Saturday, February 28, 2009

Destinasi yang belum selesai..

Salam semua....
Aku cadangnya nak pergi kesuatu tempat hari ni... tapi ada aktiviti pulak kat sekolah dan suami aku pulak ada kuliah rupanya, so tangguh ke hari esok...

Mintak2 esok takde halangan untuk aku berdestinasi ok. Takde halangan .Titik. Tapi mana tahu kan kalau2 adaaaa pulak.

Ke mana??????heh heh. Kalau ikut hati ni dah lama aku terbang.....ikut hati ikut kaki.... haha. Emm....bahasa memang tak hengat ok....

Aku hanya melayan hati yang senangggg.....hihi

Friday, February 27, 2009

Kesiannnn dia...tapi comelkan!!



So sweet that baby boy ... Alahai!! mengantuk rupanya. Kesianlah tengok baby ni kan. Comel sangat tau....geram!!! kalaulah ammar sedebab ini.hurm...

Wednesday, February 25, 2009

Terapi minda...berkesankah???




Terlalu banyak kerja... sampai tak tahu mau buat yang mana. siap satu
ada pulak yang lain...begitulah selalunya. Haru biru dibuatnya.
Kadang2 aku tak fahamlah, mula2 buat camni pastu keluar pulak
arahan buat camtu pulak. Adeeeh, pening lah kalau berterusan cenggini.
Balik sekolah rasa cam letiiiihh amat...letihnyaaa!!!
Terlalu banyak program yang perlu dibuat...
Kepala aku tengah pusinglah....tension sangat.
Bila semua program ini udah selosai akulah orang yang akan melompat sakan.
Emm ada ke orang yang nak tengok aku melompat hah....hihi.
Adeeh, memang aku sengal dengan semua nih....
Aku mahu buat terapi minda
shopping barang2 kesukaan ku...
Babah!!! bila nak g shopping nih.
Tolong hilangkan semua kerunsingan ini.......

Monday, February 23, 2009

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




Aku baru cuba2 dan menjadik la pulak.Cubalah buat pada yang belum ye...aku pun tak ler pandai sangat pun...hihi,saje tak nak layan emosi yang terganggu ini...huhu.

Layan gambar je ok tak???

Sekitar majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas PSS 2009.Layan gambar jelah aku malas nak cerita sebab kepala pusing, hati runsing dan jiwa kaco amat nih.....hurm.

Menu aku tengahari isnin nih... balik sekolah aku sempat masak lomak ikan dengan rebung dan belimbing buluh. Emm...

Ayam masak merah....masih malas nak cerita lagi...aku dilanda ribut taufan. Hah!!!

Sunday, February 22, 2009

Aku rindu laa..


Aku rindu la... rindu??? em tengok kat gambar tu adakah aku rindu makcik2 tu @ makanan itu @ masjid dan sungai yang cantik itu.....memang aku sebenarnya rindu sebab banyak memori yang manis bila aku terpandangkan gambar pekan sari temerloh dan sungai ini....uwaaaaa.
Semua memori itu biarlah aku simpan ye...bukan tak nak berkongsi tapi tulah...banyak sangat kan. Maklumlah zaman kanak2 dan remaja dulu aku sinonim dengan daerah ini.
Pekan sari Temerloh ni memang tempat yang sangat sesuai untuk mendapat macam2 sayur kg( termasuklah sayur maman yang aku suka tu...lihat gambar ye) macam2 ikan laut, sungai... ikan patin sungai tuuuuuu...ikan tengas,talapia dan macam2 ikan pekasam yang dijual.
Kuih muih pun banyak...ada dodol kukus, eh.. itu ke nama kuih tu ha!! aku lupa la pulak. Tapi kuih yang dalam gambar tu memang kegemaran arwah mak.Adeeh, ni sedih nih...kalaulah emak dan abah masih ada...
Dulu2 aku juga biasa naik bot menyeberang sungai temerloh, cuma berapa sen je tambang dia ...lucukan. Tapi best...masa tu naik dengan kawan2 la. Kalau ada kawan2 yang baca blog ni mesti masih ingatkan kenangan kita di sini. Kan Noli, uda kan...kan. Ada tak lagi sapa2 yang biasa ditempat2 ini ha??? jom kenal...cewaaahh.Tetiba...

So , misi hari ni sebenarnya nak ajak babah pergi pasar minggu Raub la....
Babaaaaahhhh, bangun!!!! jom kita pergiiiiiiiii.... tak dapat pergi pekan sari Temerloh, raub pun ok, asal jalan dan cari sayur maman lagi.... eeee cam mengidam pulak aku ni. Lalallllalala...hihi

P/s~aku baru je cuba2 edit gambar camtu. Credit untuk kak lela kakak aku ni yang memang pro dan study dalam bidang ni....kak lela kan.

Saturday, February 21, 2009

Team futsal

Seawal 6.30 pagi futsal player ni dah bangun..mandi,solat subuh pastu berdesup pegi ke futsal court.Disebabkan budak2 nih kategori kecik so bila waktu petang tak boleh main la. Budak2 besar ni memang besar kepala tau...dihalaunya budak2 kecik ni...so pagi2 waktu cuti bolehlah main tanpa gangguan.Court futsal ni baru je siap kat perumahan ni. Petang2 memang itulah aktivitinya kanak2 kat sini.(Sila abaikan gambar pengadil yang berkain pelikat itu...hihi)
Pertandingan bermula dengan 0-0. Masing2 punya skill tersendiri untuk menyumbatkan gol. Lihatlah aksi masing2 merebut bola yang satu tu....termasuklah sikecil Ammar ni. Turut sama mengejar bola walau pun tak pernah dapat bola itu. Kesian Ammar ...
Gol keeper sedang memujuk pemain kecil ni untuk meneruskan permainan. Tapi tulah, ammar ni bukannya reti bahasa yang dia tahu kejar dan kejar juga bola itu. hihi.
See, memang sungguh pro Ammar kak...kan.haha.Kejar bolehlah tapiiiii...dapat ke bola tu Ammar!
Cubaan untuk merampas bola dari pihak lawan...
Finally...dapat!!!! yey....bola ini Ammar punya....hahaha. Terus bawak lari......semua duk kejar nak bola balik.
Begitulah aksi yang sempat di rakamkan...

Ha! kan......Dimana2 ada Ammar ...kalau tengok dia memang sungguh2 mengejar bola, last2 jebik menangis sambil mintak ball...nak...nak. tunjuk bola.

Akhirnya permainan terpaksa dihentikan untuk memberi laluan kepada Ammar yang menjebik dan menangis tak dapat bola. Kasi can la sikit.... Dia pun tersenyum...suka lah tuuuu... Pemain2 yang sungguh baik sebab sanggup beri peluang kepada Ammar. Tak caya...tengok tu...kan semua duk tersenyum melihat pengacau yang sorang ni...em Ammar nih!!
Akhirnya babah ambik Ammar bawak balik dengan keadaan menangis.... tak nak balik nak main lagi tuh... Tak bolehlah dik...sebab adik kecik lagi. Pastu terus pergi kedai beli gula2 tuk si Ammar ni. Kes pujuk punya pasal...seorang pemain kecil yang suka menyibuk. Itulah aktiviti pada pagi sabtu ni...

Thursday, February 19, 2009

Bilakah kan bertemu....

Cam bagus je tajuk n3 aku kali ni kan...hihi. Dengan siapakah???!!! ada yang nak teka ke... Cam boring je nak layan aku kan. Aku pun boring dengan perangai sendiri yang tak reti2 nak sabar. Sebenarnya aku dah tak sabar nak bertemu dengan langsir baru aku nih....hihi.Boring ke???sorilah kalau n3 aku lately agak mengades ok.
Sambil2 tu aku saje nak promote bisnes sil aku nih. Aku dah tengok hasilnya. Memang puas hati. Harga bergantung pada material dan pattern yang yang kita gunakan. Kalau ada yang berminat pergi aje kat blog dsal collection ni k...

Di petik dari blog dsal ...
Sebenarnya aku nak cerita gambar kat bawah tu....k.tie(mektie) langsir dah siap ni tengoklah, gambar silau skit warna pun jadi lain. Tengok langsir aje tau, jgn tengok model plak. langsir ni k Tie yg tempah dari aku model langsir De,sal 7 dari dsalcollection.



Dia yang belikan kain dan tolong jahitkan. Aku sendiripun tak dapat tengok lagi nih. Tu yang sengal semacam je...cantik tak??? kalau rajin nak layan aku komenlah sikit

Sal...... kaktie dah tak sabar nak pegi ambik nih. emmmm...biar aje koyak poketku....hurm.

Tuesday, February 17, 2009

Psssssttt.....



Cantik kah???????!!!..........lalala.

Monday, February 16, 2009

Rendang ayam maman dan sambal bilis......

Memang lama tul aku tak masak kat blog nih kan... em bukan tak masak kat blog aje kat rumah pun agak kemalasan lahh...apa lah nak jadi dengan ummi Ammar ni.....Kemalasan yang melampau ditambah dengan sibuk. Hari2 balik sekolah lambat ,so masak ikut dan jelah. Simple2 ajer...Hari ni agak rajin sebab menu hari ni adalah kegemaran aku dan anak aku...hihihi.


Menu pertama...rendang maman. emm...mungkin ramai yang tak biasa makan kan. Agak2 kenal tak dengan sayur maman nih. hahaha. Sayur ni sayur kampung yang biasa dijual oleh makcik2 kat pasar minggu tau. Ataupun kat pekan sari Temerloh pun adaaa....kg aku le.
OK...mula2 tumbuk cili api,kunyit,bawang putih,bawang merah ditumbuk. Setelah itu gaulkan sekali semua bahan dengan ayam sampai empuk dan mesra.Lepas tu masukkan santan. Tunggu hingga masak dan kuah agak pekat.Letakkan juga asam keping.

Akhir sekali masukkan maman. Masak lagi hingga kuah kering dan berminyak. Macam rendang tulah. Dah siap...senang kan. Tapi aku tak pastilah ada orang suka sebab rasa dia agak pahit2 manja gitu. Bagi aku yang selera kg ni memang suka sangat. Walaupun nak masak tu lama jugak lah.Selalunya aku dan adik beradik makan waktu raya, akak aku lah yang masak. hehe.

Menu kedua...sambal tumis ikan bilis dengan petai. Apaaaa???? busuk... tapi sedap.hahah.Aku buat kering2. Ikan bilis dan petai digoreng terlebih dahulu. Ini memang kegemaran aku sejak azali lagi... ibarat kata arwah mak aku, masa aku umur 4 tahun makan sambal tumis duk atas meja meratah sampai habis. Buruk kan perangai aku dengan sambal tumis ni...sekarang ni anak aku pulak bawak pinggan duk meratah kat depan TV. Adeeeh, salah sape tu ekkkk....

Emmm... ada siapa2 yang nak teman aku makan. Nampak cam sikit je nasi aku tu...saje tunjuk sikit karang kata aku kuat makan lak. hahaha. Jooooomm makan. Aku dah letih dan lapor sangat tau. Selesai masak aku dapat makan kul 4.30 petang. Adeeeh....Anak2 dan suami dah makan awal tadi dengan berlaukkan ayam goreng jeeee...maklumlah balik tadi pun dah dekat kul 3. Lapar dah katanya.....

Aku tidak keseorangan tau....masih ada yang menemani. Setia menungguku....so sweet kan.

Juga ditemani oleh cucu cicit kucing jiran aku dulu iaitu kak lela. Kata anak aku lah... ini kucing alia dan alissa ummi... em iyolah.....So alia dan Alissa... tengok kucing ni kalau rasa rindu yeee....
Comel kan.

Saturday, February 14, 2009

Info yang sangat baik dari adik Alia

Jalan2 kat blog Alia dan dapat info yang sangat bagus nih... terutama untuk aku yang punya 4 orang anak lelaki. TQ Alia sebab sudi berkongsi amalan yang sangat baik ni... akak letak kat blog sendiri supaya senang boleh baca dan amalkan.

Semua tip ini alia dapat daripada salah sebuah majalah.......JADIKANLAH DOA CARA BERKESAN BAGI MEMBENTUK PRIBADI ANAK-ANAK. SESUNGGUHNYA DOA ITU SENJATA ORG MUKMIN.

1 - selalu membaca " ya latif" sebanyak 7 kali hembus di kepala anak sewaktu mereka sedang ATAU hendak tidur

2 - Byk bersabar dan yang utama jng cepat melenting jika anak membuat sesuatu yang di luar dugaan. cuba berbicara dengan baik dan guna kaedah memujuk
3 - byk berdoa kpd Allah minta di lembutkan hati anak-anak
4 - bila bangun pagi peluk anak sebanyak 3 kali, usap kepala dan selawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita pada si anak)

5 - baca surah Al- fatihah, surah taha ayat 1-5 , diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkan hati anakku (sebut nama anak), seperti Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)" kemudian hembus pada makanan dan minuman.klu anak masih menyusu hembus pada susu

6 - Utk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah as-syura. Sebaik-baiknya dibaca selepas subuh, baca pada semua botol air utk minuman dan masakan seisi keluarga

7 - ketika memasak sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari surah Ali Imran. Diikuti dengan perbanyakkan zikir 'Ya Hayyu,Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman' berulang kali - semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati . Begitu juga surah Toha ayat 1-8 , surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca ketika anak menelaah buku dan membaca al-quran

8 - bagi ibu yg bercita-cita mendapat zuriat yg baik, amalkan ayat 38 dari surah Ali Imran, iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud "Ketika itu Nabai Zakaria berdoa kepada TuhanNya : 'Wahai Tuhanku,Kurniakanlah kepada ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima )doa permohonan "

9 - Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keaddan baru hendak tidur, ketika itu otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar

10 - selepas solat 5 waktu amalkan doa dari ayat 74 surah al-Furqan yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata : Wahai tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa..."...amalkan ayat 40 daripada surah Ibrahim yang bermaksud " Wahai Tuhanku jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunan ku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doaku"

AYAT2 AL-QURAN YANG BOLEH DI AMALKAN UNTUK MENDIDIK ANAK2
1 - SAAT ANAK BERGADUH
Baca surah la- Baqarah ayat 102
2 - ANAK-ANAK PANDAI BELAJAR
Surah Al-Anbiyaa ayat 79
3 - ANAK-ANAK LEMBUT HATI DAN ELAK PANAS BARAN
Surah al-Anbiyaa ayat 69
Surah al-Hasyr ayat 22-24
4 - ANAK-ANAK MALAS KE SEKOLAH
Surah Toha ayat 1 - 5
5 - Bagi anak-anak yang suka keluar malam
Surah ar-Ruum ayat 31. Baca sebanyak 33 kali

Thursday, February 12, 2009

Atlit pingat perak...ok what.

Hari rabu baru ni adalah hari sukan tahunan di sekolah aku, jadi memang bz dan blog pun tak sempat nak up date, lepas sukan pulak tentulah aku yang sangat letihhhhhhh ok, arghhhhh....Gambar perbarisan , kembar aku duk kat barisan pengawas pss...

Sebab apa aku letih???? memang bagus soalan tu ok...sebab aku yang tak sedar diri menyokong pasukan aku rumah hijau dengan k.remy...hahaha. Hari tu suara dari rumah hijau memang sangatlah kuat tau... sampai kena tegur dengan cikgu2 lain. Semasa murid tahun 3 lari semua pasukan rumah hijau menjerit...hijau...hijau...hijau.
Aku???? dalam dilema masa tu....sebab anak aku ayie dari rumah kuning sedang berlari juga....hihihi. Pernah ketua rumah hijau mengusik aku...yatie!!! kalau ko sokong rumah kuning ha....keluar dari rumah hijau!!!! adeeeeh...aku tersengih2 jelah.
Tapi memang aku tak terkata tau... nak jerit anak aku pun tak terkeluar je suara , nak sebut hijau pun tidak. Aku diam jer tau... hihihi. Kesian aku kan ekeke. Tulah... akhirnya ayie hanya naib johan. Tahun lepas aris...pelari tahun 2 rumah hijau selalu merungut...katanya, susahlah cikgu nak kalahkan Ayie. Yelah 2 tahun ayie mengekalkan kejuaraannya... last2 tahun ni ayie ditempat kedua. Takpelah yie...

Senyuman kelat dari Ayie...memang nampak kecewa kan. Tapi aku tengok pun dia tak sungguh2 lari...mungkin aku kurang bagi semangat kat dia. Ibarat kata kawan dia.... ayie lari tak kayuh cikgu...dia lak nampak sedih. Takpe ayie tahun depan cuba lagi k...

Inilah cikgu rumah hijau yang menjadi penyokong kuat pada hari tu. Aku, k.remy,ida,nazari( yang pakai spek mata hitam tu...em masih single tu.Ada yang berminat hahaha...sory nazari...) dan shahir...hahaha. Tapi memang suka bila tengok anak buah kita menang.....hilang rasa letih. Dan rumah hijau mestilah jadi juara keseluruhan pada hari itu...hahaha.Tapi lepas tu....Adeeeehhhh......LLETIHHHHNYAAAAAAAA...

Monday, February 9, 2009

Kak lela...ketemu juga...


Pagi tadi, seorang yang aku anggap kakak merangkap jiran datang kesekolah aku... katanya saja nak jumpa teman2 lama. Kakak ni namanya kak lela. Dulu2 kak lela dan aku mengajar satu sekolah di daerah ni... tapi tulah , kerana mengikut suami kak lela terpaksa berpindah ke tempat lain. Dan aku rasa perpindahan itu juga adalah yang terbaik buat kak lela pada masa tu.....

.......cerita lama ok.....

Kak lela, boleh eekk tie bercerita kisah2 lama ni......
Ini cerita mula2 aku posting kat sinilah.... kaklela nilah orang yang pertama bercakap dengan aku walaupun hanya melalui talifon sekolah. Aku dapat rumah sewa dan masa tulah aku pertama kali bersemuka dengannya. Cantik dan bergaya orangnya...

Esoknya aku pertama kali daftar di sekolah baru.... dan yang pasti kak lela jugalah guru yang menegur aku dan mengajak aku duduk berhampiran mejanya. Sejak itulah kami mulai rapat dan mesra...
Nak dijadikan cerita... kak lela ni ada menggossipkan aku dengan seorang guru lelaki sekolah tu yang akhirnya kini menjadi suami aku... hahaha. Memang dah jodoh aku kut.

Kami juga sama2 beli rumah...dan duk berjiran pulak tu. Masa tu kami pun sama susah sama2 senang. Bertukar halia, bawang, garam dan macam2 di pagar dapur rumah. hihihi. Kalau ingat memang rasa nak gelak pun ada... Rajin jugalah kami buat mesyuarat pagar kat belakang tu....bergossiplah apalagi hhahaha.Biasala perempuan.....Tapi jangan ingat orang lelaki tak bergossip tau.. Kadang2 lagi teruk ekeke. Kenapa....Tak caya????? ini fakta ok bukan otar...heh...heh cam fafau la pulak.

Kadang2 aku rasa rindu pulak nak berjiran dengan kak lela... rasa hidup ni taklah bosan sangat ada masa boleh gak borak2 kat rumah niiii... tapi yelah, kaklela dah bahagia dan sebagai kawan aku pun tumpang gembira juga. Tadi aku tengok kaklela sedikit berisi...(sori kak....tapi orang yang menulis ni apa kurangnya heh heh) aku rasa tu tandanya hati kaklela senang kut sekarang nih.....

Apapun aku doakan semoga persahabatn ini berkekalan dan kita akan berjumpa lagi nantinya. Ok kaaakkk......Kalau akak baca n3 ni harap akak tak marah yer... tapi memang tie rasa gembira dapat jumpa akak...cuma tak boleh berbual panjang tadi......

Saturday, February 7, 2009

Formula one junior .......vvrooooommmm...

Meriah sungguh suasana kejiranan aku ni pada waktu petang. Walaupun hanya kanak2 disitu kan. Emak ayah dia mana tah....biasalah tu petang2 ni masa merehatkan diri memasing. Aku camtu gak.Tapi tulah..ammar ni mengamuk nak keluar jugak so terpaksalah aku monitor dia. Adeeeh....kurang sikit masa rehat aku... tapi takpelah sekali-sekala layan budak2 ni best tau....

Ha!!!...tu Ammar n the gang nak mula race dah. Ok sebelum tu possing dulu k. Kalau tidak macamana ummi nak masuk blog nih...hihihi.

Anak sapalah comot berhingus ni....eeeeeee. memang comotlah kalau kena selesema ni kan. Kesian Ammar.... Tapi main kereta bukan main laju lagi aku tengok, Haaaaaiiih...

Tunggu turn masing2 tuuuu... Ammar tu ke depan dah pun, maklumlah lesen terbang ni pakai undang2 sendiri je.... memang dia pun yang paling kecik.... Gang yang lain tu dah 3, 4 tahun umurnya. So Ammar ni baru2 belajar nak berkawan... suka pulak aku tengok.Sekarang ni bila dengar je bunyi kereta kat luar, dia dah mula tarik tangan aku. Mulaa dah.....




Macam2 aksi pun ada, bukan main laju lak tu. Puas ummi kejar dia, maklumlah kawasan rumah aku tu berbukit sikit. Kena jaga 2 takut over laju terjatuh pulak Ammar... Sekali sekala tengok budak2 main ni syok juga. Aku pun jadi cam budak2. Rasanya lama dah aku tak bertegur sapa dengan kanak2 ni tau.... Dengan jiran2 pun dah kurang bertegur sapa. Balik rumah je memerap, rasa letih je.... Hai entahlah. Jumpa sekejab2 pun tak sempat nak berbual panjang. Tulah kan.......

Thursday, February 5, 2009

Kita kawan kah???? hihihi

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... ......,
Bergerak bersama...... .....,
Menangis bersama..... ......,
Melihat bersama dan......... .,
Tidur bersama..... .....

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ....
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN .........


Kita kawan kan ? ?????





FRIENDS FOREVER


Semua ni adalah dari blog rina....just for friends, kan rina, minggu kawan katanya .
Aku suka ok.So kalau ada yang nak tepek kat blog sangat dialu-alukan ye....silakan2.
emmm.......dah ambik keeeee????
Apa????? emmm tak sudi keeeee????
OK ye....emmm....ambik tau!!!!!!! heh heh.
Apa pun layannnnnnnnnnnzzz...

Wednesday, February 4, 2009

Award yang dah lama ...tapiiiiiiii....mmmm

Sori ler... bukan sengaja nak tangguhkan semua tugasan nih....tapi tulah, cam2 hal, cam2 perangai yang melanda diri so janganlah ada yang tersinggung lak. akan aku usaha kan k. See....
Award yang pertama ni aku dapat dah lama tau.....lama betul kan ila aka jivebumz ...heh heh. Ila ni orangnya cute sangat, rajin up date blog, suka balik kg, anak yang sangat baik tau.... em sudah berpunya kan...kan. Tak caya tanya bro hem hem....ekeke. Kaktie dah ambik award nih yer ila...untuk jawapan yang seterusnya sila tengok kat n3 yang lepas ye dik... akak dah buat tau. Ok ye....

Award dari catlina... aku suka ye.. moga kita tetap bersahabat di alam maya nih yer....


Award dari nrina pulak ok... Tq rina , emmmmm...blog mektie ni gila best ke...best gila, hahaha... apa pun award ni aku dah ambik...walau pun aku tak pasti best ke blog ni. Cuma berblog tentang keluarga jek... biasa2 aje. Aku kan orangnya biasa2 ajeeeee...hihi.

Ahah...aku takde nak mention sesiapa laaaa...siapa yang nak letak kat blog masing2, silakan k..