Showing posts with label My Hero. Show all posts
Showing posts with label My Hero. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Basikal Fixie...

Assalamualaikum........
Ikut trend la sangat kan, basikal fixie ni asyik menjadi bualan budak-budak lelaki jer sekarang nih kan, termasuklah hero kat rumah nih.Tambahan pulak bila kawan dia yang kat sebelah rumah ni pun baru beli....Haih!!!!lagilah berkobar-kobar.haha.

Mula-mula tu sibuk memujuk ummi....bila dah agak2 tak berapa dilayan baru berhasrat nak mengumpul duit. Ok2 ummi nak tengok yer....

Mahal tul harga basikal nih, dan ummi pulak bukanlah orang yang senang2 jer nak beli apa yang anak-anak nak......Maklumlah mahallah basikal nih, ko bayangkanlah nak beli 3......huhu. Tak ke rabak poket namanya..............

*Gambar kredit to MR Google...

Monday, May 23, 2011

Remaja kah?????



Assalamualaikum....
Entahlah yer, bila anak kecil kata semua nak kena jaga pantau dan perhatikan selalu. Bimbang jatuhlah maklumlah masih belum tahu apa2 macam si Ammar tuh. Mulut jangan cakaplah omeh tau. Korang tahu ke apa omeh tu????????Kekeke.Letih nak layan kadang-kadang tu keluar lak perkataan DIAM LA ADIK huhu. Dengan tulus ikhlasnya Ammar menjawab........Diam ke Ummi?????Adik.......adik.

Bila dengan yang besar ni pulak, jika kita nak pergi kemana-mana memanjang tak nak ikut. Macam tu pulak. Kadang-kadang tu risau la pulak nak tinggal anak kat rumah kan. Maklumlah sekarang ni, macam-macam bisa terjadi.....Dia lebih mementingkan bola daripada keluar dengan Ummi dan babah.Hurm.....

Kadang-kadang tu terfikir pulak adakah aku yang terlalu mengongkong dia atau memang anak teruna aku dah besar panjang makanya agak malu asyik berkepit dengan mak pak.Kalau aku peluk dia masa jalan di khalayak ramai pun macam malu-malu. Hehe.
Aku kena pelajari macamana cara untuk menangani anak yang semakin remaja agaknya.Yang pasti dia masih bercerita tentang apapun yang berlaku pada ummi.Alhamdulillah...

Sunday, December 12, 2010

Happy Birthday anakanda berdua....



Happy Birthday buat anakanda berdua yang tersayang, Jadilah anak yang baik, yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan rasulnya, serta berusahalah untuk berjaya di dunia dan akhirat. Ummi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.......

Saturday, December 11, 2010

Pokok Meranti @ Hutan Lipur LENTANG, Pahang

Assalamualaikum..........
Apa khabar??Moga boleh bersantai bersama keluarga di hujung minggu begini. Barulah sempat nak update blog lepas exam 1 paper baru ni........

Ini pun cerita minggu lepas, masa cuti maal hijrah @ our anniversary too, saje jalan2 bw anak2. Tak rancang pun maklumlah nak exam. Ini antara gambar yang sempat aku rakamkan.
See........... Meranti Sarang Punai.......kan.Gambar pokok meranti sarang punai. Kenapa macam tu nama dia..Mungkin sebab burung punai suka buat sarang kat pokok meranti kut. FUH!!!!! Tersangatlah tinggi.........
Ammar yang macam tak berapa selesa mandi sungai, mungkin sebab takut.......Maklumlah mandi sg dengan laut kan lain.Dia lebih enjoy bila mandi laut........... Lagipun SEJUK!!!!!!

Dari bentong bertolak pun dah kul 4( lepas umminya study hikhik), tetiba jer mandi-manda kat Lentang. Pastuh tetiba jer duk kat highway............Then tetiba jer duk makan satay kajang kat Taman Melati. hikhik.Alhamdulillah best sangat dapat makan satay..........On the way balik tuh, singgah solat maghrib dekat surau kat Tol Gombak. Dan tetiba jer dah sampai bentong dalam kul 9.00 malam gitu. Hahahaha.....tetiba lagik katanya.

Saturday, November 27, 2010

Aku dalam dilema............

Assalamualaikum...........
Hari ni susah betul nak upload gambar, korang macamana yer????Dah lama aku duk tunggu tiba-tiba jadi bad error,HUH!!!Dah la susah hati nih.....

Bermula dilema hari ini bila anak kembar aku dapat surat penerimaan ke sekolah Agama berasrama di bandar Temerloh, mula tu sukaaaaaaaalah sangat, sebab memang hasrat hati tu dah lama mahu anak mendapat pendidikan kat sekolah tu. Maklumlah sekolah ummi dulu2....HEHE. Tapi tulah seorang jer pulak yang dapat huhu.

Tak pastilah pulak sama ada surat tak sampai lagi atau memang markah yang diperolehi masa temu uji itu tak sampai ke tahap yang diperlukan. Setahu aku memang banyak saingan dan markah tinggi jer yang terpilih. Susah hati pulak, seorang dapat sekolah berasrama dan seorang lagi tak dapat.

Bila tanya, afiq ok ajer ummi..... tapi raut muka dia aku tahu dia rasa kebimbangan kerana itu asyik bertanya aku tentang sekolah itu dan inilah. Itu tandanya dia susah hati kan.

Dan ummi dia pulak dalam DILEMA.............kerana tak sanggup nak pisahkan afiq dan adib. Kalau boleh aku nak keduanya dalam sekolah yang sama, lainlah bila dah besar nanti haluannya mestilah berbeza. Tak gitu????Kawan-kawanku....... Komen sikit plissss... Aku dah buntu!!!

P/s~Kalau boleh klik undian kawan2 kat undian di sebelah yer, ala...kat nufnang tuuuu....TQ.

Monday, February 23, 2009

Layan gambar je ok tak???

Sekitar majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas PSS 2009.Layan gambar jelah aku malas nak cerita sebab kepala pusing, hati runsing dan jiwa kaco amat nih.....hurm.

Menu aku tengahari isnin nih... balik sekolah aku sempat masak lomak ikan dengan rebung dan belimbing buluh. Emm...

Ayam masak merah....masih malas nak cerita lagi...aku dilanda ribut taufan. Hah!!!

Thursday, February 12, 2009

Atlit pingat perak...ok what.

Hari rabu baru ni adalah hari sukan tahunan di sekolah aku, jadi memang bz dan blog pun tak sempat nak up date, lepas sukan pulak tentulah aku yang sangat letihhhhhhh ok, arghhhhh....Gambar perbarisan , kembar aku duk kat barisan pengawas pss...

Sebab apa aku letih???? memang bagus soalan tu ok...sebab aku yang tak sedar diri menyokong pasukan aku rumah hijau dengan k.remy...hahaha. Hari tu suara dari rumah hijau memang sangatlah kuat tau... sampai kena tegur dengan cikgu2 lain. Semasa murid tahun 3 lari semua pasukan rumah hijau menjerit...hijau...hijau...hijau.
Aku???? dalam dilema masa tu....sebab anak aku ayie dari rumah kuning sedang berlari juga....hihihi. Pernah ketua rumah hijau mengusik aku...yatie!!! kalau ko sokong rumah kuning ha....keluar dari rumah hijau!!!! adeeeeh...aku tersengih2 jelah.
Tapi memang aku tak terkata tau... nak jerit anak aku pun tak terkeluar je suara , nak sebut hijau pun tidak. Aku diam jer tau... hihihi. Kesian aku kan ekeke. Tulah... akhirnya ayie hanya naib johan. Tahun lepas aris...pelari tahun 2 rumah hijau selalu merungut...katanya, susahlah cikgu nak kalahkan Ayie. Yelah 2 tahun ayie mengekalkan kejuaraannya... last2 tahun ni ayie ditempat kedua. Takpelah yie...

Senyuman kelat dari Ayie...memang nampak kecewa kan. Tapi aku tengok pun dia tak sungguh2 lari...mungkin aku kurang bagi semangat kat dia. Ibarat kata kawan dia.... ayie lari tak kayuh cikgu...dia lak nampak sedih. Takpe ayie tahun depan cuba lagi k...

Inilah cikgu rumah hijau yang menjadi penyokong kuat pada hari tu. Aku, k.remy,ida,nazari( yang pakai spek mata hitam tu...em masih single tu.Ada yang berminat hahaha...sory nazari...) dan shahir...hahaha. Tapi memang suka bila tengok anak buah kita menang.....hilang rasa letih. Dan rumah hijau mestilah jadi juara keseluruhan pada hari itu...hahaha.Tapi lepas tu....Adeeeehhhh......LLETIHHHHNYAAAAAAAA...

Saturday, January 31, 2009

Pasukan Dikir Barat

Inilah pasukan dikir barat kat sekolah aku, pernah menang hingga peringkat daerah juga laa. Kali ni cuma buat persembahan kat majlis sambutan maal hijrah peringkat sekolah baru2 nih..
Apapun layankan gambar jelah.... Anak kembar aku yang berdiri kat depan hujung sekali sebelah kanan dan kiri tu le...maklumlah kecik sangat...ummi dia tak bagi makan ke apa haaaaaaa...


Adib duk main alat muzik apa tah...tapi persembahan hari tu memang oklah di bawah pimpinan us Aris Hazlan selaku guru jqaf di sekolah aku... Oklah itu jeeeee...dan aku masih tak tidor lagi atas alasan yang sama setiap hari... Ammar oh Ammar lagi. Tah kul berapa dia nak tidor nih. Aku dah mengantuk sangat.....Adeeeeeehhhh.

Friday, December 19, 2008

Birthday twin n Aidil Adha di kg

Aku nak ucapkan Happy belated Birthday buat my twins Afiq dan Adib pada12.12 baru ni. Tapi takde lah majlis2 yang istimewa sangat cuma belanja makan di KFC atas permintaan Birthday boy lah pastinya. Moga semakin berusia semakin matang dan jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.Amin.



Ini pulak gambar anak2 lelaki aku di hari raya Aidil Adha baru ni di rumah mertua aku di??????? he he. Gambar aku takde ler sebab aku duk kat dapur menyiapkan hidangan untuk sedara mara yang berkunjung ( tapi bukan aku yang masak eek...kakak2 aku ler. aku ni tolong je ). Kami buat majlis aqiqah secara kecilan je untuk Ammar pada usia setahun 10 bulan. Gambar ayie yang di atas tu agak 2 ler yer...geram betul aku tengok. Mencacatkan gambar betul ko ni ayie yeeee. Yang pasti bukan aku ajar tu. agaknya......genetik abah dia kut. Ha ha ha.

Sunday, November 23, 2008

Aku bangga bila....


TUUU DIA...Suspen kan..kepada sesiapa yang alahan terhadap benda alah tu tolong bersedia ok....Banyak gunting tue!Ada jarum suntikan, kapas, ubat luka dan macam2 kan...nak terangkan seme tu aku pun tak reti sebenarnya...sebab aku bukan DR ok.

Kalau nak tahu itulah alatan yang digunakan untuk memotong oopss..emm untuk berkhatanlah bagi dak lelaki.


SEBELUM...


SELEPAS....Hey korang jangan gelak tau....x baik(sambil tutup mulut dan gelak kuat2 kah kah kah ) nakal tau...

Aku bangga sebenarnya sebab ini kali kedua ANAK JANTAN aku berkhatan....pertama dulu anak kembar aku la.Jadi sekarang ni anak aku dah meningkat dewasa walaupun umur baru 8 tahun.

Oh ya, tima kasih kak ina kerana bagi tips kalau nak senang letakkan besen kecil atas TUuuuut...,jadi x yah guna tali lagi.Sebab tu ada benda bulat atas tu..nampak kan.Maklumlah rumah sekarang kan susah nak letak2 tali ni.

Aiman,Zuhair n Ayie yang sedang terbaring tue...seorang lagi tue Adik Alif dikuarantinkan di dalam bilik kerana emosi masih belum stabil lagi.Apapun moga all the four small man boleh menghadapi saat perit ini dengan tabah...dan ummi pulak terpaksa angguk2 kepala bila macam2 hadiah yang diminta sebagai balasan...haii ambik kesempatan lah tu...anak2 sekarang.




Inilah senyuman terpaksa yang paling manis bagi Ayie selepas baru dikhatankan. Enceem kan.Jadi minggu nih kami seme pun terpaksalah berpantang sama...Tak salah demi anak2.

p/s~Thanks kepada kak Ramidah diatas kesudian meminjamkan rumah untuk melaksanakan tanggungjawab ini.Juga untuk sessi makan2 yer..teedap tau.Tie terpaksa publish kan rumah akak yer...dengan izin k

Thursday, November 20, 2008

Siri seram......sila takut ok

Ayie : Ummiii...citer niyang dah start ni

Ummi : Cepat yie perlahankan TV...ummi x suka la citer ni.
Apa kaitan x suka dengan slow kan TV ye..he he

Motif?....Sebab ummi x suka citer tu.X suka x suka la
takde alasan ok.Titik.

Ayie : Nape Ummi X suka? sambil wat muka pelik...

Ummi : Wat muka garang ...Pegi main jauh2 ,ummi nak layan blog nih.

My hubby terus mengadap TV.Memang kegemaran lah tu..

Aku pelik bin ajaib bila orang suka tengok citer seram
ni ...sebab aku ni penakut gila sebenarnya tapi tak nak mengaku..control macho depan anak2.

Lagipun citer nih memang seram habis lah..tengok iklan je pun dah
meremang bulu roma tau.

Sekarang ni...rancangan tv .asal malam jumaat je citer hantu..aku pernah alih chanel lain tapi kan citer hantu juga. so aku off kan aje.

Bukan apa bila aku duk sorang2 waktu malam mula lah imaginasi tu datang gila2 ok.
Jadi salah siapa jika aku penakut ek...salah tv yer ha ha

Oklah...kalau ada yang minat citer hantu ni pun bagus juga kan.. sebab boleh menguji keberanian kita ...

Layan jelah ok..

Wednesday, November 19, 2008

Jom baca buku







Ha...Ambik!! banyak buku tu, aku nak suruh anak aku membaca.Ketiga-tiga hero tu dah mcm cacing kepanasan duk kat rumah atau.... aku yang dah bengang asyik berperang dengan anak nih....confius!confius!

Tulah tempat yang kami terjah pagi tadi...perpustakaan awam.Afiq.Adib n Ayie sila baca buku yang berlambak tu...ummi nak baca novel.ha! ha!.Bagus tu...aku baca novel.Dulu2 memang aku suka baca novel,tapi sejak ada Ammar ni aku dah x baca langsung...diulangi x baca langsung!!!ok.

Kesian ammar duk kat rumah dengan babah yer...Sempat juga habis satu novel aku baca tau.Bayangkan aku seorang ibu duk baca novel kat library....pandang kanan,pandang kiri student sedang diskusi, aku???Last2nya...aku pun berkata...

Ayie jom kita balik...tugasan aku belum selesai nih apalagi memasak laaa ...adeh,
hari ni suami aku nak makan Tomyam. Jom balik........

Esok apa pulak yer...apakata kita beli cd...