Wednesday, June 26, 2013

Qisya sangat pandai okeh!!

Assalam......
Pandailah sangat kan.... Sedar tak sedar dah 7 bulan Qisya nih.Alhamdulillah syukur..... Setakat ni perkembangannya aktif dan manja...
1.Sudah pandai fokus bila tengok tv.
2.Suka main kereta mainan dan remote tv. Soft toy macam bear atau anak patung sori okeh!!!!
3.Kalau tengah memegang sesuatu kita angkat dukung atau cium menjerit marah dan letak kat situ balik baru dia diam.
4.Sangat tak suka masuk buai menjerit-jerit macam ko kena cubit kaedahnya yer dik.....kecuali kalau dah tido letak dalam buai baru ok.
5.Setiap kali tidur malam kena berperang dulu peluk dia sambil dia menjerit-jerit dan bg nenen pastu barulah tidur.
6.Tidak boleh dipeluk2 atau ditepuk bagi lena, tidur adalah suka hati sendiri kalau tepuk juga tangan ummi ditepisnya. Hamboi3!!!!! biasa dia tuh....
7.Pantang nampak makanan kat tangan orang dirampas masuk mulut sendiri.
8.Tak boleh tinggal langsung menangis bagai nak rak. Sampai ummi nak masak pun susah.
9.Sudah mula menarik untuk berdiri dan merangkak walaupun lebih suka meniarap. Bersih rumah ummi kena mop dengan baju Qisya.
10.Setiap kali nampak sapa jer lalu menangis mintak dukung.
11.Nanti aku cerita lain kali. Aci tak?????? hihi.
Apapun Qisya dan Ammar memang sangat berbeza kerana abang Ammar sangat sentimental value dengan pelukan dan baik sangat. Qisya besar nih pun dah pandai emo okeh!!!!!Ikut perangai sapolah tu ekkkkkk

No comments: