Saturday, June 9, 2012

Boboboi kah atau gegurl kah..........lalalaallaaa

Assalamualaikum.......
Saje nak berkongsi info dengan semua, ini pun sekadar teka-teka dan suka-suka jer, apapun mungkin ada orang lain yang tak sama pun dengan tanda-tanda di bawah kan.Kalau nak lagi tepat ultra sound la ye tak??????Kalau nampaklah kan.
Tapi pengalaman aku dulu-dulu keempat-empat pun anak aku nampak sah2 lelaki. Walaupun mata aku bukannya reti sangat nak tengok masa scan tuh, yelah yang nampak hitam dan putih jer kan. Sampaikan masa Ammar dulu pun scan dr kata boy jugak, aku lak cam tali pusat dia kut dr........hahahha. Dr pun kata 99% lelaki, Hambik ko!!!!! huhu.
Apapun semua tu ketentuan Allah, jangan lupa!!! Jangan terlalu yakin yang anak kita boboi lah, @ gegurl lah kan. Sampai menidakkan kuasa Allah pulak.Apa yang mampu berdoa jelah.......Kalau dapat lelaki pun aku terima jer dan kalau dapat perempuan pun Alhamdulillah, Rezeki Allah mana yang nak kita tidakkan.
Ibarat kata suami....tak baik tie...lelaki ke perempuan ke kan anak tu anugerah Allah. Insaf kejab. Alhamdulillah suami tidaklah begitu mendesak kan.Kalau nak ikut naluri ibu tu memanjang rasa anak perempuan sebab nak perempuan kan. hehe.

So ...jom kita baca, dan bandingkan dengan pengalaman sendiri.Ok????

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

*Gambar credit to Google.

7 comments:

ija said...

setiap org tu berbeza kak tie, mcm saya ni ha, sama je masa pregnant kan amsyar n adel..mcm takde beza..amsyar dulu masa 5 bulan dlm perut trus sk ng nampak birdnya, masa si adel ni plak, tak nampak apa2 tapi takde plak doc nak confirmkan girl, sebab susah nak tgk kot2 dia kepit kan..mcm katil sebelah saya dulu, doc cakap boy, tapi yg kuar girl..org tu dah siap prepare nama dah..hahaha

atie said...

Macam tu yer ijah, tak sama... Yang lelaki memang senang nak nampak,tapi yg ijah cerita ni sama dgn adik ipar kaktie baru jer bersalin scan dr kata tak nampak tapi nyata adalah baby boy.... Janji sihat, dah Alhamdulillah sangat kan.

| SUE | said...

ada kebetulannyer ngan simptom boboi n gegurl tu. sama plak result masa scan. betul tu, yg penting sihat..:D

atie said...

Owh.....sama yer sue, tulah antara orang ni tak sama agak ah kan.

Unknown said...

kak tie suka mkn manis ke.. masam2..
klo fa dlu suka mkn manis. mak teka gurl.. & btul kuar gurl

atie said...

Suka la sgt fa sebab tekak pahit

fieda said...

boleh dijadikan panduan ni..