Wednesday, May 25, 2011

TV baru........satu!!!!!!!

Assalamualaikum....
Amboi2......dah macam order teh tarik jer, lama dah duk usha TV baru sebab tv kat rumah ni dah rosak.

Kadang-kadang elok jer pastu jadi berjalur dan lagi parahnya jadi putih jer yang sohehnya lepas tuh terpadam dengan sendiri. Tak ke sakit hati terutama bila nak tengok cerita best kan......huhu.

Selalunya bila jadi macam tu aku mintak tolong Ammar tutup dan buka balik TV tu, oklah sekejab lepas tuh jadi balik. So bila dah boring asyik kena tutup buka TV Ammar pun pandai pulak cakap BIAR lah ummi, beli baru jer.....Haih!!!!Kalau seringgit dua ummi beli dah dik.....
Bestnya kalau dapat TV macam ni......

Lagi best kalau dapat pakej sekali dengan mesin basuh yang besar macam nih, sekali round je dah beres kerja membasuh kain yang bertimbun nih.........huhu.

Tuesday, May 24, 2011

Klinik 1 Malaysia

Assalamualaikum...
Baru berkesempatan membawa ayie ke klinik walaupun dah 2 ,3 hari duk batuk dan selesema. Saje ajak babah pergi ke klinik 1 Malaysia nih, kena bayar RM1 sajessssss wei.....Pergilah bawa anak2 kalau tak sihat. Kalau bawa GL percuma ko.Oklah sebab cepat jer dapat jumpa dr almaklumlah takde orang, masa aku pergi tu adalah dalam 3 orang, register pastuh boleh masuk gitu..... Kalau setakat batuk dan selesema tuh boleh sangatlah.

Kat Bentong nih, klinik 1 Malaysia nih kat simpang Taman Anggerik yer. Lepas nih kalau anak batuk dan selesema pergi situ jer, bila lagi nak gunakan kemudahan sebagai rakyat Malaysia kan. Masa dari 10 pagi hingga 10 malam.Ok.......Gambar klinik tuh lupa nak snap , dah gitu gambar tu adalah ihsan Mr GOOGLE....

Monday, May 23, 2011

Remaja kah?????



Assalamualaikum....
Entahlah yer, bila anak kecil kata semua nak kena jaga pantau dan perhatikan selalu. Bimbang jatuhlah maklumlah masih belum tahu apa2 macam si Ammar tuh. Mulut jangan cakaplah omeh tau. Korang tahu ke apa omeh tu????????Kekeke.Letih nak layan kadang-kadang tu keluar lak perkataan DIAM LA ADIK huhu. Dengan tulus ikhlasnya Ammar menjawab........Diam ke Ummi?????Adik.......adik.

Bila dengan yang besar ni pulak, jika kita nak pergi kemana-mana memanjang tak nak ikut. Macam tu pulak. Kadang-kadang tu risau la pulak nak tinggal anak kat rumah kan. Maklumlah sekarang ni, macam-macam bisa terjadi.....Dia lebih mementingkan bola daripada keluar dengan Ummi dan babah.Hurm.....

Kadang-kadang tu terfikir pulak adakah aku yang terlalu mengongkong dia atau memang anak teruna aku dah besar panjang makanya agak malu asyik berkepit dengan mak pak.Kalau aku peluk dia masa jalan di khalayak ramai pun macam malu-malu. Hehe.
Aku kena pelajari macamana cara untuk menangani anak yang semakin remaja agaknya.Yang pasti dia masih bercerita tentang apapun yang berlaku pada ummi.Alhamdulillah...

Sunday, May 22, 2011

Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat...


Mangsa lihat pergerakan tanah

HULU LANGAT 21 Mei - Seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, hari ini, melihat dengan jelas pergerakan tanah di atas bukit berdekatan.

Wan Ahmad Hezzamullah Wan Ahmad Hazim, 15, berkata, sebaik sahaja melihat situasi bahaya itu, dia segera menjerit meminta semua orang yang berada di dalam khemah dan sedang berlatih nasyid supaya menyelamatkan diri.

Katanya, dianggarkan seramai 30 orang sedang berada di bawah khemah dan dewan makan bersebelahan serta sibuk membuat persiapan menyambut kehadiran rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

"Sebahagian daripada kami ada yang sibuk menyiapkan pentas dan sebahagian lagi berlatih untuk persembahan nasyid. Pada mulanya (tanah runtuh) kecil sahaja namun menjadi runtuhan besar tidak lama kemudian," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, sejurus kejadian tanah runtuh berlaku hanya empat daripada mereka termasuk dia yang berada di bawah khemah melarikan diri manakala selebihnya terperangkap di bawah runtuhan.

Mangsa kedua yang terselamat, Mohd. Faizal Isni, 17, memberitahu, semasa kejadian dia sedang membantu rakan-rakan menyiapkan pentas dan tiba-tiba terdengar bunyi retakan dan tanah jatuh menimpa khemah.

"Mujurlah saya sempat melarikan diri kalau tidak, tak tahulah apa yang terjadi," katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Jihad Jalal, 14, dari Puchong, Selangor, berkata, dia dapat merasa gegaran sebelum tiba-tiba berlaku runtuhan.

"Saya dapat rasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dan cuba lari. Malangnya badan saya tiba-tiba tertimbus oleh tanah dan batu-bata sehingga paras punggung menyebabkan saya terperangkap," katanya.

Mohd. Jihad yang baru tiga bulan menetap di situ berkata, dia bernasib baik kerana diselamatkan penduduk yang datang membantu.

Sementara itu, seorang lagi penghuni yang hanya dikenali sebagai Mohd. Iman, 14, memberitahu, ketika kejadian dia berada di bangunan asrama dan sedang menuju ke dewan makan tersebut.

"Sebaik sahaja nampak kejadian itu, saya menjerit meminta mereka menyelamatkan diri. Ketika itu, saya nampak beberapa rakan sedang mengesat kerusi di dalam khemah tersebut," katanya.

Berita dipetik daripada UTUSAN online

Al-Fatihah buat keluarga mangsa.

Friday, May 20, 2011

Sambal Hitam.......

Assalamualaikum...
Salam pagi jumaat yer..... Bagi yang tak ada idea nak masak, apa kata mencuba masak sambal hitam nih, memanglah rupanya buruk , dahlah buruk hitam lak tuh.haha. Nama pun sambal hitam kan, kalau putih tidaklah begitu namanya kan....... ok2, melalut sudah!!!!!!!!!!

Resepi ni aku dapat daripada sepupu aku sebenarnya.... Makanan yang jarang2 kita dapat kat kedai2 makan sebab ini adalah masakan orang kampung2 jer.

Bahan:
Ikan Bilis ( ikut suka jelah )} ditumbuk
10 biji Cili padi } ditumbuk
2 Bawang putih } ditumbuk
5 biji Bawang merah } ditumbuk
7 biji Belimbing buluh jeruk.

Cara:
Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak. Bila dah masak masukkan belimbing buluh jeruk tu dan kacau sampai kering.Hancurkan belimbing jeruk tu dengan sudip jer. Senangkan dan rasanya tidak menghampakan. Cubalah.........

Belimbing jeruk tu senang jer, masukkan dalam periuk dan tutup periuk sehingga belimbing dah keluar air dan renehkan hingga sedikit kering airnya tuh. Kalau buat banyak boleh simpan dalam peti.


Thursday, May 19, 2011

Teddy Bear...

Assalamualaikum....
Al-kisah teddy bear ni dah bertukar tangan la pulak, ada ke hadiah ummi dah jadi milik dia pulak. Ammar....Ammar....macam hadiah dia jek.huhuhu.Tak patut betul.....

Tak ada harapan ummi nak berlagak rumaja yer....... Amat tak sesuai okey. Ammar punya.... Ammar punya!!!!!!!Yelah dik........ Pegang bear pun macam feeling jer udahnya.

Wednesday, May 18, 2011

Masak asam ikan sungai...

Assalamualaikum......
Menu yang biasa dengan bahan yang biasa dimasak pulak oleh orang yang biasa ajer..... haha. Berapa kali biasa daaaaaaa......

Sebab apa biasa ( lagik )...... Sebab aku main campak jer bawang putih, merah, kunyit hidup, halia yang semuanya aku hiriskan aje dan akhir sekali asam keping. Renehkan ajer......Kan aku dah kata biasa!!!!!!! ( akhir dah kut) .......hehe.

Ikan sungai ni aku memang tak pandai nak masak sangat, selain masak lemak letak belimbing buluh inilah menu yang biasa.( aik tak habis lagik) kihkih

Ikan tu pun dibawa balik oleh babah.Oleh sebab dia dah macam mengidam memancing jer maka tertunailah sudah aktiviti memancingnya di dalam hutan chamang sana tuh. Sudah 4 tahun sudah tak memancing katanya. Yelah dia berhenti mancing pun bila aku mula mengandungkan Ammar. Sekarang ni Ammar pun dah 4 tahun laaaaaaaaaa...

So, selamat mencuba menu yang BIASA yer, maklumlah akukan cuma guru biasa.......huhu.

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day buat diriku....Aci tak????

Assalamualaikum......
Walaupun dah pesan kat murid tak payahlah beli hadiah kat cikgu tapi ada juga. Alhamdulillah.Hadiah daripada murid, TQ lah pada yang bagi kat cikgu yer.....Sebenarnya ada lagi hadiah tu tapi tak tersnaplah pulak sekali.Yang bestnya dapat teddy bear. Sukaaaaaaa la sangat. Walaupun dah tua2 nih bila anak murid bagi bear rasa macam kembali rumaja. Boleh gitu??????Teringat pulak bear hadiah harijadi dulu2.


Ok2 aku zoom sikit bear nih.........

Alhamdulillah bertambah setahun lagi usia di bidang perguruan. Agak dah matang ke, Entahlah... perubahan demi perubahan telah banyak dilalui. Onak ranjau sebagai pendidik pun tak terkira lagi dah..... Jadi biasa sudah!!!!!!!!Yang penting rasional walaupun kadang-kadang buat tak rasional suka2 jer untuk mengubat hati sendiri demi tanggungjawap. Kalau terlalu serius dengan semua nih boleh jadi sewel lak huhu. Jadi yang penting buat kerja dengan ceria barulah tak ada tekanan gitu.

Kalau nak tengok gelagat guru yang sebenar pada hari guru inilah, mengalahkan budak sekolah la pulak. Hantulah punya cengkelat mentang2lah lawan dengan budak. kihkih. Nak gelak pun ada. Main bola pakai kain pelekat dan kain batik. Chumellllll lah sangat hahahahaaaaa......Bola jaring pulak bukan main banyaknya mata, asyik masuk jer.....sampai berapa belas masuk bola entah, bila budak dapat satu mata dan-dan tu habis masa. hikhik.Apapun Memang BEST laaaaaaa

Thursday, May 12, 2011

OUM...

Assalamualaikum.....
Apalagi...........................Sem baru la pulak!!!!!!!!!!

Wednesday, May 11, 2011

Liga super Kelantan vs N9 di Paroi

Assalamualaikum...
SERI aje?????!!!!!!!! Suami aku menjawab, sabar tie...... sabar. Ewah2 sapa yang orang Kelantan nih....Apakah?Apakah????

Apapun memang bestlah dapat tengok permainan kedua belah pihak.Nampaknya kekal di tempat kedua liga yer Kelantan.Takpe.....Usaha lagi. Hahahahahha.....tetiba je pulak.

Carta liga Super>>>>> KLIK SINI
Yang terkini ada perubahan la lepas perlawanan malam tadi.

*Gambar sumber daripada Kelantanfc.com

Tuesday, May 10, 2011

Air Terjun Chamang, Bentong.

Assalamualaikum....
Hurm.....Bercerita tentang kisah 3 beradik dengan kepala air tu macam luluh pulak rasa hati, yelah kan mayat bayi yang berumur 2 tahun belum lagi dijumpai itu masih dicari-cari oleh ayahnya. Apalah derita hati kehilangan yang ditanggung oleh si bapa kan.Sama-samalah kita doakan yer........
Dan ini pulak cerita perkelahan aku dan keluarga di chamang.Ayie ni sebenarnya sedang mendengar taklimat dari babah sebelum mandi kat air terjun chamang nih, kalau ikut aku nak ajak balik dah sebab.....................
Tengoklah tuuuuuuuuuuu..........
Dan itu,...............
Airnya sangat laju kan, hish aku tengok pun serun. Tapi kesian kat anak-anak dan anak jiran yang aku angkut sama, bagilah main dalam sejam gitu kut. Pastuh dah balik tu dan-dan tu rasa lega.

*Walaupun dah terlambat,Selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu, alangkah sempurna hidup bila masih punya ibu.Raikan ibu-ibu kalian yer......aku?????Cukup sekadar bersyukur dengan ucapan yang sangat menyenangkan hati ummi dari 4 orang hero ni dan Al-Fatihah buat emak............

Friday, May 6, 2011

Pembunuhan Kejam di Bentong...


BENTONG 4 Mei - Seorang kontraktor warga emas bersama isterinya ditemui mati dibunuh kejam, dipercayai dengan menggunakan cangkul dan objek tajam di bilik tidur rumah mereka di Kampung Gemeti di sini awal pagi ini.

Mayat Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, polis menerima panggilan penduduk mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 pagi setelah terdengar bunyi bising dan jeritan kuat dipercayai oleh kedua-dua mangsa.

"Ketika kejadian, keadaan di sekitar kawasan itu gelap. Ada jiran mendakwa mereka terdengar bunyi seseorang melarikan diri dari bahagian belakang rumah mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Narenasegaran, sebaik sahaja tiba di rumah itu, polis menemui mayat pasangan terbabit dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka yang terletak berhampiran jalan utama.

Katanya, mayat Mohammad Yusof ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur itu dengan kesan tikaman di bahagian dada dan perut sementara isterinya ditemui di tepi katil dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di tengkuk.

Kata beliau, polis turut menemui cangkul yang dipercayai diguna untuk membunuh pasangan itu hasil pemeriksaan di sekitar bilik mangsa.

Narenasegaran memberitahu, selain cangkul, polis juga masih mengesan satu lagi objek tajam yang dipercayai diguna dalam pembunuhan tersebut.

"Tiada kesan pecah rumah dan hasil pemeriksaan dijalankan, senapang milik mangsa juga tidak diambil suspek.

"Berdasarkan siasatan, kami percaya kejadian ini melibatkan seorang suspek yang dikenali oleh mangsa namun setakat ini identiti suspek terbabit belum dikenal pasti," ujarnya.

Beliau turut menolak motif pembunuhan pasangan itu melibatkan kes samun atau dendam kerana tiada barangan berharga hilang.

Pihak polis, katanya, akan meneruskan siasatan lebih menyeluruh termasuk mendapatkan keterangan jiran, ahli keluarga dan pekerja mangsa bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung kes ini.

Apakah sikap perikemanusiaan telah mula hilang pada hati segelintir manusia dizaman ini. Ya Allah rahmatilah suami isteri ini, moga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh AMIN. Al Fatihah...

*Sumber dari UTUSAN online

Sunday, May 1, 2011

iPad 2

Assalamualaikum.....
Suka lah pulak baca n3 kawan-kawan yang ada iPad 2 ni yer, comel, nipis dan senang dibawa gitu.Aku pun tergoogle la jugak pasal ipad nih. Cam best jer, bukan cam best lagi dah.MEMANG BEST pun.huhu. Agak-agaknya nak blog pun senang kan. ahakssssssss.........

Sapa yang berwang dan berminat bolehlah tambah gadget untuk diri anda yer..............Aku dalam mimpi jer kut................ngeeeeeeeeeeeeeeee

Selamat hari Pekerja semuaaaaaaaaaaaaaa......

*Agak-agaknya kalau mintak iPad 2 untuk hadiah HARI BURUH ok tak???????Hahahahaaaa tetibajerpulak.............