Wednesday, June 26, 2013

Qisya sangat pandai okeh!!

Assalam......
Pandailah sangat kan.... Sedar tak sedar dah 7 bulan Qisya nih.Alhamdulillah syukur..... Setakat ni perkembangannya aktif dan manja...
1.Sudah pandai fokus bila tengok tv.
2.Suka main kereta mainan dan remote tv. Soft toy macam bear atau anak patung sori okeh!!!!
3.Kalau tengah memegang sesuatu kita angkat dukung atau cium menjerit marah dan letak kat situ balik baru dia diam.
4.Sangat tak suka masuk buai menjerit-jerit macam ko kena cubit kaedahnya yer dik.....kecuali kalau dah tido letak dalam buai baru ok.
5.Setiap kali tidur malam kena berperang dulu peluk dia sambil dia menjerit-jerit dan bg nenen pastu barulah tidur.
6.Tidak boleh dipeluk2 atau ditepuk bagi lena, tidur adalah suka hati sendiri kalau tepuk juga tangan ummi ditepisnya. Hamboi3!!!!! biasa dia tuh....
7.Pantang nampak makanan kat tangan orang dirampas masuk mulut sendiri.
8.Tak boleh tinggal langsung menangis bagai nak rak. Sampai ummi nak masak pun susah.
9.Sudah mula menarik untuk berdiri dan merangkak walaupun lebih suka meniarap. Bersih rumah ummi kena mop dengan baju Qisya.
10.Setiap kali nampak sapa jer lalu menangis mintak dukung.
11.Nanti aku cerita lain kali. Aci tak?????? hihi.
Apapun Qisya dan Ammar memang sangat berbeza kerana abang Ammar sangat sentimental value dengan pelukan dan baik sangat. Qisya besar nih pun dah pandai emo okeh!!!!!Ikut perangai sapolah tu ekkkkkk

Monday, June 17, 2013

Mektie.blogspot.com

Assalam......
Entah kenapa walaaaaaaaaaauuuuupun dilanda pelbagai penyakit malas, lesu, lemau kaedahnya dan yang sewaktu dengannya tapi aku teeeetap update blog nih. Walaupun hanya sebulan 3 kali atau kadang-kadang kurang lagi daripada tu teeeeeeeetaplaaaah juga update. Gituuuu!!!!! Kenapa ehhhh...... Satu jawapan yang pasti aku sayangkan blog ini. Seribu macam rasa, gelora, lara dan bahagia tersimpan di sini. Mungkin juga satu hari, satu ketika masanya dah tiba mungkin aku tak punya daya lagi. Tapi aku tetap sayaaaaaaaaang kepada mektie blog!!
#Moodntahapaapajerkomektiekan!!!

Wednesday, June 12, 2013

Konvokesyen oum 10.6.2013

Kenangan sekali seumur hidup. Alhamdulillah ...... berkecamuk jiwa rasa nak menangis terharu pun ada. Belajar lamanya 4 tahun tapi mengambil ijazahnya adalah beberapa saat sedar2 dah turun tangga pentas. Berdebar dan teruja sampai lepas tu duk ingat balik aku ucap terima kasih ke tidak pada profesor Tan sri Azman Hasyim. huhu
Ummi dan Qisya yg sakit mata. Duk asyik ingat kat dia jer masa duk kat dewan
Di sisi Keluarga yang semua dibawa sekali dan2 tu pulak rasa dah besar2 anak ummi ataukah ummi yg sudaaaaa tua!
Bersama anak saudara yang berkonvo sekali dengan kakak yang sulung dan keluarga
Terima kasih abang sayang atas sokongan dan bantuan selama ini.

Thursday, June 6, 2013

i-city Shah Alam



Assalam semua....
Cerita lama aci tak???? xixixi...Alkisah ummi yg duk berkicau kat telinga babah mengecek x habis ajak jalan kan. Terus babah ajak g sinun. Tujuan untuk bwk anak mandi kolam dan tengok snow ler kaedahnya kan . Pepun enjoy walaupun rabak poket. Masuk mandi jer seratus lebih kut pastu masuk snow walk pun lebih kurang camtu gak.
Bagi aku oklah rasa sejuk sempat kabus kat mulut gitu. Ko ado??? Kadang-kadang rasa cam duk dalam peti ais pun adooo haha
Qisya dress lah sgt masa abang2 duk mandi kolam.Over ummi okeh!!!! haha
Qisya yg masih kecik duk senyap jer pejam mata. Cepat2 ummi keluar takut pengsan ke hape kan rupanya tidur. huhu
Ini kat ruang legar kalau rasa dah beku duk situ ok!
Ayie sebagai cameraman so xde gambar dia
Sekuntum bunga dikelilingi kumbang hihi