Wednesday, April 14, 2010

Basuh basikal @main air......


Salam semua...
Alamak gambar 18 SG....18 SX.....seksi la pulak........ahaks.Seksi ker???!!! Bagi aku CUUUMEEEEEEL la sangat!!!!!hahahaha.....Puji anak sendiri....Aci tak??????
Suka pulak edit2 gambar camni.........rasa macam zaman dolu kala jer kan.hikhik.

Lagi aktiviti meng edit yer.......ok tak???!!!

Ok2 aku nak cerita pasal Ammar nih sebenarnya. Hari tu Babah bagi dia mandi kat luar, dia pun apalagi best jelah kan, yang kelakarnya tuh boleh pulak dia basuh basikal buruknya ituuuuuuuuu .........................hahaha.Nak tergelak aku tengok. Bersungguh2 jer...............................
Anak siapalah yang rajin sangat nih..........
Apa leh buat, Genetik umminya la kan.......ahak!

Sunday, April 4, 2010

Tips persediaan study yang nyaman gitu....


Salam semua.....
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang yer......
Aku harap aku boleh jadi setenang Ammar ini........................Sesuatu harus dilakukan. PERUBAHAN!!!!!!!!!!!! Plizzzzz........
Sebelum....
Selepas........
Alhamdulillah....Tenang sikit, OK sambung study balik....
Doakan aku dapat hadapi final exam esok dengan tenang dan mantap.
Ya Allah permudahkanlah segalanya......................AMIN

Monday, March 15, 2010

Sepetang di Infront River,Pekan Bandar Diraja Pahang.

Salam semua......
Gambar siapa yang handsome ini??????hahaha.Puji suami sendiri....aci gitu??????Saja nak ambil mood.....aura nak hapdet blog yang terbiar macam dah takde tuan kaedahnya kihkih.
Ok2 gambar yang kedua mestilah ammar untuk jadi lebih bersemangat nak update blog....go mektie....go...You can do it........Tolong abaikan kesengalan aku yang suka giler sebab berjaya update blog........hahhaha....

Aktiviti di awal cuti......biasalah kan di musim cuti2 sekolah camni ramai yang buat kenduri-kendara................yang kadang2 tu sampai berlaga PUSAT.....haha, istilah yang biasa digunapakai oleh suami aku....hikhik,Karang ada lak yang tanya aku apa dia berlaga pusat nih???!!!Em....emm...Aku pun tak berapa nak faham, muahahaha. Tapi aku rasalah kan berlaga pusat tu bermaksud.......2 @ 3 kenduri yang berlangsung pada hari yang sama la kut.

Cikgu2 BM........tumpang lalu yer.Kalau salah info aku nih matilah.......hahaha.Ok.....faham tak murid2. Ewah2 tiba-tiba perasan guru Bahasa Melayulah pulak.

Sori2....udah lari tajuklah pulak dah,Fokus Mektie yer........FOKUS!!!!!Tetiba jer.........
Gambar yang ketiga barulah aku, Ammar dengan anak saudara suami ....kak chik.
Tulah....berbalik pada cerita aku tadik.......sebenarnya aku dan adik-beradik suami dah berjanji nak berarak ke NENASI, Pekan Pahang.Untuk Majlis pernikahan Anak saudara suami FAIZI dan NURUL disana.Oleh kerana aku dari Bentong dan yang lain tu dari Kelantan, so janjilah nak jumpa di Pekan.

Tapi tunggu punya tunggu........rombongan pengantin nih tak sampai2.Aku pun ajak suami pergi ke sekolah lama dulu masa aku tingkatan 4 dan 5.Aku dolu2 bersekolah di Pekan, Bandar diraja nilah.....Duk asrama masa tuh.Sekolah aku dulu dekat sangat dengan Istana Raja di kawasan Padang Polo.Nostalgia tuuuuuu....sambil2 tengok sekolah mulalah ingat macam2 kisah zaman sekolah2 dulu.Sempat juga tengok kelas aku....hehe.Rugi pulak rasanya tak ambil gambar .....

Lepas tuh aku dan family lepak2 kat Infront River nih.So aku nih kira macam pelanconglah juga sibuk ambik gambar situ sini.....mengalahkan pengantin kaedahnya....hahaha.Dari kul 3 petang sampai maghrib duk tunggu.


So....layan gambar2 nih yer.....Kata nak pergi kenduri kahwin tapi.......... mana lak gambar pengantinnya?????Kwang....kwang.....kwang.Tiba2 jadi lupa ingatan........Lupa la pulak nak snap bagai.......Tapi kan.....korang nak tahu yang sebenarnya kan...... bukan lupa tapi dilanda kemalasan tahap gaban sebab badan dah letih giler................Boleh gitu??????

Wednesday, March 10, 2010

Toyota wish....is my dream wish

Salam semua......
Memjawab komen pada n3 di bawah yer......Ini ler Toyota Wish idaman hubby, aku publish juga bagi kawan2 yang bertanya dan nak tengok tu yer........


Ok, tu jelah.........Daaaaaaaaaa...

Monday, March 8, 2010

Alhamdulillah rezeki untuk memiliki......akhirnya.

Salam semua......
Sajer nak berkongsi berita gembira ini......
Syukur sangat2lah.....akhirnya rezeki untuk memiliki mpv tercapai juga, walau telah beratus2 kali, beribu2 kalinya juga berjuta2 KALI duk fikir.......fikir..........fikir, kuat semangat juga nih..... atau suami aku yang degil nak juga, BELILAH juga walau 6,7 kali duk berulang ke KL lebih sebulan menguruskannya benda2 alah nilah.

Aku bukan apa......kalau bolehnya malas dah nak berhutang, senang terfikir jer nak jalan kemana2pun pergi jer kan.....tapi tulah, bila bilangan anak dah bertambah nih, Ammar pun nanti dah makin besar so.....nak tak nak kenalah beli juga.

Yelah mana nak hadap kerenah 4 hero nih duk kat belakang ketika balik kg......macam2.Bergaduh, menangis......nak boleh ke sampai kampung tuh, mulut aku nih membebel jerlah......Silap2 haribulan ada yang kena panahan jelingan hubby sebab ringan tangan duk membantai anak dia la kan hahhahaa....

So......Pada 5 mac 2010(jumaat) kereta tu pun sampai kedepan rumah.......WTQ 272, Kenapa 272?????!!!!Takdelah sajer nak mengabadikan tarikh lahir sendiri......hehe.So hubby pun ikutkan ajer....

Saturday, February 20, 2010

Giveaway laaaaaaa........JOM cuba!!!

Salam semua...
Lama dah tak update blog aku nih......huhu.Bukan tak nak update tapi takde cerita terbaru ,hehe.Tiba-tibalah pulak perasan artis gitu......Boleh?????!!!!.Haha...Jangan salahkan aku ok, sila salahkan FB eh,eh bukan lah salahkan FV!!!!!Tak pasal2 jer kan....

Mujur jugak nannie http://smockingwithnannie.blogspot.com/ sudi nak give away sesuatu yang sweet sangat nih.................Tiba2 aura nak update blog tu menjelma.English style punya pasal.Sukalah sangat nak menyertainya......JOM sama2 serbu ke blog nannie nih!!!Mana tahu ada rezeki,Kata orang rezeki jangan ditolak.....musuh jangan dicari ....

Table runner cun dan vas bunga sweet ( tinggi 8")

3 helai tuala untuk decor atau boleh diguna juga serta sebiji tray cute .
Seterusnya 4 biji piring bersaiz 4 inci "Sun Crown" dari Jepun dengan 2 pasang cawan bentuk macam cawan Meakin , semua ni adalah antik dan baru dari apek cantik serta berwarna pink lembut..
Sejambak bunga ros yang sweet serta 2 biji tin berbentuk telur saiz 4 1/2 inci yang saya letak dalam bakul kecil berlapikkan kain gingham cute...

Ok sekarang ni adalah syarat-syarat penyertaan untuk giveaway ini , mudah je :

- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , so jom la follow my blog.Dah follow.

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .Dah entry

- Link kan blog saya ni di blog list anda .Dah link

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .Dah komen

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .Dah tinggal jejak......

- Hanya 4 orang pemenang sahaja.


So nannie.....Menepati kehendak tak entry ini,harap2 termasuk dalam 4 orang pemenang tu yer....Kalau nak ikut luck aku nih memang muka tak luck ajer......Tapi takpe, apa yang penting KERJA SAMA!!!! haha....Tetiba, mood wonder pet datang......

Thursday, February 4, 2010

Gulai kuas(Lengkuas) Kelate mari

Resepi dari @myresipi.comMasakan kelantan.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
1cm lengkuas
1cm kunyit1 sudu besar cili giling
1 keping asam gelugur/keping3-4 biiji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji timun
3 biji lada hijau
1/2 biji kelapa-ambik santan

Cara-cara Bersihkan ikan dan ketepikan.Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijauMasakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.Tag ikan masakan kelantan
Oklah.........aku nak gi masak nih....Selamat mencuba!