Thursday, July 21, 2011

Di persimpangan...

Assalamualaikum...
Agak lama aku tak update blog nih, bukan apa kadang-kadang rasa takde apa yang nak dikongsikan. Macam tak caya jer kan bila mektie keluarkan statement macam ni. Huh!!!!Perasan artis ke????????

Tulah dalam hidup ni tak hari-hari nya kita suka, kadang bila kita rasa suka rasa selesa tiba-tiba jer down. Aku pernah rasa macam tuh. Pada waktu itu barulah teringat balik bila orang kata jangan suka sangat nanti dapat duka. Jadi bila suka ke duka ke jangan lupa bersyukur.

Bila kadang-kadang pulak kita dilanda rasa KEHILANGAN sangat2, dimana kita rasa takde tempat nak mengadu, takde tempat nak meluahkan sesuatu atau lebih tepat lagi situasi gurau senda bersama adik beradik di bawah satu bumbung penuh bahagia bersama emak ayah yang telah lama berlalu.Kuatkan semangat dan tabah. Memang!!!!!gurau senda bersama adik beradik tu masih ada cuma ianya tak serupa bila masih punya mereka.

Di sini aku cuma mampu mengenang dengan air mata bersisa disudut mata. Namun itulah dunia yang sentiasa berputar seperti roda.Siapalah kita untuk menidakkan kuasa yang yang maha esa. Dan bila esok jika berada dipersimpangan, kematangan lah yang menjadi tunggak untuk membuat keputusan dalam kehidupan ini.

Yang pasti waktu senang ke, waktu susah ke yakinkan sentiasa bahawa ALLAH sentiasa ada untuk kita. Insya Allah.

1 comment:

Cikscarlet said...

SOB SOB..saya lagi sedih kak tie..tp hidup mesti diteruskan..