Saturday, February 5, 2011

Hari KEKASIH la sangat....

Assalamualaikum...

Aku ingin berkongsi tentang info yang aku dapat iaitu sambutan hari kekasih yang dah pun jadi budaya masyarakat kita yang kononnya mengikut budaya BARAT. Apa yang kita tak tahu bahawa hari itu sebenarnya adalah sambutan bagi masyarakat Kristian.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayan. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.

Asal-usul Hari Kekasih

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

*Kasih sayang tidak mengira batas waktu, kita adalah digalakkan sentiasa mencintai ibu bapa, suami, isteri,anak-anak,adik beradik dan keluarga.

Aku juga dah removed aku punya heartbeat.

- Artikel iluvislam.com

2 comments:

Tinta Emas said...

hendak juga meraikan hari kekasih tapi bila mengenangkan ia amalan org kristian..x jadi pulak...so raikan hari ibu jelah...

suzieapai said...

hiks.....sy tak pnh cebrate valentines pun sbb dh tau psl info ni sblum ade kekasih...ala hari2 adalah hari berkaish sayanggggg...yoooo