Saturday, April 30, 2011

Putera William dan Kate Middleton

Assalamualaikum...
Sekadar berkongsi cerita dan gambar perkahwinan diraja yang termahal dan gilang gemilang ini, seluruh dunia pun meraikannya.

Menurut sumber Berta Harian online.William menemui Kate lebih lapan tahun lalu ketika belajar di Universiti St Andrews di Scotland. Kate adalah anak perempuan seorang usahawan berjaya.

Selepas berkahwin, pasangan itu akan tinggal di utara Wales, di mana Putera William akan terus berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja.
William, pewaris takhta kedua, adalah juruterbang mencari dan menyelamat RAF

*Berita dipetik dari Berita Harian online.

Friday, April 29, 2011

Yahoo mail...

Assalamualaikum....
Pada yang guna FB, macamana dengan email korang. Mesti banyak kan. Email aku adalah berjumlah 14++ . Nama pun facebook mesti segala mak datuk nenek moyang masuk kat dalam tu, tension je tau!!!!!!!!! Ada hati nak padam satu-satu .Kalau aku lantak situlah. Sebab tuh email pun dah jadi beribu-ribu lemon lor.

Tanya suami dia kata boleh padam sepuluh.....sepuluh.Huh!!!!!!!Masih banyak kali kena klik, so aku godek2 aje kat folder yang ada tuh satu......satu. Terjumpalah yang bertulis action dan scroll ke bawah, ada laaaaaaaaaa....select all email. Cepat jer aku klik pastu delete jer semua email tuh dengan sekali klik aje. WAH!!!!!!!!!!Tiba-tiba rasa best.

Mungkin aku jer pun yang tak tahu nih, huhu. Pada yang tak tahu macam aku boleh ikut cara ni yer.............haha.Tetiba lak rasa bijak........bijak.HURM.

*Cuti sampai isnin ni korang balik kampung ke???Bercuti mungkin......Aku?????Exam last paper la pulak sabtu nih.huhuhuhuhhhhhhhhhhhuuuuu

Wednesday, April 27, 2011

Happy Birthday Ammar sayang...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah ....4 tahun sudaaaaaaa. Makin petah bercakap walaupun depan orang lain pemalu yang amat. Semoga Ammar membesar sihat selalu hendaknya.Kek hari jadi Ammar yang dah tersengit sebelum sempat dipotong.huhuhu...

Saje untuk kali nih ummi ajak kawan2 ammar kakak mia dan kakak sabrina potong kek, takdenye nak masak bagai cuma beli jajan jer. Oklah tuh Ammar ummi kesibukan kalau hari sekolah nih. N3 pun dipublish pada hari nih walaupun hari lahirnya pada 24.4.2011 yang lepas.
Semoga ammar jadi anak yang soleh yer sayang........

Sunday, April 24, 2011

Ahad laaaaaaaaaa...

Assalamualaikum....
Alangkah indahnya bersantai di hari ahad, lebih-lebih lagi ahad yang free gini. Takde aktiviti lain kecuali duk la lepak kat rumah aje.....CUMA hati tak senang la pulak, sabtu ni ada exam yang tertangguh sebab pilihanraya kat MIRI hari tuh. Semangat tah hilang melayang jer......

*Gambar credit kepada google.

Friday, April 22, 2011

LHDN....

Assalamualaikum.......
Korang dah dapat cek rebate LHDN ekk...... Suami aku baru nak hantar wei huhuhu. Itupun mujur gak dia buatkan untuk bininya sekali kan, nak harap aku.....Haih!!!!Very the LEMBAPSSSSSS dalam kira mengira nih. Pada yang masih belum hantar adalah seangkatan dengan aku tu cepat2 la....Tarikh akhirnya 30 hb nih.....Jalankan tanggungjawab anda k....

Cukai....oh cukai........

Wednesday, April 20, 2011

Namapun budak-budak...

Assalamualaikum.......
Nama pun budak-budak kan, kadang-kadang kita suka, kadang-kadang kita tergelak, kadang -kadang kita rasa sweet sangat dan kadang-kadang kita rasa HANGEN satu badan.huhu. Boleh bersabarkah?????Terpaksa.............memang itulah pun busyuk ummi pengarang jantung yang bisa buat ummi sakit jantung jer kaedahnya...........Ammar nih dah jadi bodyguard babah sepanjang masa, dimana ada babah di situ ada Ammar. So kalau babah nak pergi mana-mana aku terpaksa tadah telinga dengar amukan dia.....Tension Woooooooo....
Sebelum...
Selepas...
Dengan senang hatinya dia kan, aku??????Senang hatikah melihatnya???????!!!!Sebahagian daripada Proses tumbesaran minda dialah tu. Takpelah Ammar, janji sihat jer......AIMAN tak kesahhhhhhhhhhhhh......Tetiba lak!!!!!

Monday, April 18, 2011

Kehebatan syurga...


Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

*Berkongsi info dan credit di laman I luv Islam.com