Monday, June 28, 2010

Lampu Terendak yang berhasil kumilikki.....


Salam semua............
Inilah lampu terendak yang berjaya aku milikki...... TQ Babah, merealisasikan impian ummi yang dah sekian lama ok..... Satu sudut yang kembali berseri........ Syukurlah.

Saturday, June 26, 2010

Dalam hati ada TAMAN...

Salam semua........
Apa khabar di hujung minggu begini......
Macam takde apa yang hendak diceritakan je nih. Tulah bila lihat kawan naik...asyik-asyik naik gaji lepas PTK aku jadi semangat la pulak( termasuklah en Babah nih),Lepas lulus, lulus lagik yang bini nya ni pulak asyik-asyik 3,3,3 jugak. Sila kira berapa kali dah tu.So gaji bulan ni adalah yang dapat P2, P3, tunggakkan itu ini lor, AKU????????????huhu..... camtu jugalah.

Bila takde mood............................
Kerja sekolah pun aku pandang sepi je................
Assignment pun boleh aku buat-buat lupa............
FB pun ku tatap macam takde perasaan langsung..............
FV lagi teruk macam dah tergadai je aku tengok..........
Amboi!!!!!!! Tiba-tiba FB dan FV pun masuk senarai gak.....................hahahaha

Tapi.....Malam ni!!!!!!!!!
Aku kena siapkan Buku Laporan Adab Belajar......
Harus juga menaip proposal babah.....Tetiba rajin!!!!!Sila konfius sekarang k....lalalalaaaaaa
Harus....... harus jugak atau lebih tepat harus yang mesti .......... betul ke ayat aku nih, gasak lah. Yang pasti malam ni semua tu harus SELESAI.

P/s.Babah>>>>Jangan mungkir janji yer..... Dalam hati ada taman........ lalalalalaa( Heeeeeee...bahasa macam remaja konon). CHEEEETTTT....

Monday, June 21, 2010

Bercuti di kg halaman...

video

Salam semua...........
Cuti sekolah yang lalu aku dan family mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung suami di Kelantan. Seminggu juga lah bercuti di rumah mertua.

Lagipun aku ada membelikan mak mertua ,ipar duai dan biras sesuatu cenderahati semasa melancong dulu. Harap-harap semuanya sukalah yer......... Bagi aku pulak tak pernah berkira nak memberi.... Berkongsi kegembiraan apa salahnya, bukanlah aku ni berada sangat. Tapi Alhamdulillah setakat nih masih ada ruang untuk keluarga.... Moga dengan itu Allah akan murahkan rezeki aku sekeluarga.....

Biasanya aku ni kalau balik, tak sah kalau tak jalan-jalan cari makan @ menghabiskan wang yang adalah seciput tu.... hehe. Sekali-sekala balik memang rajinlah jalan..... Kalau duk rumah jer adalah orang yang sentap pulak kan.......... hahaha.

So, hubby ajak aku dan anak-anak pergi mandi laut kat Pantai Irama, Bachok. Syoklah sangat anak-anak terutamanya si Ammar nih, Dia udah sangat selesa dengan laut.... tak takut langsung , kadang-kadang aku dan suami pulak yang terpaksa menjerit-jerit sebab takut tengok dia dengan beraninya membuat aksi bebas dia tuh.......... Ammar.... Ammar

Dalam video tuh sempat lagi main bola kat pantai , pemain yang kidal.... Aku perasan Ammar nih selalu sepak bola kaki kiri.... Entahlah... Nanti besar baru boleh lihat perkembangannya kan. Aku rasa kidal tu pun bukan masalah kut.........

video

Masih lagi video Ammar dan Pantai...........LAYANZZZZZZZZZ....

Cuti sekolah dah pun tamat, aku yang berangan jadi surirumah sila bertukar status sekarang. haha. Apakata jadi suriramah jelah....... Lepas ni sila kuatkan volume anda k...... Anak-anak muridku sila bersiap sedia ....... Agak-agak adakah yang gentar????!!!!Huhuhu... Mungkin tidak, aku kan seorang guru yang lemah lembut dan bersopan santun. Boleh cayakah????!!! Lalalalalalaaaa...

Sunday, June 13, 2010

Indahnya bahasa kita....

Ibu zila bersama nak sulungnya Darwish

Hakimi yang sedang lena didondang sayang

Darwish yang juga sama lenanya menghisap puting

Zila dan Ida bersama menghayun buaian
video

Janganlah anak .......
Berhati gundah.......
Kamu diayun.....
Nazam ditambah.....
Kuat semangat.....
Puteramu Tuan......
Jangan terkejut.....
Dalam buaian....

Salam semua.......
Alangkah indahnya bahasa kita...... Aku suka jer dapat merakamkan Majlis Berendoi cucu2 sedara aku nih. Cucu katanya........ahak hak hakksss...

Selalunya aku lihat buat cukur jambul dan jejak tanah jer, tapi kali ni long aku siap berendoilah pulak, so hari tu aku pun sibuk jadi paparazi la kan.... klik sana klik sini.....

Tapi betul tau..... Suka dengar syair gurindam nih, dari orang lama lak tuh. Kenalah belajar pasnih kalau tidak siapalah yang nak mewarisi adat ini kan. Doa dan nasihat yang dialunkan dalam syair tu..... Moga-moga jadi kenyataan la hendaknya nanti kan....

Kepada Zila dan Ida tahniah diucapkan di atas kehadiran orang baru k..... Moga dapat melengkapi kebahagiaan yang sedia ada.....

Saturday, June 12, 2010

Aku rinduuuuuuuuuu.....

Salam semua.....
Apa khabar kawan-kawan ku?????
Entahlah......
Sejak dua menjak nih.....(betul ke ayat aku tu????)aku jadi orang yang banyak berfikir, banyak mengenang dan kadang-kadang tu lebih kepada mengelamun je......huhu.

Bila cuti je aku sayu, bila aku sayu je cuti.......hehe.Tapi serius itulah kenyataannya. Aku ni kadang-kadang suka mengikut perasaan dan emosi. Aku mula teringatkan kenangan dengan orang yang tersayang walaupun sebenarnya mereka telah tiada. Muhasabah diri mektie................. muhasabah!

Ya Allah...... Aku rinduuuuuuuuuuu.......

Moga-moga mereka tenang di SANA.... Ya Allah, Tempatkanlah emak dan abah dalam peliharaan MU sentiasa............ Amin.Al-Fatihah..........

Friday, June 11, 2010

Alhamdulilah.....Syukur sangat...

Salam semua......
Alhamdulillah.....Syukur sangat rasanya. Kadang-kadang hidup ini susah nak kita ramal nak kita rancang mengikut kata hati. Semua itu berlalu mengikut rentak hidup yang penuh onak dan duri...........................

Kadang-kadang bila kita rasa dah cukup selesa, jadi pulak peristiwa yang menyebabkan kita tak senang duduk dibuatnya............. Apa pun aku tetap bersyukur. Alhamdulillah............

Syukur akan membuat hati menjadi tenang................. Seadanya akan membuatkan kita menghargai apa yang kita ada dan tidak menangisi apa yang kita tiada. Sedangkan bila sesuatu yang berharga ada di depan mata tidak pula kita hargai.......

Apapun syukur sangat dan rasa gembira bila akhirnya impian aku jadi kenyataan. Ianya akan membakar semangat aku untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi prestasi pada masa akan datang......SYUKUR YA ALLAH..................


Tuesday, June 8, 2010

Giveaway Arina Collection.....JOM ler...


Hadiah pertama
Salam semua.........
Adakah aura rajin tuh datang tiba-tiba mengupdate blog secara tiba-tiba juga.........hahaha.Aku gigih ok.....GIGIH katanya sebab GIVEWAY dari Arina Collection .................Cam best jer, bukan macam lagi dah wei, memang best sangat!!!!!!!!!!!!!So siapa-siapa yang berminat jom bagi sokongan pada Arina Collection ni....Kalau nak sertai sila klik Arina Collection pada kadar segera. Kalau dah tekad nak sertai tu sila baca syarat-syarat di bawah yer.......


Hadiah kedua

HADIAH MISTERI

So, mari kita lihat apa kata penganjur k.......

GIVE AWAY YANG TAK SEBERAPA MARILAH JOIN
SYARAT2:
  1. MESTI JADI FOLLOWERS.
  2. IKLANKAN GA NI PADA KAWAN-KAWAN ...
    LEPAS TU LINK KAN KEDAI ARINA DLM BLOG MASING2
  3. TINGGALKAN JEJAK DI SHOUTBOX OK ITU JERK...

HADIAH SETAKAT NI ADA TIGA ...KALAU RAMAI NANTI SAYA TAMBAH HADIAH LAGI


OK GA YANG SANGAT SIMPLE JOM JOIN...

P/S~Ok Cikgu Siti N3 dah dibuat nih..... Adakah menepati kehendak Penganjur, Agak-agak boleh menang tak???????hikhik.