Friday, December 31, 2010

Lembaran baru....2011

Assalamualaikum semua...
*Apa azam tahun baru nih??????
*Azam tahun lepas dah tercapai kah?????
Hehehe........
*Moga tahun yang mendatang adalah terbaik untuk kita semua.....

Beri madu dibalas racun.......

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

 BUKTI ...Zahrah dan Abdul Aziz menunjukkan laporan polis dibuat berkaitan penipuan anak perempuan mereka.
BUKTI ...Zahrah dan Abdul Aziz menunjukkan laporan polis dibuat berkaitan penipuan anak perempuan mereka.

Assalamualaikum semua........

Berkongsi berita yang aku petik dari Mymetro

JOHOR BAHRU: Niat murni sepasang suami isteri warga emas menerima kembali anak perempuan mereka, seorang bekas banduan yang mengaku sudah insaf, ibarat memberi madu dibalas racun apabila wanita itu memperdaya mereka sehingga rumah bakal dilelong manakala tanah dan barang kemas turut tergadai.

Menceritakan nasib malangnya, Zahrah Mohamad, 68, berkata, anak tirinya itu yang dikenali sebagai Maria sebelum ini terputus hubungan dengan keluarga selama hampir lima tahun dan pernah menjalani hukuman penjara dua tahun pada akhir 90-an atas kesalahan menggelapkan wang.


Menurut Zahrah, Maria adalah anak suaminya hasil perkahwinan pertama dan adik Maria, Aziham, 34, turut tinggal bersamanya dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74.

“Sebelum ini, dia terputus hubungan dengan saya dan suami selepas memberitahu mahu berdikari dan tidak mahu membebankan keluarga.


“Bagaimanapun, dia kembali ke pangkuan keluarga pada 2008 dan menyatakan sudah insaf. Jadi, kami menerimanya dengan hati terbuka kerana yakin dengan kejujurannya,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, belang Maria mula kelihatan apabila dia memujuk Aziham membuat permohonan pinjaman semula kediaman keluarga itu di bank dengan alasan mahu menyelesaikan masalah kewangannya.

Malah, Maria yang namanya sudah disenaraihitamkan bank turut mempengaruhi Zahrah supaya menyerahkan barang kemas bernilai RM3,000 dan berjanji menyelesaikan hutang berkenaan dalam tempoh beberapa bulan.


“Dapat saja wang pinjaman semula perumahan kira-kira RM100,000 dia terus menghilangkan diri dan kami dimaklumkan pihak tertentu dia bekerja sebagai kerani, tetapi menyeleweng duit syarikat RM100,000.

Dah rumah hendak dilelong, malah tanah pusaka kedua orang tuanya pun digadai tanpa pengetahuan mereka. Selalu kita dengar cerita anak tiri kena dera oleh ibu/bapa tiri jer kan. Ini anak pulak macam ular membelit, putar alam nya orang.Berpura-pura membantu menyelasaikan masalah kewangan orang tuanya dengan pinjaman.Dapat duit ko terus lari dengan duit2 tu sekali.....Kalau anak menjadi tuan kepada ibu bapanya itu apa petandanya???Petanda hari Kiamat lor..... Masya ALLAH.

*Untuk berita lebih lanjut KLIK SINI

Thursday, December 30, 2010

Putera Katak........ Minggu Akhir lor!!!


Assalamualaikum semua.....
Rasa cam baru lagi cerita nih, masa mula-mula dulu aku memang duk depan TV sebab suka tengok Nora Danish yang comel nih lagipun teringin nak tengok cerita putera katak versi Melayu gitu . Tapi bila aku tengok katak hijau yang kaki panjang nih, aku start tak berapa tengok sangat maklumlah aku nih fobia sikit ( banyak) dengan spesis tuh. Mula tu ingatkan katak plastik tapi bila tengok kat dagu dia bergerak dan kakinya yang panjang tuh pun cam real jer gerak-gerak masa nora danish pegang tuh aku dah tak tengok sangat. GELI WEH!!!!!!!!!Berani hooooo Nora Danish pegang KATAK. Fuh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Caya tul...............

Masa duk kat kampung baru nih aku perati ramai lak sil dan bil duk minat cerita nih. Tambahan pulak minggu akhir dah kan. Sesiapa yang minat tuh sila tengoklah yer nanti tak dapat tengok ending cam frust lak kan. Aku pun start tengok balik sebab katak tu dah ala2 jadi manusia handsome cam Zizan Nin hahahahaa.

*Gambar adalah kredit to google lor.....
P/s~Sekarang nih aku banyak layan cerita kat AXN siri CSI miami, new york dan yang sewaktu dengannya. Dah berbalik minat zaman remaja dulu.CERITA PENYIASATAN. Maklumlah cita-cita dulu kan nak jadi inspektor sahab.hahaha. Ada ke polis takut katak ekk?????Confius jab...ahaks.

Wednesday, December 29, 2010

New Year Giveway by KEDAI GAMBAR KAMI

Assalamualaikum semua......
Giveaway lagik!!!!!!Hehehe.Kali adalah jemputan dari catlina dan KEDAI GAMBAR KAMI. Cuba nasib lor, kalah menang biarlah penganjur yang fikir dan tentukan yer. Kalau kawan-kawan berminat jom ler kita join. Kalau menang sapa yang untung, kita dan keluarga kita jugak yang untung hak hak hak.Nak join KLIK SINI yer.....
Syarat-syarat:
1. Dah link KEDAI GAMBAR KAMI , seorang blogger dari Malaysia dan satu ajes kok penyertaannya hehehe
~DONE

2.Ok, bannernya pun dah ado tu dok ko keda gamba kami yang come....ahakssss
~DONE

3.Create satu entry khas...............
Apa yang aku suka tentang KEDAI GAMBAR KAMI ini ialah gambarnya yang secara teknikalnya jelas dan berkualiti tinggi gitu( tak macam camera henpon cap ayam aku tuh~SELINGAN)Almaklumlah menggunakan camera yang memang ngetop sesuai untuk event dan majlis-majlis yang tertentu.
Tapi yang lebih aku suka sebab gambar-gambar nya hidup dan seolah-olah mengandungi cerita, simple tapi menarik dengan aksi spontan yang seolah-olah real jer dan bukan dibuat-buat.Ala-ala KISAH BENAR gitu kan, aku tengok pun cam feeling jer lebey( dan berangan nak jadi pengantin balik)Boleh gitu?????Hehe inikan pulak bila Tuan/Puan pengantin yang tengok kan.Mesti tersenyum-senyum mengingatkan detik dan saat yang membahagiakan.Tak percaya????Tengok gambar di atas ASYIKKKKKKK......ahaks


Dan aku lebih-lebih lagi suka bila gambar-gambar catlina dan cg fly ni edit dengan teknik-tekniknya la kan,yang mana ofcosssslah aku tak tahu teknik apa yang digunakan ituuuu kakakaka.Nak komen lebey rujuk pada pakar k...Menjadikan gambar tu nampak klasik,ada kesan teknikal, menarik dan tak jemu mata memandang.

Dan aku lebih lebih lebih lagi sukaaaaaaaaa sekiranya aku menang sebab aku tak pernah ada itu photobook, sebab zaman aku dulu mana lah ada benda tuh semua, bergambar pun dalam bilik pengantin yang aku rasa cam cantik sangat dah.Guna kamera zaman dulu yang aku beli firts time dapat elaun maktab jer.................Kesian aku kan.(Drama lebey) hikhik .
It's more than meets the eyes!Jom ke KedaiGambarKami (http://www.blogger.com/www.kedaigambarkami.com) sekarang!" Sileke.....sileke deh, jangan malu jangan segan cuci mata dulu dan lihat sendiri betapa kreatifnya suami isteri yang sangat meminati DUNIA photography ini...............
~DONE

5.Like Fanpage KedaiGambarKami di Facebook(optional tapi dialu-alukan).
~DONE

6.Tinggalkan link entry anda di entry ini!
~DONE

7.Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Jan 2011.
8.Nyatakan sebab anda mesti menang hadiah ini
Sebab aku dengan hati yang ikhlas memerah otak dan minda menghasilkan N3 ini, dan aku memang takde Photobook itu......Kasi can la.....kasik laaaaaaaaaaaa.kakakaka
INI ADALAH SYARAT YANG AKU TAMBAH SENDIRIK hihi.
~DONE

Hadiah-hadiah menarik menanti anda!!! Most creative and interesting entry 1 x Photobook {8 x 6 inches} 40 pages Top refferer of KEDAI GAMBAR KAMI 1 x Photobook {8 x 6 inches} 20 pages

Bunga Lavender, Hidragea,Roses @ Cameron Highland

Assalamualaikum semua....
Sesuatu yang berbunga dan berseri ada di sini. Apakah yang berseri itu????? Sah-sahlah bukan aku ok, bunga-bunga yang ada kat Cameron Highland inilah yang berseri dan telah berjaya membikin hatiku berbunga2, umpama dalam hati ada taman............GITU.Dalam banyak2 bunga yang inilah paling cantik sekali, aku tak ingat nama bunga nih, ala2 nama saintifik gitu. Tapi tak beli pun sebab mahal.Dalam belas ringgit rasanya satu pasu.CANTIK kan?????
Inilah antara bunga yang berjaya mencurik pandangan mata hitamku, Lavender, hidragea dan rose. Bunga Lavender tu dah aku angkut 2 pasu RM10, hidragea tu aku memang nak beli tapi mahal sikit dalam RM8 satu pasu. Kalaulah aku ada duit memang dah rembat juga, tapi kuat semangat lagi.Dah sampai Bentong teringat-ingat.............huhuhu

Masa ni kat Rose Valley, punyalah cantik..........Banyak bunga macam-macam jenis dan warna. Posing lagi aku kat sini, memang tak jemu mata memandang. Kalaulah rumah aku penuh bunga-bunga macam nih.............


Bunga raya pelbagai warna dan hidragea lagik...........Walaupun bukan aku punya tapi dapat bergambar kat situ pun jadilah. So, bagi siapa2 yang berminat dengan bunga-bunga nih boleh jalan-jalan cuci mata di Cameron Highland yer.........

N3 Cameron Highland berakhir di sini. Sampai bertemu di lain percutian kalau ada rezeki,masa dan kesempatan...........Insya Allah.

P/s~Asyik2 gambar aku jer kan, aku nih sebenarnya jarang sangat nak post gambar sendiri, kali ni apa boleh buat aku tak mahu melepas peluang bergambar dengan bunga-bungaan yang sangat indah.

Tuesday, December 28, 2010

Stawberry and Cactus @ Cameron Highland

Assalamualaikum semua...
Lagik2 n3 CH, hahaha.... Buat kenangan aku jer, bukan apa pun. So harap jangan bohsan dengan cerita makcik nih yer.Baru nak tanya2 jer harga Strawberry tu, dalam pada tanya tu angkut 2 paket.Huhuhu............

Masih lagik kat tempat strawberry, tapi aku lupa apa nama tempat dia. Maklumlah cerita pun dah lama kan. Layan gambar pun oklah yer my friends.............. Agak tempat bajet cantik jer, bergambar.GITU........Hehehe
Ummi, babah dan Ammar kat cactus la pulak, kaktus ni besar pada kepala orang pun ada, macam bentuk, duri dan warna. Tapi aku tak beli pun. Cuci mata ajes.....Barulah save budget, huahua.
Layankan aje gambar anak-anak, asal diorang happy bercuti pun bukan selalu.OK!!!!!!! SENYUM semua... Tapi tulah entah napa ayie tu cam terlebih gula senyumnya je aku tengok.
Babah nak bergambar kat pokok tomato, nampak kan kat belakang tuh buah tomato yang sangat segar. Teringin jer nak petik, makan huhuhuhu.............

To be continue k..............ahaks!!!!!

Monday, December 27, 2010

Percutian di Cameron Highland versi Teh Boh

Assalamualaikum semua.....
Sebenarnya dulu pun aku dah cerita pasal percutian ni kan, tapi tak sempat nak upload gambar sebab lepas tu terus balik kg. Bila dah namanya balik kg so surf internet tu adalah takde la..... Walaupun dah basi cerita lagi, aci tak??????Hikhik.
Bergambar kat Ladang Teh Boh Sg Pallas, tapi tulah masa aku pergi tu hari isnin tak bukalah pulak.So kalau nak jalan jangan pergi hari isnin tau. Frust jer....... Bergambar jelah kat sini.........Cuaca tak panas best, Sejuk jangan cakap la suhu paling rendah 17 darjah wei......SEJUK!!!! Tapi sukalah sejuk kan rasa macam kat luar negeri pulak, kalau ko nak rasa panas baik takyah pergi Cameron... Tak gitu????Bila bernafas kuat sikit ada cam kabus kat mulut...........Hahahahaha. Ala-ala jakun sekejab.HIKS.

Cameron Bharat Valley nih tak turun pun, bergambar kat tepi jalan jer, waktu ni baru sampai belum pun naik Brinchang pun lagik. Dari jauh dah nampak ladang Teh dan ramai pulak orang berhenti kat tepi jalan so aku pun cam nak tahulah kan, berhentilah jugak. Ambik angin dan tengok view yang sangat cantik.Tak rugi.....Bagi siapa yang belum pergi tu bolehlah bila-bila bawa family ke sini.Cari pengalaman kerana bagi aku sendiri pun adalah pengalaman yang baru.

Oklah, cukuplah n3 versi boh yer.....Nanti versi lain la pulak. Hak hak hak.

Sunday, December 26, 2010

Piala Final Suzuki 2010


Assalamualaikum semua......
Pertandingan akhir piala suzuki antara Malaysia dan Indonesia akan berlangsung di Stadium bukit Jalil.Tiket nak pergi stadium dah beli lum nih.... Aku sah-sah lah tak beli sebab dah confirm lah tengok kat depan TV jer. Dengar cerita tiket paling murah pun 50 henggit. Fuh!!! Boleh tahan kan. Tapi takpelah untuk memberi sokongan pada team Malaysia yang tercinta tu.

Tak sabar rasanya nak tengok perlawanan Malaysia vs Indonesia nih, harap2 boleh menanglah Malaysia kat tempat sendiri. Tapi kalau kalah pun terima jelah. Nama pun bersukan kan. Yang penting penyokong Malaysia mesti tunjukkan kita nih adalah rakyat yang beretika walaupun ketika memberikan sokongan kepada pasukan negara sendiri.Tak gitu???

Apapun, moga Malaysia menang k....MENANG JUGAK!!!!!!.Tapi............ Kalau kalah pun biarlah kalah yang bermaruah. Insya Allah. Piala final suzuki 2010 milik siapa???Sama-sama kita tunggu k....

Contest Watie wyn.....JOM!!!!



Assalamualaikum semua.....
Gigih la kononya nak masuk contest bagai nih. Cam menarik dan tertarik la pulak kan, kalau sapa2 nak join contest KLIK SINI yer..........
Inilak adalah logo wyn garaje, boleh g sana tuk shopping k, all item are branded....OK.Klik pada logo teetot tu yer....

Standard la kalau nak join contest adalah syarat2nya kan, so sapa nak join kenalah ikut syarat yang betul barulah dikira sah penyertaannya, Kata penganjur......

Ini Syaratnya k...........
1~ tepek logo wishlist tu hah kat side bar baa baa black sheep hv u any wool..;P
Dah tepek yer watie

2~ follow "salesblog" hamba n boh linknye di blog memasing (nak follow blog ni pun ape salahnye cik kiah oiii)
Dah link pada logo itu k

3~ boh 3 wishlist uols utk bday 2011 beserta tarikh lahirnya (hah..ape senyum2 tu? weols tnye jek bkn nak bg adiah bday pun..hua hua hua)
1.C3
2.Sofa baru munga2 english style, hikhik
3.Notebook pink
*Itupun kalo ada yang nak bagi....Kalo idak mimpi jelah.huhuhu.

4~ citer psl bday present yg plg best/buruk/lawak/jahat/keji lg hina yg penah uols dpt (tp xyah tulis la sape yg bg kan, yelah klu adiah tu keji takkan nak tulis nama dia plak kan..keji uollss)
Paling best dapat rantai tangan emas putih hadiah hubby sempena hari bapa hahaha...Aci tak, paling buruk,lawak,jahat,keji takde kut.

5~ teka dlm wishlist ni, yg mana bakal di kabulkan oleh en ahkau (somiku) utk weols sempena bday ku 070111?
Rasanya kan, Bali kut emm.....lagik jam jurulatih(coach)....lagik ipad.....Lagik Koh Samui( yang nih sah2 main teka hentam keromo sebab tak tahu kat mana tuh) Lagik.....Berapa banyak lagi daaaaaaaaaa...Boleh lagik ke watie?????hua hua

Lagik menarik bila hadiahnya ialah......................
adiahnye barangan dari victoria secret & liz clairborne (insyaallah)

Buat contest nih sebelum 7 hb jan 2011 yer iaitu pada Birthday owner WATIE

Kaktie dapat tahu contest nih dari blog watie sendiri k....
Sapa2 nak join bole la........Mari....mari......mari.... cewah!!! macam jual ikan kat pasar malam la pulak

Sila tulis.........saya dapat tahu contest ini dari http://Mektie.blogspot.com yer, TQ.

Ok watie......Its all done dear, kalau tak memenuhi syarat komen la yer dik...

Maid kah??????

Assalamualaikum semua.....
Seminggu bercuti di kampung, bila dah sampai Bentong rumah Masya Allah berdebu, berhabuk. So sempat online jab.......hehe. Pastu terus ambik batang penyapu, pastuh batang mop pulak, pastuh memanjat sapu kipas lak, tukar cadar dan basuh, ganti dengan cadar lain dan comporternya sekalik.

Adeeeeehh, Letihnyerrrr....... ari ni wei, dah la baru sampai dari Kelantan. Hajat hati tu nak buat2 tak tahu, tak nampak dan tak perasan jer habuk2 tu seme, tapi................... boleh tahan ke?????Nak duk dan baring2 kan. So kenalah buat seme tuh.......

So akulah maid itu ok, buat kerja tak bergaji tapi kalau ikhlas akan dapat ganjaran yang sangat besar di Akhirat kelak. Jab2 nak ingat ikhlas ke aku duk membebel kat anak yang sibuk main PS 2 tadi ekkk... Haih!!! Kalau tak ikhlas jawapnya pekerjaan yang aku buat tadi adalah sia2 ko....... Janji rumah bersih jelah!!!! Lain kali sila buat kerja dengan ikhlas ok.....huhuhu

Macamana dengan rumah korang yer.... Kalau tinggal rumah berdebu tak????

Saturday, December 25, 2010

On d way....

Assalamualaikum semua..........
Seminggu dah duk kat kg nih, puas makan ubi kayu, kepok lekor,nasi kukus. Haih kenapa asyik bab makan jer nih......wakakakaka.Baru tadi duk buat lempeng ubi kayu, aku tolong cik Sah jer, maklumlah aku mana biasa dengan masakan kelantan nih.

Pasnih nak balik bentong doh la wei..... Saje bersiaran kat rumah sil kat kg nih, fuh seminggu tak online tuh, jadi memang takdelah jalan-jalan kat blog kawan-kawan.Nanti kita borak santai lagik ekk...

Masa korang baca n3 nih mektie and family on d way ke Bentong. Moga perjalanan yang lancar la yer...

Friday, December 24, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah......LAGIK

Assalamualaikum semua.....
Wah!!!!Best cerita nih...katanyalah kan, sebab aku tak pernah tengok lagik.Baca review pun jadilah. Tapi kawan-kawan ramai yang dah pergi kan dan ramai yang kata best. Bagi yang belum pergi nonton tu jom baca sama-sama aku kat sini huhu...Pasnih ajaklah suami pergi nonton dengan anak-anak yer.....hehe.

Pecah panggung dengan jerit tawa memenuhi ruang. Kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) masih mengekalkan genre komedi seram dan penuh kejutan. Walau tidak membariskan bintang ternama atau memaparkan adegan seksi, HKLBR tetap menarik dan menghiburkan.

Mungkin daripada tajuk, penonton boleh mengagak apa yang bakal berlaku kepada jalan penceritaannya, namun filem ini bukanlah klise seperti yang ada pada sesetengah filem tempatan. Menegaskan filem arahannya merupakan anti tahyul, Mamat Khalid berkata ini adalah cara untuk menonjolkan budaya Melayu penuh dengan budaya tahyul yang terlalu kuat.

"Filem ini merupakan sebuah filem abang yang jujur yang disampaikan melalui komedi. Abang cuba menunjukkan bahawa masyarakat kita kuat dengan budaya tahyul. Walaupun sudah maju ke depan, namun tahyul masih menguasai pemikiran.

"Banyak juga kritik sosial dan metafora yang cuba diselitkan dan harapnya penonton akan faham apa yang cuba disampaikan. Sebagai contoh kalau kita penagih, seumur hidup orang akan gelar begitu.

"Abang baiki apa kekurangan dalam Zombi Kampung Pisang berdasarkan kritikan yang diterima menerusi filem ini. Cuma topik penceritaan dan karektornya berlainan, namun masih berlaku di Kampung Pisang. Walau watak baru diperkenalkan, namun ia cukup kuat untuk mengaburi watak lama," kata sutradara terkenal ini.

Filem terbitan Tayangan Unggul ini menelan belanja RM1.5 juta dan lokasi penggambarannya dijalankan di sekitar Kuala Kangsar. ManggaOnline (MO) cukup terhibur dengan jenaka dan sindiran yang cukup tajam apabila menyentuh isu sosial yang berlaku. Bukan niat menimbulkan kontroversi, Pengarah Terbaik FFM21 hanya sekadar menyuarakan isi hati melalui karya.

"Harapnya penonton dapat menangkap dialog yang diselitkan yang menyentuh isu masyarakat. Terimalah dengan hati terbuka dan jangan rasa marah sehingga mengganggu konsentrasi. Matlamat utama filem ini hanyalah untuk berhibur. Secara jujur abang sendiri lebih sukakan HKLBR kerana durinya lebih tajam.

"Abang yakin jika tak tonton Zombi Kampung Pisang pun masih boleh faham dan mengikuti HKLBR kerana ia berdiri sendiri dengan penceritaannya. Jika terhibur baguslah, namun jika faham apa yang cuba disampaikan, itu merupakan satu bonus," katanya menjelaskan watak Kak Limah memang direka khas buat Delimawati.



Filem ini harus ditonton kerana lawak jenakanya segar dan mampu membuatkan penonton menjerit ketakutan melihat Hantu Kak Limah. Dan sebahagian dialognya masih melekat dalam kepala. Jika dulu mungkin 'otak otak' menjadi sebutan. Dan kini dalam HKLBR dialog 'cecite cecite' ketika orang kampung sakan berbual, mungkin bakal menjadi ikutan.

HKLBR mengisahkan Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Filem ini dibintangi oleh Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan dan Delimawati. Filem best ini akan mula ditayangkan pada 9 Disember 2010.

PSSSSSTT.....Hangat betul kan cerita nih, aku asyik baca kat blog dan FB kawan2 jer.Bilalah aku dapat peluang nak pergi tengok ...... Babah....Owh.....Babah, Ala kita tunggu vcd jelah tie.......NI yang aku malas nih.....huhu

*BERITA DIPETIK DARI MANGGA ONLINE

Thursday, December 23, 2010

Azean Irdawaty Disuruh tulis wasiat

Assalamualaikum semua......

Aku terbaca kat internet cerita nih, rasa cam kagum juga dengan Azean yang kuat semangat menempuh penyakitnya kan, Kancer tu......Ya Allah berilah kekuatan padanya. Just nak share dengan semua...

Kenapa tiba-tiba seniwati tersohor negara ini disuruh menulis surat wasiat? Ajal maut di tangan tuhan. Memang semua sedia maklum Azean Irdawaty sedang menanggung barah yang kini telahpun masuk ke tahap empat, namun ManggaOnline (MO) lihat wanita yang lebih mesra disapa Kak Yan ini semakin sihat dan sudah boleh berjalan tanpa bantuan sesiapa.


Sebenarnya kejadian ini berlaku semasa Kak Yan mendapatkan rawatan untuk penyakitnya dan doktor membuat perkiraan dia mungkin akan meninggal dunia sekitar Oktober lepas. Namun kuasa di tangan Allah yang menentukan segalanya dan syukur kini kesihatannya semakin pulih.

"Doktor sahkan barah Kak Yan kini tahap empat. Kalau ikut cakap doktor Kak Yan akan meninggal Oktober lepas melihatkan kepada keputusan scanyang dibuat. Waktu itu bulan Oktober 2008 dan dia ramal Kak Yan ada masa lagi dua tahun untuk hidup.

"Doktor tersebut nasihatkan Kak Yan untuk membuat surat wasiat. Menurutnya ramai yang tidak sempat berbuat demikian, Kak Yan dikira bernasib baik kerana boleh membuat persediaan awal menghadapi saat kematian.

"Namun setiap hari Kak Yan memohon kepada Allah agar dipanjang umur dan tidak mengambil nyawa selagi belum memeluk Benjy yang kini dalam tahanan," luah wanita tabah ini.

Tempoh rawatan yang panjang dengan kos perubatan yang mahal menyukarkannya meneruskan rawatan. 26 sesi kimoterapi dan 24 sesi radioterapi masih belum mampu memulihkan barah payudara yang dihidapi, malah tambah Kak Yan, dia tidak sanggup meneruskan rawatan kimoterapi yang disifatkan sangat menyakitkan.

"Kak Yan rasa sihat sekarang ini selepas beralih kepada rawatan alternatif. Kak Yan tak mampu untuk berjumpa doktor lagi sebab dulu Kak Yan berhabis lebih RM200 ribu untuk rawatan di hospital dan barah Kak Yan masih naik ke stage empat.

"Sekarang Kak Yan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan Tuan Haji Lokman. Menurutnya setiap ayat dalam Al-Quran adalah ubat dan setiap kali Kak Yan pergi, dia akan bagi surah untuk diamalkan. Tuan Haji nasihatkan Kak Yan berhati-hatu buat rawatan kimoterapi kerana ia membahayakan kesihatan.

"Selain itu, Kak Yan juga amalkan Co Enzim Q10 sejak Januari lalu dan dalam masa tiga bulan Kak Yan mampu berjalan. Orang kena barah ni kalau kena panas cepat lesu dan kalau dulu untuk angkat pinggan pun tak boleh, tapi sekarang Kak Yan dah boleh menyapu sampah," katanya yang membelanjakan sekitar RM1000 sehingga RM2000 sebulan untuk rawatan alternatif.



MO tabik dengan Kak Yan yang begitu tabah menghadapi dugaan yang datang tak putus-putus dalam hidupnya. Malah primadona ini dilihat begitu tenang apabila persoalan mengenai Benjy terpacul dari kalangan teman media.

"Benjy sangat cekal. Kak Yan dapat berjumpa dia dua bulan sekali dan kadang kala dia akan menelefon saya dan meluahkan rindunya kepada saya, adik-adik dan anaknya. Kalau jumpa pun kami tak dapat bersentuhan, selalunya kami akan meletakkan tangan ke cermin seolah-olah sedang memegang tangan.

"Kak Yan berharap dia dapat keluar cepat dan kami dapat berjumpa sebelum Kak Yan pergi mengadap Ilahi. Hanya tuhan yang tahu apa yang Kak Yan harungi," katanya yang akan muncul dalam Teater Muzikal Tun Mahathir musim kedua.

*Semoga azean terus bersemangat menghadapi kehidupannya. Sekurang-kurangnya dia sentiasa bersedia menghadapi kematian kan, namun bila saatnya kematian itu adalah di tangan Allah. Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa..............

Berita dipetik dari MANGGA ONLINE

~Auto publish~

@ kg lagik......hehe

Wednesday, December 22, 2010

Daging Salai Cendawan

Assalamualaikum semua.....
N3 adalah auto publish sebab owner sedang bercuti di kg halaman.
Apapun jom share resepi yang sangat sedap nih, orang Pahang kalau dengan masak lemak ni memang suka sangatlah. Akulah....orang pahang lain aku tak tahu....

Bahan-bahan:

600 gm daging salai
2 cawan cendawan kukur
15 tangkai cili padi - ditumbuk
2 cm kunyit hidup - ditumbuk
1 biji kelapa - ambil santan pekat dan cair
5 ulas bawang merah - ditumbuk
1 helai daun kunyit - ditumbuk
Garam secukup rasa
1 batang serai

Bahan Giling:

2 sudu besar ketumbar - disangai dan tumbuk halus
1 sudu kecil jintan manis - disangai dan tumbuk halus

Cara Menyediakan:

1. Didihkan santan cair bersama daging salai, bawang, daun kunyit, serai, kunyit hidup, bahan giling dan cili.

2. Masukkan santan pekat, diikuti cendawan serta garam. Biarkan mendidih lagi sambil dikacau sebelum diangkat.

Resepi yang sedap nih aku cilok kat SINI yer.... Biasa kalau kakak aku masak daging salai dengan maman. Cubalah pulak dengan cendawan. Nampak cam sedap gek nih....

SELAMAT MENCUBA YER.....( terutamanya Mektie tu)

Musim-musim hujan nih ada tak sapa terjumpa cendawan kat belakang rumah.Kat kampung la...Kalau kat rumah teres kita tu ada ke????? Kalau cendawan sisir nih selalu ada kat batang pokok kan, dulu2 aku pun pernah kutip dengan kakak aku.Best jer ingat masa tuh.

Tuesday, December 21, 2010

Fahamilah cara atau amalan bernazar

Nazar mempunyai dua macam iaitu;

l Nazar mutlak

Mewajibkan diri dengan sesuatu ketaatan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas apa yang diperolehi dan yang telah berlaku, sama ada berbentuk nikmat atau terhindar dari bala. Contoh bernazar setelah Allah melepaskannya dari kesengsaraan dan kesedihan atau Allah mengurniakannya dengan rezeki.

Nazar ini lafazkan setelah memperoleh nikmat atau terhindar dari sesuatu bala'. Nazar begini hukumnya adalah diharuskan. Manakala menurut Maliki disunatkan.

l Nazar mu'allaq

Iaitu bernazar untuk mentaati Allah swt sekiranya dia dikurniakan sesuatu yang dihajatinya atau dengan ketaatan atas sesuatu yang akan datang (belum berlaku). Juga bermaksud jika impiannya terlaksana. Nazar yang bersyarat begini hukumnya adalah makruh menurut kebanyakan ulama Syafi'i, Hanbali dan Maliki.

Ini kerana perbuatan taat yang mahu dilakukan bergantung kepada tercapai atau tidaknya apa yang dimahukan. Ternyata di sini bahawa amalannya itu bukanlah untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi dengan niat sebagai barang ganti.

Seolah-olah, Jika Allah laksanakan kemahuan aku, aku akan mendekatkan diri kepada-Nya, jika tidak, maka aku tidak lakukan. Ia disebut sebagai orang yang bakhil dan berkira-kira dengan Allah SWT.

Sebenarnya bagi saya kebanyakan apa yang kita nazarkan dalam mencapai sesuatu hajat perlu berhati-hati supaya tidak mengundang kemurkaan Allah SWT. Ini kerana ada di antara kita yang suka bernazar kemudian memungkiri nazarnya selepas mendapat apa yang dia mahu. Dengan demikian kita telah menanggung hutang dengan Allah SWT.

Peliknya manusia ini masa minta dan mohon kepada Allah SWT memang bersungguh-sungguh, tapi apabila sudah dapat, mereka buat-buat terlupa. Saya sedari hal ini apabila ada yang bertanya bahawa dia pernah bernazar pada tahun 1990. Nazarnya telah diperkenankan oleh Allah SWT pada tahun 1991 tapi sampai sekarang belum menunaikan nazarnya.

Sebab itulah saya fikir bahawa walaupun bernazar ini suatu yang harus dalam Islam tetapi ia seolah-olah mensyaratkan perlakuan kebajikan itu dengan sesuatu pemberian daripada Allah SWT. Sedang Allah SWT sangat luas pemberiannya yang kalau manusia hitung pasti tidak dapat membalasnya.

Oleh itu seperkara kena ingat di sini, jika nazar yang diucapkan disertakan dengan iktikad bahawa nazar yang dibuat ini memestikan hasratnya tercapai, atau beriktikad bahawa Allah SWT memperkenankan hasratnya disebabkan oleh nazarnya itu, maka iktikad seperti ini adalah satu niat yang buruk, keji dan rosak. Ia hampir kepada kufur. Ia termasuk di dalam dosa besar.

Nak maklumat lanjut klik sini

Kita ni kadang-kadang selalu jer bernazar kan, lebih baik baiklah jika kita faham apa nazar tuh dan kesannya...... Sajer nak share untuk diri sendiri dan kawan-kawan...

Aktiviti berfaedah di Musim cuti

Motivasi remaja dengan Al-Quran


Para peserta yang terdiri daripada golongan remaja ini berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dalam pembacaan al-Quran.


APABILA tiba musim cuti sekolah, banyak kem cuti sekolah yang ditawarkan. Apatah lagi ia dipromosikan dengan pelbagai pendekatan dan nama.

Ada yang memfokus kem ibadah, kem motivasi, kem tarbiah dan tidak kurang juga kem-kem tahsin. Kesemuanya boleh dikatakan bermatlamat mengisi ruang waktu cuti persekolahan dengan aktiviti bermanfaat.

Lumrahnya, rata-rata ibu bapa yang beragama Islam suka menjurus dengan mendaftarkan anak-anak mereka ke kem-kem yang berunsur keagamaan.

Pun begitu, sejauh manakah keberkesanan kem-kem tersebut kepada individu selepas menghadiri kem-kem berkenaan?

Segelintir kanak-kanak ini berjaya berubah daripada baik kepada lebih baik. Malahan ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke kem-kem cuti sekolah, memberikan reaksi positif. Tidak kurang juga yang tiada perubahan dan sedikit sangat yang menjadi semakin teruk.

Ramai pesertanya yang pernah mengikuti program ini mengakui asalnya mereka mengikuti program Motivasi al-Quran ala Madrasah anjuran Tahsin Al-Quran Training Centre (TQTC) ia diiringi dengan perasaan yang berat kerana tempoh programnya yang panjang serta tidak kurang juga yang pergi sekadar mengikut arahan ibu bapa masing-masing.

Namun, selepas 14 hari berjauhan dengan keluarga serta tinggal di kawasan terpencil, perasaan 'terpaksa' telah bertukar menjadi seronok, bersyukur dan ia dianggap pembuka peluang menimba suatu pengalaman yang lain daripada lain. Malah tidak kurang juga, ada di antara mereka telah dan sanggup menyertainya untuk beberapa kali.

Di samping itu juga, pengasas program ini yang juga selaku Pengarah Urusan TQTC, Mohd. Nasir Rustam al-hafiz berkata, perkhemahan itu sebenarnya memberi peluang para peserta yang terdiri daripada golongan remaja untuk meningkatkan kemahiran dalam pembacaan al-Quran dan mempelajari perkara-perkara lain berkaitan pembinaan sahsiah peribadi Muslim.

"Kita perlu menjadikan al-Quran sebagai cara hidup. Isikan hati-hati mereka dengan ayat-ayat suci al-Quran sebelum melangkah lebih jauh lagi. Sebab itulah, modul latihan yang dianjurkan menekankan matlamat untuk melahirkan anak yang menjadikan al-Quran sebagai budaya hidup, di samping menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian mereka.

"Anak-anak yang dididik dengan nilai-nilai agama lebih mudah menerima pendidikan akademik kerana hati mereka yang sudah dibersihkan," kata Mohd. Nasir yang memiliki cita-cita yang sama bersama isteri tercinta, Asni Mansor Al-Hafizah iaitu mengelakkan remaja terlibat dengan gejala tidak sihat pada peringkat awal pengwujudan program ini, kira-kira 10 tahun yang lalu.

*Ok sangatlah kalau cuti2 nih dapat hantar anak2 ke kem macam nih kan. Nak maklumat yang tepat klik SINI

Monday, December 20, 2010

Morning day 2 @ Cameron Highland....


Assalamualaikum semua...........
Aduhai!!!!!Morning at Cameron Highland adalah sangat SEJUKSS ok. Berwudhu' dengan air batu kaedahnya.

Hari ni nak pergi mana lak babah.... Masing-masing bukannya tahu sangat pasal tempat2 menarik kat sini, main hentam jer, yang pasti hasrat nak tengok sesuatu yang berbunga dan berseri seperti yang aku war2kan kat FB dah tercapai. Alhamdulillah.

Siap beli 2 pasu pokok Lavender lagik, dengan amaran dari En Babah...Lepas nih rajin jaga dan siram yer......hak hak hak.Ala....Babah kan ada. Sebenarnya aku teringin juga nak beli pokok bunga hidragea , tapi entah semalam tak beli la pulak, dah teringat2 ko............. huhu.

Hari ni teringin nak merasa menyentuh daun teh pulak kut. Semalam dah tengok dari jauh jer tak sempat nak singgah. Lepas breakfast nanti kut. Pastu terus BERDESUP ke Gua Musang-Kota Bharu.

Balik kg Hoyeh......Hoyehhhhh

Terbayang-bayang nasi kukus dan nasi Kerabu kegemaranku...........

*Gambar kredit kepada Laman web rasmi Majlis Daerah Cameron Highland di SINI

Gambar dari Mektie and co Insya Allah menyusul kemudian k.....

@Cameron Highland


Assalamualaikum semua......
Aku sekarang adalah dalam rangka lawatan Le Tour De Bentong-Cameron Highland-Kota Bharu ke kg Suami,Alhamdulillah....Final exam pun dah habis.Barulah berpeluang bercuti-cuti Malaysia dan balik kampung dengan hati yang senang.

Kali nih sajelah balik ikut jalan Cameron Highland sebab nak bercuti di sini. Dah puas jalan kat strawbery parm dan cactus, kaki pun dan lengoh2 nih, kaki aku ni pulak kalau sejuk2 dan penat memanglah kejang memanjang tsk....tsk.

Duk kat Cameron semalaman pastu tengahari esok baliklah ikut jalan Gua Musang.Tak tahulah berapa hari balik kampung nih, mungkin seminggu kut.

Apa yang penting esok dah gaji..........lalalalalallalaaaaaa.Alhamdulillah.Pasal n3 Cameron tuh, nantilah aku up date yer, cable tertinggal la pulak huhuhuhu.Gambar ni aku peram la dulu. Insya Allah nanti2 kita bertemu pada n3 akn datang. Bye.......bye.....

*Gambar adalah dari GOOGLE image.

Puding Topi


Bahan A:

10 gm serbuk agar-agar
700 ml santan
100 gm krim putar
130 gm gula
200 gm cendul
1 sudu kecil pes pandan

Cara Menyediakan:

1. Dengan api yang sederhana, masak kesemua bahan hingga pekat.

2. Kemudian tuang ke dalam dua bekas yang berbeza saiz, satu kecil dan satu besar.

3. Apabila hampir beku, tuangkan pula bahan B di atasnya.

Bahan B:

10 gm serbuk agar-agar
600 ml santan
50 gm krim putar
120 gm gula
50 gm emping jagung
Sedikit pewarna kuning telur
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Masak kesemua bahan hingga hampir pekat dengan api yang sederhana.

2. Kemudian tuangkan di atas bahan A yang hampir beku.

3. Biarkan sehingga kedua-dua lapisan keras. Keluarkan daripada acuan. Hias mengikut suka.

Resepi Credit pada SAJI ONLINE

Saturday, December 18, 2010

Kegilaan cinta tak berbalas.......

‘Aku cucuk Ain’

JOHOR BAHRU: “Aku dah cucuk Ain itu yang dikatakan suspek ketika menghubungi saya beberapa minit selepas kejadian. Saya pada mulanya tidak percaya, tetapi syak berlaku perkara buruk apabila melihat adik bongsu Ain meraung di tepi jalan meminta bantuan.

“Sejurus masuk ke rumah Ain, saya terhidu bau asid yang kuat selain kesan darah sebelum melihat mangsa terbaring tidak sedarkan diri di bilik air,” kata Abdul Rahman Sabtu, 44, di sini, semalam.


Abdul Rahman ditemui di rumah Nurain Ashikin Jemedi, 17, yang parah selepas ditikam 19 kali dan disembah asid oleh penyerangnya dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Redan, di sini, pagi semalam.

Menceritakan semula kejadian, Abdul Rahman berkata dia yang baru bangun daripada tidur dikejutkan dengan panggilan suspek berusia 42 tahun itu mengatakan sudah menikam Ain.


Risau dengan mangsa yang dianggap seperti adik sendiri, dia bersama jiran lain bergegas ke rumah Nurain berhampiran.


Abdul Rahman bagaimanapun terkejut dengan keadaan mangsa yang berlumuran darah manakala kulit muka dan bahagian badan lain mula luruh akibat disimbah asid.

“Dalam keadaan cemas saya melihat mata mangsa terbeliak manakala gigi bertukar menjadi hitam dipercayai akibat terkena asid.


“Kami cuba membantu, tetapi risau akan memburukkan keadaan lalu menghubungi ambulans yang tiba setengah jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, kakak mangsa Suraidah, 27, yang ditemui di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) berkata, dia dimaklumkan berkaitan kejadian oleh adik bongsunya, Nurreha, 13, lalu bergegas ke rumah adiknya.


Menurut Suraidah, ketika kejadian, ibunya Tuminah Samsuri, 54, keluar menoreh getah di kebun di belakang rumah dan kejadian disaksikan Nurreha serta seorang anak saudara mereka.


“Kami sekeluarga mengenali suspek dan tahu dia ada menaruh perasaan kepada, Ain tetapi kerana jarak umur, hasratnya itu tidak dilayan adik.


“Walaupun ditolak, dia masih menyimpan perasaan itu dan sering berkunjung ke rumah kami kerana sebelum ini rapat dengan arwah ayah yang mengambilnya sebagai anak angkat,” katanya.

Untuk maklumat lanjut klik my metro di sini

Lagi kisah simbah asid.... Kali nih dengan 19 tikaman yang dilakukan oleh lelaki yang berusia 42 tahun terhadap adik angkat yang diminatinya itu yang baru berusia 17 tahun.KEGILAAN ni!!!!!!! dah lah layak dipanggil ayah lagi memusnahkan hidup seseorang yang tidak bersalah.Dimanakah pertimbangan sebagai lelaki matang........Tindakan yang tiada perasaan langsung.

Moga kelaurga Ain tabah menghadapi saat yang sukar ini..........

Thursday, December 16, 2010

Jiran MATI mengejut.....Sakit jantung?????

Assalamualaikum semua......
Petang rabu baru nih jiran kat rumah aku diserang mati mengejut, terkejut giler aku, aku masa tu duk tengah buat minum petang untuk suami kat rumah, buat air teh O jer pun nak heboh dalam blog ke, kuih takde la weh sebab cik abang aku tak suka makan kuih hahahha, jab2 dia tak suka ke aku yang malas.Dan-dan tu kata tak suka bagai.........Eh, apa yang aku melalut nih?????

Ok2 sambung cerita tadik..... Pastu dah siap buat air aku pun panggil dia ajak minum, tengok dah takde orang, biar jelah.Aku pun minum sorang2.Tak lama tuh anak aku ayie balik bagitahu....

Ummi.....ummi...Uncle ayah Sam tu kan PENGSAN!!!!! Babah pergi hantar ke hospital.Terkejut aku. Bila babah balik dia kata rasanya dah matilah..... Dr kata mungkin masalah jantung dia tak cukup oksigen.

Terkejut lagi aku, babah kata uncle tu tengah duk menjahit baju atas sofa pastuh tiba-tiba sesak nafas, masa babah sampai kat rumah dia dah tercungap-cungap, pastu macam terputus nafas dia, masa babah dan jiran yang lain angkat tu tiba-tiba rasa berat, babah kata agaknya masa tu dia dah tak bernyawa kut...............

Kadang orang takde penyakit pun tiba-tiba mati mengejut kena serangan jantung kan.Banyak kes macam tu sekarang nih.........

Hurm tulah kan, risau rasanya kalau dengar cerita macam tu. Mengejut jer....Tapi kalau dah tiba masa ajal menjemput tiba memang tak dapat elak walau sesaat pun.Memang dah tersurat kan.....

Babah pulak teringat-ingat dia baru lepas berborak dengan uncle sam tu petang semalam. Kat perumahan aku ni memang macam tu, cina ke melayu ke memang dah biasa saling tegur menegur, cuma aku jer la.... Bukan sombong tapi aku ni jenis memerap kat dalam rumah jer.... Sampai jiran sebelah kata, lama tak nampak kaktie, Gituuuuuuuuuu........huhu.

Wednesday, December 15, 2010

KANCER SERVIK?????????????????!!!

Assalamualaikum...........

Hubby : Tie dah pernah buat ke pap smear tu???
Aku : Belum dan tak pernah buat pun.
Hubby : Bila nak pergi buat ni????
Aku : Nantilah....

Sebenarnya aku takut, tapi bila baca info nih, rasa macam nak pergi malam ni jugak......HUHUHU. Aku share maklumat ni dengan semua kawan-kawan yer.......... Nak maklumat lanjut, klik SINI

Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
  • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
P/s~Pada yang belum buat pap smear tu jom la sesama aku.....Baca dalam info tuh macam senang jer.( ayat nak menyedapkan hati sendiri)