Wednesday, May 25, 2011

TV baru........satu!!!!!!!

Assalamualaikum....
Amboi2......dah macam order teh tarik jer, lama dah duk usha TV baru sebab tv kat rumah ni dah rosak.

Kadang-kadang elok jer pastu jadi berjalur dan lagi parahnya jadi putih jer yang sohehnya lepas tuh terpadam dengan sendiri. Tak ke sakit hati terutama bila nak tengok cerita best kan......huhu.

Selalunya bila jadi macam tu aku mintak tolong Ammar tutup dan buka balik TV tu, oklah sekejab lepas tuh jadi balik. So bila dah boring asyik kena tutup buka TV Ammar pun pandai pulak cakap BIAR lah ummi, beli baru jer.....Haih!!!!Kalau seringgit dua ummi beli dah dik.....
Bestnya kalau dapat TV macam ni......

Lagi best kalau dapat pakej sekali dengan mesin basuh yang besar macam nih, sekali round je dah beres kerja membasuh kain yang bertimbun nih.........huhu.

Tuesday, May 24, 2011

Klinik 1 Malaysia

Assalamualaikum...
Baru berkesempatan membawa ayie ke klinik walaupun dah 2 ,3 hari duk batuk dan selesema. Saje ajak babah pergi ke klinik 1 Malaysia nih, kena bayar RM1 sajessssss wei.....Pergilah bawa anak2 kalau tak sihat. Kalau bawa GL percuma ko.Oklah sebab cepat jer dapat jumpa dr almaklumlah takde orang, masa aku pergi tu adalah dalam 3 orang, register pastuh boleh masuk gitu..... Kalau setakat batuk dan selesema tuh boleh sangatlah.

Kat Bentong nih, klinik 1 Malaysia nih kat simpang Taman Anggerik yer. Lepas nih kalau anak batuk dan selesema pergi situ jer, bila lagi nak gunakan kemudahan sebagai rakyat Malaysia kan. Masa dari 10 pagi hingga 10 malam.Ok.......Gambar klinik tuh lupa nak snap , dah gitu gambar tu adalah ihsan Mr GOOGLE....

Monday, May 23, 2011

Remaja kah?????



Assalamualaikum....
Entahlah yer, bila anak kecil kata semua nak kena jaga pantau dan perhatikan selalu. Bimbang jatuhlah maklumlah masih belum tahu apa2 macam si Ammar tuh. Mulut jangan cakaplah omeh tau. Korang tahu ke apa omeh tu????????Kekeke.Letih nak layan kadang-kadang tu keluar lak perkataan DIAM LA ADIK huhu. Dengan tulus ikhlasnya Ammar menjawab........Diam ke Ummi?????Adik.......adik.

Bila dengan yang besar ni pulak, jika kita nak pergi kemana-mana memanjang tak nak ikut. Macam tu pulak. Kadang-kadang tu risau la pulak nak tinggal anak kat rumah kan. Maklumlah sekarang ni, macam-macam bisa terjadi.....Dia lebih mementingkan bola daripada keluar dengan Ummi dan babah.Hurm.....

Kadang-kadang tu terfikir pulak adakah aku yang terlalu mengongkong dia atau memang anak teruna aku dah besar panjang makanya agak malu asyik berkepit dengan mak pak.Kalau aku peluk dia masa jalan di khalayak ramai pun macam malu-malu. Hehe.
Aku kena pelajari macamana cara untuk menangani anak yang semakin remaja agaknya.Yang pasti dia masih bercerita tentang apapun yang berlaku pada ummi.Alhamdulillah...

Sunday, May 22, 2011

Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat...


Mangsa lihat pergerakan tanah

HULU LANGAT 21 Mei - Seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, hari ini, melihat dengan jelas pergerakan tanah di atas bukit berdekatan.

Wan Ahmad Hezzamullah Wan Ahmad Hazim, 15, berkata, sebaik sahaja melihat situasi bahaya itu, dia segera menjerit meminta semua orang yang berada di dalam khemah dan sedang berlatih nasyid supaya menyelamatkan diri.

Katanya, dianggarkan seramai 30 orang sedang berada di bawah khemah dan dewan makan bersebelahan serta sibuk membuat persiapan menyambut kehadiran rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

"Sebahagian daripada kami ada yang sibuk menyiapkan pentas dan sebahagian lagi berlatih untuk persembahan nasyid. Pada mulanya (tanah runtuh) kecil sahaja namun menjadi runtuhan besar tidak lama kemudian," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, sejurus kejadian tanah runtuh berlaku hanya empat daripada mereka termasuk dia yang berada di bawah khemah melarikan diri manakala selebihnya terperangkap di bawah runtuhan.

Mangsa kedua yang terselamat, Mohd. Faizal Isni, 17, memberitahu, semasa kejadian dia sedang membantu rakan-rakan menyiapkan pentas dan tiba-tiba terdengar bunyi retakan dan tanah jatuh menimpa khemah.

"Mujurlah saya sempat melarikan diri kalau tidak, tak tahulah apa yang terjadi," katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Jihad Jalal, 14, dari Puchong, Selangor, berkata, dia dapat merasa gegaran sebelum tiba-tiba berlaku runtuhan.

"Saya dapat rasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dan cuba lari. Malangnya badan saya tiba-tiba tertimbus oleh tanah dan batu-bata sehingga paras punggung menyebabkan saya terperangkap," katanya.

Mohd. Jihad yang baru tiga bulan menetap di situ berkata, dia bernasib baik kerana diselamatkan penduduk yang datang membantu.

Sementara itu, seorang lagi penghuni yang hanya dikenali sebagai Mohd. Iman, 14, memberitahu, ketika kejadian dia berada di bangunan asrama dan sedang menuju ke dewan makan tersebut.

"Sebaik sahaja nampak kejadian itu, saya menjerit meminta mereka menyelamatkan diri. Ketika itu, saya nampak beberapa rakan sedang mengesat kerusi di dalam khemah tersebut," katanya.

Berita dipetik daripada UTUSAN online

Al-Fatihah buat keluarga mangsa.

Friday, May 20, 2011

Sambal Hitam.......

Assalamualaikum...
Salam pagi jumaat yer..... Bagi yang tak ada idea nak masak, apa kata mencuba masak sambal hitam nih, memanglah rupanya buruk , dahlah buruk hitam lak tuh.haha. Nama pun sambal hitam kan, kalau putih tidaklah begitu namanya kan....... ok2, melalut sudah!!!!!!!!!!

Resepi ni aku dapat daripada sepupu aku sebenarnya.... Makanan yang jarang2 kita dapat kat kedai2 makan sebab ini adalah masakan orang kampung2 jer.

Bahan:
Ikan Bilis ( ikut suka jelah )} ditumbuk
10 biji Cili padi } ditumbuk
2 Bawang putih } ditumbuk
5 biji Bawang merah } ditumbuk
7 biji Belimbing buluh jeruk.

Cara:
Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak. Bila dah masak masukkan belimbing buluh jeruk tu dan kacau sampai kering.Hancurkan belimbing jeruk tu dengan sudip jer. Senangkan dan rasanya tidak menghampakan. Cubalah.........

Belimbing jeruk tu senang jer, masukkan dalam periuk dan tutup periuk sehingga belimbing dah keluar air dan renehkan hingga sedikit kering airnya tuh. Kalau buat banyak boleh simpan dalam peti.


Thursday, May 19, 2011

Teddy Bear...

Assalamualaikum....
Al-kisah teddy bear ni dah bertukar tangan la pulak, ada ke hadiah ummi dah jadi milik dia pulak. Ammar....Ammar....macam hadiah dia jek.huhuhu.Tak patut betul.....

Tak ada harapan ummi nak berlagak rumaja yer....... Amat tak sesuai okey. Ammar punya.... Ammar punya!!!!!!!Yelah dik........ Pegang bear pun macam feeling jer udahnya.

Wednesday, May 18, 2011

Masak asam ikan sungai...

Assalamualaikum......
Menu yang biasa dengan bahan yang biasa dimasak pulak oleh orang yang biasa ajer..... haha. Berapa kali biasa daaaaaaa......

Sebab apa biasa ( lagik )...... Sebab aku main campak jer bawang putih, merah, kunyit hidup, halia yang semuanya aku hiriskan aje dan akhir sekali asam keping. Renehkan ajer......Kan aku dah kata biasa!!!!!!! ( akhir dah kut) .......hehe.

Ikan sungai ni aku memang tak pandai nak masak sangat, selain masak lemak letak belimbing buluh inilah menu yang biasa.( aik tak habis lagik) kihkih

Ikan tu pun dibawa balik oleh babah.Oleh sebab dia dah macam mengidam memancing jer maka tertunailah sudah aktiviti memancingnya di dalam hutan chamang sana tuh. Sudah 4 tahun sudah tak memancing katanya. Yelah dia berhenti mancing pun bila aku mula mengandungkan Ammar. Sekarang ni Ammar pun dah 4 tahun laaaaaaaaaa...

So, selamat mencuba menu yang BIASA yer, maklumlah akukan cuma guru biasa.......huhu.