Saturday, February 20, 2010

Giveaway laaaaaaa........JOM cuba!!!

Salam semua...
Lama dah tak update blog aku nih......huhu.Bukan tak nak update tapi takde cerita terbaru ,hehe.Tiba-tibalah pulak perasan artis gitu......Boleh?????!!!!.Haha...Jangan salahkan aku ok, sila salahkan FB eh,eh bukan lah salahkan FV!!!!!Tak pasal2 jer kan....

Mujur jugak nannie http://smockingwithnannie.blogspot.com/ sudi nak give away sesuatu yang sweet sangat nih.................Tiba2 aura nak update blog tu menjelma.English style punya pasal.Sukalah sangat nak menyertainya......JOM sama2 serbu ke blog nannie nih!!!Mana tahu ada rezeki,Kata orang rezeki jangan ditolak.....musuh jangan dicari ....

Table runner cun dan vas bunga sweet ( tinggi 8")

3 helai tuala untuk decor atau boleh diguna juga serta sebiji tray cute .
Seterusnya 4 biji piring bersaiz 4 inci "Sun Crown" dari Jepun dengan 2 pasang cawan bentuk macam cawan Meakin , semua ni adalah antik dan baru dari apek cantik serta berwarna pink lembut..
Sejambak bunga ros yang sweet serta 2 biji tin berbentuk telur saiz 4 1/2 inci yang saya letak dalam bakul kecil berlapikkan kain gingham cute...

Ok sekarang ni adalah syarat-syarat penyertaan untuk giveaway ini , mudah je :

- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , so jom la follow my blog.Dah follow.

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .Dah entry

- Link kan blog saya ni di blog list anda .Dah link

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .Dah komen

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .Dah tinggal jejak......

- Hanya 4 orang pemenang sahaja.


So nannie.....Menepati kehendak tak entry ini,harap2 termasuk dalam 4 orang pemenang tu yer....Kalau nak ikut luck aku nih memang muka tak luck ajer......Tapi takpe, apa yang penting KERJA SAMA!!!! haha....Tetiba, mood wonder pet datang......

Thursday, February 4, 2010

Gulai kuas(Lengkuas) Kelate mari

Resepi dari @myresipi.comMasakan kelantan.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
1cm lengkuas
1cm kunyit1 sudu besar cili giling
1 keping asam gelugur/keping3-4 biiji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji timun
3 biji lada hijau
1/2 biji kelapa-ambik santan

Cara-cara Bersihkan ikan dan ketepikan.Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijauMasakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.Tag ikan masakan kelantan
Oklah.........aku nak gi masak nih....Selamat mencuba!