Monday, November 29, 2010

Ikan Patin masak lemak TEMPOYAK...



Lemak Tempoyak Ikan Patin

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan patin

250 ml santan

3 batang serai (ketuk)

4 sudu besar tempoyak

1 keping asam gelugur

3 tangkai cili merah (belah 2)

3 tangkai cili hijau (belah 2)

2 biji tomato (potong 4)

Garam

Air secukupnya

BAHAN KISAR:

15 ulas bawang merah

10 tangkai cili padi

2 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.

3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.

4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur.

5. Kacau semula selama 10 minit kemudian masukkan cili dan tomato.

6. Akhir sekali tambahkan garam secukup rasa.

Resepi dari Saji online nak tahu lebih lanjut klik SINI

P/s~Rasa macam menarik pulak resepi ni sebab selalunya aku masak tempoyak tak letak santan pun.

Saturday, November 27, 2010

Aku dalam dilema............

Assalamualaikum...........
Hari ni susah betul nak upload gambar, korang macamana yer????Dah lama aku duk tunggu tiba-tiba jadi bad error,HUH!!!Dah la susah hati nih.....

Bermula dilema hari ini bila anak kembar aku dapat surat penerimaan ke sekolah Agama berasrama di bandar Temerloh, mula tu sukaaaaaaaalah sangat, sebab memang hasrat hati tu dah lama mahu anak mendapat pendidikan kat sekolah tu. Maklumlah sekolah ummi dulu2....HEHE. Tapi tulah seorang jer pulak yang dapat huhu.

Tak pastilah pulak sama ada surat tak sampai lagi atau memang markah yang diperolehi masa temu uji itu tak sampai ke tahap yang diperlukan. Setahu aku memang banyak saingan dan markah tinggi jer yang terpilih. Susah hati pulak, seorang dapat sekolah berasrama dan seorang lagi tak dapat.

Bila tanya, afiq ok ajer ummi..... tapi raut muka dia aku tahu dia rasa kebimbangan kerana itu asyik bertanya aku tentang sekolah itu dan inilah. Itu tandanya dia susah hati kan.

Dan ummi dia pulak dalam DILEMA.............kerana tak sanggup nak pisahkan afiq dan adib. Kalau boleh aku nak keduanya dalam sekolah yang sama, lainlah bila dah besar nanti haluannya mestilah berbeza. Tak gitu????Kawan-kawanku....... Komen sikit plissss... Aku dah buntu!!!

P/s~Kalau boleh klik undian kawan2 kat undian di sebelah yer, ala...kat nufnang tuuuu....TQ.

Friday, November 26, 2010

Bunga lavender......idaman hati

Assalamualaikum..........
Salam segar salam siaran....Ececeh....kasi can ambik mood pengacara jab.hikhik.Alhamdulillah bila kita menghargai dan menikmati alam minda kita jadi cergas dan tenang kan. Jadi aku ingin menenangkan minda kawan dengan lavender blue ini.

Serba sedikit info yang aku dapat tentang lavender...............

Bunga lavender adalah ahli dari keluarga Labiatae, juga disebut mint. Dalam Lavandula genus ada 39 jenis lavender. Warna bunga berkisar daripada biru, lavender, merah muda atau ungu ke putih murni.

Lavender asli adalah dari wilayah Mediterranean, selatan ke Afrika utara, dan timur ke India tenggara. Ini telah ditanamkan selama ribuan tahun dan telah ditanam di seluruh dunia.

Keistimewaan Minyak Lavender:

1.Bahan antiseptic

2.Aroma terapi untuk menghilangkan stress

3.Ubat tradisional untuk sakit kepala,minyak urut atau luka.

4.Bahan pewangi yang digunakan dalam minyak wangi dan lain2.

http://www.gardenguides.com/70337-lavender.html Panduan # ixzz16S3NXLK0
Tu dia kan...............Saujana mata memandang betapa indahnya kebun bunga lavender ni kan. Kalaulah dapat lihat sendiri nih.....haih tak tahu nak katalah.SUBHANALLAH.
Tiba2 lak rasa cam teringin jer nak bunga lavender macam ni kat rumah kecilku ini. Cantikkan?? Memang dah lama pun usha dihujung-hujung mata katanya........ Shopping????Mungkinkah???Mungkinkah?????Huhuhu.....
Cam biasa nilah decor yang aku ada....sikit jer kan, agak2 korang nampak tak lavender kat dalam vase tu. Macam tak nampakkan. Sebab memang sangat sikit mekarnya di situ.....
Ok2....aku zoom sikit ... kan....cuma ada dalam dua tangkai jer.....SEDIH!!!!!! ( Wah!!! Entry macam ada udang di sebalik jer ) Babah!!!!!!Where are you.....Hiding somewhere???HUHU.

Thursday, November 25, 2010

Doa mintak MATI...

Assalamualaikum............
Pagi-pagi dah menghadap blog.......APAHAL??????? huhuhu. Seawal 5.30 pagi dah mengscrabelbeeeel egg di dapor. Maklumlah itu aje menu yang paling senang dan sedap di abad ini...........WAH!!!!!!!!!! AbAd lah sangat katanya...... Sebenarnya awal pagi tadi kembar dan babah ada lawatan ke KLCC. So moral of the story mori ummi, Ammar dan Ayie kena TINGAL!!!!!!!! TSK>>>>>>>>>>>>TSK.

Apalagi membebellah pagi2 nih......Mintak laluan yer untuk sessi ummi melepaskan perasaan.

Oklah tak kaitan langsung dengan tajuk kan,
Sebenarnya aku cam tiba2 nak bercerita tentang zaman aku sebagai kanak2 riang ribena.....

Aku ni adalah anak bongsu, so agaknya manjalah kut ( cewah....AGAKNYA) Kakak di atas aku pulak beza enam tahun gitu...........So bila aku dah pandai belajar2 solat memang tak tinggallah. Hari2 duk baca zikir harian .......Cam bagus je kan.

Berdoa masa tu pun dalam bahasa melayu sebab aku mana pandai nak menghafaz doa lagik. Antara doa yang masih aku ingat ialah "Ya Allah, matikanlah aku sebelum kau mengambil nyawa emak dan abahku" Gitu...... Masa tu punya takut nak menghadapi kematian emak dan abah hingga sanggup mati. Begitulah doaku hari2..........Bila dah sekolah menengah barulah aku tahu bahawa doa mintak mati tu tidak digalakkan. Ada ke mintak mati, doalah mintak panjang umur. Bila dah tahu tu .....rasa jahilnya aku......

Tapi tulah kan,
Perkara hidup, mati ,jodoh ,pertemuan dan perpisahan tu semua kuasa Allah. Kita memang takde kuasa untuk menghalangnya.Ternyata sekarang aku dah kehilangan kedua-duanya. Arwah emak hanya sempat menatap wajah cucu kembarnya itu jer...........Manakala arwah Abah pulak mengikut jejak mak 4 tahun selepas itu.Rasa KOSONG.............. Takde tempat mengadu dan bermanja kecuali dengan suami dan anak2.........

Sebenarnya ada banyak yang aku mahu kongsi dan lakukan untuk mereka...................
Arwah Abah dan emak...................................AL-FATIHAH.
Moga Tenang Di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

P/s~Luangkanlah masa untuk ibu bapa selagi segalanya masih belum terlambat........

Wednesday, November 24, 2010

Isteri hamil mati dikelar suaminya sendiri......

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga. Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.

“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.
Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami. “Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.
“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca. Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.
Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.

Entahlah..................Akhir2 ni asyik mengeluh panjang jer bila baca berita kan......Ini pulak kisah isteri yang sedang mengandung dikelar lehernya sehingga mati oleh suaminya sendiri dipercayai mungkin sebab cemburu dan panas baran.

Tuesday, November 23, 2010

Dekorasi konsep garden

Assalamualaikum.........
Aku suka sangat meng GOOGLE gambar-gambar hiasan dalaman. Tapi sayang bukan di rumah sendiri tau..........SANGAT MENARIK!!!! Cuma kurang praktikal bagi aku yang ada anak kecil. Putih dan hijau memang menenangkan jiwa raga kan. Sajer nak share dengan kawan-kawan, kut2 boleh direalisasikan kat rumah korang kan.........
Ruang dapur pun putih dan bersih......................Rasa sayang pulak nak masak hikhik. Memang nampak luas, sejak dua menjak nih pening nak mendeco di ruang tamu kat rumah aku yang kecil ni , maklumlah rumah teres setingkat jek.....sebesar manalah ruang tamunya. Kat situlah ruang tamu, ruang keluarga dan dining.................huhu.Baru lepas bersilat mengangkat itu dan ini, cuma gambarnya malas nak letak sebab camtu jugaklah!!!!!!!!!!!!!!!!! Apapun ALHAMDULILLAH YA ALLAH kerana ada juga tempat untuk berteduh walaupun comellah sangat. INSYA ALLAH ada rezeki teringin nak rumah yang besar sedikit.Amin.................

Monday, November 22, 2010

Digantung tak bertali lalu Murtad........

Derita batin sampai murtad

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Disebabkan tidak sanggup terus menderita akibat digantung tidak bertali’ selama 10 tahun, ada wanita Islam yang bukan saja berhijrah ke luar negara, malah menjadi murtad selepas berkahwin dengan lelaki bukan Islam.

Mendedahkan kes berkenaan, Penasihat Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih Sungai Besi, Datuk Wan Abdul Halim Wan Othman, berkata wanita terbabit yang berusia 40-an bertindak sedemikian selepas tertekan tindakan suami asalnya yang berkahwin lain dan mengabaikan nafkah zahir serta batin.


Menurutnya, wanita itu yang berkerjaya profesional mendakwa fobia dengan ‘kata dua’ suami yang mahu melihat dia menderita sehingga mati dan membiarkannya digantung tidak bertali. “Kes ini antara puluhan, malah ratusan masalah yang dihadapi ibu tunggal digantung tidak bertali yang tewas dalam perjuangan mendapatkan hak mereka mengikut yang terkandung dalam al-Quran.

“Sepatutnya golongan seperti ini dibantu. Malangnya, pada masa ini kesukaran mereka terus tidak dibela sewajarnya sehingga ada yang nekad mengambil keputusan yang salah,” katanya.


Beliau berkata, kes wanita tertekan berkenaan yang berhijrah ke luar negara dan meninggalkan Islam, amat menyedihkan, tapi ia bukan sesuatu yang aneh kerana mereka juga memiliki naluri untuk menjalani kehidupan lebih baik.


“Tetapi, mereka digantung tidak bertali dan tidak diberikan bantuan apabila diperlukan. Keadaan itu menyebabkan harapan mereka hancur terutama apabila proses di mahkamah juga tidak memihak kepada mereka,” katanya. Wan Abdul Halim berkata, kemelut yang dihadapi ibu tunggal dan wanita digantung tidak bertali ini boleh ditangani dengan baik jika pelbagai pihak memberi tumpuan terhadap permasalahan yang dihadapi golongan berkenaan sejajar apa yang terkandung dalam al-Quran.

Siapa yang harus disalahkan???????????Bagi aku punca yang paling nyata ialah dari bekas suaminya sendiri tapi tindakan MURTAD adalah atas keputusan diri isteri tu sendiri.Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara DOSA BESAR.....Nau'zubillahi Min Zalik....

Sabda Rasulullah saw : `Pesan memesanlah kamu terhadap berbuat baik kepada perempuan, kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, sekiranya engkau membiarkannya, dia akan terus bengkok’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 9, 2010

Hujan, ribut,petir di pantai timur malam ni

Hujan, ribut petir di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu malam ini

09/11/2010 6:14pm

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hujan serta ribut petir diramalkan berlaku malam ini di satu dua tempat di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, hujan turut diramalkan pagi esok di beberapa tempat sekitar pantai Kedah dan Perlis.

Pada petang dan malam esok pula hujan berserta ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Tulah kan, sedar tak sedar dah hampir sampai ke penghujung tahun, musim tengkujuh yang sering mengundang banjir, seperti di beberapa buah negeri di pantai timur.Semoga kita semua bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada negeri di sebelah utara nun, bersabarlah yer......Moga semuanya akan beransur pulih seperti sedia kala.Jagalah keluarga anda di musim banjir ini semoga tidak mengundang sesuatu yang menyebabkan kehilangan nyawa pulak.