Sunday, January 2, 2011

Bekas isteri ustaz Akhil Hayy Kemalangan...

Assalamualaikum semua.....

Berita dipetik dari myMetro

Maizawati patah tangan

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: “Sejurus kemalangan, Maizawati tidak sedarkan diri dan saya bimbangkan keselamatan kandungannya serta anak-anak tiri.

“Pada masa itu, saya berdoa semoga zuriat kami tidak mengalami masalah. Namun, sebaik doktor memaklumkan kandungan itu selamat, saya orang paling gembira,” kata Mohd Yassin Ben@Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35, selepas kereta yang dipandu isterinya itu bertembung sebuah kereta lain, Selasa lalu.


Menurutnya, ketiga-tiga anak tirinya ketika itu tidur di tempat duduk belakang dan dia sempat menahan mereka daripada terhentak pada kerusi depan sejurus rempuhan.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.


Berikutan itu, Maizawati patah tangan kiri dan cedera ringan kedua-dua kaki serta bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anak cedera ringan.


Ketika kejadian, Maizawati, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy memandu kereta yang dinaiki bersama Mohd Yassin serta tiga anak, Siti Nur Maisarah, 13, Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9 dan Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3.

Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: “Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. “Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan.


“Ketika itu, suami orang yang paling gelabah kerana kandungan ini zuriat pertama saya bersamanya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan kandungan tidak mengalami masalah dan doktor kini masih melakukan pemantauan,” katanya.

*Alhamdulillah semua ahli keluarganya selamat termasuk janin dalam kandungan Maizawati yang baru berusia 5 bulan.

3 comments:

watie wyyn said...

alhamdulillah sume slamat

Nuridah said...

Salam Mektie,

Selamat thn baru 2011....hmmm sian Maiza moga cepat pulih seperti sediakala.

Rumah Kuning said...

wah... dah mcm blog selebriti le pulak. hehehe