Wednesday, June 20, 2012

Laksa penang, nasi paprik dan asam pedas...

Assalamualaikum......
Wah!!!!!Gambar makanan ajer, sudah mula memasak ke???? Memasak tu dah mula sikit-sikit la walaupun letihnya kemain lagi. Udah macam orang kerja kontrak letihnya...Boleh gitu???

Tapi gambar-gambar ni semua dah sah-sah bukan aku yang masak yer.........

Tulah sejak hamil ni aku sangat2 suka makan laksa penang nih, sampai hari-hari kalau boleh nak beli dan hirup kuah hingga titisan yang terakhir kaedahnya. Hinggalah satu hari perut aku sakit memulas.... Mungkin sebab asyik makan pedas tak qadha ke diri.....Ha!!!Rasakan. So lepas tu takdelah beli lagi......
Pastu kan asyiklah pulak makan nasi Paprik.... Asal kedai makan jer paprik, asal paprik jer kedai makan gituuuuuuuuuuuuuuu......huhu. Entah macammana satu hari tu aku terpergi makan kat satu kedai ni yang tak pernah cuba pun dan papriknya sangatlah berminyak sampai aku tengok pun jadi mabuk time2 tu jugak.

So paprik pun aku tak sentuh lagi dah.............. Haih!!! gitu sekali penangannya.......

Dan sekarang aku tengah teringin nak makan asam pedas, tapi yang sebenarnya aku sendiri pun tak pasti boleh masuk tekak ke tidak sebab baunya pun dah buat aku pening sepanjang hari. Teringin tapi pening....... entah apa2 jer kan, tapi betullah teringin.

Apa yang pasti sepanjang masa nih, aku belum mahu makan tomyam dan sup kerana baunya buat aku mabuksssssssssssss sesangat.

Itu jer nak update hari nih, daaaaaaaaaaaaaaaaa

*Gambar kredit kepada GOOGLE...

Saturday, June 9, 2012

Boboboi kah atau gegurl kah..........lalalaallaaa

Assalamualaikum.......
Saje nak berkongsi info dengan semua, ini pun sekadar teka-teka dan suka-suka jer, apapun mungkin ada orang lain yang tak sama pun dengan tanda-tanda di bawah kan.Kalau nak lagi tepat ultra sound la ye tak??????Kalau nampaklah kan.
Tapi pengalaman aku dulu-dulu keempat-empat pun anak aku nampak sah2 lelaki. Walaupun mata aku bukannya reti sangat nak tengok masa scan tuh, yelah yang nampak hitam dan putih jer kan. Sampaikan masa Ammar dulu pun scan dr kata boy jugak, aku lak cam tali pusat dia kut dr........hahahha. Dr pun kata 99% lelaki, Hambik ko!!!!! huhu.
Apapun semua tu ketentuan Allah, jangan lupa!!! Jangan terlalu yakin yang anak kita boboi lah, @ gegurl lah kan. Sampai menidakkan kuasa Allah pulak.Apa yang mampu berdoa jelah.......Kalau dapat lelaki pun aku terima jer dan kalau dapat perempuan pun Alhamdulillah, Rezeki Allah mana yang nak kita tidakkan.
Ibarat kata suami....tak baik tie...lelaki ke perempuan ke kan anak tu anugerah Allah. Insaf kejab. Alhamdulillah suami tidaklah begitu mendesak kan.Kalau nak ikut naluri ibu tu memanjang rasa anak perempuan sebab nak perempuan kan. hehe.

So ...jom kita baca, dan bandingkan dengan pengalaman sendiri.Ok????

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

*Gambar credit to Google.

Wednesday, June 6, 2012

Bella anak Dr Sheikh Muszaphar Belajar swimming



Assalamualaikum.......
Suka jer tengok Dr sheikh Muszaphar ni dengan anak dia dia si Bella ni kan, Haih kalau kamu dan kamulah ...... ada bran ke??????? huhu. Aku pun tak sanggup rasanya mak buat camtu. Mesti dia dah latih pernafasan bagai , ye tak???

Tuesday, June 5, 2012

Masa lalu dan kini


Assalamualaikum.....
Mood nak menulis dah makin kurang jer sekarang. Kalau dulu semua yang berlaku pun blog sesaje. Dulu la kan tapi sejak dua menjak ni tak pulak macam tu. Kadang-kadang tu rindu pulak waktu dulu. Pergi sana sini ambik gambar..... Maklumlah blogger dengan gambar mana boleh dipisahkan. Semua nak dijadikan bahan cerita kat blog. Tapi aku masih aktif baca blog kawan2 walau sebagai silent reader jer.
Itulah namanya pun masa. Harta benda, wang ringgit dan ilmu yang hilang boleh diusahakan untuk mendapatkannya namun masa. Boleh ke? Peluang memiliki masa hanyalah untuk sejenak dan seketika, sekali terlepas peluang maka bukan habuan lagi. Setiap detik yang pergi tidak mungkin berpatah balik. Masa kini menjadi penentu apakah ia akan berlalu pergi menjadi kenangan manis atau penyesalan yang pahit.
* Tambah sekarang duk mengira hari dan waktu bila agaknya nak hilang mabuk alahan ini. Huhu. Apa pun moga segalanya adalah yang terbaik dan dipermudahkan.Amin Ya Allah.............

GAMBAR CREDIT KEPADA GOOGLE