Saturday, September 25, 2010

Wing chair idaman hati......huhu


Salam semua.........
Mabuk2kah?????Ada loya2......Hish!!!!Tak adalah......Saje kepala otak ni mengidamkan sesuatu la pulak.Ada hari tu masa aku lalu kat kedai perabut nampaklah wing chair macam nih, dalam hati.....FUH!!!!!!Kat bentong pun adalah kerusi nih....Aku pun dengan suara yang paling merdu.......mengusha2kan kat babah.Babah kata nantilah tie.....

So aku pun menanti hinggalah hari ni babah ajak pergi......SURVEY je pun hikhik.Tanya kat nyonya tu dia kata ada orang dah ambiklah.....So cam frust jer sebab tak dapat cuci mata.Dia kata kalau nak kena tempah dulu baru dia order, boleh pilih corak kain yang kita mahu.....Oklah tu kan, tapi bab harga tu macam tak oklah sebab harganya enam latus linggit maaaaaaaaaaaaa.......

Antara gambar yang aku google kat internet.Sweet giler dan ada macam2 jenis rupanya wing chair ni yer....Harganya pun tak sama. Berdasarkan material kain dan kualiti.Corok polos jer cantik jugak letak lak kusyen corak english kan.....

Putih nih pun cantik kan, Cuci mata jelah. Aku ni tak tahu sangat tentang wing chair nih.Sesiapa yang ada pengalaman, tahu tentang belian terbaik wing chair nih boleh komen mari naaaaaa.... Bagi aku tentulah wing chair yang corak munga2 rose tuh tapi corak kotak2 pun ok kut,lagi ok kalau warna pink..................huhu.

Sila kumpul duit dari sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaha...

Wednesday, September 15, 2010

Raya di Temerloh la pulak....

Salam semua....
Apa khabar ? Harap-harap semua pun sihat yer .Mungkin ada yang dah mula kerja kan. Takpelah.....sambil kerja bawa kuih raya ker, buat potluck ke, beraya kat pejabat lak, ok juga tu.......hehe.Aku masih bercuti hingga esok.Alhamdulillah la....walau hanya duduk kat rumah je tapi sukalah boleh rehat lagi.......

Ok2.... aku ni sebenarnya nak bercerita pasal raya kat Temerloh pulak......Masih mood raya la katakan. Haruslah cerita raya tak habis lagik. Kalau raya pertama kat kelantan, raya kedua kat jalanraya( perjalanan balik bentong la tu), dan raya ketiga barulah dapat balik kg aku kat Temerloh.Itupun beraya kat rumah kakak 2, mak sedara jer, maklumlah anak yatim piatu memang macam tu.......huhu.

Tapi tulah........raya kat Temerloh tapi gambar makanan la pulak...... hahahaaha.Best sangat!!!!! Kak ngah dan abang ipar aku masak nasi beriani la.......Memang sedapla kaedahnya lebih sedap gitu dari nasi beriani kedai mamak tau......FUH!!!!!! Dah la makan bertambah, kul 5 gitu sebelum balik makan lagik, siap tapau untuk makan malam karang lak........kihkih.Terima kasih ngah......
Ada jugak gambar budak kecik ni sambil dilayan oleh babah kesayangan dia tuh....... Ummi dia kejab2 hilang, melayan tetamu la katakan, TIPU!!!!!!!!!!!!!! ke melayan perut je lebih, sebelum balik basuh pinggan dulu, taktik nak tapau nasi beriani la tu hikhik.....

Oklah......pasnih takde dah kut n3 raya.Ramadhan dah berlalu.......raya pun dah masuk hari yang ke enam....Alhamdulillah SYUKUR, masih di sini diberi peluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dan tanggungjawab.........

Saturday, September 11, 2010

Di hari raya yang pertama.............

Salam semua.......
Wah, wah ................hari raya kedua sudah update blog bagai.hahaha.Pada hari raya pertama kali ni mek request nak berjalan ke rumah kak dah nak melihat cicit katanya.Kami berkonvoi dengan 3 buah kereta aku, su kak dan cik sah sekeluarga.

Sebelum tu singgah dulu kat rumah kakak ipar aku kak yah yang tinggal di jaya dulu.So antara gambar yang dapat aku kongsikan disini.....adalah the heroes of purple.Hehe...Tema yang purple, sama pulak dengan Cik sah dan keluarga kak yah....dalam versi pelbagai tone warna purple.

See......Keluarga cik sah dan keluarga mektie......Gambar ni adalah semasa beraya di rumah kak yah di Jaya. Dapat makan nasi dagang tu.....Alhamdulillah.Inilah rumah yang pertama kami beraya pada hari tu....
Meneruskan perjalanan ke Banggol, PCB pulak iaitu rumah kak dah.Makan...makan lagik, kali ni ada satay pulak bersama koktel tu.....sedap laaaa.....Tengok tu semua pun senyum jer kan, maklumlah dapat makan.....hehe.

Terutama Cik puan kembar su kak dan su adik tu. Dan cik sah yang manis termenung dalam senyuman. Agaknya teringat kat keluarga kat Seribong kut....

Yang paling vogue mestilah cik tie dengan kakak ipar berdua tu kak dah dan kak pah. Kak Pah ni pun kebetulannya sampai jugak ke rumah kak dah masa tu, So meriah lah sangat....
INilah Mil aku yer, sedang memakai jubah dan tudung yang aku belikan, mek kata sebenarnya ini adalah warna pilihan aku....agaknya dia tak berada berkenan kut warna coklat macam tu, so aku kata kat mek nanti kita beli pulak warna merah ke hijo ke.......BOLEH GITU????????hihi.

Dan gambar yang sebelah tu pulak mak datin saripah orang kayo Kedai Lalat, banyak tul duit....Cepat3 budak-budak berbaris yo, cik Pah nak bagi duit raya......

So. itu jelah saatnya beraya di hari pertama di kampung Suami di Kelantan, nanti kalau aku rajin aku update pulak cerita raya di Temerloh pulak yer.......

Friday, September 3, 2010

Kad raya buat semua....Ambik la yer

Salam semua...........
Sedar tak sedar dah tiba ke penghujung Ramadhan kan......
Itu bermakna syawal bakal menjelang tiba...

Dikesempatan ini aku dan keluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya kepada semua teman yang dikasihi. Moga Syawal ini akan menemukan kesyukuran dan kasih sayang yang berpanjangan.......

Raya pertama kali ni aku beraya di rumah Mak Mertua di Kelantan, Insya Allah pada hari raya yang ketiga baru berkesempatan untuk pulang berhari-raya bersama keluarga sendiri pulak....

Pada yang masih berkonflik dalaman tentang lokasi beraya tu, bawak2 lah berbincang elok2..... Raya dimana pun ok jer asalkan bersama keluarga ye tak?????Hehe...( ayat pujuk hati sendiri)

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...............

P/s~Pada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalanraya.....