Showing posts with label kad ucapan. Show all posts
Showing posts with label kad ucapan. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah buat semua...

Assalamualaikum....
Moga tahun baru hijrah ini memberikan seribu rahmah dan hikmah buat kita semua. Amin.

Wednesday, August 24, 2011

Saturday, July 30, 2011

Kad ucapan buat semua....

Assalamualaikum......
Ramadhan datang lagi.....
Adakah Ramadhan yang datang dan pergi itu....
Tetap sama seperti semusim yang lalu....
Semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik
nilai ibadahnya daripada sebelumnya........

*Entah kenapa hati mudah rasa sayu dan hiba.

Tuesday, February 15, 2011

Friday, December 31, 2010

Lembaran baru....2011

Assalamualaikum semua...
*Apa azam tahun baru nih??????
*Azam tahun lepas dah tercapai kah?????
Hehehe........
*Moga tahun yang mendatang adalah terbaik untuk kita semua.....

Friday, September 3, 2010

Kad raya buat semua....Ambik la yer

Salam semua...........
Sedar tak sedar dah tiba ke penghujung Ramadhan kan......
Itu bermakna syawal bakal menjelang tiba...

Dikesempatan ini aku dan keluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya kepada semua teman yang dikasihi. Moga Syawal ini akan menemukan kesyukuran dan kasih sayang yang berpanjangan.......

Raya pertama kali ni aku beraya di rumah Mak Mertua di Kelantan, Insya Allah pada hari raya yang ketiga baru berkesempatan untuk pulang berhari-raya bersama keluarga sendiri pulak....

Pada yang masih berkonflik dalaman tentang lokasi beraya tu, bawak2 lah berbincang elok2..... Raya dimana pun ok jer asalkan bersama keluarga ye tak?????Hehe...( ayat pujuk hati sendiri)

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...............

P/s~Pada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalanraya.....

Tuesday, August 10, 2010

Wednesday, November 25, 2009

Ucapan khas buat semua...

Salam semua...
Aku akan pulang berhari raya di kampung suami di Kelantan hari ni...
Harap takde banjir dan sebagainya yang menghalang perjalanan kami ok.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA YE......

P/s~Pada yang balik kg macam aku ni, berhati-hatilah di jalan raya.

Thursday, September 17, 2009

Gantung kad raya kawan2

Salam semua....
Masih lagi mood raya.... nak sambut raya katanya. Sedih pulak kan nak tinggalkan bulan ramadhan nih.

Aku rasa ramai kawan-kawan yang dah pun beransur pulang ke kampung masing-masing. Aku pun balik kampung jugak....mungkin malam ni kut... Pada yang balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya. Maklumlah musim raya ni jalan memang jam teruk.

Aku nak gantung kad raya yang aku dapat dan sempat aku ambil.Terima kasihlah ye... Pada yang aku tak ambil tu bukan sebab aku tak sudi tapi masa tak mengizinkan.

Akhirnya.... aku dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua teman rapat yang mengenali diri aku dan keluarga serta teman maya yang membaca blog ini.Harap kita dapat berjumpa lagi k.... Selamat hari raya semua.....





P/s..... Terima kasih buat rina kerana bagi kad raya untuk akak, emmm balas dengan e-kad aci tak???? ( sambil kenyit2 mata) bolehlah eeekkkk.... udah tak sempat katanya.

Wednesday, September 16, 2009

Lebaran yang bakal menjelma


Salam semua....
Ramadhan kian berakhir...
Aidilfitri bakal menjelma....
Salam lebaran buat semua teman2 terutamanya buat semua follower yang sudi.... silalah ambil kad aidilfitri ini sebagai tanda ingatan dari aku dan keluarga.... Aku juga nak mohon maaf sekiranya aku ada terkasar bahasa terhadap semua.

Moga hari raya disambut meriah bersama keluarga tercinta.Pesanan penaja....berhati-hatilah di jalan raya. Ingatilah mereka yang tersayang....

Ambil yer kawan2...silakan k.TQ.

Monday, August 31, 2009

Alhamdulillah....syukur




Salam semua...
Selamat hari Merdeka ye ... Semoga negara kita tetap aman makmur di bawah Rahmat Yang Maha Esa. Syukur sangat kan...............Amin.

P/s~ Sukaaaaaaa...... cuti katanya. Tapi duk kat rumah aje...Hurm. Apa yang penting....... Assignment udah siap, kena touch up sikit2 je lagik... Alhamdulillah.

Friday, August 21, 2009

Menjelang Ramadhan Al-Mubarak


Salam Ramadhan buat semua dariku dan keluarga....

Monday, June 8, 2009

Thank you very much SAL....


Salam kawan-kawan.....
Masih bercuti ke???? Selamat bercuti ek.....dan selamat bertugas pada yang kena kerja tu ye..... maklumlah hidup ni kena lah kerja kan, demi keluarga katanya.....Moga apa pun aktiviti happy2 lah selalu k....

N3 kali ni adalah nak tujukan ucapan TQ pada sil aku sal ni lah....sebab bagi hadiah kat aku. Sukaaaaaa.....sapa lah yang tak suka dapat hadiah kan.....hihi.Sal bagi tisu decoupage, pewangi rose( yang sangat wangi) dan bantal love scoot yang sangat cute. Tapi terlupa lak nak snap pic.

Cuma hadiah sempena apa tak pasti lak aku.....Nak kata hari jadi aku...... emm bulan depan.So hadiah apa pun tak kisahlah janji dapat free.....heh heh.Terima kasih sangat2 k...

Berbalik pasal hadiah ni kan.... aku ni tak tahu lagi cara nak decoupage2 bagai nih....So, pada yang tahu tu boleh tak kongsi info dengan aku.....please...Anybody????

Monday, March 9, 2009