Thursday, December 31, 2009

Baik untuk semua k...

SELAMAT TAHUN BARU

UNTUK SEMUA....

SEMOGA HARI INI ADALAH LEBIH BAIK DARI SEMALAM

MOGA ESOK PULA ADALAH JAUH LEBIH BAIK UNTUKKU DAN KELUARGA ......AMIN.

Saturday, December 26, 2009

Melaka Part 3

Salam semua......
Masih lagik n3 melaka.......Macam best sangat jelah kan, sudah aku kata nak buat kenang-kenangan so memang ler banyak gambar.Hubby kata tie ni apalah letak gambar banyak-banyak, tak malu kat orang ke?????Malukah??????Aku rasa tidak kan.....Lagipun budget ayulah sangat.....hahaha.Aku gurau jer....

Ala babah apa tahu....nanti kita tua2 boleh tengok lagik kenangan nih semua.Sangat BERHARGA okeh.E eh tua nanti pun masih blog lagi ke ha!!!!!!!...hihi.

Ok2....mengarut sudah......sambung cerita Melaka balik, dah bersedia kah nak baca cerita mak cik nih......
Gambar aku dan Ammar kat jetty Melaka cruise river.Masa makan malam tu dah janji nak naik cruise so pagi2 tu dah tercongok kat depan tu beli tiket nak jelajah sungai mengelilingi Melaka, pengalaman yang sangat best, BERBALOI2.....katanya hiks!
Suka tengok pic nih.......Sweet sangatlah, ada contest tak??????Aku nak masuk nih!!!!!hahha.Tetiba jer.....


Sepanjang sungai tu akan melalui perkampungan Melaka yang sangat cantik, rumah bentuk tradisional nama tempat tu kg Mortem( betul ke eja ni)Aku juga berpeluang tengok pokok Melaka, camtu rupanya pokok tu, tapi tak sempat nak ambik gambar.Lama juga lah naik cruise nih................Pusing sekitar banda hilir dan bandaraya Melaka.





Selepas naik cruise berjalan di sekitar sungai tu lihat kapal peninggalan zaman penjajah dulu, tak naik pun sebab dah pernah naik masa rombongan sekolah dulu....So, ambik gambar jelah.....KENANGAN katanya.......Masa nih tengah pujuk Ammar ambik gambar sebab dah merajuk!!!!
Gambar ni pulak, korang perasan tak Ammar yang duk kat belakang tu?????Sebenarnya Ammar nak bergambar kat situ.....siap marah tak bagi orang duduk lah kononnya, dia je nak duk kat situ.Aku nih lak tak tahu cerita.....suruh babah kedepan sikit sebab nak ambil gambar kapal tu sebagai background.......So dia pun merajuk....jebik2 ler kisahnya......
Pastuh menangislah....nak bergambar,nak bergambar, lor.......kesianlah pulak, apalah ummi dia nih kan.Pujuk2 dia....ambiklah gambar kat kapal semula....

So itu jelah kisahnya cuti2 aku di bumi Melaka, rasanya nanti aku nak datang lagi kut......Best!!!Kenangan paling tak boleh lupa duk tepi sungai sambil melihat keindahan sungai melaka di waktu malam......

Dengan lafaz Bismillah aku dengan rasminya menutup n3 Melaka ini........
Salam

Thursday, December 24, 2009

Melaka Part 2

Salam semua.....
Part 2 lah sangat kan.......Selepas sehari semalam di Ayer Keroh, hubby ajak bermalam di Banda Hilir, pastilah juga motifnya dekat dengan tempat2 yang menarik jer, malam tu jalan kaki jer ke dataran nak merasa naik menara Taming Sari yang tinggi dan berpusing2 tu.

Mulanya suami macam tak nak naik, tapi aku pujuk juga dia pun naik jelah kan. Oklah....aku ingatkan takut naik menara tu rupanya biasa jer tapi gayat lah sebab ketinggiannya mencecah 80 meter.Duk kat atas tu dalam 15 minit barulah turun ke bawah semula.......Takdelah gambar sangat sebab takut nak bergerak2......dibuatnya jatuh.....haih.Tak tahu nak katalah......haha.
Inilah permandangan Bandaraya Melaka dari atas Menara Taming Sari. Cantik sangat!!!!!!!Memang berbaloi2........hihi.Banyak tul lampu2 dan dari jauh tu adalah eye on Malaysia di Melaka.

Gambar tu pulak adalah kemeriahan beca2 yang berwarna warni, aku tak naik pun sebab dah lapar masa tu.Memalam buta pun meriah giler lagik.......Kami pergi makan kat tepi sungai sambil tengok cruise yang duk pusing kat sungai tuh.....Aku teringin jugak nak try tapi malam nih takut juga.So esuk jelah.......lebih sesuai gitu dengan anak kecik.Lepas makan sempat lagi lepak kat tepi sungai tu lihat keindahan bandar Melaka. Sayang lak gambar takde sebab bateri kamera dah low sangat.
Ini pulak adalah gambar aku dan Ammar kat lobby Hotel tengah layan FB katanya......Tulah ingat nak layan FV sedas dua....tapi sangatlah slow giler.......

So itulah jer Melaka Part 2.........Nanti aku akan buat n3 part 3 lak k......
Haih mengalahkan novel hahha. Sajerlah ini kan diary aku untuk dibaca dikenang pada masa akan datang......So jangan jemu k layan gambar aku ini.....BYE!

Wednesday, December 23, 2009

Melaka Part 1 2009


Salam semua......
Apa khabar yer....harap2 semua kawan2 pun sihat dan ceria selalu k...
Entahlah.....sekarang nih susah tul nak upload gambar......slow giler.Huhuhu.

Oklah.....Lepas siap hantar assignment hari sabtu tuh, aku dengan senyum yang paling manisnya mengajak hubby pergi bercuti.Suami aku kata ok, kita pergi Melaka!Sukaaaaaaa...........

Bertolak hari ahad, sampai kat melaka cari hotel yang kebanyakkan penuh jer....senang cerita pergi cari kat Ayer Keroh.Lagi ok sebab tempat nak jalan pun dekat takdelah jem kan,Keesokan harinya barulah jalan....Tempat pertama zoo Melaka.Motif???????Nak perkenalkan Ammar dengan semua pun haiwan2 tu......( Amboi2......siap motif bagai konon) haha.....Entah nape cam suka lak ambil gambar dari belakang.....REAL lah sangat kan.....
Gambar nih masa lihat persembahan orang utan......kelako,Tapi nape muka anak2 dan babah dia tak gelak pun,hahaha....padahal masa gelak tu aku tak sempat nak ambik gambar pun,kelako giler si minah tuh dengan jurulatih dia, siap senyum lagi bila bergambar, tapi takdelah aku nak bergambar pasal seram jer aku tengok gigi dia......Gambar aku takde sangat, maklumlah camerawoman...
Suka aku masa nih menyakat Ammar yang taku tengok iguana tuh....Bukan main kuat dia peluk babah.....hehe.

Kembar dan ayie nak cuba naik kuda ....mula tu macam tak bagi kan, takut jatuh jer....Tapi kesian pulak so aku beli tiket suka sangatlah tuh.....Merasa naik kuda walaupun kaku jer aku tengok, nak naik kuda besar lak tuh, aku suruh naik kuda kecik tak nak!!!! Mengada tul.....Aku pulak kuda besar ke kecik ke mestilah penakut nak cuba.......haha...



Lepas letih berjalan kat zoo tuh, pergi mandi jelah kat taman tema melaka nih, selagi tak bawa selagi tu duk bising kat telinga aku.....Bawak jelah babah, macamlah kat kat hotel takde kolam...haih!!!!

Oklah nanti aku sambung lagi yer......di tempat lain pulak k.....
Daaaaaaaaaaaaaaaa....

Monday, December 7, 2009

My Anniversary is...........TODAY!!!!!!!!


Salam semua......
Apa khabar ye....aku cam biasa jelah.
Happy Anniversary to me and my hubby......hihi.( 7 dis 1997-7 dis 2009) Berapa tahun dah tuuuuuuuu???? kira sendiri ok....Aku letak gambar lama...gigih cari jugak nak publish katanya hahhaha....Takdelah gambar sanding,silat bagai tu kan sebab aku kahwin serba sederhana.......

Ini adalah gambar sarung cincin oleh my Mil masa bertunang.....Yang di atas tu pulak saat aku diijabkabulkan dengan sekali lafaz je sahlah aku bergelar isteri kepada my hubby......Rasa syahdulah pulak bila ingatkan saat itu.....
Masa ni pulak adalah masa nak pakaikan aku rantai tangan, suami bagi aku rantai tangan kut...
Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.....Insya Allah.

P/s~Tak lupa ucapan happy anniversary untuk kakak aku kak Zubaidah yang juga tarikh perkahwinannya adalah sama dengan tarikh pernikahan aku. Moga kak zu bahagia kekal hingga ke akhir hayat........

Wednesday, December 2, 2009

Cerita singkat di kampung hubby....

Salam semua.....
Apa khabar??Macamana dengan hari raya aidil adha baru nih ye....Mil aku adalah buat Korban masa raya tu pastu ajak jiran dan sedara mara datang makan, suka jugakan meriah macam nih tapi letih jangan cakaplah.2,3 hari duk makan daging.....Sampai naik pening kepala aku nih....

Cuti raya korban yang singkat dulu aku sempat gek la bawa anak-anak melihat2 panorama di pantai irama, Bachok, Kelantan.Itupun secara tak langsung, balik dari beraya kat rumah kakak ipar di Pasir Puteh teruslah ke sana.

Pergi pun bukan untuk tujuan mandi pun...aku cuma bagi anak2 main air je tapi basah jugaklah baju diorang tu...heeee geram betul aku.Bengang jer bila aku tak bagi mandi.....
Lagipun di musim tengkujuh nih air laut bergelora sangat di pantai timur nih.....heee takut aku tengok, ombak kuat jugalah.Tapi manusia tetap ramai....walaupun yang mandi tu takde sangat.
Oklah....aku nak terjah rumah korang lak, agak2 ler kan. Maklumlah mektie nih dah jarang2 buat lawatan sosial nih.....BIASA DIA TUH!!!!!!!!!!hihi.