Saturday, December 4, 2010

Zaibo nikah di usia EMAS...

Oleh Abie Abdullah

BATU PAHAT: “Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun dalam usia yang sudah lewat tetapi Dia memberi rezeki yang begitu bermakna. Saya reda dengan ketentuan-Nya terhadap perjalanan hidup ini kerana saya percaya, banyak hikmah di sebalik pernikahan ini,” kata pelakon berpengalaman, Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo).

Bertempat di Pejabat Kadi Batu Pahat, Zaibo, 54, diijabkabulkan dengan kenalan lamanya yang juga ibu tunggal, Siti Hawa Syawal, 45, oleh Kadi Daerah itu, As Sheikh Mustafa Omar, kira-kira jam 3 petang semalam.

Siti Hawa yang mempunyai sembilan anak menerima mas kahwin RM22.50. Majlis diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan untuk keluarga rapat kedua-dua pihak saja.

Alhamdulillah, itulah namanya Jodoh itu Allah yang tentukan, walaupun ketika itu umur dah menjangkau 56 tahun, apa yang peliknya kan.Tahniah buat saudara Zaibo yang mengakhiri zaman bujangnya dan telah bernikah dengan pasangannya Siti Hawa. Sama cantik sama padan.Moga kekal lah hingga ke hujung nyawa....

*Sumber berita dipetik dari Metro.

1 comment:

Zura said...

uasa allah..bertemu jg jodoh...