Sunday, August 14, 2011

Shopping di SOGO bersama Siti Norhaliza

Meet & greet session with Dato Siti Nurhaliza

siti2011










DATO' SITI NURHALIZA is coming to KL SOGO on 14th August 2011 ! She'll be here at 12-1pm, so block all your dates especially for her! ;)

The first 50 customers with purchase of RM100 & above of SimplySiti products are entitled to a special autograph session with the songstress.

*Jom shopping!!!!!!!!haha....tetiba la pulak.

Monday, August 8, 2011

Bonus setengah bulan bagi Penjawat Awan


Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam
08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

*Alhamdulillah......Rezeki menyambut raya kan.

*Sumber Utusan Online di SINI

Imam muda Nazrul @ Bentong

Assalamualaikum.....
Nak bercerita yang dah basi benarnya, malam sabtu lepas.....Malam terawih yang kedua bagi aku, berkesempatan pulak mendengar tazkirah dan solat terawih berjemaah dengan imam muda Nazrul di Surau Taman Muhibbah. Alhamdulillah......

Walaupun tak dirancang sebenarnya nak ke sana, tapi tulah cam tergerak je hati dan teringin juga nak tengok anakanda berdua yang berbuka puasa di sana.

Memang syahdu betul bila dengar imam muda nazrul membaca A-Quran ketika solat. Ya Allah, sungguh!!!!!!Moga usaha murni beliau mendekati masyarakat akan memberi manfaat kepada kita semua.Amin.....

Ini adalah imam muda kita ni dengan isterinya, aku pun sempat berkenalan dan bersalaman dengan isterinya tadi bersama bayi perempuan yang sangat comel, mujur juga ustazah fizah sms aku tentang program Ihya' Ramadhan nih, so dapat gak aku manfaatnya kan. Cuma tak sempat nak bertadarus dan khatam Al-Quran. Maklumlah dengan sikecil Ammar ni. faham2 ajelah....

Sunday, August 7, 2011

Final Exam oum.....

Assalamualaikum.....
Hari ni aku peksa pagi dan petang. Haih....mahu bercelaru otak nih. Aku harap dapat jawab sehabis baik walaupun buku tak berapa nak habis baca.

Macamana nak habis,
Bila baca buku jer mengantuk....
Bila mengantuk jer baca buku....huhu.

Ya Allah permudahkanlah.....

Doakan aku ye kawan2......

Friday, August 5, 2011

Cozy style

Assalamualaikum.....
Udah berkesempatan ke nak berterawih di masjid? Kalau dah Alhamdulillah..... Aku pun baru jer dapat nih, bawak si Ammar tu makanya tak buat penuh ler......huhu.

Ok2 saje nak cuci mata dengan gambar macam nih, segarkan minda, manatahu boleh kongsi idea dengan kawan-kawan kan.Tambahan nak raya ni kan, aku pun ada cita-cita nak cat rumah gek nih, hurm...nama pun cita2 entah tercapai ke tidak di bulan puasa nih. Maklum ajelah.....

Yang sohehnya bukan rumah aku yer.........Cam best kalau rumah sendiri macam nih, bersih dan kemas SEPANJANG MASA!!!!!!!!Boleh ke???!!!huh..... Tak ler serabut otak wehhhhhhh....

*Piccas credit to google....

Wednesday, August 3, 2011

Ikan bakar dan udang tempoyak

Assalamualaikum....
Hari kedua dah kan, ummat islam menunaikan fardhu Ramadhan. Alhamdulillah. Aku sekadar nak share menu berbuka puasa ni hah. Ok not ok????? Hurm......
Ikan bakar bermandikan air asam......Selamat!!!!!!!!
Udang masak tempoyak, dulu dah pernah publish resepi nih..... so kali takde resepi. Aci tak????Oklah......... kalau nak resepinya godek2 lah kat label bahagian resepi yer....

Monday, August 1, 2011

Kelebihan Bersahur...

Assalamualaikum...

Hadith :
Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Sumber klik SINI

Selamat Bersahur Semua...

Huraian
Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.