Thursday, February 17, 2011

Buah TUNJUK LANGIT...

Assalamualaikum...
Baru-baru ni babah balik rumah bawa buah tunjuk langit katanya.PELIK!!!!! aku memang tak pernah tahu pun pasal buah nih so aku pun google kan aje.Untuk ubat macam-macam penyakit seperti ghout,kencing manis,darah tinggi,kolestrol,jantung,batu karang dan macam2lah.Aku pun tak pasti....Kalau siapa2 yang tahu boleh share info yer.....

Inilah bentuk buah yang dah di proses....
Ini aku zoom bagi jelas sikit, aku dah cuba telan, Ya Ampun pahitnya!!!!!!Nasib baik aku telan dengan air teh.......huhu.

Kandungan Aktif dalam Buah Tunjuk Langit (SkyFruit) :
Pokok buah tunjuk langit ( skyfruit )
1. Flavonoids
* Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat
* Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.
* Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.
* Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti-inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.
* Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.
* Bertindak sebagai anti pengoksidaan.
* Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)

2. Saponins
* Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.
* Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.
* Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.
* Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah

*Untuk maklumat lanjut klik di SINI yer...

Wednesday, February 16, 2011

Masak lemak cili api udang

Assalamualaikum...
Menu pada hari ahad ari tuh, masak lemak cili api udang .Sebenarnya aku nak masak tempoyak udang tapi bila aku tengok babah beli udang ,ikan selayang dan santan. Terfikir pulak mungkin babah nak makan masak lemak udang sebab rasanya dah lama tul tak masak camnih.

Bahan:
Udanglah ofcozzzz kan
Cili api 8 biji } ditumbuk
Bawang merah 2 biji } ditumbuk
Kunyit hidup seinci } ditumbuk
Serai 1 batang } diketuk
3 asam keping
Santan ikut kepekatan
Garam secukup rasa
Timun dipotong

Cara memasak:
Gaulkan semua bahan yg ditumbuk dalam periuk dengan udang, tutup periuk supaya bahan semua mesra dan masukkan juga asam keping. Dalam 5 minit begitu agak2 udang dah masak dan kering airnya masukkan santan dan kacau.Cara macam nih mudah sebab tak perlu sangat mengacau kuah lemak dan memang tak berketul santannya. Insya Allah. Buat macam nih hanya untuk masak lemak udang, ayam dan daging sahaja. Kalau ikan tak boleh nanti hancur ikan tu.Lepas tuh masuk timun yang telah dipotong tadik, boleh jer kalau nak bubuh sayur peria atau terung.Ikut suka hati koranglah kan.

Ala senang sangat kan.....

Ikan rebus goreng ni sebenarnya aku belajar dengan MIL kat kelate, Rebus dulu ikan dengan air paras ikan jer masukkan asam keping 7,8 keping dan garam. Agak2 air dah kering tutup api.Lepas tuh baru goreng. Jadi ikan tu akan rasa garing dengan masam2nya dan masin.Lepas tu goreng masukkan bawang besar yang telah dimayang dengan cili api.
Makan pulak dengan sambal tempoyak.....Memang la layan weh!!!!

Tuesday, February 15, 2011

Monday, February 14, 2011

Rupa ular dua kepala pada rama-rama......

Rama-rama pelik

PELIK... gambar rama-rama bercorak kepala ular pada sayap yang sempat dirakam Siti Asian.
PELIK... gambar rama-rama bercorak kepala ular pada sayap yang sempat dirakam Siti Asian.

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.

Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya.

“Saya lena tidur bersama tiga anak terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu dan menyangka rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.“Saya terdengar bunyi dengusan namun tidak mengesyaki sesuatu kerana ketika membuat tinjauan, saya tidak menemui sesuatu yang pelik,” katanya.Katanya, ketika melangkah semula ke bilik, dia terkejut apabila terpandang ‘ular’ terbabit dan menjerit ketakutan hingga anak lelakinya berusia 14 tahun terjaga.

“Anak saya lantas menangkap rama-rama berkenaan dan selepas diamati, memang ia bercorak seakan-akan kepala ular.“Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,” katanya.Menurut Siti Asian, ketika dia cuba mengurung rama-rama, haiwan terbabit terbang melalui tingkap.

*Untuk berita lanjut KLIK SINI @ myMetro

Sunday, February 13, 2011

Norlia Ghani kena ragut



NORLIA...letak wang dalam sampul surat.

KUALA LUMPUR: “Saya tergamam dan tak sempat melakukan apa-apa,” kata pelakon veteran, Norlia Ghani, 63, menceritakan detik cemas dia menjadi mangsa ragut dua lelaki menunggang motosikal di pusat beli-belah Ampang Park, dekat sini, kelmarin.Menurutnya, dia ditolak hingga tersandar di dinding oleh dua lelaki terbabit yang kemudian meragut beg tangannya ketika dalam perjalanan ke hentian teksi berhampiran untuk pulang ke rumahnya di Jalan Gurney.

Menurut Norlia dia kehilangan sebanyak RM8000 yang baru diambil duit pendahuluan untuk sebuah drama bersiri yang bakal dilakonkannya dan telah pun selesai sebanyak 10 episod.

Haih.....macam dah diekori jer oleh peragut tu kan, tau2 jer dia Norlia tu nak ambik duit.Dan sah2 laginya bila dia hanya ambil sampul surat yang ada duit dalam tuh manakala bag tuh dicampakkan ajer.Kesian Norlia......Duit yang nak diguna untuk membayar sewa rumah dan sebagainya akhirnya diragut.Allhamdulillah keadaannya tiada kecederaan pun, namun traumalah weh...............

Jadi berhati-hatilah ketika mengeluarkan duit. Bila kejadian seperti ini berlaku, ianya adalah terlalu pantas ok, dalam beberapa saatnya aje pun.

*Untuk berita lanjut KLIK SINI @ myMetro

Saturday, February 12, 2011

Maggi goreng ajesss......

Assalamualaium....
Sudaaaa masak sarapankah????Aku seawal 5 pagi dah tung tang tung tang kat dapor. Menggoreng maggi goreng jer bukan mainlah bunyik tuh, saje nak buat nak menyedapkan cerita.....haha.Ada ker?????

Pastuh pung pang pung pang lak menggoreng, bunyik lagik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hihihi.Oklah aku nak bersiap ke kelas lak nih.Menunya tak ada yer, korang masak sendiri jelah kalau setakat maggi goreng sonang jer......

So, inilah menu sarapan untuk 5 hero kesayangan dirumah pagi ini, ummi nak gi sekolah ,BELAJAR!!!!! huhuhu.Cam biasalah kul 4 nanti sampailah kut kat rumah.

Friday, February 11, 2011

Puding seroja...




Puding Seroja

BAHAN LAPISAN PERTAMA:

150 gm gula

6 gm serbuk agar-agar

30 gm tepung kastard

400 ml air

100 ml susu cair

3 sudu besar jagung tin

Sedikit pewarna kuning


BAHAN LAPISAN KEDUA (A):

12 gm serbuk agar-agar

1,000 ml air

200 gm gula


BAHAN LAPISAN KEDUA (B):

2 biji kuning telur

100 ml susu cair

20 gm tepung jagung

Sedikit perasa strawberi

Sedikit pewarna merah jambu


CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan bahan lapisan pertama, masak sehingga pekat.

2. Kemudian masukkan jagung dan kacau sebati.

3. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan ia beku.

4. Masak pula bahan lapisan kedua (a) sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam lapisan pertama.

5. Kemudian masakkan bahan lapisan kedua (B). Kacau sehingga pekat sedikit, kemudian tuangkan pada lapisan pertama tadi.

6. Biarkan sejuk seketika, barulah masukkan ke dalam peti ais.

7. Hiaskan dengan strawberi.

*Resepi dipetik dari SAJI online