Assalamualaikum...
Salam pagi jumaat yer..... Bagi yang tak ada idea nak masak, apa kata mencuba masak sambal hitam nih, memanglah rupanya buruk , dahlah buruk hitam lak tuh.haha. Nama pun sambal hitam kan, kalau putih tidaklah begitu namanya kan....... ok2, melalut sudah!!!!!!!!!!
Resepi ni aku dapat daripada sepupu aku sebenarnya.... Makanan yang jarang2 kita dapat kat kedai2 makan sebab ini adalah masakan orang kampung2 jer.
Bahan:
Ikan Bilis ( ikut suka jelah )} ditumbuk
10 biji Cili padi } ditumbuk
2 Bawang putih } ditumbuk
5 biji Bawang merah } ditumbuk
7 biji Belimbing buluh jeruk.
Cara:
Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak. Bila dah masak masukkan belimbing buluh jeruk tu dan kacau sampai kering.Hancurkan belimbing jeruk tu dengan sudip jer. Senangkan dan rasanya tidak menghampakan. Cubalah.........
Belimbing jeruk tu senang jer, masukkan dalam periuk dan tutup periuk sehingga belimbing dah keluar air dan renehkan hingga sedikit kering airnya tuh. Kalau buat banyak boleh simpan dalam peti.
4 comments:
wawawa.... sedapnyer kak... makan dgn nasi panas2... relur goreng separuh masak.....wallah... menjilat jari wooo
sy suke sambal hitam cm nie kak ti
Memang betul tu lin, sedappp sgt!!!
Samalah kita yer zura.....hehe.
Post a Comment