Sunday, January 30, 2011

Musim hujan masih berterusan dibumi Malaysia



Assalamualaikum.....
ALHAMDULILLAH....Hari ini dapat berehat la kan, rehat tak rehat pun sebenarnya banyak lagik tugasan rumah yang menanti.Takpe buat jer slow2 kan......hikhik.

Celik2 jer mata pagi tadi hujan, sampailah sekarang nih pun hujan masih berterusan. Umat kat rumah ni pun masih ada yang menyambung tido balik. Biasalah bila hujan2 nih rasa lemau jer.

Hajat hati nak masak nasi lemak tapi bila tengok nasi ada so aku masak nasi goreng jelah. Sayang pulak nasi tu kan. Bila anak2 bujang ni bangun sure tanya nak makan apa ummi????

Tambah2 hujan nih, perut sentiasa rasa LAPARRrrrrrrrrrrr.........huhuhu.
Gambar 1: Subur je pokok bunga kat depan rumah aku kan, sekarang nih dah jadi hidup segan mati tak mahu lor................

Gambar 2:Kenangan pokok mangga yang ditanam oleh suami di depan rumah, sekarang nih dah mampus sebab anai2 bersarang disitu huhuhu

Ganbar 3: Yang kat bawah nih, aku google jer, teringatlak masa kat kg dulu bila hujan jer tadah air hujan dalam besen dan buat kapal kertas letak kat air, suka jer bila tengok kapal tu bergerak ikut air hujan.Itu namanya NOSTALGIA ok...........


No comments: