Thursday, December 31, 2009

Baik untuk semua k...

SELAMAT TAHUN BARU

UNTUK SEMUA....

SEMOGA HARI INI ADALAH LEBIH BAIK DARI SEMALAM

MOGA ESOK PULA ADALAH JAUH LEBIH BAIK UNTUKKU DAN KELUARGA ......AMIN.

Saturday, December 26, 2009

Melaka Part 3

Salam semua......
Masih lagik n3 melaka.......Macam best sangat jelah kan, sudah aku kata nak buat kenang-kenangan so memang ler banyak gambar.Hubby kata tie ni apalah letak gambar banyak-banyak, tak malu kat orang ke?????Malukah??????Aku rasa tidak kan.....Lagipun budget ayulah sangat.....hahaha.Aku gurau jer....

Ala babah apa tahu....nanti kita tua2 boleh tengok lagik kenangan nih semua.Sangat BERHARGA okeh.E eh tua nanti pun masih blog lagi ke ha!!!!!!!...hihi.

Ok2....mengarut sudah......sambung cerita Melaka balik, dah bersedia kah nak baca cerita mak cik nih......
Gambar aku dan Ammar kat jetty Melaka cruise river.Masa makan malam tu dah janji nak naik cruise so pagi2 tu dah tercongok kat depan tu beli tiket nak jelajah sungai mengelilingi Melaka, pengalaman yang sangat best, BERBALOI2.....katanya hiks!
Suka tengok pic nih.......Sweet sangatlah, ada contest tak??????Aku nak masuk nih!!!!!hahha.Tetiba jer.....


Sepanjang sungai tu akan melalui perkampungan Melaka yang sangat cantik, rumah bentuk tradisional nama tempat tu kg Mortem( betul ke eja ni)Aku juga berpeluang tengok pokok Melaka, camtu rupanya pokok tu, tapi tak sempat nak ambik gambar.Lama juga lah naik cruise nih................Pusing sekitar banda hilir dan bandaraya Melaka.





Selepas naik cruise berjalan di sekitar sungai tu lihat kapal peninggalan zaman penjajah dulu, tak naik pun sebab dah pernah naik masa rombongan sekolah dulu....So, ambik gambar jelah.....KENANGAN katanya.......Masa nih tengah pujuk Ammar ambik gambar sebab dah merajuk!!!!
Gambar ni pulak, korang perasan tak Ammar yang duk kat belakang tu?????Sebenarnya Ammar nak bergambar kat situ.....siap marah tak bagi orang duduk lah kononnya, dia je nak duk kat situ.Aku nih lak tak tahu cerita.....suruh babah kedepan sikit sebab nak ambil gambar kapal tu sebagai background.......So dia pun merajuk....jebik2 ler kisahnya......
Pastuh menangislah....nak bergambar,nak bergambar, lor.......kesianlah pulak, apalah ummi dia nih kan.Pujuk2 dia....ambiklah gambar kat kapal semula....

So itu jelah kisahnya cuti2 aku di bumi Melaka, rasanya nanti aku nak datang lagi kut......Best!!!Kenangan paling tak boleh lupa duk tepi sungai sambil melihat keindahan sungai melaka di waktu malam......

Dengan lafaz Bismillah aku dengan rasminya menutup n3 Melaka ini........
Salam

Thursday, December 24, 2009

Melaka Part 2

Salam semua.....
Part 2 lah sangat kan.......Selepas sehari semalam di Ayer Keroh, hubby ajak bermalam di Banda Hilir, pastilah juga motifnya dekat dengan tempat2 yang menarik jer, malam tu jalan kaki jer ke dataran nak merasa naik menara Taming Sari yang tinggi dan berpusing2 tu.

Mulanya suami macam tak nak naik, tapi aku pujuk juga dia pun naik jelah kan. Oklah....aku ingatkan takut naik menara tu rupanya biasa jer tapi gayat lah sebab ketinggiannya mencecah 80 meter.Duk kat atas tu dalam 15 minit barulah turun ke bawah semula.......Takdelah gambar sangat sebab takut nak bergerak2......dibuatnya jatuh.....haih.Tak tahu nak katalah......haha.
Inilah permandangan Bandaraya Melaka dari atas Menara Taming Sari. Cantik sangat!!!!!!!Memang berbaloi2........hihi.Banyak tul lampu2 dan dari jauh tu adalah eye on Malaysia di Melaka.

Gambar tu pulak adalah kemeriahan beca2 yang berwarna warni, aku tak naik pun sebab dah lapar masa tu.Memalam buta pun meriah giler lagik.......Kami pergi makan kat tepi sungai sambil tengok cruise yang duk pusing kat sungai tuh.....Aku teringin jugak nak try tapi malam nih takut juga.So esuk jelah.......lebih sesuai gitu dengan anak kecik.Lepas makan sempat lagi lepak kat tepi sungai tu lihat keindahan bandar Melaka. Sayang lak gambar takde sebab bateri kamera dah low sangat.
Ini pulak adalah gambar aku dan Ammar kat lobby Hotel tengah layan FB katanya......Tulah ingat nak layan FV sedas dua....tapi sangatlah slow giler.......

So itulah jer Melaka Part 2.........Nanti aku akan buat n3 part 3 lak k......
Haih mengalahkan novel hahha. Sajerlah ini kan diary aku untuk dibaca dikenang pada masa akan datang......So jangan jemu k layan gambar aku ini.....BYE!

Wednesday, December 23, 2009

Melaka Part 1 2009


Salam semua......
Apa khabar yer....harap2 semua kawan2 pun sihat dan ceria selalu k...
Entahlah.....sekarang nih susah tul nak upload gambar......slow giler.Huhuhu.

Oklah.....Lepas siap hantar assignment hari sabtu tuh, aku dengan senyum yang paling manisnya mengajak hubby pergi bercuti.Suami aku kata ok, kita pergi Melaka!Sukaaaaaaa...........

Bertolak hari ahad, sampai kat melaka cari hotel yang kebanyakkan penuh jer....senang cerita pergi cari kat Ayer Keroh.Lagi ok sebab tempat nak jalan pun dekat takdelah jem kan,Keesokan harinya barulah jalan....Tempat pertama zoo Melaka.Motif???????Nak perkenalkan Ammar dengan semua pun haiwan2 tu......( Amboi2......siap motif bagai konon) haha.....Entah nape cam suka lak ambil gambar dari belakang.....REAL lah sangat kan.....
Gambar nih masa lihat persembahan orang utan......kelako,Tapi nape muka anak2 dan babah dia tak gelak pun,hahaha....padahal masa gelak tu aku tak sempat nak ambik gambar pun,kelako giler si minah tuh dengan jurulatih dia, siap senyum lagi bila bergambar, tapi takdelah aku nak bergambar pasal seram jer aku tengok gigi dia......Gambar aku takde sangat, maklumlah camerawoman...
Suka aku masa nih menyakat Ammar yang taku tengok iguana tuh....Bukan main kuat dia peluk babah.....hehe.

Kembar dan ayie nak cuba naik kuda ....mula tu macam tak bagi kan, takut jatuh jer....Tapi kesian pulak so aku beli tiket suka sangatlah tuh.....Merasa naik kuda walaupun kaku jer aku tengok, nak naik kuda besar lak tuh, aku suruh naik kuda kecik tak nak!!!! Mengada tul.....Aku pulak kuda besar ke kecik ke mestilah penakut nak cuba.......haha...



Lepas letih berjalan kat zoo tuh, pergi mandi jelah kat taman tema melaka nih, selagi tak bawa selagi tu duk bising kat telinga aku.....Bawak jelah babah, macamlah kat kat hotel takde kolam...haih!!!!

Oklah nanti aku sambung lagi yer......di tempat lain pulak k.....
Daaaaaaaaaaaaaaaa....

Monday, December 7, 2009

My Anniversary is...........TODAY!!!!!!!!


Salam semua......
Apa khabar ye....aku cam biasa jelah.
Happy Anniversary to me and my hubby......hihi.( 7 dis 1997-7 dis 2009) Berapa tahun dah tuuuuuuuu???? kira sendiri ok....Aku letak gambar lama...gigih cari jugak nak publish katanya hahhaha....Takdelah gambar sanding,silat bagai tu kan sebab aku kahwin serba sederhana.......

Ini adalah gambar sarung cincin oleh my Mil masa bertunang.....Yang di atas tu pulak saat aku diijabkabulkan dengan sekali lafaz je sahlah aku bergelar isteri kepada my hubby......Rasa syahdulah pulak bila ingatkan saat itu.....
Masa ni pulak adalah masa nak pakaikan aku rantai tangan, suami bagi aku rantai tangan kut...
Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.....Insya Allah.

P/s~Tak lupa ucapan happy anniversary untuk kakak aku kak Zubaidah yang juga tarikh perkahwinannya adalah sama dengan tarikh pernikahan aku. Moga kak zu bahagia kekal hingga ke akhir hayat........

Wednesday, December 2, 2009

Cerita singkat di kampung hubby....

Salam semua.....
Apa khabar??Macamana dengan hari raya aidil adha baru nih ye....Mil aku adalah buat Korban masa raya tu pastu ajak jiran dan sedara mara datang makan, suka jugakan meriah macam nih tapi letih jangan cakaplah.2,3 hari duk makan daging.....Sampai naik pening kepala aku nih....

Cuti raya korban yang singkat dulu aku sempat gek la bawa anak-anak melihat2 panorama di pantai irama, Bachok, Kelantan.Itupun secara tak langsung, balik dari beraya kat rumah kakak ipar di Pasir Puteh teruslah ke sana.

Pergi pun bukan untuk tujuan mandi pun...aku cuma bagi anak2 main air je tapi basah jugaklah baju diorang tu...heeee geram betul aku.Bengang jer bila aku tak bagi mandi.....
Lagipun di musim tengkujuh nih air laut bergelora sangat di pantai timur nih.....heee takut aku tengok, ombak kuat jugalah.Tapi manusia tetap ramai....walaupun yang mandi tu takde sangat.
Oklah....aku nak terjah rumah korang lak, agak2 ler kan. Maklumlah mektie nih dah jarang2 buat lawatan sosial nih.....BIASA DIA TUH!!!!!!!!!!hihi.

Wednesday, November 25, 2009

Ucapan khas buat semua...

Salam semua...
Aku akan pulang berhari raya di kampung suami di Kelantan hari ni...
Harap takde banjir dan sebagainya yang menghalang perjalanan kami ok.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA YE......

P/s~Pada yang balik kg macam aku ni, berhati-hatilah di jalan raya.

Saturday, November 21, 2009

Hari pertama belajar

Salam semua....
Udah macam budak tahun 1 nak mula sekolah jer.....
Berdebar2 nak pergi kelas esok, maklumlah aura belajar tu dah diganti dengan mengajar baru nih......so esok kena bangun pagi sebab nak gerak kul 6.00 pagi dari Bentong.

Cuti sekolah yang sibuk dengan kelas dan kerja kelas dan penyelaras yang masih belum settle ok.

P/S~Aku agak jarang dah update blog kan, bukan apa cuma aku takde cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama.Tapi blog korang tetap aku terjah walau tak sempat nak tinggal jejak.Padahal duk sibuk layan FB....hahahhaha

Saturday, November 14, 2009

Tarikh penting semasa cuti nanti.....

Tarikh Toturial Kohot 7

Tutorial 1
22 Nov 2009 ( ahad )

Tutorial 2
5 Dis 2009 ( sabtu )

Mid Term Exam
12 Dis 2009 ( sabtu )

Tutorial 3
13 Dis 2009 ( Ahad )

Tutorial 4
19 Dis 2009 ( sabtu )

Final Exam
2 & 3 Jan 2009 ( sabtu & ahad )

Buka Sekolah ( Mula kerja lor.....)
4 Jan 2009 ( Isnin )

Semua tarikh tu adalah kelas SMP yang telah pun bermula.... Aku rasa macam sibuk sikitlah maklumlah sem pendek, tak tahulah nanti.....hopefully aku boleh ikut semuanya dengan terancang dan berjadual. Risau juga nih.... Tak ada apa2lah kut.....kawan2 yang lain tu boleh. Kuatkan semangat ok.....

Yang pasti cuti adalah seperti tak cuti jek. Tulah tak ada sapa paksa belajar kan... Ini adalah keputusan aku so....sahutlah cabaran ini MEKTIE!!!!!!!!

Moga Allah permudahkan segalanya buat aku......Amin.

Saturday, November 7, 2009

KUANTAN.......Destinasi ku hari ini...

Salam semua....
Seawal pukul 4.30 pagi aku dah bangun tidur laaaaa.....Korang tidur lagi ekkk?????Takpelah aku punya misi dan visi yang harus dilaksanakan pagi nih.....

Alhamdulillah akhirnya impian dan cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tercapai jua walaupun pada usia 37 tahun..... Tak terlambat lagi kan. So, masa korang baca n3 nih aku mungkin dalam perjalanan ke Kuantan untuk mendaftarkan diri di OUM cawangan Pahang di Shahputra Kuantan.Doakan aku selamat sampai ke destinasinya ye.....

Aku gembira dan rasa berdebar2 jer nih. Harap2 aku yang bergelar isteri,ummi dan guru ini masih boleh lagi bergelar pelajar pada usia ini.

Moga Allah permudahkan segalanya.......Amin.

Thursday, November 5, 2009

FB menemukan kita kembali...I like!

Salam semua.....
Facebook lagi katanya.....hihi.Memang best tau bila dapat jumpa kawan lama kat FB kan.Inilah aku nak imbas kenangan semasa remaja....hihi.Remajakah???????

Nama kawan aku nih adalah Nor huda, Memang kawan baik dari aku tingkatan 1, masa tu sekelas lagi.Kami berdua nih memang serasi bersama, banyak kenangan yang manis, pahit pun kami kongsi bersama. Masa bercinta.....masa frust menonggeng pun bersama. Pendek kata masa tu rahsia mu rahsia ku jua.....muahahahaha....Serius!!!! Kami memang sangat rapat.....

Dalam gambar tu masa aku dan uda bersama melancong ke Johor Baru dengan menaiki Keretapi........Best amat!!!!!!!
Ini pulak gambar kami masa hari perkahwinan aku.....Eh, aku tak pernah letak lagi gambar kahwin kan, Itu jelah aku sangatlah tak glamour weh.......hahaha.Pink colour ok.....
Masa ni lak masa kami tunggu result exam rasanya.....kami pergi ke Genting Highland main macam2 benda termasuklah main keta yang langgar2 tu....amatlah kebudak-budakkan. Tapi itulah kami masa tu.......Amatlah poyo ok, kayuh atas air tu dengan berbaju kurung.....kihkihkih.
Justify FullKali ni aku dan uda di Pantai Teluk Cempedak, kuantan. Best tau...kami sempat mandi-manda lagi......hihi.Dulu2 aku memang takdenya dating dengan Pakwe2 nih....Sangatlah suci dalam debu.hihi.Kecualilah ketika aku bertemu dengan tuttttttttt....
Masih gambar kami dan seorang lagi rakan karib aku Norlie. Norlie nih pulak adalah classmate yang di sebelah aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Lama kan..... Norlie duk Perak sekarang nih. Dah lama jugak aku tak jumpa dia....Norlie Sign up lah Facebook. Boleh kita Chatting.....

Oklah. Itu jelah imbasan mengenai kisah aku dulu2......hihi.Yang pasti sekarang ni dah punya kehidupan masing-masing. Semoga kita boleh berjumpa lagi k......

Sunday, November 1, 2009

Mandi-manda dan pengantin baru

Salam semua......
Selamat berhujung minggu ye.....
Aktiviti di hari ahad ini adalah sessi mandi di kolam renang .Ini sudah semestinya aktiviti anak2 la kan.Aku pastilah bising mengarahkan hero 3 orang tu menjaga Ammar, maklumlah Ammar tu kan kecil lagi. Macam aksi....tengok sajalah Ammar tu.....Happy sungguh!!!

Seterusnya kami telah diundang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Teman yang mengajar satu sekolah aku iaitu Juliya dan suaminya.Ramai betul tetamu yang hadir jadi tak sempat sangat nak berlama-lamaan di situ.

Buat Juliya....
Selamat Pengantin Baru dari Kaktie Cikgu Wan dan keluarga ye...
Moga kekal bahagia selama-lamanya.....Amin.

YANG PASTI JU ADALAH SANGAT ANGGUN SERBA PURPLE......SWEET!!!!

Tuesday, October 27, 2009

Udang masak tempoyak...dan tangis sendu Nur Kasih.

Salam semua...
Amboi-amboi....kemain tajuk aku kali nih.haha.
Resepi baru nih dah seminggu diwar-warkan oleh kak pah, cuma aku tak berkesempatan nak buat, Sedap mektie.....baik mu buat. E eh.....nanti jab, mektie katanya.....haha. Kadang2 ada kawan panggil aku gelaran glam itu walaupun aku bukan orang kelantan ok.

Apa yang aku melalut nih....hihi. Cuma nak cerita pasal resepi baru nih iaitu udang masak tempoyakErrk.....Korang makan tempoyak ke ha???Yang tak bestnya, tengah aura.... aura nak masak tu datang gas habis lah pulak, DOWN OK!!!!!!!. Mengada....macam lah rajin benor lah tuh gayanya kan.Takpelah, yang pasti udah pun berjaya aku masak, hubby kat sedap anak-anak pun suka, Alhamdulillah.So...resepi kak pah nih memang sedap.

Resepi yang kedua adalah ayam goreng berempah, yang ni tak sempat lak aku snap gambarnya.... kira halal jelah korang sebab dah disapu oleh anak2.Maklumlah ramai2 nih memang suka berebut, Ayam goreng pulak tuh....memang budak-budak dan mak budak sukaaaa....hahaha.

Sekarang nih aku tengah layan Nur Kasih Online TV3.COM. Dulu2 masa belajar tak sempat tengok so masa nih aku cover balik.Sampai kul 12.30 malam aku bantai tengok episod 1-7.Pagi pergi sekolah ramai kawan2 tegur.... ingatkan aku bergaduh ke nangis2 rupanya sebab NUR KASIH.....hihi. Sedih giler wei.... walau kena gelak dengan hubby dan anak2 aku tak pedulik dah. Ayie siap bagi tisu satu kotak kat aku...Nak kena seligi ke apa budak nih.Nangis sampai bengkak mata u see...huhu

Saturday, October 24, 2009

Misi terjah yang ala2 jer....

Salam semua...
Dah bersawang gila blog kan.....Ok2,Ada misi-misi la pulak aku ni kan.....Misi utama hari ini untuk mengintai kat rumah kawan-kawan. Tengah buat apa tu cuti2 nih....Nantikan krew Mektie berkunjung ke kawasan kalian yang sewaktu dengannya.......TUNGGUUUUU.....hihi

Sajalah rasa macam tak percaya je follower dah 100 tu. Aku suka sebenarnya punya ramai kawan macam nih, walaupun sambil minum kopi di rumah saje kita boleh bertukar-tukar cerita kan.....Harap persahabatan ini berkekalan ye....

Sebagai tanda menghargai persahabatan kita selama ini sila ambil award yang tak seberapa ini dan tampal kat blog ye.... Pada kawan baik aku yang tak ada blog tapi selalu baca blog aku ni ( Cis!!!!! perahsantan la pulak.....haha) pun sila ambil dan semat di hati kalian semua ok....Juga kepada yang tersesat, tersasul kiranya terterjah ke blog aku selamat datang diucapkan.

Cuma kalau suka datang lagi kalau tak menepati citarasa pun tidak mengapa. Kerna aku menulis bukan kerna nama......cewah2 Nyanyi pulak dah. Apa yang ada disini adalah cerita tentang aku dan keluarga sajes k....

Enjoy your self k..... Aku amat menghargai semua pengunjung teratakku ini.... Ada masa mungkin kita kan berjumpa kan. Siapalah yang tahu.....ye tak????


Wednesday, October 21, 2009

Hobi baru...

Salam semua...
Buat apa tu?? Sedang bekerjakah.....hihihi. Sedang berkebunkah????
Kwang....kwang....kwang.
Akulah wei......tengah asyik dengan hobi baru. Sekarang nih aku sibuk sikit, almaklumlah nak jaga kebun, mana nak masak kat cafe lagik.....muhahahahha...

Sibuklah tu konon.... sibuk berkebun dan memasak kat fb.....boleh gitu???!! Mana2 kawan-kawan yang dah lama ada hobi macam aku nih....jom kita berjiran nak.hahaha.

Oklah tu... nak beli tanah buat kebun sekarang. Mahal wooooo....kecuali yang memang mak pak ada kebun tu memang sib baik sangat ler kan, Sekali sekala pergi kebun memang syok....

Bagi aku hobi nih hanya mengisi masa lapang jer....kan...kan...kan.

Monday, October 19, 2009

Di hari bahagia ini.....

Happy Birthday to...........
BABAH,

Moga babah sentiasa bahagia bersama kita selalu ...
Moga babah tidak pernah rasa bosan dengan karenah kita ...
Moga ALLAH murahkan rezeki babah dan kita....

Dari kita berlima......ummi,afiq,adib,ayie dan......ammar.

Wednesday, October 14, 2009

Kes berat nih...

Salam semua...
Hai..... gambar kasut pun nak masuk blog ke?????!!!. hihi.... Bukan nak tunjuk kasut aku nih, sebenarnya ada cerita di sebalik kasut ini weeeeiii..... Memang kes berat, tak caya ... baca sampai habis ekkk....

Gini......... aku balik kg hubby masa raya tu kan, tiba turn nak balik kg aku pulak bersiap nak balik tu, bersalaman semua, tengok bilik kononnya takut2 ada barang tertinggal la kan, pastuh naik kereta.Angkat tangan Babai2 bagai dengan adik beradik la kaedahnya kan.....

Tiba-tiba ... abang!!!!! mana kasut tie nih????? hahaha... memang betul nak kena nih, kasut kat kaki pun boleh tak sedar.wakakakaka.yang bestnya masa nak naik kereta tu boleh pulak aku tanggal sebelah, elok je duk dalam kereta macam duk kat rumah sopan berkaki ayam. Cam hilang ingatan kejab, boleh gitu????


Dan2 tu aku tefon Sil kat rumah suruh tengok ada tak kasut aku tertinggal sebelah kat kampung. Rupanya memang ada duk kat garaj kereta elok je sebelah. Adeeeehhhh!!!! Macamana nih???? huhu... Dah la kasut tu aku beli mahal jugak. Beli pun mikir banyak kali.... HUSH PUPPIES tuuuuu....Aku suka pakai kasut tu, nampak biasa je kan tapi selesa...

Last2, pesan je kat Sil aku sal suruh bawak balik rumah dia.... mungkin cuti deepavali ni lah nak pergi ambil sambil beraya......hihi. Sal...... ada tak kasut kak tie tu??????Kak tie nak datang beraya nih......hihi. Insya Allah kalau jadi pergi..... E eh, ada kat rumah tak????

Begitulah cerita aku hari nih.... Dah pelupa sangatlah aku nih, Mungkin faktor genetik.....Ececeh!!!Tak nak mengaku faktor usia tuuuuuu......ekeke.Korang pernah tak jadi macam tu ha?????Nak cover line nih.....

Monday, October 12, 2009

Kisah seminggu yang berlalu.....

Salam semua...
Sejak jadi cikgu balik nih bermulalah aku menjadi mak tiri balik.....hahaha, bukan apa aku tengok murid kelas aku tu bising semacam je,kalau nak suruh murid jadi pandai jangan bagi muka sangat.... Tapi yang bestnya, aku tengok ada sebijik A lekat kat keceriaan kelas aku, dah naik gred ler.....yang dapat A tu adalah bahagian papan kenyataan kelas lor....Alhamdulillah.Gambar lain tu adalah semasa mencantikkan pondok bacaan.Kak Zu, kak pah,fizah dan wan sibuk nampak....mana aku yer....hihi. Sangatlah mengelat di situ....Ada lagi orang lain tapi takde gambar lak.....
Ini adalah lorong warisan yang dijayakan oleh cikgu2 SK Sulaiman, cantik kan, bangunan lama nih telah dijadikan sebagai lorong ilmu yang boleh dijadikan tempat membaca oleh murid-murid. OK sangatlah tuuuuu....kan.
Gotong royong PSS, biasa ar... aku kan guru pustakawan, buat ler sumbangan sikit untuk menceriakan ruang tangga ke PSS....cantik tak????? Dalam hati korang mesti kata biasa jek!!!! kan ....kan. Memang puh kihkihkih....Tak kisah lah janji ceria aje...Aku dan kak pah cuma tampal apa yang patut je....yang cat tu semua adalah GB ko.....
Ini pulak adalah sketsa lakonan sempena perkhemahan unit beruniform jumaat dan sabtu baru nih, kumpulan aku dengan linda dan Rasifah, kononlah latih budak..... Yang pasti tak menang pun....hahahhaha. Ada yang lagi hebat tuuuuuu....

*Takziah buat AlHisyam di atas pemergian ayah Mertuanya Pagi tadik.....Al -Fatihah...

Sunday, October 11, 2009

Nak kena betul budak nih.....

Salam aunty......
Selamat bekerja ye....
Peace from Ammar di pagi isnin yang mulia ini.........

Moga hari ini dan esok tetap ceria ok....
Sekian pesanan dari penaja yang seksi ituuuuuuuu.....
.....kul 12.20 am masih belum tido......kihkihkih.

Ammmarrr!!!!!!!!!! tidor cepat, esok ummi nak kerja lahhhhhhh!@#$%%^&*()
Owh.......OOOOO ummi dah panggil tu......larikkkkkk.