Monday, January 3, 2011

Rumah Teres gaya Inggeris...

Assalamualaikum semua.....
Sebenarnya gambar nih dah lama duk dalam folder, saje simpan sebab suka meng google hiasan rumah teres nih. Manalah tahu kalau ada rezeki beli rumah lagik, dapat teres dua tingkat pun dah ok kut. Kalau ikutkan hati aku dah bersyukur sangat dapat duk kat rumah sekarang, maklumlah rumah sendiri walaupun kecil.Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya inilah hasil usaha di atas titik peluh aku dan suami . Tapi disebabkan suami punya hasrat nak balik ke kampungnya pulak jadi terfikir-fikir la pulak nak beli rumah lain.

Berbalik pada hiasan rumah nih tak kiralah rumah ko tu besar ke ....kecik ke..... kalau dah pandai menghias tu tetaplah nampak cantik dan sweet sangat kan. Memang berkenan betul aku nih. Kreatif betul........Gabungan warna dan hiasan bunga-bungaan itu memang idaman hatiku...

Gambar ni pulak rumah orang putih kut, entahlah aku pun tak pasti.... Aku main google jer dan-dan tu rasa sungguh menawan kalbu.Tak semestinya perabut baru dan berharga mahal malah perabut lama kalau diberi nafas baru dengan sedikit kreatif pun memberi impak yang sangat besar dalam menghias rumah yang kita impikan.Agak2 rumah macam ni susah sikit nak maintain kut, kena ada semangat yang kental untuk melawan segala habuk2 kan. Anw... Memang sweet sangat-sangat........kan.Tak gitu?????????????

*Gambar aku petik dari Mr google.

4 comments:

DrSam said...

Stail English ni mesti banyak bunga-bunga, sweet dan cosy gitu. Bila musim sejuk depa boleh bayangkan musim bunga serta boleh duduk rapat-rapat menghangatkan suhu. Semoga impian tercapai atie...

kak ina kl (1) said...

susah nak ikut tema omputih ni..almaklumlah warna putih..
faham ajerlah bila ada anak

ooo anak kamu semua lelaki yer..tentu riuh rendah ek rumah kamu

meen said...

Akak..saya suka style english ni jgk..kalau dpt ni..mmg laaaaa..rasa cam sweet2 je hihi

|| sue-imanja || said...

cam kenal je rumah gambo 1st tu...kat seksyen 7 bangi kan?....kiter pon suka tgk rumah ni...cantik! tapi husben tak suka english style...huhuhu...rimas byk bunga katanya