APABILA SEMUA TAK KENA,DAN ANDA TIDAK TAHU APA LAGI YANG HENDAK DIBUAT,INGATLAH...ANDA MASIH BOLEH BERSANDAR KEPADA DIA YANG MAHA MENGASIHI.
*Apabila hidup diselubungi kegelapan,semuanya silap,carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
*Apabila dibelengu masalah sedangkan tiada sesiapapun yang mahu mengambil tahu,ingatlah pada DIA yang tidak pernah melukakan hatimu,Dia Maha Adil.
*Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,jangan berputus asa kerana DIA melihat segala-galanya.
*Apabila lemah tidak berdaya sedangkan perjalanan masih jauh untuk diharungi,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Berkuasa.
*Apabila hidup ini dirasakan seperti beban,segala-galanya goyah,bangunkan semula semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah IRADAT-NYA.
*Apabila jalan didepan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu,carilah jalan lurus itu dari DIA,yang menjadi satu2nya panduan hidup.
*Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,jangan kecewa kerana DIA Maha Mendengar.
*Apabila miskin dan papa,anda terperangkap dalam kesempitan,ingatlah kepada DIA Yang Maha Kaya.
*Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,mengadulah kepada DIA Yang Satu.
*Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,serahkan dirimu kepada DIA...satu2nya tempat yang boleh digantungkan harapan.
*Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,ingatlah bahawa DIA sentiasa bersama orang2 yang sabar...
Renung-renungkanlah bersama...
Monday, November 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
saya tidak keseorangan...
tq kongsi info..
Alhamdulillah kita masih bersama
t.q tie beri info yg baik utk I. I like u.
I like u 2,untuk renungan kita bersama juga k
renungan yg sangat berguna.. time kasih..
Sama2 watie...kita ni kadang2 pun kena saling ingat mengingati
salam ziarah atie :)
akak bagus sgt tips nie
Kirana~Salam ziarah...suka dapat kenal dengan kirana k
Azie~Tulah...sama2 lah kita renungkan ye...oh ya camana akak punya layout..he he
Post a Comment