Wednesday, February 16, 2011

Masak lemak cili api udang

Assalamualaikum...
Menu pada hari ahad ari tuh, masak lemak cili api udang .Sebenarnya aku nak masak tempoyak udang tapi bila aku tengok babah beli udang ,ikan selayang dan santan. Terfikir pulak mungkin babah nak makan masak lemak udang sebab rasanya dah lama tul tak masak camnih.

Bahan:
Udanglah ofcozzzz kan
Cili api 8 biji } ditumbuk
Bawang merah 2 biji } ditumbuk
Kunyit hidup seinci } ditumbuk
Serai 1 batang } diketuk
3 asam keping
Santan ikut kepekatan
Garam secukup rasa
Timun dipotong

Cara memasak:
Gaulkan semua bahan yg ditumbuk dalam periuk dengan udang, tutup periuk supaya bahan semua mesra dan masukkan juga asam keping. Dalam 5 minit begitu agak2 udang dah masak dan kering airnya masukkan santan dan kacau.Cara macam nih mudah sebab tak perlu sangat mengacau kuah lemak dan memang tak berketul santannya. Insya Allah. Buat macam nih hanya untuk masak lemak udang, ayam dan daging sahaja. Kalau ikan tak boleh nanti hancur ikan tu.Lepas tuh masuk timun yang telah dipotong tadik, boleh jer kalau nak bubuh sayur peria atau terung.Ikut suka hati koranglah kan.

Ala senang sangat kan.....

Ikan rebus goreng ni sebenarnya aku belajar dengan MIL kat kelate, Rebus dulu ikan dengan air paras ikan jer masukkan asam keping 7,8 keping dan garam. Agak2 air dah kering tutup api.Lepas tuh baru goreng. Jadi ikan tu akan rasa garing dengan masam2nya dan masin.Lepas tu goreng masukkan bawang besar yang telah dimayang dengan cili api.
Makan pulak dengan sambal tempoyak.....Memang la layan weh!!!!

5 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

ya Allah..sedapnye ikan rebus goreng
lama dok buat
nnti nak buat la
tempoyak pon ade lagi

ahaks!

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

yum, yum.. bestnyer..
ikan rebus goreng lama dh tak mkn, kalo ngan nasi kosong pun sodapp kan..
cop, br ni pun sy de masak lomak cili api udang, tp udang galah.. leh thn best gak, tp rege die je tak wape best.. heheheh

http://lilo80.blogspot.com/2011/02/masak-lemak-cili-api-udang-galah.html

atty's said...

terliur kty nengoknya .
lama dah tak makan ikan rebus goreng..

Cikgu CTE said...

rasa2nya..mak mentua saya panggil ikan rebus tu ikan kukus...ikan ni di kukus atau rebus sebab org dulu2 x de peti ais..so ikannya banyak yang dikukus...lagi satu supaya tahan lama...itulah yang diberitahu suami saya...kalau dia auta saya..x taulah...

|| sue-imanja || said...

part tempoyak yg tak tahan tuuuuuuuu!!!!!!