Thursday, February 17, 2011

Buah TUNJUK LANGIT...

Assalamualaikum...
Baru-baru ni babah balik rumah bawa buah tunjuk langit katanya.PELIK!!!!! aku memang tak pernah tahu pun pasal buah nih so aku pun google kan aje.Untuk ubat macam-macam penyakit seperti ghout,kencing manis,darah tinggi,kolestrol,jantung,batu karang dan macam2lah.Aku pun tak pasti....Kalau siapa2 yang tahu boleh share info yer.....

Inilah bentuk buah yang dah di proses....
Ini aku zoom bagi jelas sikit, aku dah cuba telan, Ya Ampun pahitnya!!!!!!Nasib baik aku telan dengan air teh.......huhu.

Kandungan Aktif dalam Buah Tunjuk Langit (SkyFruit) :
Pokok buah tunjuk langit ( skyfruit )
1. Flavonoids
* Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat
* Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.
* Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.
* Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti-inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.
* Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.
* Bertindak sebagai anti pengoksidaan.
* Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)

2. Saponins
* Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.
* Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.
* Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.
* Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah

*Untuk maklumat lanjut klik di SINI yer...

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hehe... tak silap akak.. itu namanya buah tunjuk LANGIT! memang bagus utk mengawal darah tinggi & kencing manis... nak lebih mujarab lagi.. buahnya kena kunyah2 dulu baru telan.. kalau telan sebutir gitu kurang berkesan...

atie said...

A ah la kak, buah tunjuk langit laaaa, haha.Tiedah betulkan, TQ yer kak diha.Tulah kena gigit tapi tak boleh g lah camtuh kak.