Thursday, December 16, 2010

Jiran MATI mengejut.....Sakit jantung?????

Assalamualaikum semua......
Petang rabu baru nih jiran kat rumah aku diserang mati mengejut, terkejut giler aku, aku masa tu duk tengah buat minum petang untuk suami kat rumah, buat air teh O jer pun nak heboh dalam blog ke, kuih takde la weh sebab cik abang aku tak suka makan kuih hahahha, jab2 dia tak suka ke aku yang malas.Dan-dan tu kata tak suka bagai.........Eh, apa yang aku melalut nih?????

Ok2 sambung cerita tadik..... Pastu dah siap buat air aku pun panggil dia ajak minum, tengok dah takde orang, biar jelah.Aku pun minum sorang2.Tak lama tuh anak aku ayie balik bagitahu....

Ummi.....ummi...Uncle ayah Sam tu kan PENGSAN!!!!! Babah pergi hantar ke hospital.Terkejut aku. Bila babah balik dia kata rasanya dah matilah..... Dr kata mungkin masalah jantung dia tak cukup oksigen.

Terkejut lagi aku, babah kata uncle tu tengah duk menjahit baju atas sofa pastuh tiba-tiba sesak nafas, masa babah sampai kat rumah dia dah tercungap-cungap, pastu macam terputus nafas dia, masa babah dan jiran yang lain angkat tu tiba-tiba rasa berat, babah kata agaknya masa tu dia dah tak bernyawa kut...............

Kadang orang takde penyakit pun tiba-tiba mati mengejut kena serangan jantung kan.Banyak kes macam tu sekarang nih.........

Hurm tulah kan, risau rasanya kalau dengar cerita macam tu. Mengejut jer....Tapi kalau dah tiba masa ajal menjemput tiba memang tak dapat elak walau sesaat pun.Memang dah tersurat kan.....

Babah pulak teringat-ingat dia baru lepas berborak dengan uncle sam tu petang semalam. Kat perumahan aku ni memang macam tu, cina ke melayu ke memang dah biasa saling tegur menegur, cuma aku jer la.... Bukan sombong tapi aku ni jenis memerap kat dalam rumah jer.... Sampai jiran sebelah kata, lama tak nampak kaktie, Gituuuuuuuuuu........huhu.

Wednesday, December 15, 2010

KANCER SERVIK?????????????????!!!

Assalamualaikum...........

Hubby : Tie dah pernah buat ke pap smear tu???
Aku : Belum dan tak pernah buat pun.
Hubby : Bila nak pergi buat ni????
Aku : Nantilah....

Sebenarnya aku takut, tapi bila baca info nih, rasa macam nak pergi malam ni jugak......HUHUHU. Aku share maklumat ni dengan semua kawan-kawan yer.......... Nak maklumat lanjut, klik SINI

Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
  • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
P/s~Pada yang belum buat pap smear tu jom la sesama aku.....Baca dalam info tuh macam senang jer.( ayat nak menyedapkan hati sendiri)

Monday, December 13, 2010

Percutian ke.......Penang???Langkawi???


Assalamualaikum.............
Pejam celik pejam celik dah isnin kan, rasa macam baru jer weekend dah tiba hari bekerja, ek eleh macamlah dia tuh kerja kan, padahal duk rumah jer.Cuti sekolah dah haruslah aku pun cuti setelah berhempas pulas menyiapkan kerja yang bertimpa2 sebelum cuti hari tu. Lepas tuh sekarang nih adalah masanya bersengkang mata untuk mentelaah for the final exam la pulak.

Bercuti?????????!!!!!! Ya....memang itu yang aku dan family perlukan, anak-anak dah kebosanan di rumah, ummi dan babah dah masak kepala otak kena lintasan berbagai nota dan soalan.Suka la pulak tengok gambar lama..............Semasa bercuti di Langkawi.
Masa ni pulak masa kat penang.Rasa macam teringin nak pergi lagi ke Penang nih.Macam-macam lah, padahal tahun ni saja dah pun bercuti ke Sabah dan Gambang resort pun. Takpe tengoklah lepas exam nih, kalau nak bercuti pun mungkin yang dekat2 jer kut......

Itupun kalau ada.......... Maklumlah nak buka sekolah ni ada yang lebih penting. Shopping baju sekolah anak dan yuran sekolah pun dah berapa untuk 3 org hero aku tuh. So yang itu lebih diutamakan yer mektie.................hehe.

Sunday, December 12, 2010

Happy Birthday anakanda berdua....



Happy Birthday buat anakanda berdua yang tersayang, Jadilah anak yang baik, yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan rasulnya, serta berusahalah untuk berjaya di dunia dan akhirat. Ummi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.......

Saturday, December 11, 2010

Pokok Meranti @ Hutan Lipur LENTANG, Pahang

Assalamualaikum..........
Apa khabar??Moga boleh bersantai bersama keluarga di hujung minggu begini. Barulah sempat nak update blog lepas exam 1 paper baru ni........

Ini pun cerita minggu lepas, masa cuti maal hijrah @ our anniversary too, saje jalan2 bw anak2. Tak rancang pun maklumlah nak exam. Ini antara gambar yang sempat aku rakamkan.
See........... Meranti Sarang Punai.......kan.Gambar pokok meranti sarang punai. Kenapa macam tu nama dia..Mungkin sebab burung punai suka buat sarang kat pokok meranti kut. FUH!!!!! Tersangatlah tinggi.........
Ammar yang macam tak berapa selesa mandi sungai, mungkin sebab takut.......Maklumlah mandi sg dengan laut kan lain.Dia lebih enjoy bila mandi laut........... Lagipun SEJUK!!!!!!

Dari bentong bertolak pun dah kul 4( lepas umminya study hikhik), tetiba jer mandi-manda kat Lentang. Pastuh tetiba jer duk kat highway............Then tetiba jer duk makan satay kajang kat Taman Melati. hikhik.Alhamdulillah best sangat dapat makan satay..........On the way balik tuh, singgah solat maghrib dekat surau kat Tol Gombak. Dan tetiba jer dah sampai bentong dalam kul 9.00 malam gitu. Hahahaha.....tetiba lagik katanya.

Wednesday, December 8, 2010

Hadiah C3????????!!!!!

Assalamualaikum......
Aku memang tengah stress sangat nih, susah hati, blur dan yang sama waktu dengannya.Subjek Bahasa Arab nih betul-betul buat aku down, tak pernah rasa macam ni tiap kali aku exam, first time rasa tak yakin langsung. Tiba-tiba pulak rasa, aku bukan nak cemerlang sangat, lulus jer pun dah ok sangat.BETUL!!!!!!!!!

Ya Allah, berilah aku kekuatan dan permudahkanlah urusanku .............
Tapi rasanya kalau dapat hadiah C3 pink ni mungkin terubat sikit stress aku tu.................TETIBA JE!!! heh heh

Buat babah, jangan fikir lagi dah, ummi dah bagi idea tuh, senang tak yah fikir2 lagi dah, bagi jer.........huhu.

P/s.Doakan aku yer kawan-kawan......

Tuesday, December 7, 2010

Perkahwinan 14 tahun yang lalu......

Assalamualaikum........
Salam Maal Hijrah........Salam berhijrah ke arah perubahan yang lebih baik, lebih memberi keimanan, ketaqwaan, kesabaran dan keikhlasan. Mendorong hidup ke arah kebahagiaan yang abadi............

Bagi aku tahun ini adalah berganda kebahagiaannya kerana Maal hijrah disambut bersamaan dengan Ulangtahun perkahwinan aku dan suami yang ke 14. Semoga kami hidup bahagia dan matang dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran bersama-sama.