Saturday, July 30, 2011

Kad ucapan buat semua....

Assalamualaikum......
Ramadhan datang lagi.....
Adakah Ramadhan yang datang dan pergi itu....
Tetap sama seperti semusim yang lalu....
Semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik
nilai ibadahnya daripada sebelumnya........

*Entah kenapa hati mudah rasa sayu dan hiba.

Thursday, July 28, 2011

Basikal Fixie...

Assalamualaikum........
Ikut trend la sangat kan, basikal fixie ni asyik menjadi bualan budak-budak lelaki jer sekarang nih kan, termasuklah hero kat rumah nih.Tambahan pulak bila kawan dia yang kat sebelah rumah ni pun baru beli....Haih!!!!lagilah berkobar-kobar.haha.

Mula-mula tu sibuk memujuk ummi....bila dah agak2 tak berapa dilayan baru berhasrat nak mengumpul duit. Ok2 ummi nak tengok yer....

Mahal tul harga basikal nih, dan ummi pulak bukanlah orang yang senang2 jer nak beli apa yang anak-anak nak......Maklumlah mahallah basikal nih, ko bayangkanlah nak beli 3......huhu. Tak ke rabak poket namanya..............

*Gambar kredit to MR Google...

Wednesday, July 27, 2011

Kad Hari Lahir...

Assalamualaikum......
Kad hari lahir sendiri , aci tak?????
Alhamdulillah Ya Allah....
Masih punya kesempatan di bumi ini.

Thursday, July 21, 2011

Di persimpangan...

Assalamualaikum...
Agak lama aku tak update blog nih, bukan apa kadang-kadang rasa takde apa yang nak dikongsikan. Macam tak caya jer kan bila mektie keluarkan statement macam ni. Huh!!!!Perasan artis ke????????

Tulah dalam hidup ni tak hari-hari nya kita suka, kadang bila kita rasa suka rasa selesa tiba-tiba jer down. Aku pernah rasa macam tuh. Pada waktu itu barulah teringat balik bila orang kata jangan suka sangat nanti dapat duka. Jadi bila suka ke duka ke jangan lupa bersyukur.

Bila kadang-kadang pulak kita dilanda rasa KEHILANGAN sangat2, dimana kita rasa takde tempat nak mengadu, takde tempat nak meluahkan sesuatu atau lebih tepat lagi situasi gurau senda bersama adik beradik di bawah satu bumbung penuh bahagia bersama emak ayah yang telah lama berlalu.Kuatkan semangat dan tabah. Memang!!!!!gurau senda bersama adik beradik tu masih ada cuma ianya tak serupa bila masih punya mereka.

Di sini aku cuma mampu mengenang dengan air mata bersisa disudut mata. Namun itulah dunia yang sentiasa berputar seperti roda.Siapalah kita untuk menidakkan kuasa yang yang maha esa. Dan bila esok jika berada dipersimpangan, kematangan lah yang menjadi tunggak untuk membuat keputusan dalam kehidupan ini.

Yang pasti waktu senang ke, waktu susah ke yakinkan sentiasa bahawa ALLAH sentiasa ada untuk kita. Insya Allah.

Wednesday, July 6, 2011

Ikan Bakar Sri Tanjung...

Assalamualaikum....
Cerita yang dah basi sebenarnya......Tapi takpelah dah terlanjur ada dalam folder, kita cerita lah jugak. Boleh kan??????Bukan apa , kalau ada member yang terbaca boleh pergi ke restoran sri tanjong nih.Bagi tekak aku ni memang bestlah ikan bakar dia. So sekarang nih takdelah aku asyik duk ulang kat suami teringinlah nak makan ikan bakat kat tanjung lumpur nun.huhu.Kalau mengandung takpelah jugak ada gek yang nak layan.Ini tidak ha!!!!!Mengomel lah ko sorang2.... Ok2, melalutlah pulak...... Ikan yang kat atas tu ialah ikan pari bakar.....
Sotong bakar yang sangat sedap lepas kena serang itu jelah yang tinggal, tak sempat aku nak ambik gambar. Ikan bakar dia memang disalut sambal camtu lah......
Ini biasalah kan...TOMYAM...sedap jugak.
Dan air asam nilah the very superrrrbbb......betul!!!!!!!!Aku rasa sedap tak sedap ikan bakar tuh atas air asam dialah kut.... Apapun warga Bentong selamat mencuba.Restoran tu terletak berhadapan dengan kubur muhibbah tu yer....

Tuesday, July 5, 2011

Bomba ke polis...

Assalamualaikum...
Macam best jer pulak bila aku tanya budak kelas pra sekolah tentang cita-cita masing-masing.
Aku :Amin dah besar nanti nak jadi apa?
Amin :Bomba
Aku :Kenapa nak jadi bomba?
Amin :Boleh main air.........

Hahahhahaaaaaaa....gelak dalam hati.
Aku :Ukashah pulak nak jadi apa?
Ukashah :Kita nak jadi polis.
Aku :Sebab apa nak jadi polis?
Ukashah : Dengan selambanya menjawab...Kita nak tembak orang.......
Aku :Erkkkk.......huhuhu.

Friday, July 1, 2011

Punya hati dan perasaan...

Memilih sekadar DIAM
untuk memujuk hati sendiri.....
namun kenapa memendam rasa itu
SAKIT...