Thursday, July 12, 2012

Dilanda Penyakit Radang Paru-paru........

Assalamualaikum......
Kalau Allah nak bagi sakit sekejapan pun jadi, camtulah yang berlaku pada aku yang bermula dengan demam dan batuk aje pun terus diserang penyakit radang paru-paru yang akhirnya menyebabkan asma.
Tulah tak tahukan nak buat camner, tapi tanda-tandanya kalau korang nak tahu ialah rasa susah nak bernafas dan dada rasa sempit itulah tanda2nya.Berjalan sikit rasa letih dan tercungap-cungap macam tak cukup oksigen.
Bermula dari hari aku pergi ke wad kecemasan pastu naik ambulan refer hospital Temerloh hinggalah hari terakhir duk kat hospital selama 6 hari oksigen memang tak lepas dari hidung. Ya Allah pada masa tu terasa takutnya bila nak tanggal oksigen tuh, terasa hidup dah tak normal lagi. Memang sangat menyedihkan.
Walaupun aku boleh berjalan tapi disebabkan dr tak bagi tanggal oksigen maka tempat aku hanyalah di atas katil.Dengan hari-hari kena ambil darah dan mana rindukan anak2 lagi ya Allah seksanya rasa duk hospital. Mujur jugak kakak-kakak yang kebanyakkannya duk kat Temerloh sentiasa ada di saat suami bekerja.
Time cuti bolehlah harapkan suami untuk membantu maklum ajelah nak pergi ketandas pun rasa tak cukup nafas dan kepenatan yang amat. Siapalah yang suka duk kat hospital kan, tapi aku tetap ingat kata2 abang ipar, dia kata jangan mintak2 balik rumah, biar dr cek betul2 bagi sembuh, kalau wan takde takpe kami2 ni boleh jaga, rasa terharu pulak.
Maklumlah kalau dah sentiasa pakai oksigen tu memang sahlah penyakit yang terukkan. Sampai ada kakak tu yang tak kenal pun dua tiga kali datang bersapa dengan aku. Mungkin rasa kesian dan tertanya2 apalah sakitnya teruk sangat gayanya.
Jadi ingatlah kawan2 walaupun hanya batuk dan demam pun boleh memberi kesan yang sangat berisiko terhadap kesihatan diri kita. Sampai sekarang walaupun dah keluar wad tapi aku masih belum pulih sepenuhnya. Masih mc di rumah dan menggunakan haler untuk memulihkan paru-paru yang perlukan masa untuk sembuh. Aku juga diajar cara membuat latihan pernafasan di rumah.Jangan tunggu lama sekiranya ada tanda sesak nafas kerana kalau lambat mendapatkan rawatan boleh membawa maut.
Mengandung kali nih memang sangat mencabar bagi aku, kerana tu juga dr tak dapat xray untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik tentang penyakit aku nih. Aku cuma mampu berdoa agar aku dan kandungan ini selamat dan sempurna. Amin...........

10 comments:

Sidratul Muntaha said...

samalah kak
last time kena masa umur 23
tu pun sbb keje jauh dari klang ke sepang naik motor tiap2 ari lalu highway
skrg prevention
takleh dok aircond lama and prefer tmpt2 yg tmn2 or hutan klu jln2..
sakit woo
klu batuk
kepala,kerongkong tekaak seme rasa nak tercabut
lengan kiri or kanan sangat sakit
tpi ayu bronkitis la
jenis minor
get well soon kak

Rumah Kuning said...

semoga ti cepat sembuh. bykkan bersabar ya.

Unknown said...

semoga kak ti cepat sembuh dan dpt menjalani ibadah puasa bersama-sama..amiin..

kak lela said...

sakit satu ujian kan tie, harap tie cepat sembuh ..rehat banyak2 jgn byk bergerak nanti semput

suzieapai said...

salam..kak ti, sy doakan semoga cepat sembuh

shima said...

insyaallah semoga cepat sembuh ya tie

DrSam said...

Assalamualaikum. Saya doakan semoga tie diberi keafiatan kembali dan dapat segera bersama-sama keluarga tercinta.

atie said...

Terima kasih semua, Insya Allah moga semuanya beransur pulih, Amin.

Unknown said...

Bersabarlah Tie-saya dulu setiap kali mengandung penuh dgn cabaran...insya Allah awak & baby selamat...nak baby kuat ...ibu kena fikir positif n ibu kena sihat dulu,,..saya faham perasaan awak...sgt2 faham...nasib baik kita dikurniakan keluraga dan suami yg sangat memahami..Moga selamat hingga melahirkan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

semoga Tie cepat sihat & dpt berpuasa & menyambut raya dengan ceria bersama family tersayang..