Wednesday, August 18, 2010

Jom mencuba...

Salam semua.......
Sajer nak berkongsi resepi aku aku ambil dari sweet@Recipes Gallery.
Bahan semua dah siap beli tadi, tinggal nak masak jer.....
Harap2 menjadilah tomyam seafood aku.......hehe.
Kalau nak cuba klik kat SINI
Resepi Tomyam Seafood (Pok Tek) | Kategori
: Sup dan Tomyam |


Bahan-Bahan

Untuk 5 orang makan
Ketam 2 ekor
Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Jagung muda
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato

Bawang besar 3 biji - hiris
Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - titik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2 helai
Limau nipis
Cili padi 10 biji
Paste tomyam 4 sudu
Tomato puri 4 sudu
Daun ketumbar - untuk ditabur
Garam secukup rasa

Cara-cara
Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedapp!! Bila sayur pun dah masak matikan api. Sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya! Siapp!!!! Aromanyerr.. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

P/s~JOM kita memasak......hiks.

4 comments:

~~ciklinn~~ said...

sedapppnyerr tomyammmmmmm

ija said...

tomyam feberet saya tuh!bulan pose ni tak buat lagi nih..kena try resepi kak tie ni!!

atie said...

ciklinn....Sedap linn, hehe

atie said...

Ija........Cubalah buat, sedap jah