Monday, December 6, 2010

JIPABAN online shopping, BEST!!!

Assalamualaikum......
Aku sekarang ni dah mula asyik membeli online jer, ada dua,tiga beg juga aku beli online, asal ada online mall jer TERklik, asal TERklik jer online mall, Boleh gitu, Ekekek. Ini adalah salah satu produk yang ada yang harganya agak berpatutan........

Lagi gambar bag.........Yang berjenama pun adalah kan, tapi sebab aku minat yang jenis sweet dan pink camni, gambar nilah aku rasa cantik.....
Gambar yang nih pun sangat comel kan, aku suka,tapi dah SOLD OUT.

Salah satu Online mall yang menarik, senang, simple dah boleh terus nampak gambar dan klik detail ialah kat JIPABAN online mall nilah. Aku pun baru jer TERterjah, pastu boleh pulak TERterjah banyak kali, Bape banyak TER daaaaaaaaaaaaa....

Kalau kawan-kawan yang memang ada produk bolehlah buka online mall di situ, ada 102 stores. dan 3638 produk. Banyakkan..........

Oklah tu jer untuk hari ini,Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut sila klik DISINI k....

Duit bantuan RM500 dah ambik ker?????Kalau belum dan tak tahu pun duit tu dah ada sangat nasib baiklah orang itu sebab aku punya dah habis pun ........huhu.

Sunday, December 5, 2010

Mia Sara yang sangat CHUMEL.....

Assalamualaikum........
Salam ceria di pagi ahad, seceria mia sara yang comel sangat nih, Hurm sessi berangan....kalaulah dapat anak perempuan secomel ini uhukhukhuk........... Cute sangat kan. Haih macam nak mengandung lagi jer, umur pun dah menghampiri angka 4......BENARKAH???
Alahai wei.....rasa macam nak picit2 jer pipi yang comel monggel itu....
Tambahan pulak bila tengok dia berlakon.INI dalam cerita ADAMMAYA kan...FUH cam real jer kan, anak siapalah yang comel nih???????Apalah yang aku melalut nih.SEDANGKAN...........

Tarikh peksa dah dekat, buku pun tak hadap penuh kensentrasi lagi nih

Tarikh aku Final exam:
1. 9.12-2010 ( 2-5.10 petang)
2. 15.12.2010 ( 9-12.10 tghr)
3. 16.12.2010 ( 9-12.10 tghr)

Tarikh Babah Final Exam:
1. 13.12.2010 ( 9-1210 tghr)
2. 14.12.2010 (9-12.10 tghr)
3. 17.12.2010 (2-5.10 ptg)

Tudia........ Berderet2 tarikh laki bini nak peksa wei!!!!!!!!!!!Masa tu mesti tunggang langgang rumah, dan anak pun bebas dengan aktiviti sendiri sebab ummi dan babah study bagai nak rak di last minute.........huhu.

*Gambar adalah dipetik dari GOOGLE.....

Saturday, December 4, 2010

Zaibo nikah di usia EMAS...

Oleh Abie Abdullah

BATU PAHAT: “Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun dalam usia yang sudah lewat tetapi Dia memberi rezeki yang begitu bermakna. Saya reda dengan ketentuan-Nya terhadap perjalanan hidup ini kerana saya percaya, banyak hikmah di sebalik pernikahan ini,” kata pelakon berpengalaman, Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo).

Bertempat di Pejabat Kadi Batu Pahat, Zaibo, 54, diijabkabulkan dengan kenalan lamanya yang juga ibu tunggal, Siti Hawa Syawal, 45, oleh Kadi Daerah itu, As Sheikh Mustafa Omar, kira-kira jam 3 petang semalam.

Siti Hawa yang mempunyai sembilan anak menerima mas kahwin RM22.50. Majlis diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan untuk keluarga rapat kedua-dua pihak saja.

Alhamdulillah, itulah namanya Jodoh itu Allah yang tentukan, walaupun ketika itu umur dah menjangkau 56 tahun, apa yang peliknya kan.Tahniah buat saudara Zaibo yang mengakhiri zaman bujangnya dan telah bernikah dengan pasangannya Siti Hawa. Sama cantik sama padan.Moga kekal lah hingga ke hujung nyawa....

*Sumber berita dipetik dari Metro.

Harga minyak naik lagi???


*Sumber dipetik daripada Malaysia kini

Assalamualaikum.................
Tak pasal-pasal jer kan, semua orang bercerita pasal harga minyak, aku pulak sebenarnya bukan tahu sangat sebab selalunya yang isi minyak kereta adalah En.suami. Yang aku tahu malam tadi perdana menteri kita yang bagi bantuan RM500( bantuan jer layak ok)tu umumkan naikkan harga minyak 5 sen. Banyak sangatkah 5 sen tuh??????Memang tak banyak kalau ko boleh gunakan 1 liter untuk menjelajah satu malaysia kan.........huhu.

Apapun....... What to do???Luahkan perasaan macamana pun yang naik tetap jer naik. Yang pasti lepas nih, bila harga minyak dan gula pun naik akan mencanak2lah yang lain tu akan naik. Kita tunggu dan lihat.........

Agaknya satu yang diorang ni lupa nak naikkan...... iaitu gaji.(lupa katanya atau buat2 lupa) Tapi takpelah dulu masa belanjawan kan dah kata bahawa gaji akan disemak semula. Sejauh mana kebenarannya tak tahulah wei............Sama2lah berdoa yer.

Rakyat diutamakan, subsidi dikurangkan,(cam pelik jer kan)

Friday, December 3, 2010

Bila diri digelar HANTU....

Malu kawan ejek hantu

Oleh Hadzlan Hassan

KUALA TERENGGANU: “Bayangkan perasaan anak saya apabila kawan-kawan memanggilnya hantu. Kejadian itu menyebabkan dia menjadi semakin pasif dan enggan ke sekolah tahun depan jika wajahnya belum pulih seperti sediakala.

“Saya sangat bimbang kerana emosinya terganggu, dia baru sembilan tahun dan cuba bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja nanti,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu dua beradik yang cedera teruk di muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri.

Che Ku Zaimah berkata, sebelum ini, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, pernah memakai topeng ke sekolah tetapi diejek hantu menyebabkan dia membuka topeng.“Apabila topeng dibuka wajahnya memang teruk kerana daging pipi membengkak sekali gus menyebabkan hidungnya semakin mengecil dan masih dipanggil hantu,” katanya.

Itulah kan realiti yang terpaksa dihadapi oleh anak sekecil ini.Dalam usia sebegini sepatutnya dia riang belajar dan bermain bersama rakan sebaya.Namun kerana perbuatan ayahnya sendiri sedikit sebanyak telah merencana perubahan dalam hidup anaknya sendiri.

Dah la mengambil masa yang lama untuk sembuh, kalau sembuh sekalipun parutnya tetap ada.Parut yang zahir dilihat pun dah sangat berat untuk ditanggung inikan pula parut dihati kan…….Tiada siapa yang tahu apakah beban ini akan dibawa sepanjang hayatnya di atas kesalahan ayahnya sendiri.

Nau’zubillah……Moga Allah melindungi kita daripada kejahatan manusia.MOGA KELUARGA CHE KU ZAIMAH TABAH MENGHADAPI SETIAP DUGAAN INI. INSYA ALLAH..... DAN MOGA JUGA DAPAT MEMBERI PENGAJARAN KEPADA KITA SEMUA.

Thursday, December 2, 2010

Gaya country home decor.......Menarikkan?

Assalamualaikum.........
Otak tengah serabut la sekarang nih, maklumlah tak lama lagi nak final exam, selingan untuk cuci minda dan buat mata segar google kan ajer gambar yang sweet2 macam tuh, dan2 tu pulak hati rasa senang, cuma mahu berkongsi idea walaupun bukan dari rumah sendiri................. Rumah orang putih ni wei....... Cantiklah!!!!!!!Rasanya gabungan hijau muda pun menarik juga, taklah asyik pink jer kan.... Walaupun aku adalah peminat pink.
Kan...... Hijau lagik, so, peminat hijau mesti suka nih. Rumah yang sempit kalau pandai mengayakannya cantik juga. Perabut lama yang diberi nafas baru jadi merubah suasana rumah kan.
See........ Yang penting adalah kreatif dan berseni, HAIH mesti syok kalau duk kat sini kan sambil baca novel atau baca modul barangkali.........hihi.
Indahnyanya mekar hydrangea di situ, Oklah over sudah makcik membebel di pagi khamis yg mulia ini, makcik mohon mengundur diri nak baca buku pulak............ Doakan aku jadi bersemangat kental mengadap semua buku untuk diulangkaji dengan kadar yang segera dan konsisten.Amin...

Untuk lebih maklumat dan gambar yang menarik klik SINI

Wednesday, December 1, 2010

Dinner @ AWANA , Genting Highland...

Assalamualaikum........
Inilah adalah cerita malam 29.11.2010, 7.00 pm - 9.30 pm. Amboi macam wartawan la pulak. Masa 2 jam setengah adalah termasuk solat maghrib ok, termasuk santai2, borak2 dan makan2 ler dalam keadaan yang sangat sempoi dengan angin dari luar sepoi2 bahasa..... hikhik.Motif???? Nanti korang kata buruk lantak pulak makan lama-lama kan....hahaha

Saje nak tunjuk gambar itu adalah tempat pelbagai jenis puding dan kek yang sangat sedap, aku memang sukalah sangat dengan puding2 ni semua..... Cantik decoration kat sini, makanan pun oklah.........SEDAP!!!!
Menu pertama nasi Beriani,dalca sotong,rendang daging dan tauhu plus cendawan.Sedap la dengan tekak aku nih. Ada juga western food, lamb, chichen and fish too.....Semua tu harus cuba walaupun sikit2 jer....Bayaran bg dewasa RM50 plus2 kut ( tapi ummi dan babah adalah free), manakala anak-anak RM 19 seorang( yang ini kena bayar X 3 orang lor) So, semua sekali adalah RM57 sahaja. TQ kepada Madam Chan pengerusi krt Taman Bentong Makmur yang sudi membelanja makan AJK krt dan isteri......
Pencuci mulut....memang banyak pilihan, ambik yang berkenan jer ,ini sagu apa namanya ntah, biasa makan tapi sebab suka makan lagi hehe........ Memang best la


Ammar cuma makan puding dan kek jer, Itulah puding yang aku maksudkan, perasa keju, strawbery,kiwi dan macam2 lah, yang paling ammar suka kek coklat.See comot kan.... Sebelum balik tu sempat pulak suap ammar pelbagai jenis roti dan mushroom soup.
Puashati budak berempat ni makan, asyik meround jer kerja dia...... Habis satu.....satu ambik. Alhamdulillah. REZEKI ALLAH..............
Akhir sekali adalah gambar ummi dan babah............ Ok itu jer ceritanya. Lainkali request nak pergi lagik, Boleh tak babah???????hikhik..........