Saturday, September 11, 2010

Di hari raya yang pertama.............

Salam semua.......
Wah, wah ................hari raya kedua sudah update blog bagai.hahaha.Pada hari raya pertama kali ni mek request nak berjalan ke rumah kak dah nak melihat cicit katanya.Kami berkonvoi dengan 3 buah kereta aku, su kak dan cik sah sekeluarga.

Sebelum tu singgah dulu kat rumah kakak ipar aku kak yah yang tinggal di jaya dulu.So antara gambar yang dapat aku kongsikan disini.....adalah the heroes of purple.Hehe...Tema yang purple, sama pulak dengan Cik sah dan keluarga kak yah....dalam versi pelbagai tone warna purple.

See......Keluarga cik sah dan keluarga mektie......Gambar ni adalah semasa beraya di rumah kak yah di Jaya. Dapat makan nasi dagang tu.....Alhamdulillah.Inilah rumah yang pertama kami beraya pada hari tu....
Meneruskan perjalanan ke Banggol, PCB pulak iaitu rumah kak dah.Makan...makan lagik, kali ni ada satay pulak bersama koktel tu.....sedap laaaa.....Tengok tu semua pun senyum jer kan, maklumlah dapat makan.....hehe.

Terutama Cik puan kembar su kak dan su adik tu. Dan cik sah yang manis termenung dalam senyuman. Agaknya teringat kat keluarga kat Seribong kut....

Yang paling vogue mestilah cik tie dengan kakak ipar berdua tu kak dah dan kak pah. Kak Pah ni pun kebetulannya sampai jugak ke rumah kak dah masa tu, So meriah lah sangat....
INilah Mil aku yer, sedang memakai jubah dan tudung yang aku belikan, mek kata sebenarnya ini adalah warna pilihan aku....agaknya dia tak berada berkenan kut warna coklat macam tu, so aku kata kat mek nanti kita beli pulak warna merah ke hijo ke.......BOLEH GITU????????hihi.

Dan gambar yang sebelah tu pulak mak datin saripah orang kayo Kedai Lalat, banyak tul duit....Cepat3 budak-budak berbaris yo, cik Pah nak bagi duit raya......

So. itu jelah saatnya beraya di hari pertama di kampung Suami di Kelantan, nanti kalau aku rajin aku update pulak cerita raya di Temerloh pulak yer.......

No comments: