Tuesday, March 29, 2011

Old Town white coffee di Bentong...

Assalamualaikum.....
Jom pekena secawan kopi dan roti bakar.... Wah....wah....waaaaaaaaaaaaaaaaahhh!!!!!ramainya manusia di kopi putih bandar lama, almaklum baru jer dibuka kat Bentong nih, kemain ramai orang bentong yang berkunjung ke situ.Termasuklah mektie and co.......

Sunday, March 27, 2011

Hanyalah insan biasa...

Selagi bernyawa......
Selagi berupaya......

Bersyukurlah....
Bermuhasabah.....

Apa yang indah....
Bukan tak mungkin beralih gundah....

Apa yang dimiliki...
Bukan tak mungkin pergi...

Saturday, March 26, 2011

Last tutorial sem 5...

Assalamualaikum.....
Esok ada Mesyuarat PIBG kat sekolah, tapi aku tak dapat pergi sekolah sebab de kelas toturial 4 di Lipis. So malam ni kena siap assignment bahasa arab sebab esok nak hantar kat pensyarah. Berjaga malam lagilah malam nih, maklumlah dengan huruf jawi nih lambat sikit menaipnya. Harap siaplah malam nih .AMIN.

Friday, March 25, 2011

Bila hati berbicara...

Assalamualaikum.....
Apa khabar semua??Bagaimana dengan hari ini??Harap semuanya ok yer.

Aku nih rasanya baru jer lagi naik sem 5 pastuh sibuk2 buat asignment, tiba2 lak nak final exam.

Macam biasalah mula sem baru azam nak study awal jer, tapi tak berupaya ler.Tetap gak study last minute.Bila dah camtu rasa cam semua nak sumbat dalam kepala otak tuh.

Tapi bila tengok kawan-kawan grade rasa cam banggalah pulak. Ada tu yang sibuk2 study nak interviewlah, macam-macam gelagat sampai nak duduk pun tak tenteram haha. Tapi dah lepas tuh macam seribu kepuasan terpancar dari muka masing-masing.

Yang aku ni tumpang sekaki gelak jer dengar cerita deme tuh, jab2 ada kawan 2 habis belajar, jab2 pulak konvo pastuh gelabah nak interview la pulak, dan sah2 lah pulak lepas tuh syok giler bila semua dah selesai kan. Yang lagi best bila lulus dan sah naik DGA 41. Best tuh, walaupun umur dah tuwoooooo. Yang penting tetap grade............

Yang ko tu mektie tumpang dengar cerita dan mulut tak habis2 ucapkan tahniah buat kawan2. Walaupun dalam hati....................Bila aku nak habis belajar niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii wei!!!!!!!!!!!!

Monday, March 21, 2011

Pantai Irama, Bachok Kelantan.

Assalamualaikum....
Sempat bercuti di kampung waktu cuti sekolah baru-baru nih, biasalah bila duk jauh dari mak pak haruslah kita bercuti-cutian di kampung, tak gitu?Walau dimana pun kita carilah ruang dan peluang menjenguk orang tua di kg.

Bila en suami mula bersuara bak irama sepoi-sepoi bahasa, bak ombak menderu-deru..................mengajak famili ke pantai, aku pelagi sukalah kan.!!!!tetiba kena angin hape la pulak nih, bermadah pujangga. Biasalah bila nampak pantai jer idea bunga-bunga bahasa zasssssssss!!!!! datang cam Zaaaaassssssss layan!!!! hikhik.
Cantik kan permandangan di Pantai Irama, Bachok KELANTAN ler.Bukan mainlah bersiap bawak baju bagai tapi apa boleh buat dilarang mandi laaaaaaa.....huhu.Larangan dari nov-mac kalau tak silap.
Antara gambar hasil tangan ayie 'pukul gambar', kat kelantan kalau tangkap gambar tu dikatanya pukul gambar.......ececeh.Jangan pelik lak.Tapi oklah pulak gambar nih, tak sangka berseni jugak ayie ni mengambil gambar.
Tengoklah sendiri ombak laut tu kan, haih.....ada berani nak mandi manda di situ. Itu namanya mengundang bahaya .Cuaca tak menentu jer sekarang nih, hujan-hujan ni eloklah kita beringat-ingat..........Tak gitu??????Kalau tak kita jaga famili kita siapa lagi.Nanti siapa yang susah , kita dan keluarga kita jugak yang susah..............................

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami Japan...

Assalamualaikum semua...
Ada tuan rupanya blog mektie nih, ingatkan tuan dia menghilang kemana dah.uhuhuh!!!Bila mood cam kelaut jer gitulah ceritanya.Tambahan kesibukan melanda..........Mana duk ada mood nak mengarang semua tuh..........
Pusaran air laut yang melanda bumi Jepun......

Apapun kejadian di Jepun benar2 mengejut kita semua kan, tulah masa duk tengok berita dengan babah pasal gempa bumi kat laut jepun ringan jer mulut aku cakap, macam nak tsunami jer nih.Bayangkan bila lautan mula melanda bumi sebegitu Rupa....AllahuaAkbar!!!!!!!
Ini pulak gambaran kawasan nuklear sebelum dilanda tsunami.
Dan selepasnya sejak peristiwa itu dengan asap tak henti-henti.Mendengarkan nuklear tu pun dah kecut perut jadinya.Pencemaran yang sangat mengundang bahaya.
Gambar selepas tsunami, kehancuran yang bukan sedikit.Sudah pasti mengambil masa yang lama untuk pulih. Kesannya secara fizikal yang nampak di mata pun dah sangat sarat inikan pula kesan di hati penduduk jepun yang kehilangan dan trauma yang akan dibawa sepanjang kehidupan mereka pastinya.Nau'zubillahi min zalik.....

*Gambar kredit kepada google

Sunday, March 6, 2011

Lori rempuh rumah????????!!!!!!

Assalamualaikum.....

Sempat bersiaran dalam celah2 masa buat assignment hikhik.Bukan apa bila ada reader yang mampir cerita basi jer kan....Ek eleh mampir katanya.....Pengaruh KEJORA DAN BINTANG kah???????hiksssssssss......Ok2 senang cerita memang aku lama tak update blog....huhu.

Haaaa!!!!!!!!!!!!!Apa kes lori langgar rumah?????Rumah sapa la weh, yang pasti bukan rumah aku dan bukan rumah ko la kan, tapi kan cam ngeri jek bila rumah yang kita anggap tempat yang selamat jadi camtu.Nasib baik kat dalam rumah tu takde yang cedera atau maut.Tapi driver lori tu memang tak selamat dah.Tersepit dan maut kat tempat kejadian.

KUALA LUMPUR: “Saya terkejut kerana menyangkakan dilanda gempa bumi selepas seluruh rumah bergoyang manakala batu serta cermin bersepai. Saya yang tidur di ruang tamu ketika itu segera berlari keluar sebaik melihat lori simen terbalik di depan rumah,” kata pembantu rumah, Otiman Mundari, 43, semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana tiada penghuni cedera atau kehilangan nyawa dalam insiden berkenaan tetapi terkejut apabila mendapat tahu pemandu lori terbabit terbunuh.

*Berita kemalangan lori dan bas ni memang selalu jer dengar, tapi macam tu gak kan, kadang2 rasa serun pun ada bila berselisih dengan depa nih,lajuuuuuuuuuuuuuuu....rasa bergegar jer kereta.HAIH.....Ingatlah pandu cermat jiwa selamat. Insya Allah...........

Berita lanjut klik myMetro