Showing posts with label My Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label My Sweet Home. Show all posts

Saturday, October 3, 2015

Satu proses kehidupan...

Assalam...
Tak pernah share dan bercerita tentang perkembangan terbaru di daerah baru, negeri baru dan sekolah baru. Bukan apa.....mode blogging is slow melow jer. Apapun sesuatu mesti update kan sebagai noted aku la kan.
Alhamdulillah .... walaupun daerah baru katanya tapi bagi suami aku ialah balik asal ke kampungnya. So aku sebagai isteri mengikut kata hatinyalah nih.....Walau bukan kata hati sendiri pun takpelah kira pakej keluarga tersayang jelah.
Panjang pendahuluan walau sebenarnya nak cerita pasal rumah yang telah dibina di negeri kelantan nih. Bakal diduduki tapi tak tahulah bila nak siapnya....Macam tak lama dah. Doakan aku bahagia di sini..... tetiba haha.
Alhamdulillah......rezeki Allah. Moga takde masalah dan segalanya berjalan lancar.

Friday, May 24, 2013

English Style lah sangat....

Assalam.....
Lama dah tak mendeco bersama mektie kan. Sebab lately mood tuh entah kemana menghilang dengan kesibukan melayan sikecik Qisya.
Sekarang nih konsep masih sama ala- ala country tak berapa nak jadi. haha. Yang pasti minat hijo yg muda2 gitu.
Kena tambah elemen english yg putih dan  pink2 pada kusyen, bunga, alas meja dan rak kan. Baru nampak berseri sikit.Nanti jer le........huhuhu.

Saturday, March 24, 2012

Mengidam home deco begini dan begitu

Assalamualaikum.....
Lamanya tak update blog, aku sedang dilanda mabukkkkkssssssssss..... Nak buat macamana, asal ngadap blog jer nak muntah, asal nak muntah jer ngadap blog.

Tapi agak2nta kalau dapat landing kat atas kosi tu macam hilanglah pulak mabuks tu, Automatik...........huhu.
Tambah2 pulak rona hijo yang macam nih, lagilah weiiiiiii............
Pepun aku berjaya update blog kan, walaupun ceritanya tah apa-apa jer. Takpelah aku cuma nak cuci mata.

Rasa macam mengidam nak ruang camni dan camtu.........ha!!!Caner???

*Gambar credit kepada google.

Saturday, October 15, 2011

Masih adakah ruang untukku.......

Update blog........................
Gambar dah banyak dalam folder..............
Tapi masih takde mood................
So and so jelah....................

*Dan gambar ofcozzlah takde kaitan. biasa lah asal update jer nak gambo gitu....



Sunday, October 2, 2011

Mood yang hilang entah kemana...

Assalamualaikum....
Update blog kadang-kadang...
update status kat FB pun sudah jarang-jarang...
Hurm...Korang masih aktif kan....
Cayalah!!!

*Gambar lagi sekali tiada kaitan langsung.

Thursday, September 22, 2011

Rak putih berbunga rose

Assalamualaikum.....
Inilah cabarannya berumah cinonet cam aku nih, pusing mari tang tu jugaklah yang aku boleh mengubah susun aturnya, ok2 cuma tambah aksesori kat wall jer, nampakkan rak putih di dinding tuh???Hehe........Lama dah mengidam...Alhamdulillah.

Aku zoom sikit, itulah sedara baru bagi perabut kat rumah nih, nak tambah perabut adalah tidak mungkin.Cuma aku tambah seri kat wall jelah. Ibarat kata suami, ha....letak perabut atas kepala tu! huhu. Kejam!!!!!!!

Saturday, September 10, 2011

Gaya inggeris yang tiada kaitan...

Assalamualaikum semua......
Lamanya tak update blog, dilanda malas bercerita , malas nak upload gambar, malas semua lah. Mood ke laut memanjang.......Boleh gitu???????huhu. Gambar sekadar hiasan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati.
Tambahan pulak dak Ammar nih demam yang berlarutan, kejab demam kejab ok gitu, cuak jugaklah kan hingga ketar-ketar badan dia dan bibir sejuk kul 6 pagi tu juga bergegas ummi dan babah bawak dia pergi hospital kat wad kecemasan sekali suhu badan dia 38 ko....tinggi.Dr kata demam tonsil kut.
Alhamdulillah.....sekarang dah ok.

Tuesday, August 23, 2011

Lavender gaya inggeriskah?????

Assalamualaikum......
Bila ada lavender jer gaya inggeris, bila gaya inggeris jer lavender,Betul ke??????hehe.Yang penting aku rasa ialah bila hati dah suka kan.Inilah hasil lawatan ke kk home cuti nuzul Quran baru ni, walaupun puas kena perli dengan babah yang asyik kata ummi nih tido kat sini pun takpe dia............huhu. Bagi aku misi berjaya. hehe.Misilah sangat......
Memang berbaloi2 sebab banyak offer hingga 50 %, dapatlah aku merembat bunga lavender nih 6 batang beserta pasu yang separuh harga.Tapi tulah, takde pilihan sangat aku rasa ramai dah menshoppink kut, so yang tinggal tu jelah.huhu.

Lagi teruja bila hasrat yang dah berkurun lamanya untuk menyambar rak dinding berwarna putih berbunga rose separuh harga akhirnya tercapai sudaaaaaa dan sebab ada kad ahli dapat kurang lagi tuh, best2!!!!!!!!Nantilah....Ada masa aku tepek gambar yer, itupun kalau rajin huhu.

Monday, August 22, 2011

Sarung kusyen bercorak gaya inggeris

Assalamualaikum......
Dah lama berhasrat nak tukar sarung kusyen nih, akhirnyaaaaaaaaaaaaaa............
Oklah juga dari yang lama kan. Syukur Alhamdulillah.

Friday, August 5, 2011

Cozy style

Assalamualaikum.....
Udah berkesempatan ke nak berterawih di masjid? Kalau dah Alhamdulillah..... Aku pun baru jer dapat nih, bawak si Ammar tu makanya tak buat penuh ler......huhu.

Ok2 saje nak cuci mata dengan gambar macam nih, segarkan minda, manatahu boleh kongsi idea dengan kawan-kawan kan.Tambahan nak raya ni kan, aku pun ada cita-cita nak cat rumah gek nih, hurm...nama pun cita2 entah tercapai ke tidak di bulan puasa nih. Maklum ajelah.....

Yang sohehnya bukan rumah aku yer.........Cam best kalau rumah sendiri macam nih, bersih dan kemas SEPANJANG MASA!!!!!!!!Boleh ke???!!!huh..... Tak ler serabut otak wehhhhhhh....

*Piccas credit to google....

Tuesday, April 12, 2011

Gaya Moden Klasik

Assalamualaikum...
Gaya suntikan moden la pulak. Menawan jer kan classsssssss gitu......Yang pasti sangat praktikal.
Jom layam gambar pink nih....memang cantik dan sweet sangat.huhu
Simple dan kemas jer.... Wah pencahayaan di situ, memang terbaiklah........
Dan sangat sejuk mata memandang....
Kepada yang minat gaya moden klasik bolehlah berilhamkan imaginasi anda k........
*Gambar adalah kredit kepada MR GOOGLE...

Friday, February 25, 2011

Perabut putih berseri

Assalamualaikum....
Wah..........Wah............WAH, cam bila dah gaji jer hati senang kan.hahaha.Gambar pun biarlah kita pilih yang tertarik kebabooooooommmm.Cuci mata dengan putih, cuci mata jelah wei nak praktik di rumah adalah TIDAAAAAAAAAAAAKKKKKK!!!!!!!huhu.Dengan ummat kat rumah ni memang tak sesuai nanti dari putih jadi kelabu asab lak.
Tapi takpelah, cuci mata cuci minda..........................Layannnnnnnnn...
Untuk maklumat lanjut KLIK SINI...

Thursday, January 20, 2011

Gaya Hiasan Inggeris idaman hati...

Assalamualaikum.....
Apa khabar semua???Sekadar nak berkongsi perihal wishlist aku bagi tahun 2011, Masih lagi pasal gaya hiasan yang sweet2 camni, nak menambah perabut tu adalah tidak ok, cuma aku teringin nak cat putih perabut rumah aku. Adalah beberapa list yang aku dah usulkan pada si tukang cat @ hubby , dia kata beli cat.....Wah!!!!Green light la....

Antara yang aku nak putihkan adalah meja konsul dan meja kopi di atas.
Menjadi putih begini.......
dan begini........
Serta dining set di atas kepada...................

Putih begini..... Cantiknyaaaaaaaaaaaa.......Lagi cantik sekiranya kerusi dan meja di alas dengan kain corak bunga @ kotak2 @ polka dot yang berwarna pink, Alangkah indahnya berangan. Sebab berangan itu adalah free jer......hahahaha.

Alhamdulillah kalau jadi kenyataan. Nantilah ada masa ada ketika sebagai perancangan tahun ini. Hajatnya nak buat sendiri jer yang pastilah kena babah yang kuat bekerja nih......KUHEH KUHEH.

*Gambar adalah ihsan daripada En Google....

Friday, January 7, 2011

Hidragea lagik....FUH...........Cantiknya!!!!!!!!

Assalamualaikum semua......
Dah tengok gambar tu soheh lah korang tahu aku google kan ajer di SINI. Biasa aku tengok kecik jer pokok hidragea nih, rupanya boleh tinggi ko, tinggi pada orang putih tu kan. Cantik betullah!!! Gabungan warna dia sangatlah sweet..........pink , purple dan biru.

Monday, January 3, 2011

Rumah Teres gaya Inggeris...

Assalamualaikum semua.....
Sebenarnya gambar nih dah lama duk dalam folder, saje simpan sebab suka meng google hiasan rumah teres nih. Manalah tahu kalau ada rezeki beli rumah lagik, dapat teres dua tingkat pun dah ok kut. Kalau ikutkan hati aku dah bersyukur sangat dapat duk kat rumah sekarang, maklumlah rumah sendiri walaupun kecil.Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya inilah hasil usaha di atas titik peluh aku dan suami . Tapi disebabkan suami punya hasrat nak balik ke kampungnya pulak jadi terfikir-fikir la pulak nak beli rumah lain.

Berbalik pada hiasan rumah nih tak kiralah rumah ko tu besar ke ....kecik ke..... kalau dah pandai menghias tu tetaplah nampak cantik dan sweet sangat kan. Memang berkenan betul aku nih. Kreatif betul........Gabungan warna dan hiasan bunga-bungaan itu memang idaman hatiku...

Gambar ni pulak rumah orang putih kut, entahlah aku pun tak pasti.... Aku main google jer dan-dan tu rasa sungguh menawan kalbu.Tak semestinya perabut baru dan berharga mahal malah perabut lama kalau diberi nafas baru dengan sedikit kreatif pun memberi impak yang sangat besar dalam menghias rumah yang kita impikan.Agak2 rumah macam ni susah sikit nak maintain kut, kena ada semangat yang kental untuk melawan segala habuk2 kan. Anw... Memang sweet sangat-sangat........kan.Tak gitu?????????????

*Gambar aku petik dari Mr google.

Thursday, December 2, 2010

Gaya country home decor.......Menarikkan?

Assalamualaikum.........
Otak tengah serabut la sekarang nih, maklumlah tak lama lagi nak final exam, selingan untuk cuci minda dan buat mata segar google kan ajer gambar yang sweet2 macam tuh, dan2 tu pulak hati rasa senang, cuma mahu berkongsi idea walaupun bukan dari rumah sendiri................. Rumah orang putih ni wei....... Cantiklah!!!!!!!Rasanya gabungan hijau muda pun menarik juga, taklah asyik pink jer kan.... Walaupun aku adalah peminat pink.
Kan...... Hijau lagik, so, peminat hijau mesti suka nih. Rumah yang sempit kalau pandai mengayakannya cantik juga. Perabut lama yang diberi nafas baru jadi merubah suasana rumah kan.
See........ Yang penting adalah kreatif dan berseni, HAIH mesti syok kalau duk kat sini kan sambil baca novel atau baca modul barangkali.........hihi.
Indahnyanya mekar hydrangea di situ, Oklah over sudah makcik membebel di pagi khamis yg mulia ini, makcik mohon mengundur diri nak baca buku pulak............ Doakan aku jadi bersemangat kental mengadap semua buku untuk diulangkaji dengan kadar yang segera dan konsisten.Amin...

Untuk lebih maklumat dan gambar yang menarik klik SINI

Friday, November 26, 2010

Bunga lavender......idaman hati

Assalamualaikum..........
Salam segar salam siaran....Ececeh....kasi can ambik mood pengacara jab.hikhik.Alhamdulillah bila kita menghargai dan menikmati alam minda kita jadi cergas dan tenang kan. Jadi aku ingin menenangkan minda kawan dengan lavender blue ini.

Serba sedikit info yang aku dapat tentang lavender...............

Bunga lavender adalah ahli dari keluarga Labiatae, juga disebut mint. Dalam Lavandula genus ada 39 jenis lavender. Warna bunga berkisar daripada biru, lavender, merah muda atau ungu ke putih murni.

Lavender asli adalah dari wilayah Mediterranean, selatan ke Afrika utara, dan timur ke India tenggara. Ini telah ditanamkan selama ribuan tahun dan telah ditanam di seluruh dunia.

Keistimewaan Minyak Lavender:

1.Bahan antiseptic

2.Aroma terapi untuk menghilangkan stress

3.Ubat tradisional untuk sakit kepala,minyak urut atau luka.

4.Bahan pewangi yang digunakan dalam minyak wangi dan lain2.

http://www.gardenguides.com/70337-lavender.html Panduan # ixzz16S3NXLK0
Tu dia kan...............Saujana mata memandang betapa indahnya kebun bunga lavender ni kan. Kalaulah dapat lihat sendiri nih.....haih tak tahu nak katalah.SUBHANALLAH.
Tiba2 lak rasa cam teringin jer nak bunga lavender macam ni kat rumah kecilku ini. Cantikkan?? Memang dah lama pun usha dihujung-hujung mata katanya........ Shopping????Mungkinkah???Mungkinkah?????Huhuhu.....
Cam biasa nilah decor yang aku ada....sikit jer kan, agak2 korang nampak tak lavender kat dalam vase tu. Macam tak nampakkan. Sebab memang sangat sikit mekarnya di situ.....
Ok2....aku zoom sikit ... kan....cuma ada dalam dua tangkai jer.....SEDIH!!!!!! ( Wah!!! Entry macam ada udang di sebalik jer ) Babah!!!!!!Where are you.....Hiding somewhere???HUHU.

Tuesday, November 23, 2010

Dekorasi konsep garden

Assalamualaikum.........
Aku suka sangat meng GOOGLE gambar-gambar hiasan dalaman. Tapi sayang bukan di rumah sendiri tau..........SANGAT MENARIK!!!! Cuma kurang praktikal bagi aku yang ada anak kecil. Putih dan hijau memang menenangkan jiwa raga kan. Sajer nak share dengan kawan-kawan, kut2 boleh direalisasikan kat rumah korang kan.........
Ruang dapur pun putih dan bersih......................Rasa sayang pulak nak masak hikhik. Memang nampak luas, sejak dua menjak nih pening nak mendeco di ruang tamu kat rumah aku yang kecil ni , maklumlah rumah teres setingkat jek.....sebesar manalah ruang tamunya. Kat situlah ruang tamu, ruang keluarga dan dining.................huhu.Baru lepas bersilat mengangkat itu dan ini, cuma gambarnya malas nak letak sebab camtu jugaklah!!!!!!!!!!!!!!!!! Apapun ALHAMDULILLAH YA ALLAH kerana ada juga tempat untuk berteduh walaupun comellah sangat. INSYA ALLAH ada rezeki teringin nak rumah yang besar sedikit.Amin.................

Saturday, September 25, 2010

Wing chair idaman hati......huhu


Salam semua.........
Mabuk2kah?????Ada loya2......Hish!!!!Tak adalah......Saje kepala otak ni mengidamkan sesuatu la pulak.Ada hari tu masa aku lalu kat kedai perabut nampaklah wing chair macam nih, dalam hati.....FUH!!!!!!Kat bentong pun adalah kerusi nih....Aku pun dengan suara yang paling merdu.......mengusha2kan kat babah.Babah kata nantilah tie.....

So aku pun menanti hinggalah hari ni babah ajak pergi......SURVEY je pun hikhik.Tanya kat nyonya tu dia kata ada orang dah ambiklah.....So cam frust jer sebab tak dapat cuci mata.Dia kata kalau nak kena tempah dulu baru dia order, boleh pilih corak kain yang kita mahu.....Oklah tu kan, tapi bab harga tu macam tak oklah sebab harganya enam latus linggit maaaaaaaaaaaaa.......

Antara gambar yang aku google kat internet.Sweet giler dan ada macam2 jenis rupanya wing chair ni yer....Harganya pun tak sama. Berdasarkan material kain dan kualiti.Corok polos jer cantik jugak letak lak kusyen corak english kan.....

Putih nih pun cantik kan, Cuci mata jelah. Aku ni tak tahu sangat tentang wing chair nih.Sesiapa yang ada pengalaman, tahu tentang belian terbaik wing chair nih boleh komen mari naaaaaa.... Bagi aku tentulah wing chair yang corak munga2 rose tuh tapi corak kotak2 pun ok kut,lagi ok kalau warna pink..................huhu.

Sila kumpul duit dari sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaha...