Saturday, November 21, 2009

Hari pertama belajar

Salam semua....
Udah macam budak tahun 1 nak mula sekolah jer.....
Berdebar2 nak pergi kelas esok, maklumlah aura belajar tu dah diganti dengan mengajar baru nih......so esok kena bangun pagi sebab nak gerak kul 6.00 pagi dari Bentong.

Cuti sekolah yang sibuk dengan kelas dan kerja kelas dan penyelaras yang masih belum settle ok.

P/S~Aku agak jarang dah update blog kan, bukan apa cuma aku takde cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama.Tapi blog korang tetap aku terjah walau tak sempat nak tinggal jejak.Padahal duk sibuk layan FB....hahahhaha

Saturday, November 14, 2009

Tarikh penting semasa cuti nanti.....

Tarikh Toturial Kohot 7

Tutorial 1
22 Nov 2009 ( ahad )

Tutorial 2
5 Dis 2009 ( sabtu )

Mid Term Exam
12 Dis 2009 ( sabtu )

Tutorial 3
13 Dis 2009 ( Ahad )

Tutorial 4
19 Dis 2009 ( sabtu )

Final Exam
2 & 3 Jan 2009 ( sabtu & ahad )

Buka Sekolah ( Mula kerja lor.....)
4 Jan 2009 ( Isnin )

Semua tarikh tu adalah kelas SMP yang telah pun bermula.... Aku rasa macam sibuk sikitlah maklumlah sem pendek, tak tahulah nanti.....hopefully aku boleh ikut semuanya dengan terancang dan berjadual. Risau juga nih.... Tak ada apa2lah kut.....kawan2 yang lain tu boleh. Kuatkan semangat ok.....

Yang pasti cuti adalah seperti tak cuti jek. Tulah tak ada sapa paksa belajar kan... Ini adalah keputusan aku so....sahutlah cabaran ini MEKTIE!!!!!!!!

Moga Allah permudahkan segalanya buat aku......Amin.

Saturday, November 7, 2009

KUANTAN.......Destinasi ku hari ini...

Salam semua....
Seawal pukul 4.30 pagi aku dah bangun tidur laaaaa.....Korang tidur lagi ekkk?????Takpelah aku punya misi dan visi yang harus dilaksanakan pagi nih.....

Alhamdulillah akhirnya impian dan cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tercapai jua walaupun pada usia 37 tahun..... Tak terlambat lagi kan. So, masa korang baca n3 nih aku mungkin dalam perjalanan ke Kuantan untuk mendaftarkan diri di OUM cawangan Pahang di Shahputra Kuantan.Doakan aku selamat sampai ke destinasinya ye.....

Aku gembira dan rasa berdebar2 jer nih. Harap2 aku yang bergelar isteri,ummi dan guru ini masih boleh lagi bergelar pelajar pada usia ini.

Moga Allah permudahkan segalanya.......Amin.

Thursday, November 5, 2009

FB menemukan kita kembali...I like!

Salam semua.....
Facebook lagi katanya.....hihi.Memang best tau bila dapat jumpa kawan lama kat FB kan.Inilah aku nak imbas kenangan semasa remaja....hihi.Remajakah???????

Nama kawan aku nih adalah Nor huda, Memang kawan baik dari aku tingkatan 1, masa tu sekelas lagi.Kami berdua nih memang serasi bersama, banyak kenangan yang manis, pahit pun kami kongsi bersama. Masa bercinta.....masa frust menonggeng pun bersama. Pendek kata masa tu rahsia mu rahsia ku jua.....muahahahaha....Serius!!!! Kami memang sangat rapat.....

Dalam gambar tu masa aku dan uda bersama melancong ke Johor Baru dengan menaiki Keretapi........Best amat!!!!!!!
Ini pulak gambar kami masa hari perkahwinan aku.....Eh, aku tak pernah letak lagi gambar kahwin kan, Itu jelah aku sangatlah tak glamour weh.......hahaha.Pink colour ok.....
Masa ni lak masa kami tunggu result exam rasanya.....kami pergi ke Genting Highland main macam2 benda termasuklah main keta yang langgar2 tu....amatlah kebudak-budakkan. Tapi itulah kami masa tu.......Amatlah poyo ok, kayuh atas air tu dengan berbaju kurung.....kihkihkih.
Justify FullKali ni aku dan uda di Pantai Teluk Cempedak, kuantan. Best tau...kami sempat mandi-manda lagi......hihi.Dulu2 aku memang takdenya dating dengan Pakwe2 nih....Sangatlah suci dalam debu.hihi.Kecualilah ketika aku bertemu dengan tuttttttttt....
Masih gambar kami dan seorang lagi rakan karib aku Norlie. Norlie nih pulak adalah classmate yang di sebelah aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Lama kan..... Norlie duk Perak sekarang nih. Dah lama jugak aku tak jumpa dia....Norlie Sign up lah Facebook. Boleh kita Chatting.....

Oklah. Itu jelah imbasan mengenai kisah aku dulu2......hihi.Yang pasti sekarang ni dah punya kehidupan masing-masing. Semoga kita boleh berjumpa lagi k......

Sunday, November 1, 2009

Aktiviti hari ahad

Salam semua......
Selamat berhujung minggu ye.....
Aktiviti di hari ahad ini adalah sessi mandi di kolam renang .Ini sudah semestinya aktiviti anak2 la kan.Aku pastilah bising mengarahkan hero 3 orang tu menjaga Ammar, maklumlah Ammar tu kan kecil lagi. Macam aksi....tengok sajalah Ammar tu.....Happy sungguh!!!

Seterusnya kami telah diundang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Teman yang mengajar satu sekolah aku iaitu Juliya dan suaminya.Ramai betul tetamu yang hadir jadi tak sempat sangat nak berlama-lamaan di situ.

Buat Juliya....
Selamat Pengantin Baru dari Kaktie Cikgu Wan dan keluarga ye...
Moga kekal bahagia selama-lamanya.....Amin.

YANG PASTI JU ADALAH SANGAT ANGGUN SERBA PURPLE......SWEET!!!!

Tuesday, October 27, 2009

Resepi baru...dan tangis sendu Nur Kasih.

Salam semua...
Amboi-amboi....kemain tajuk aku kali nih.haha.
Resepi baru nih dah seminggu diwar-warkan oleh kak pah, cuma aku tak berkesempatan nak buat, Sedap mektie.....baik mu buat. E eh.....nanti jab, mektie katanya.....haha. Kadang2 ada kawan panggil aku gelaran glam itu walaupun aku bukan orang kelantan ok.

Apa yang aku melalut nih....hihi. Cuma nak cerita pasal resepi baru nih iaitu udang masak tempoyakErrk.....Korang makan tempoyak ke ha???Yang tak bestnya, tengah aura.... aura nak masak tu datang gas habis lah pulak, DOWN OK!!!!!!!. Mengada....macam lah rajin benor lah tuh gayanya kan.Takpelah, yang pasti udah pun berjaya aku masak, hubby kat sedap anak-anak pun suka, Alhamdulillah.So...resepi kak pah nih memang sedap.

Resepi yang kedua adalah ayam goreng berempah, yang ni tak sempat lak aku snap gambarnya.... kira halal jelah korang sebab dah disapu oleh anak2.Maklumlah ramai2 nih memang suka berebut, Ayam goreng pulak tuh....memang budak-budak dan mak budak sukaaaa....hahaha.

Sekarang nih aku tengah layan Nur Kasih Online TV3.COM. Dulu2 masa belajar tak sempat tengok so masa nih aku cover balik.Sampai kul 12.30 malam aku bantai tengok episod 1-7.Pagi pergi sekolah ramai kawan2 tegur.... ingatkan aku bergaduh ke nangis2 rupanya sebab NUR KASIH.....hihi. Sedih giler wei.... walau kena gelak dengan hubby dan anak2 aku tak pedulik dah. Ayie siap bagi tisu satu kotak kat aku...Nak kena seligi ke apa budak nih.Nangis sampai bengkak mata u see...huhu

Saturday, October 24, 2009

Misi terjah yang ala2 jer....

Salam semua...
Dah bersawang gila blog kan.....Ok2,Ada misi-misi la pulak aku ni kan.....Misi utama hari ini untuk mengintai kat rumah kawan-kawan. Tengah buat apa tu cuti2 nih....Nantikan krew Mektie berkunjung ke kawasan kalian yang sewaktu dengannya.......TUNGGUUUUU.....hihi

Sajalah rasa macam tak percaya je follower dah 100 tu. Aku suka sebenarnya punya ramai kawan macam nih, walaupun sambil minum kopi di rumah saje kita boleh bertukar-tukar cerita kan.....Harap persahabatan ini berkekalan ye....

Sebagai tanda menghargai persahabatan kita selama ini sila ambil award yang tak seberapa ini dan tampal kat blog ye.... Pada kawan baik aku yang tak ada blog tapi selalu baca blog aku ni ( Cis!!!!! perahsantan la pulak.....haha) pun sila ambil dan semat di hati kalian semua ok....Juga kepada yang tersesat, tersasul kiranya terterjah ke blog aku selamat datang diucapkan.

Cuma kalau suka datang lagi kalau tak menepati citarasa pun tidak mengapa. Kerna aku menulis bukan kerna nama......cewah2 Nyanyi pulak dah. Apa yang ada disini adalah cerita tentang aku dan keluarga sajes k....

Enjoy your self k..... Aku amat menghargai semua pengunjung teratakku ini.... Ada masa mungkin kita kan berjumpa kan. Siapalah yang tahu.....ye tak????