Friday, December 31, 2010
Lembaran baru....2011
Beri madu dibalas racun.......
maryvictoria@hmetro.com.my
BUKTI ...Zahrah dan Abdul Aziz menunjukkan laporan polis dibuat berkaitan penipuan anak perempuan mereka.
Assalamualaikum semua........
Berkongsi berita yang aku petik dari Mymetro
JOHOR BAHRU: Niat murni sepasang suami isteri warga emas menerima kembali anak perempuan mereka, seorang bekas banduan yang mengaku sudah insaf, ibarat memberi madu dibalas racun apabila wanita itu memperdaya mereka sehingga rumah bakal dilelong manakala tanah dan barang kemas turut tergadai.
Menceritakan nasib malangnya, Zahrah Mohamad, 68, berkata, anak tirinya itu yang dikenali sebagai Maria sebelum ini terputus hubungan dengan keluarga selama hampir lima tahun dan pernah menjalani hukuman penjara dua tahun pada akhir 90-an atas kesalahan menggelapkan wang.
“Sebelum ini, dia terputus hubungan dengan saya dan suami selepas memberitahu mahu berdikari dan tidak mahu membebankan keluarga.
Malah, Maria yang namanya sudah disenaraihitamkan bank turut mempengaruhi Zahrah supaya menyerahkan barang kemas bernilai RM3,000 dan berjanji menyelesaikan hutang berkenaan dalam tempoh beberapa bulan.
Dah rumah hendak dilelong, malah tanah pusaka kedua orang tuanya pun digadai tanpa pengetahuan mereka. Selalu kita dengar cerita anak tiri kena dera oleh ibu/bapa tiri jer kan. Ini anak pulak macam ular membelit, putar alam nya orang.Berpura-pura membantu menyelasaikan masalah kewangan orang tuanya dengan pinjaman.Dapat duit ko terus lari dengan duit2 tu sekali.....Kalau anak menjadi tuan kepada ibu bapanya itu apa petandanya???Petanda hari Kiamat lor..... Masya ALLAH.
*Untuk berita lebih lanjut KLIK SINI
Thursday, December 30, 2010
Putera Katak........ Minggu Akhir lor!!!
Wednesday, December 29, 2010
New Year Giveway by KEDAI GAMBAR KAMI
Bunga Lavender, Hidragea,Roses @ Cameron Highland
Tuesday, December 28, 2010
Stawberry and Cactus @ Cameron Highland
Monday, December 27, 2010
Percutian di Cameron Highland versi Teh Boh
Sunday, December 26, 2010
Piala Final Suzuki 2010
Contest Watie wyn.....JOM!!!!
Inilak adalah logo wyn garaje, boleh g sana tuk shopping k, all item are branded....OK.Klik pada logo teetot tu yer....
Maid kah??????
Saturday, December 25, 2010
On d way....
Friday, December 24, 2010
Hantu Kak Limah Balik Rumah......LAGIK
Pecah panggung dengan jerit tawa memenuhi ruang. Kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) masih mengekalkan genre komedi seram dan penuh kejutan. Walau tidak membariskan bintang ternama atau memaparkan adegan seksi, HKLBR tetap menarik dan menghiburkan.
Mungkin daripada tajuk, penonton boleh mengagak apa yang bakal berlaku kepada jalan penceritaannya, namun filem ini bukanlah klise seperti yang ada pada sesetengah filem tempatan. Menegaskan filem arahannya merupakan anti tahyul, Mamat Khalid berkata ini adalah cara untuk menonjolkan budaya Melayu penuh dengan budaya tahyul yang terlalu kuat.
"Filem ini merupakan sebuah filem abang yang jujur yang disampaikan melalui komedi. Abang cuba menunjukkan bahawa masyarakat kita kuat dengan budaya tahyul. Walaupun sudah maju ke depan, namun tahyul masih menguasai pemikiran.
"Banyak juga kritik sosial dan metafora yang cuba diselitkan dan harapnya penonton akan faham apa yang cuba disampaikan. Sebagai contoh kalau kita penagih, seumur hidup orang akan gelar begitu.
"Abang baiki apa kekurangan dalam Zombi Kampung Pisang berdasarkan kritikan yang diterima menerusi filem ini. Cuma topik penceritaan dan karektornya berlainan, namun masih berlaku di Kampung Pisang. Walau watak baru diperkenalkan, namun ia cukup kuat untuk mengaburi watak lama," kata sutradara terkenal ini.
Filem terbitan Tayangan Unggul ini menelan belanja RM1.5 juta dan lokasi penggambarannya dijalankan di sekitar Kuala Kangsar. ManggaOnline (MO) cukup terhibur dengan jenaka dan sindiran yang cukup tajam apabila menyentuh isu sosial yang berlaku. Bukan niat menimbulkan kontroversi, Pengarah Terbaik FFM21 hanya sekadar menyuarakan isi hati melalui karya.
"Harapnya penonton dapat menangkap dialog yang diselitkan yang menyentuh isu masyarakat. Terimalah dengan hati terbuka dan jangan rasa marah sehingga mengganggu konsentrasi. Matlamat utama filem ini hanyalah untuk berhibur. Secara jujur abang sendiri lebih sukakan HKLBR kerana durinya lebih tajam.
"Abang yakin jika tak tonton Zombi Kampung Pisang pun masih boleh faham dan mengikuti HKLBR kerana ia berdiri sendiri dengan penceritaannya. Jika terhibur baguslah, namun jika faham apa yang cuba disampaikan, itu merupakan satu bonus," katanya menjelaskan watak Kak Limah memang direka khas buat Delimawati.
Filem ini harus ditonton kerana lawak jenakanya segar dan mampu membuatkan penonton menjerit ketakutan melihat Hantu Kak Limah. Dan sebahagian dialognya masih melekat dalam kepala. Jika dulu mungkin 'otak otak' menjadi sebutan. Dan kini dalam HKLBR dialog 'cecite cecite' ketika orang kampung sakan berbual, mungkin bakal menjadi ikutan.
HKLBR mengisahkan Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,
Kak Limah langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Filem ini dibintangi oleh Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan dan Delimawati. Filem best ini akan mula ditayangkan pada 9 Disember 2010.
PSSSSSTT.....Hangat betul kan cerita nih, aku asyik baca kat blog dan FB kawan2 jer.Bilalah aku dapat peluang nak pergi tengok ...... Babah....Owh.....Babah, Ala kita tunggu vcd jelah tie.......NI yang aku malas nih.....huhu
*BERITA DIPETIK DARI MANGGA ONLINE
Thursday, December 23, 2010
Azean Irdawaty Disuruh tulis wasiat
Assalamualaikum semua......
Aku terbaca kat internet cerita nih, rasa cam kagum juga dengan Azean yang kuat semangat menempuh penyakitnya kan, Kancer tu......Ya Allah berilah kekuatan padanya. Just nak share dengan semua...
Kenapa tiba-tiba seniwati tersohor negara ini disuruh menulis surat wasiat? Ajal maut di tangan tuhan. Memang semua sedia maklum Azean Irdawaty sedang menanggung barah yang kini telahpun masuk ke tahap empat, namun ManggaOnline (MO) lihat wanita yang lebih mesra disapa Kak Yan ini semakin sihat dan sudah boleh berjalan tanpa bantuan sesiapa.
Sebenarnya kejadian ini berlaku semasa Kak Yan mendapatkan rawatan untuk penyakitnya dan doktor membuat perkiraan dia mungkin akan meninggal dunia sekitar Oktober lepas. Namun kuasa di tangan Allah yang menentukan segalanya dan syukur kini kesihatannya semakin pulih.
"Doktor sahkan barah Kak Yan kini tahap empat. Kalau ikut cakap doktor Kak Yan akan meninggal Oktober lepas melihatkan kepada keputusan scanyang dibuat. Waktu itu bulan Oktober 2008 dan dia ramal Kak Yan ada masa lagi dua tahun untuk hidup.
"Doktor tersebut nasihatkan Kak Yan untuk membuat surat wasiat. Menurutnya ramai yang tidak sempat berbuat demikian, Kak Yan dikira bernasib baik kerana boleh membuat persediaan awal menghadapi saat kematian.
"Namun setiap hari Kak Yan memohon kepada Allah agar dipanjang umur dan tidak mengambil nyawa selagi belum memeluk Benjy yang kini dalam tahanan," luah wanita tabah ini.
Tempoh rawatan yang panjang dengan kos perubatan yang mahal menyukarkannya meneruskan rawatan. 26 sesi kimoterapi dan 24 sesi radioterapi masih belum mampu memulihkan barah payudara yang dihidapi, malah tambah Kak Yan, dia tidak sanggup meneruskan rawatan kimoterapi yang disifatkan sangat menyakitkan.
"Kak Yan rasa sihat sekarang ini selepas beralih kepada rawatan alternatif. Kak Yan tak mampu untuk berjumpa doktor lagi sebab dulu Kak Yan berhabis lebih RM200 ribu untuk rawatan di hospital dan barah Kak Yan masih naik ke stage empat.
"Sekarang Kak Yan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan Tuan Haji Lokman. Menurutnya setiap ayat dalam Al-Quran adalah ubat dan setiap kali Kak Yan pergi, dia akan bagi surah untuk diamalkan. Tuan Haji nasihatkan Kak Yan berhati-hatu buat rawatan kimoterapi kerana ia membahayakan kesihatan.
"Selain itu, Kak Yan juga amalkan Co Enzim Q10 sejak Januari lalu dan dalam masa tiga bulan Kak Yan mampu berjalan. Orang kena barah ni kalau kena panas cepat lesu dan kalau dulu untuk angkat pinggan pun tak boleh, tapi sekarang Kak Yan dah boleh menyapu sampah," katanya yang membelanjakan sekitar RM1000 sehingga RM2000 sebulan untuk rawatan alternatif.
MO tabik dengan Kak Yan yang begitu tabah menghadapi dugaan yang datang tak putus-putus dalam hidupnya. Malah primadona ini dilihat begitu tenang apabila persoalan mengenai Benjy terpacul dari kalangan teman media.
"Benjy sangat cekal. Kak Yan dapat berjumpa dia dua bulan sekali dan kadang kala dia akan menelefon saya dan meluahkan rindunya kepada saya, adik-adik dan anaknya. Kalau jumpa pun kami tak dapat bersentuhan, selalunya kami akan meletakkan tangan ke cermin seolah-olah sedang memegang tangan.
"Kak Yan berharap dia dapat keluar cepat dan kami dapat berjumpa sebelum Kak Yan pergi mengadap Ilahi. Hanya tuhan yang tahu apa yang Kak Yan harungi," katanya yang akan muncul dalam Teater Muzikal Tun Mahathir musim kedua.
*Semoga azean terus bersemangat menghadapi kehidupannya. Sekurang-kurangnya dia sentiasa bersedia menghadapi kematian kan, namun bila saatnya kematian itu adalah di tangan Allah. Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa..............
Berita dipetik dari MANGGA ONLINE
~Auto publish~
@ kg lagik......hehe
Wednesday, December 22, 2010
Daging Salai Cendawan
Bahan-bahan:
600 gm daging salai
2 cawan cendawan kukur
15 tangkai cili padi - ditumbuk
2 cm kunyit hidup - ditumbuk
1 biji kelapa - ambil santan pekat dan cair
5 ulas bawang merah - ditumbuk
1 helai daun kunyit - ditumbuk
Garam secukup rasa
1 batang serai
Bahan Giling:
2 sudu besar ketumbar - disangai dan tumbuk halus
1 sudu kecil jintan manis - disangai dan tumbuk halus
Cara Menyediakan:
1. Didihkan santan cair bersama daging salai, bawang, daun kunyit, serai, kunyit hidup, bahan giling dan cili.
2. Masukkan santan pekat, diikuti cendawan serta garam. Biarkan mendidih lagi sambil dikacau sebelum diangkat.
Resepi yang sedap nih aku cilok kat SINI yer.... Biasa kalau kakak aku masak daging salai dengan maman. Cubalah pulak dengan cendawan. Nampak cam sedap gek nih....
SELAMAT MENCUBA YER.....( terutamanya Mektie tu)
Musim-musim hujan nih ada tak sapa terjumpa cendawan kat belakang rumah.Kat kampung la...Kalau kat rumah teres kita tu ada ke????? Kalau cendawan sisir nih selalu ada kat batang pokok kan, dulu2 aku pun pernah kutip dengan kakak aku.Best jer ingat masa tuh.
Tuesday, December 21, 2010
Fahamilah cara atau amalan bernazar
Nazar mempunyai dua macam iaitu;
l Nazar mutlak
Mewajibkan diri dengan sesuatu ketaatan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas apa yang diperolehi dan yang telah berlaku, sama ada berbentuk nikmat atau terhindar dari bala. Contoh bernazar setelah Allah melepaskannya dari kesengsaraan dan kesedihan atau Allah mengurniakannya dengan rezeki.
Nazar ini lafazkan setelah memperoleh nikmat atau terhindar dari sesuatu bala'. Nazar begini hukumnya adalah diharuskan. Manakala menurut Maliki disunatkan.
l Nazar mu'allaq
Iaitu bernazar untuk mentaati Allah swt sekiranya dia dikurniakan sesuatu yang dihajatinya atau dengan ketaatan atas sesuatu yang akan datang (belum berlaku). Juga bermaksud jika impiannya terlaksana. Nazar yang bersyarat begini hukumnya adalah makruh menurut kebanyakan ulama Syafi'i, Hanbali dan Maliki.
Ini kerana perbuatan taat yang mahu dilakukan bergantung kepada tercapai atau tidaknya apa yang dimahukan. Ternyata di sini bahawa amalannya itu bukanlah untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi dengan niat sebagai barang ganti.
Seolah-olah, Jika Allah laksanakan kemahuan aku, aku akan mendekatkan diri kepada-Nya, jika tidak, maka aku tidak lakukan. Ia disebut sebagai orang yang bakhil dan berkira-kira dengan Allah SWT.
Sebenarnya bagi saya kebanyakan apa yang kita nazarkan dalam mencapai sesuatu hajat perlu berhati-hati supaya tidak mengundang kemurkaan Allah SWT. Ini kerana ada di antara kita yang suka bernazar kemudian memungkiri nazarnya selepas mendapat apa yang dia mahu. Dengan demikian kita telah menanggung hutang dengan Allah SWT.
Peliknya manusia ini masa minta dan mohon kepada Allah SWT memang bersungguh-sungguh, tapi apabila sudah dapat, mereka buat-buat terlupa. Saya sedari hal ini apabila ada yang bertanya bahawa dia pernah bernazar pada tahun 1990. Nazarnya telah diperkenankan oleh Allah SWT pada tahun 1991 tapi sampai sekarang belum menunaikan nazarnya.
Sebab itulah saya fikir bahawa walaupun bernazar ini suatu yang harus dalam Islam tetapi ia seolah-olah mensyaratkan perlakuan kebajikan itu dengan sesuatu pemberian daripada Allah SWT. Sedang Allah SWT sangat luas pemberiannya yang kalau manusia hitung pasti tidak dapat membalasnya.
Oleh itu seperkara kena ingat di sini, jika nazar yang diucapkan disertakan dengan iktikad bahawa nazar yang dibuat ini memestikan hasratnya tercapai, atau beriktikad bahawa Allah SWT memperkenankan hasratnya disebabkan oleh nazarnya itu, maka iktikad seperti ini adalah satu niat yang buruk, keji dan rosak. Ia hampir kepada kufur. Ia termasuk di dalam dosa besar.
Nak maklumat lanjut klik sini
Kita ni kadang-kadang selalu jer bernazar kan, lebih baik baiklah jika kita faham apa nazar tuh dan kesannya...... Sajer nak share untuk diri sendiri dan kawan-kawan...
Aktiviti berfaedah di Musim cuti
Motivasi remaja dengan Al-Quran
Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN
APABILA tiba musim cuti sekolah, banyak kem cuti sekolah yang ditawarkan. Apatah lagi ia dipromosikan dengan pelbagai pendekatan dan nama.
Ada yang memfokus kem ibadah, kem motivasi, kem tarbiah dan tidak kurang juga kem-kem tahsin. Kesemuanya boleh dikatakan bermatlamat mengisi ruang waktu cuti persekolahan dengan aktiviti bermanfaat.
Lumrahnya, rata-rata ibu bapa yang beragama Islam suka menjurus dengan mendaftarkan anak-anak mereka ke kem-kem yang berunsur keagamaan.
Pun begitu, sejauh manakah keberkesanan kem-kem tersebut kepada individu selepas menghadiri kem-kem berkenaan?
Segelintir kanak-kanak ini berjaya berubah daripada baik kepada lebih baik. Malahan ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke kem-kem cuti sekolah, memberikan reaksi positif. Tidak kurang juga yang tiada perubahan dan sedikit sangat yang menjadi semakin teruk.
Ramai pesertanya yang pernah mengikuti program ini mengakui asalnya mereka mengikuti program Motivasi al-Quran ala Madrasah anjuran Tahsin Al-Quran Training Centre (TQTC) ia diiringi dengan perasaan yang berat kerana tempoh programnya yang panjang serta tidak kurang juga yang pergi sekadar mengikut arahan ibu bapa masing-masing.
Namun, selepas 14 hari berjauhan dengan keluarga serta tinggal di kawasan terpencil, perasaan 'terpaksa' telah bertukar menjadi seronok, bersyukur dan ia dianggap pembuka peluang menimba suatu pengalaman yang lain daripada lain. Malah tidak kurang juga, ada di antara mereka telah dan sanggup menyertainya untuk beberapa kali.
Di samping itu juga, pengasas program ini yang juga selaku Pengarah Urusan TQTC, Mohd. Nasir Rustam al-hafiz berkata, perkhemahan itu sebenarnya memberi peluang para peserta yang terdiri daripada golongan remaja untuk meningkatkan kemahiran dalam pembacaan al-Quran dan mempelajari perkara-perkara lain berkaitan pembinaan sahsiah peribadi Muslim.
"Kita perlu menjadikan al-Quran sebagai cara hidup. Isikan hati-hati mereka dengan ayat-ayat suci al-Quran sebelum melangkah lebih jauh lagi. Sebab itulah, modul latihan yang dianjurkan menekankan matlamat untuk melahirkan anak yang menjadikan al-Quran sebagai budaya hidup, di samping menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian mereka.
"Anak-anak yang dididik dengan nilai-nilai agama lebih mudah menerima pendidikan akademik kerana hati mereka yang sudah dibersihkan," kata Mohd. Nasir yang memiliki cita-cita yang sama bersama isteri tercinta, Asni Mansor Al-Hafizah iaitu mengelakkan remaja terlibat dengan gejala tidak sihat pada peringkat awal pengwujudan program ini, kira-kira 10 tahun yang lalu.
*Ok sangatlah kalau cuti2 nih dapat hantar anak2 ke kem macam nih kan. Nak maklumat yang tepat klik SINI
Monday, December 20, 2010
Morning day 2 @ Cameron Highland....
@Cameron Highland
Puding Topi
Bahan A:
10 gm serbuk agar-agar
700 ml santan
100 gm krim putar
130 gm gula
200 gm cendul
1 sudu kecil pes pandan
Cara Menyediakan:
1. Dengan api yang sederhana, masak kesemua bahan hingga pekat.
2. Kemudian tuang ke dalam dua bekas yang berbeza saiz, satu kecil dan satu besar.
3. Apabila hampir beku, tuangkan pula bahan B di atasnya.
Bahan B:
10 gm serbuk agar-agar
600 ml santan
50 gm krim putar
120 gm gula
50 gm emping jagung
Sedikit pewarna kuning telur
Sedikit garam
Cara Menyediakan:
1. Masak kesemua bahan hingga hampir pekat dengan api yang sederhana.
2. Kemudian tuangkan di atas bahan A yang hampir beku.
3. Biarkan sehingga kedua-dua lapisan keras. Keluarkan daripada acuan. Hias mengikut suka.
Resepi Credit pada SAJI ONLINE
Saturday, December 18, 2010
Kegilaan cinta tak berbalas.......
‘Aku cucuk Ain’
JOHOR BAHRU: “Aku dah cucuk Ain itu yang dikatakan suspek ketika menghubungi saya beberapa minit selepas kejadian. Saya pada mulanya tidak percaya, tetapi syak berlaku perkara buruk apabila melihat adik bongsu Ain meraung di tepi jalan meminta bantuan.
“Sejurus masuk ke rumah Ain, saya terhidu bau asid yang kuat selain kesan darah sebelum melihat mangsa terbaring tidak sedarkan diri di bilik air,” kata Abdul Rahman Sabtu, 44, di sini, semalam.
Abdul Rahman ditemui di rumah Nurain Ashikin Jemedi, 17, yang parah selepas ditikam 19 kali dan disembah asid oleh penyerangnya dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Redan, di sini, pagi semalam.
Menceritakan semula kejadian, Abdul Rahman berkata dia yang baru bangun daripada tidur dikejutkan dengan panggilan suspek berusia 42 tahun itu mengatakan sudah menikam Ain.
Risau dengan mangsa yang dianggap seperti adik sendiri, dia bersama jiran lain bergegas ke rumah Nurain berhampiran.
Abdul Rahman bagaimanapun terkejut dengan keadaan mangsa yang berlumuran darah manakala kulit muka dan bahagian badan lain mula luruh akibat disimbah asid.
“Dalam keadaan cemas saya melihat mata mangsa terbeliak manakala gigi bertukar menjadi hitam dipercayai akibat terkena asid.
“Kami
Sementara itu, kakak mangsa Suraidah, 27, yang ditemui di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) berkata, dia dimaklumkan berkaitan kejadian oleh adik bongsunya, Nurreha, 13, lalu bergegas ke rumah adiknya.
Menurut Suraidah, ketika kejadian, ibunya Tuminah Samsuri, 54, keluar menoreh getah di kebun di belakang rumah dan kejadian disaksikan Nurreha serta seorang anak saudara mereka.
“Kami sekeluarga mengenali suspek dan tahu dia ada menaruh perasaan kepada, Ain tetapi kerana jarak umur, hasratnya itu tidak dilayan adik.
“Walaupun ditolak, dia masih menyimpan perasaan itu dan sering berkunjung ke rumah kami kerana sebelum ini rapat dengan arwah ayah yang mengambilnya sebagai anak angkat,” katanya.
Moga kelaurga Ain tabah menghadapi saat yang sukar ini..........