad, lebih-lebih lagi ahad yang free gini. Takde aktiviti lain kecuali duk la lepak kat rumah aje.....CUMA hati tak senang la pulak, sabtu ni ada exam yang tertangguh sebab pilihanraya kat MIRI hari tuh. Semangat tah hilang melayang jer......

*Gambar credit kepada google.

Friday, April 22, 2011

LHDN....

Assalamualaikum.......
Korang dah dapat cek rebate LHDN ekk...... Suami aku baru nak hantar wei huhuhu. Itupun mujur gak dia buatkan untuk bininya sekali kan, nak harap aku.....Haih!!!!Very the LEMBAPSSSSSS dalam kira mengira nih. Pada yang masih belum hantar adalah seangkatan dengan aku tu cepat2 la....Tarikh akhirnya 30 hb nih.....Jalankan tanggungjawab anda k....

Cukai....oh cukai........

Wednesday, April 20, 2011

Namapun budak-budak...

Assalamualaikum.......
Nama pun budak-budak kan, kadang-kadang kita suka, kadang-kadang kita tergelak, kadang -kadang kita rasa sweet sangat dan kadang-kadang kita rasa HANGEN satu badan.huhu. Boleh bersabarkah?????Terpaksa.............memang itulah pun busyuk ummi pengarang jantung yang bisa buat ummi sakit jantung jer kaedahnya...........Ammar nih dah jadi bodyguard babah sepanjang masa, dimana ada babah di situ ada Ammar. So kalau babah nak pergi mana-mana aku terpaksa tadah telinga dengar amukan dia.....Tension Woooooooo....
Sebelum...
Selepas...
Dengan senang hatinya dia kan, aku??????Senang hatikah melihatnya???????!!!!Sebahagian daripada Proses tumbesaran minda dialah tu. Takpelah Ammar, janji sihat jer......AIMAN tak kesahhhhhhhhhhhhh......Tetiba lak!!!!!

Monday, April 18, 2011

Kehebatan syurga...


Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

*Berkongsi info dan credit di laman I luv Islam.com

Friday, April 15, 2011

Tazkirah di pagi Jumaat


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Fikir-fikirkanlah dimana kita........

*Untuk maklumat lanjut klik SINI

Thursday, April 14, 2011

Rumah Tradisional

Assalamualaikum...
Tinggal NOSTALGIA yang penuh bermakna. Rindu yang tak terbendung kasih yang tiada berpenghujung......walau dihujung nyawa sekalipun.

Kenapa suasana perkampungan begini bisa mengusik hati dan perasaan sayu...Al-Fatihah buat arwah mak dan abah...

*Gambar kredit kepada google

Tuesday, April 12, 2011

Gaya Moden Klasik

Assalamualaikum...
Gaya suntikan moden la pulak. Menawan jer kan classsssssss gitu......Yang pasti sangat praktikal.
Jom layam gambar pink nih....memang cantik dan sweet sangat.huhu
Simple dan kemas jer.... Wah pencahayaan di situ, memang terbaiklah........
Dan sangat sejuk mata memandang....
Kepada yang minat gaya moden klasik bolehlah berilhamkan imaginasi anda k........
*Gambar adalah kredit kepada MR GOOGLE...

Saturday, April 9, 2011

Photoshop cs4...

Assalamualaikum...
Kali ni banyak tengok gambar jelah. Almaklumlah baru jer berguru dengan sifu Are Peq mengedit gambar dengan Photoshop. Gambar pertama macam tak berapa jelas jer huhu...
Gambar dua bolehlah kan.......hikhik.Nanti lama2 lagi ok kut.
Yang ini ok kut....
Style sama dengan gambar kedua.... cam tak berapa kemas.

Gambar yang akhir ni lain sikit sebab aku buat effect spin.....
Alhamdulillah bolehlah sikit2 mengedit gambar, pro tu idaklah. Suka-suka jer, lagipun tidaklah aku guna DSLR pun.......huhu.Kebanyakkannya adalah camera handphone cam ayam aku tu jer.

Friday, April 8, 2011

Telur ayam tiruan....


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.

Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Perbezaan telur ayam asli (kanan) dan tiruan selepas direbus. – Bernama


Cara mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

S. M. MOHAMED IDRIS

Presiden CAP

BERHATI2LAH WEI, TELUR PUN BOLEH DIBUAT PALSU BAGAI....BAHAN KIMIA LAK TUH.

*Berita dipetik dari utusan malaysia online

Dua sejoli...

Assalamualaikum......
Alangkah indahnya permandangan kat dahan pokok petai kat belakang rumah aku..... Dua sejoli yang sedang santai di situ tanpa sedar ada manusia yang sedang mengskodeng....hikhik.

Thursday, April 7, 2011

Masak lemak cili api ayam

Assalamualaikum.....
Resepi semalam, lepas balik sekolah tu memasaklah pulak, dah 2 minggu duk usha nak masak lomak cili api nih. Baru hari ni jadi realiti....Haih, macamlah susah sangat. Maklumlah time letih bergelumang dengan murid di kelas......pung pang pung pang gitu ..... pastuh turun naik tangga lak, belum lagik kalau kena pulak mood murid merudum ada yang makan hatilah jawabnya.

Ok2 mengarut sudaaaaaaaaa.....Berbalik pada resepi nih, fuh makan pun cam berselera, adakah sebab sedap atau lapor kebulur tak ingat. Tu semua pasal kes semangat nak diet huhuhu. Bersepakat dengan sazzy rosaz bawak ayor panas aku bawak biskut. Kira tak gi kantin, udah 3 hari duk makan biskut cecah milo. Nasib baik juga eishah de bawak roti, tahan sikit perut tuh.Dalam pada diet tuh makan lauk masak lemak!!!!!!!!konfius jab........
Ini pulak ayam goreng dan tempe goreng ajes. Udah malas, jab lagi nak pergi sekolah balik, ada kokurikulum.
Makan pulak dengan budu pemalas, cuma letak lada kecik jer........huhu.

P/s~Azzy,Sampai bilakah bertahan nak diet nih, kuatkan semangat k.....