Monday, November 29, 2010

Ikan Patin masak lemak TEMPOYAK...



Lemak Tempoyak Ikan Patin

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan patin

250 ml santan

3 batang serai (ketuk)

4 sudu besar tempoyak

1 keping asam gelugur

3 tangkai cili merah (belah 2)

3 tangkai cili hijau (belah 2)

2 biji tomato (potong 4)

Garam

Air secukupnya

BAHAN KISAR:

15 ulas bawang merah

10 tangkai cili padi

2 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.

3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.

4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur.

5. Kacau semula selama 10 minit kemudian masukkan cili dan tomato.

6. Akhir sekali tambahkan garam secukup rasa.

Resepi dari Saji online nak tahu lebih lanjut klik SINI

P/s~Rasa macam menarik pulak resepi ni sebab selalunya aku masak tempoyak tak letak santan pun.

9 comments:

Rumah Kuning said...

Nampak mcm sedao je, tapi saya tk minat ikan patin. kalau ganti dgn ikan lain boleh jugakkan.

CuTeMiUt78 said...

uiiiisshh... nampak cam best je..tapi kita tak mkn tempoyak la plak

ija said...

haah kak tie..mcm pelik tapi menarik tempoyak letak santan..jgn ku ngidam sudahhh..hehehe

DrSam said...

bila cuti sekolah, budak-budak dirumah selalu kelaparan. Kalau ada lauk macam tu...tak tunggu sampai kat meja makan pasti licin...

Bibu said...

ni menu wajib kalo balik umah mak.tapi sy pon tak penah letak bwang n santan sbb de dah sedia pekat ngan tempoyak.

meen said...

kak..ni confirm sedap ni

atie said...

cp....Tulah kat sana memang tak jumpa ikan ni kan, ikan sg yang glamer kat temerloh...

Rina.....Tak makan tempoyak la pulak yer....Ala rina tu suka asam pedas kan hikhik

ijah....samalah kita ijah, sebab tu kaktie pun pelik gek resepi nih...
Mengidam??????Masak tempoyak pedas jelah!!!!hihi

atie said...

Dr sam.......Memang la dr, rasa nak makan jer budak2 nih....huhu. Ummi dia pun hiks!

Bibu.....tulah kan, bawang pun tak letak kalau menu yg asalnya....Cukup pekat dan masam....FUH!!!

Meen...Betul ke makan masak tempoyak ni meen????Hehe.

meen said...

hehe..masak tempoyak tu confirm saya makan..cuma ikan patin tu saya pilih2 dulu..kalau ada bau2 sungai yg kuat sgt..saya terpaksa tolak huhu