Monday, November 21, 2011

Ammar and chicky @ KFC Bentong

Assalamualaikum.....
Gambar ni masa sambutan hari jadi murid pra sekolah sks di KFC, Bentong. Oleh sebab cikgu pra yang sangat baik hati telah sudi menjemput, dapatlah duk memeriahkan suasana di sini, TQ cikgu Emy.......... Best jugak aku tengok budak pra ni suka jer sebab macam2 aktiviti yang disediakan untuk murid-murid. Oklah kan sekali-sekala buat sambutan kat KFC.
Dan gambar Ammar yang malu2 kucing dapat bergambar dengan chicky hahahhahhaaa..... kelakar jer ummi tengok.

Friday, November 18, 2011

Majlis cukur jambul sempena UPSR 2011


Saat pengumuman bercukur diperhimpunan sekolah
Assalamualaikum.....
Lamanya tak update blog, bukan apa sibuk gila2 punya. Jab2 online itu, online ini buat kerja sekolah, jab2 online itu ini lor buat aseymen pulak, rasa nak nanges pun ada....huhu.

Ok2 berbalik pada cerita asal benarnya nak cerita pasal cukur jambul katanya hikhik,

Sebelum.......

Selepas......botak suda.....haha
Rasa terharu pun ada bila lihat suami sendiri rela dibotakkan di hadapan semua guru dan pelajar semasa perhimpunan sekolah. Dah janjinya begitu maka dengan beraninya mengotakan janji. Bangga jugak aku......hehe.Malam tu siap dia pergi beli mesin pemotong rambut tu, semangat tul. Dia berjanji kalau peratus sains lebih dari 95% dia sanggup botak kepala. Ha! Apalagi.......
Dan bukan suamiku seorang malah ada dua orang iaitu Cikgu Omar sempena anaknya dalila dapat 5 A.

Tiga rupanya bila Cikgu Rosdhi jugak juga kerana anaknya dapat 5 A.....Tahniah buat semua. Sempena sambut maal hijrah oklah kan.Tahun baru azam baru dan botak baru. ngeeeeeeeee

*Gambar di sini adalah kredit to http://www.facebook.com/pages/Sekolah-Kebangsaan-Sulaiman/148060585282482

Saturday, November 12, 2011

Kemalangan ngeri di slim river, guru dan pelajar maut.



SLIM RIVER 11 Nov. – Empat maut manakala 36 lagi cedera termasuk lima parah dalam nahas ngeri yang menjadi tragedi menyayat hati apabila sebuah bas membawa 39 penumpang terbalik sebelum dirempuh sebuah treler di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Behrang, Perak hari ini.

Dalam kemalangan pukul 4.20 pagi itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh sederhana, beberapa meter dari tempat kejadian lalu terbalik di bahu jalan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, sebuah treler yang sarat dengan muatan guni pasir merempuh bas berkenaan dari arah belakang ketika kebanyakan mangsa sedang merangkak keluar menyelamatkan diri.

Nahas berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah untuk bercuti di Genting Highlands, kira-kira 87 kilometer dari tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, keempat-empat mangsa maut akibat dirempuh ketika cuba menyelamatkan pelajar yang tersepit selepas bas berkenaan terbalik.

“Bas tersebut yang membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru serta seorang pemandu kedua, hilang kawalan lalu terbalik sebelum dirempuh oleh treler berkenaan.

Antara yang maut ialah seorang guru, dua orang pelajar dan seorang wanita yang memberhentikan keretanya untuk membantu mangsa. Al-Fatihah.