Wednesday, February 9, 2011

Karipap kampung.......huhu

Assalamualaikum....
Cer teka...cer teka.....Amboih!!!!Udah ala2 cer cite...cer citer la pulak. Ek ELEHHhhhh...Apa ke senang sangat soalan ko ni yatie .Pejam mata pun boleh jawab. Hehe. Wah memanjang ko jaja cerita resepi kg ko yang tak semenggah ni yek, letaklah resepi stew ke, makaroni ke, pizza ke, barulah up up UP UP Horaaaayyyy...Tulah masalahnya tekak aku dan suami adalah selero kekampungan. Kalau makaroni kang dia kata macam makan tayar la....Bukan aku tak nak masak tau.Alasan!!!!!!!!!!!!!!
Karipap kampung, nama baru sebab nak nampak kekampungan katanya hikhik. Janganlah gelak sebab aku tahu memang rupa karipap kampung aku tu buruk, tapi bagi aku itulah yang karipap kampung( kampung lagik!!!!!!!!!!)yang paling sedap abad ini.hahaaaaaaa.......Berjaya melembutkan kulit karipap dan garing di bahagian tepi.Siyes!!!!!!!!!!!!!!!!!! weh lembut tak macam aku buat pertama kali dulu, entah tahun bila aku buat dah lama tul rasanya.

3 ketui itu sebab dah set untuk babah yer, kalau tak buat gitu tak merasalah. Maklumlah anak ramai, budak2 nih dah siap tanya bape sorang ummi......Soalan standard la tuh..
Ini pulak adalah maggi goreng pemalas, sebab letak hot dog dan kobis ajer, menghabis bahan mentah yang ada di rumah. Itulah menu sepanjang CNY baru nih.....

P/s~Resepi takdok sebab aku malas.....aci tak????

Tuesday, February 8, 2011

Mengidam colek mangga la pulak..........hikhik

Assalamualaikum.........
Apa bikin itu ????Kalau tangan kecil tu sahih la bukan aku kan. Dia adalah ayie sebagai pembantu aku di dapor pada hari itu. Bagus2!!!!Ada kerja takde gaji ok haha...
Besornya mangga beli kat TF jer, mana nak cari mangga kecik2 macam kat kg ataupun mangga epal ke kan. Lagi sedap sebenarnya. Dah takde tu belasah jelah. Sedap jugak berkruup kraaap gak bunyiknya.....CEWAH.Colek tuh, kicap manis,masin,lada kecik dan albelasyan lah!!!! Nak sedap guna asam limau nipis.
Pastuh apalagi makan lah kan, nom....nom....nom.

*Bab mengidam tuh aku sajer ajew.... Mulalah korang tuh!!! heeeeeee

Monday, February 7, 2011

Talapia berlada & patin tempoyak....

Assalamualaikum.......
Bila balik Temerloh dulu kakak aku masak la lauk nih, so balik rumah cam teringin la pulak nak masak kan. Aku pun ajak suami beli ikan patin dan talapia kat pasar minggu. Hari ahad adalah hari masak2 seharian. Boleh caya ker??????

Bahan-bahan.
1.lada kecik dalam 15 biji,
2.Bawang merah 2 biji( selalu ikut resepi mak tak letak pun)
3.2 sudu tempoyak
4.1 inci kunyit hidup
5.Daun kesum( selalu tak bubuh pun)
7.5 keping Asam keping
8.Masukkan air( aku blend dengan tempoyak kasik dia pekat dan mesra)

Cara :
Tumbuk lumat lada,bawang dan kunyit hidup.Bubuh semua sekali bahan dalam periuk dan tunggu masak dan pekat. Senang kan, ibarat ko campak2 gitu jer dalam periuk. Amboi!!!! OVER lak.Ini resepi mak aku dulu2 lah.Takde serai dan bunga kantan. Aku tak suka banyak campur bahan nanti lain rasanya. Dah tak asli.......bagi aku ler.Tapi kalau suka letaklah ikut selera masing2.

Resepi ini pulak Talapia berlada style chef wan ganu mari( anak saudara ipar aku)
Bahan tumbuk ialah lada kecik, lada kering bawang putih 2 biji, bawang merah 8 biji tumbuh sampai lumat.
Pastuh perap jer camtuh sekejab bagi serap bahan2 tuh garam pedas dia bagai kan.
Panaskan minyak dan goreng garing2.....
Dan hasilnya tidak menghampakan, lada dan bawang tu seme jadi garing dan kehitaman. Keriuk itulah yang sedap. Cubalah..............Kalau sedap bagitahu kawan2 kalau tak sedap bagitahu aku. Cewah!!!!!!!!!!!!!!Ko ingat kedai ke hape nih mektie...........hahahahaaaaaaaa.Sempat lagik tuh...

Saturday, February 5, 2011

Hari KEKASIH la sangat....

Assalamualaikum...

Aku ingin berkongsi tentang info yang aku dapat iaitu sambutan hari kekasih yang dah pun jadi budaya masyarakat kita yang kononnya mengikut budaya BARAT. Apa yang kita tak tahu bahawa hari itu sebenarnya adalah sambutan bagi masyarakat Kristian.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayan. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.

Asal-usul Hari Kekasih

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

*Kasih sayang tidak mengira batas waktu, kita adalah digalakkan sentiasa mencintai ibu bapa, suami, isteri,anak-anak,adik beradik dan keluarga.

Aku juga dah removed aku punya heartbeat.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, February 2, 2011

Petua sakit batu karang...

Petua Buang Penyakit Batu Karang

Kidney stone photographs Petua Buang Penyakit Batu Karang

Diberikan petua cara tradisional “Petua Buang Batu Karang” bagi sesiapa yang mengidap penyakit batu karang untuk diamalkan kalau di izinkan Allah ia boleh menghancurkan/membuang batu karang yang ada di dalam tubuh kita dan akan mengurangkan penderitaan penyakit tersebut.

Petua:
5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.

Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.

Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis…biasanya terapung!…dan boleh dikira icon smile Petua Buang Penyakit Batu Karang . Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.

*Sumber adalah dari PETUA MELAYU.COM. Untuk maklumat lebih lanjut klik SINI

Aku pun nak suruh suami cuba buat nih, maklumlah nampak macam senang dan sedap jer.....huhu.

Pancake yang aku gelar "TEPEK" hehe

Assalamualaikum.......
Apa khabar semua, hari ni cuti kan, BEST sangat. Bangun pagi cam biasa kul 6 jugak, siap solat mengemas, mengemop, mencuci aku pun ke dapor.

Termenung jab nak fikir nak masak apalah hari nih. Buka kabinet nampak sardin,marjerin dan tepung gandum. TING!!!!!!!!!!Idea sudah mari.....ahakssssssss...

Aku teringat resepi arwah mak dan abah masa kat kg dulu yang kami semua gelar TEPEK. Masa tuh kami adik-beradik suka sangat makan dengan sardin atau sambal tumis bilis.

Tapi leceh sikit la nak masak, kena uli dulu pastuh peram kejab barulah proses menggelek seme tuh sambil2 goreng.Bila dah goreng adunan tuh akan mengelembung dan garing.Goreng satu2 ok....
Sambil buat kerja dapur yang sebelah tuh jangan biar kosong. Letak periuk kecil masak sardin macam biasalah kan, tumis lada kering blender, bawang putih,bawang merah.

Masukkan kuah sandin tunggu sampai pekat. Masukkan air, cili api dan kentang dadu.Aku perahkan asam limau nak bagi masam dan garam secukup rasa.Biar sampai pekat dan kentang empuk.

Sampai masa tepek tu dah masak, sardin pun dah sedia untuk di hidangkan. Banyak jugaklah dapat tadik, maklumlah budak2 lelaki kat rumah nih sukaaaaa....Masing2 tu lepas tambah2 jer.

Padahal biasa jer menunya pun. Alhamdulillah kenyang dan itulah rezeki Allah untuk kita pagi ini.SYUKURlah...................

Tuesday, February 1, 2011

Mood tido macam baby tido...Boleh gitu????

Assalamualaikum......
Amboiiiiiiiiihhh.......Mood tido katanya. Masa kat kelas rasa macam nak tidor gek, aci tak????Tapi best la mengajar musim hujan gini anak murid very the behave tau.Ok2...Mula-mula buat muka boring camtuh..... Pastuh perasan comel macam baby.Boleh gitu???
Pastuh dah mula gigit jari macam baby Ammar lak....... Eeeee eh, comelnya anak aku....hakhakhak.Terpuji anak sendiri la pulak.....
Aloloh comelnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!Dah mula tido dalam senyuman....

Wah!!!!!Comelnyerrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!Sukalah tengok baby tidur kan. Tenang jer. Siap bersarung lagi tuh.

So.......Hari nih adalah hari last persekolahan bagi minggu ini. Lepas tu cuti..........sampai hari ahad. Best!!!!!!!Walaupun masa tak sesuai untuk cuti-cuti Malaysia, tapi kan sukaaaaaaaaa la wei boleh cuti duk rumah sambil buat Assignment. Ye ke tu????????????????