Monday, February 14, 2011

Rupa ular dua kepala pada rama-rama......

Rama-rama pelik

PELIK... gambar rama-rama bercorak kepala ular pada sayap yang sempat dirakam Siti Asian.
PELIK... gambar rama-rama bercorak kepala ular pada sayap yang sempat dirakam Siti Asian.

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.

Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya.

“Saya lena tidur bersama tiga anak terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu dan menyangka rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.“Saya terdengar bunyi dengusan namun tidak mengesyaki sesuatu kerana ketika membuat tinjauan, saya tidak menemui sesuatu yang pelik,” katanya.Katanya, ketika melangkah semula ke bilik, dia terkejut apabila terpandang ‘ular’ terbabit dan menjerit ketakutan hingga anak lelakinya berusia 14 tahun terjaga.

“Anak saya lantas menangkap rama-rama berkenaan dan selepas diamati, memang ia bercorak seakan-akan kepala ular.“Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,” katanya.Menurut Siti Asian, ketika dia cuba mengurung rama-rama, haiwan terbabit terbang melalui tingkap.

*Untuk berita lanjut KLIK SINI @ myMetro

4 comments:

atty's said...

kalau aty yg jumpa pun mesti pengsan.ingatkan ular..

atie said...

Samalah kita ty

Fieda said...

mmg ye la kak....mcm rupa ular..takut kan...kak jom join contest ni..

http://kasihmommy.blogspot.com/2011/02/ga-saya-nak-hadiah-dari-mommy.html

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dulu2 time akak sekolah lagi dulu laa... rama2 ni selalu bertelur kat pokok durian belanda kat rumah akak.. pastu bila menetas.. larvanya sangat BESAR! sebesar ibu jari orang dewasa.. memang geli!! Tapi bila kepompong dah terbuka & jadi rama2... cantik sangat warnanya.. memang betul.. dihujung dua2 sayapnya ada bentuk kepala ular... dulu masa mula2 akak tengok time budak2 dulu pun terkejut gak.. tak berani nk dekat masa rama2 baru kembang tu.. tp bila dah tau itu rama2.. barulah berani tengok dekat sebelum rama2 tu terbang jauh...

akak pun ada koleksi gambar rama2 tu dalam fotopages akak.. leh klik bwh tu kalau nak tengok yer..

http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=2005432