Thursday, November 5, 2009

FB menemukan kita kembali...I like!

Salam semua.....
Facebook lagi katanya.....hihi.Memang best tau bila dapat jumpa kawan lama kat FB kan.Inilah aku nak imbas kenangan semasa remaja....hihi.Remajakah???????

Nama kawan aku nih adalah Nor huda, Memang kawan baik dari aku tingkatan 1, masa tu sekelas lagi.Kami berdua nih memang serasi bersama, banyak kenangan yang manis, pahit pun kami kongsi bersama. Masa bercinta.....masa frust menonggeng pun bersama. Pendek kata masa tu rahsia mu rahsia ku jua.....muahahahaha....Serius!!!! Kami memang sangat rapat.....

Dalam gambar tu masa aku dan uda bersama melancong ke Johor Baru dengan menaiki Keretapi........Best amat!!!!!!!
Ini pulak gambar kami masa hari perkahwinan aku.....Eh, aku tak pernah letak lagi gambar kahwin kan, Itu jelah aku sangatlah tak glamour weh.......hahaha.Pink colour ok.....
Masa ni lak masa kami tunggu result exam rasanya.....kami pergi ke Genting Highland main macam2 benda termasuklah main keta yang langgar2 tu....amatlah kebudak-budakkan. Tapi itulah kami masa tu.......Amatlah poyo ok, kayuh atas air tu dengan berbaju kurung.....kihkihkih.
Justify FullKali ni aku dan uda di Pantai Teluk Cempedak, kuantan. Best tau...kami sempat mandi-manda lagi......hihi.Dulu2 aku memang takdenya dating dengan Pakwe2 nih....Sangatlah suci dalam debu.hihi.Kecualilah ketika aku bertemu dengan tuttttttttt....
Masih gambar kami dan seorang lagi rakan karib aku Norlie. Norlie nih pulak adalah classmate yang di sebelah aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Lama kan..... Norlie duk Perak sekarang nih. Dah lama jugak aku tak jumpa dia....Norlie Sign up lah Facebook. Boleh kita Chatting.....

Oklah. Itu jelah imbasan mengenai kisah aku dulu2......hihi.Yang pasti sekarang ni dah punya kehidupan masing-masing. Semoga kita boleh berjumpa lagi k......

10 comments:

ija said...

letak lagi gambar kawen plissss

De' Sal said...

K Tie dolu2 tak pernah dating dengan pakwe ker.....he he.....

Unknown said...

FB bleh jd medan jejak kasih gitu.. frb pun baru nak blajar buat

Norhuda Ahmad said...

tie...syahdu betul bila aku baca n3 ko ni. best aku nengok gambar3 kita berdua di kala itu...slim world, skrg ni slim jugak...slim river jeh.

tak kira aku nak komen satu persatu. gambar pertama tu masa kita nak buat pasport masuk singapore ko tak bawak surat beranak. jdi sampai kat umah abg aku, aku jek yg dapat bershopping kat sana. tapi barang yg ko pesan aku beli jugak.

gambar kawin ni, ko sweet sesangat terutama tang mulut tu. memang dr dulu lg ko memang hantu pink. tengok gambar aku pulak tak berapa nak senyum sbb aku baru jek frust menonggeng ngan budak satu kg ngan aku tu.

masa g genting tu kita memang poyo. ingat tak masa kita naik bumper car tu ada mamat n the geng yg asyik nak langgar kite. ke kite je perasan...!!!

yg kat teluk chempedak tu aku ingat ada sorang mamat indon tu mintak ko belikan buku. ko yg lurus lagi baik hati tu pun sanggup datang pd hari yg lain dan bawa buku tu...

aku ingat lagi pasal noli ni agak kelakar orangnya. ingat tak lepas ko kawin kita ada g umah noli dan ko dan wan tinggalkan aku di sana.

sweet sangat pada waktu itu. kalau kita g shopping mesti ada je suara2 di belakang yang mengatakan KITA KEMBAR.

tq. sbb sudi download gambar aku yg tak berapa cun tu. aku amat menghargainya.

***aku dah buat ni macam entri aku jek...padahal aku nak komen jer...hahaha

Suziey Ahmad said...

waa bestnya imbas memori lama..tmbah memori zmn ank dara..rs mcm cpt masa berlalu kan..hehe..yg pasti kita xkan dpt ulangi memori tu..

Neeza.Areef said...

btl tu kak..mmg fb ni byk menemukan kwn2 lama

malinasiam said...

best kan kalo dpt jumper kwn2 lame
mmmm

attyfir said...

seronokkan kalo ingat citer2 lama..

Zura Tahir said...

betul tue kak...kat FB dpt jumpe balik kwn yg lama terpisah...

naz ilyn said...

salam... seronoklah dapat jumpa balik dengan kawan lama teringin pulak nak buat fb tapi takut ada orang yang meroyan pulak kat rumah nanti.